Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 13, 2015

Nasi goreng daging

 nasi goreng yang selalu kak rose buat... sejak jumpa resepi sedap dari Along Roz ni, ni la resepi yang dicari bila ade lebihan nasik untuk digoreng...tak lah ikut sepenuhnya resepi Along tu sebab sayur mayur tu ikut jer apa yang ade dalam simpanan... kali ni cuma letak parutan carrot n holland peas yang ade berbaki selepas buat goreng sayur... kita yang buat diakan... pepandailah nak mengadjustkan... apa punya perkataan la kan?


daging kisar yang memudahkan nak buat nasi goreng.... tapi kak rose untuk makan berdua jer, jadi sebenarnya resepi ni sebagai panduan untuk jumlah nasi yang sedikit...

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege 
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara


  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

No comments: