Perkongsian dari Fb Hawa Tun Telani, mekasih ya Tun. mohon kak rose kongsikan kat sini.
 Cara hapus dosa baru, lama, sengaja, tak sengaja... semua lah...
 Alhamdulillah... Lepas terawikh tadi, diberi peluang untuk Solat Sunat Tasbih. 
Imam kongsi hadith fadhilat Solat Sunat Tasbih ni.
π 
π 
π 
π 
π 
π 
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib:
“Wahai Abbas, bapa saudaraku, apakah suka ku beri kurnia. Ku beri 
hadiah istimewa, ku ajari sepuluh macam keistimewaan yang mana jika 
engkau membuatnya dihapuskan oleh Allah bagi engkau sepuluh macam dosa; 
baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama mahupun yang
 baru, yang tidak disengaja mahupun yang sengaja, yang kecil mahupun 
yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang.
Sepuluh macam 
keistimewaan itu ialah: Hendaklah engkau sembahyang empat rakaat, pada 
setiap rakaat membaca al-Fatihah dan satu surah (ayat al-Quran). 
Setelah selesai daripada membaca pada rakaat pertama dan engkau  dalam 
 keadaan  berdiri  maka   bacalah Ψ³Ψ¨ΨΨ§Ω Ψ§ΩΩΩ، ΩΨ§ΩΨΩ
Ψ―ΩΩΩ، ΩΩΨ§Ψ§ΩΩ Ψ₯ΩΨ§ 
Ψ§ΩΩΩ، ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΩΨ¨Ψ± (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan 
yang patut disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar) sebanyak 15 
kali.
Kemudian engkau rukuk, dan dalam rukuk engkau baca kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau angkatlah kepala dari rukuk dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau sujud dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk antara dua sujud) dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali. 
Kemudian engkau sujud kembali selepas itu bacalah tasbih 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk istirahah sebelum berdiri 
untuk rakaat selanjutnya) dan bacalah kalimah tasbih 10 kali.
Seluruh kalimah tasbih itu dibaca 75 kali pada setiap rakaat, dan kerjakanlah di dalam empat rakaat.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
π 
π 
π 
π 
π 
π 
π 
Solat Sunat Tasbih ni boleh buat siang atau malam
Siang: 4 Rakaat 1 Salam
Malam : 4 Rakaat 2 Salam
Jom manfaatkan baki Ramadhan dengan marathon ibadat
 Kak rose ringkaskan>>>>
Solat Sunat Tasbih 4 Rakaat dan bacaan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir
15 kali - Rakaat pertama selepas Al-Fatihah dan satu surah Quran 
10 kali - Dalam Rukuk 
10 kali - Bangun dari Rukuk 
10 kali - Dalam sujud 
10 kali - Duduk antara dua sujud 
10 kali - Sujud kembali 
10 kali - Duduk istiharah sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya
(75 kali untuk keseluruhan satu rakaat dan kerja kan lah dalam 4 rakaat) 
semuga bermanafaat buat semua terutama buat diri sendiri.