Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, March 20, 2026

Cara rebus nasi impit jimat gas

 

 Salam akhir ramadan 1447H dan mari lah  kita cuba ....

Teknik 5:30:7: Cara Rebus Nasi Impit Jimat Gas
 
Teknik ini menggunakan konsep haba pendam (residual heat) untuk memasak nasi impit secara perlahan tanpa perlu api menyala sepanjang masa.
 
Langkah-Langkah:
Langkah 1 (5 Minit):
Didihkan air di dalam periuk sehingga betul-betul mendidih (blup-blup).
Masukkan nasi impit (pastikan air melepasi paras nasi impit).
Biarkan ia mendidih dengan api menyala selama 5 minit.
 
Langkah 2 (30 Minit):
Tutup api dapur.
PENTING: Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan JANGAN BUKA langsung penutupnya.
Biarkan nasi impit "berehat" di dalam air panas tersebut selama 30 minit. Haba yang terperangkap akan memasak nasi secara konsisten.
 
Langkah 3 (7 Minit):
Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur.
Biar ia mendidih sekali lagi selama 7 minit.
 
Langkah 4 (Selesai):
Tutup api, angkat dan toskan nasi impit.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dipotong supaya nasi impit menjadi kental dan cantik.
 
Kenapa Teknik Ini "Mantap"?
Jimat Gas/Elektrik: Api hanya menyala selama 12 minit sahaja berbanding 45-60 minit cara biasa.
Hasil Sama: Nasi impit tetap masak dengan sempurna, lembut, dan tidak lembek.
 
Sesuai Untuk Daging: Selain nasi impit, teknik ini juga sangat berkesan untuk mengempukkan daging atau merebus kacang hijau.
 
Nota: Pastikan periuk anda mempunyai penutup yang rapat supaya haba tidak keluar semasa proses 30 minit tersebut.
 
terima kasih pada yang kongsikan cara mudah ini dan kak rose jumpa diwaktu yang tepat sebab masa ni lah nak merebus nasi impit di akhir ramadan ini.  

Friday, July 12, 2024

Nasi hujan panas tanpa susu

 Nasi hujan panas tanpa susu yang boleh lebih tahan lama dan tak cepat basi...  terima kasih pada yang kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:

  • 2 pot beras basmathi
  • 3 pot air*
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning


Cara memasak:

  1. Bawang holland, bawang putih dan halia dikisar halus dan ketepikan.
  2. Panaskan marjerin dan minyak sapi dalam rice cooker.
  3. Masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, tumis sehingga bahan naik bau.
  5. Masukkan beras basmathi dan garam.
  6. Masukkan air mengikut sukatan dan kacau sedikit bagi semua bahan sebati. *(sukatan untuk 1 pot basmathi ialah 1 pot beras = 1 1/2 pot air)
  7. Tutup periuk nasi dan biarkan hingga rice cooker terpadam sendiri.
  8. Setelah nasi masak segera titikkan pewarna ke dalam nasi yang tengah panas (titik pewarna di tempat berlainan – guna 3 pewarna), kemudian tutup kembali periuk.
  9. Balik atau gaulkan nasi 2 kali ketika ingin hidangkan nasi agar warnanya terbentuk cantik.
  10. Sedia dihidangkan.

Anda juga boleh masukkan sedikit susu cair ketika memasak nasi untuk tambahkan rasa lemak tapi kurangkan sedikit nisbah air agar nasi tidak lembik.

 

Sunday, January 28, 2024

Cak!!!! 1st in 2024

1st entry in 2024. Tahun baru dengan kerajinan yang entah dimana hilangnyaaa.... sesat yang susah sangat nak jumpa jalan pulang... sesekali teringat baru lah muncul disini. sebenarnya hati tu sangat nak sentiasa berada disini, tetapi itu lah... anyway selamat tahun baru 2024 yang dah hampir sebulan, jom lah sarapan dengan nasik lemak sempoi jer ni..

nasi lemak seadanya..
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan, dapat kami sekeluarga bersarapan bersama2...

atok dengan abang dan adik.
dan paling membahagiakan... Alhamdulillah dengan kehadiran kedua insan kecil ini. semuga keduanya akan membesar sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah dan membahagiakan keluarga kecil kami. Insya Allah.

Monday, October 2, 2023

Sarapan pagi...

Bila ada sedikit rajin dan ada tukang makan, maka toast kena tunggu dulu lah.. meh le anak beranak makan nasi impit dengan kuah lodeh dan sambal tumis ni. cukup lah dengan dua dayang untuk nasi impit ni..
buah betik sebagai dayang jugak kan..
seperiuk kuah lodeh untuk kami anak beranak. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.
 

Wednesday, September 27, 2023

Sarapan di kampung

Sarapan kami semasa dikampung. nasi lemak seadanya... timun pun tak ade, tapi makan bertambah jugak!
bersama dayang pengiring yang ada... telo mata, bilis goreng, udang kecik salut tepung goreng garing dan sambal tumis leftover...
bertambah sedapnya bila ada dua kecik ni bersama kami di kampung... walaupun penat tapi hati sangat bahagia rasanya melihat keletah abang adik ni..
si abang posing dengan baju tido lagi nak g kebun nih!
 

Tuesday, September 26, 2023

Nasi Ayam

Bahan Untuk Masak Nasi:

  • 2 cawan beras wangi
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 60 gram kulit ayam
  • 2 cm halia – ditumbuk
  • 2 biji bawang putih – dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar holland – dipotong dadu kecil
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil butter
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukupnya

Cara Masak Nasi:

1. Semasa bersihkan ayam bahagian lemak ayam jangan dibuang. Simpan untuk masak nasi.

2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam biarkan sehingga keluar minyak. Bila minyak dari lemak ayam sudah keluar. Keluarkan kulit ayam tadi. Minyak dari kulit ayam akan berikan rasa yang sedap dan aroma yang harum pada nasi.

3. Masukkan minyak masak dan butter. Tumiskan halia, bawang putih, bawang besar sehingga wangi. Masukkan beras dan daun pandan dan goreng seketika beras tu. Masukan 2 cawan air rebusan ayam.

4. Kemudian, masaklah dalam rice cooker. Kalau rasa air rebusan kurang masin, boleh tambahkan garam

 

untuk sos merah

  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

untuk sos kicap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )

Campurkan semua. ketepikan.

untuk sup

  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk ayam

  • 4 keping ayam wholeleg, rebus (air nya untuk buat sup dan untuk masak nasik jugak)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (kak rose perap 20min jer) Susun dalam tray dan bakar lebih kurang 25 minit. hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos merah dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.


 

Monday, December 26, 2022

Nasi arab kabsah ayam

 Asalamualaikum dan salam penghujung December 2022...

dan ini lah entry pertama dibulan ni... dah nak sampai ke penghujung bulan ditahun 2022 dah... dan kerajinan untuk mengupdate dapo maya ni semakin hilang... seakan tersesat dan tak jumpa jalan pulang gitu lah agaknya.... apa kah ditahun baru nanti, dapo maya ni masih ada lagi, only time will tell...
tapi sebenarnya memang sayang nak tinggalkan begitu saja... dapo maya yang kak rose bina dari zero, dengan tersangat lah buta it, selalu menjengah dan menjelajah blog kawan2 yang aktif masa tu, menimba pengalaman dan mintak tunjuk ajar... kini semuanya dah macam tak berdaya nak bersaing dan aktif mengupdate lagi dah... memasing dah berpindah ke platform yang lain yang lebih hipster!
namun kak rose masih sayang dengan blog ni walaupun jarang mengupdate disini, masih jugak aktif di instagram yang lebih mudah nk update... yang kekadang tu banyak merapu meraban jer... kita punya account, suka lah nak bubuh apa pun kan..
untuk  entri terakhir sebelum menjelang tahun baru 2023, kak rose hidang nasi arab kabsah yang kak rose buat hari minggu ari tu.. sos harrah yang sedap dan resepi nasi arab tu boleh tengok kat sini ya.
salad sempoi untuk dayang nasik arab kabsah ayam
 

Monday, October 3, 2022

Nasi goreng petai

saya tukang masak jer, sebab saya tak makan petai dan ini request dari en asben yang beli petai dah siap2 buang kulit tu..dah lah sebungkus tu punyalah banyak, entah berapa lama lah nak abes agaknya tu..nanti nak buatkan sambal bilis petai pulak lah... ikan bilis dah siap kirim beli dengan kawan yang pergi ke sabah ari tu. harap adalah kerajinan tu nanti ya..

Bahan bahan:
 
2 mangkuk nasi putih
1 genggam ikan bilis - goreng garing
1 genggam petai - hiris
6 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
Garam
Bahan tumbuk:
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan. Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan..

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan telur dan udang. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata.

Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas.


 

Wednesday, June 29, 2022

Nasi ayam hainan a la tcrs

 nasi ayam kesukaan cucu, hari2 nak makan nasi ayam ni... so mamanek buat lah sendiri jer. cucu yang nak makan, tapi mamanek dan atok yang banyak tumpang sekaki lah...

kaka rose amik resepi dari fb, dan ikut bahan sebagai rujukkan... kalau boleh nak jugak ikut sebiji macam resepi tu, tapi apa kan daya ayam yang ada dalam stok cuma lah drummet ni jer.. so kita buat lah cara kita sendiri, adjust ikut lah cita rasa kita yang nak makan. jom lah tengok resepi yang kak rose copy tu... nampak macam panjang berjela resepinya kan...tapi sos halia bawang putih tu kak rose tak buat. kalau makan kat tcrs pun menda tu kak rose tak makan pun.. terima kasih lah pada yang sudi kongsikan resepinya ya..

Bahan Untuk Masak Nasi:

  • 2 cawan beras wangi
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 60 gram kulit ayam
  • 2 cm halia – ditumbuk
  • 2 biji bawang putih – dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar holland – dipotong dadu kecil
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil butter
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukupnya

Bahan Untuk Masak Ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 2 batang daun bawang – potong dalam 1 inci
  • 6 cm halia – dihiris
  • 6 ulas bawang putih – diketuk
  • Garam
  • Air secukupnya untuk rebus ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan

Bahan Untuk Cili Sos:

  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar air rebusan ayam
  • 5 biji cili merah
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih

Bahan Untuk Sos Halia Bawang Putih:

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 4 cm halia – ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cuka

Bahan Untuk Sos Kicap Ayam:

  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 5 sudu besar kicap cair
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air rebusan ayam


Cara Masak Ayam:

1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam.

2. Masukkan halia, bawang putih dan daun bawang ke dalam ayam, tinggalkan sedikit untuk masukkan ke dalam air rebusan.

3. Didihkan air dalam periuk bersama dengan lebihan daun bawang, halia, bawang putih sampai mendidih, guna api besar. Pastikan air cukup-cukup untuk tenggelamkan ayam.

4. Bila sudah mendidih masukkan ayam, masa ni korang perlahankan api. Tutup dan biarkan mendidih perlahan selama 30 minit utk ayam besar, ayam yang kecik lebih kurang 20 minit. Cucuk bahagian peha untuk melihat sama ada ayam sudah masak.

5. Sediakan satu mangkuk yang berisi ais. Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk hentikan proses ayam tu masak. Inilah rahsia untuk dapatkan tekstur ayam lembut dan moist. Buang ler segala halia, bawang putih dan daun bawang yang disumbat dalam ayam tadi.

6. Selepas ayam sudah sejuk. Keringkan permukaan luar ayam. Kemudian lumurkan dengan minyak bijan. Sebelum dihidang, tuang sos kicap ayam ke atas ayam yang dipotong.


Cara Masak Nasi:

1. Semasa bersihkan ayam bahagian lemak ayam jangan dibuang. Simpan untuk masak nasi.

2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam biarkan sehingga keluar minyak. Bila minyak dari lemak ayam sudah keluar. Keluarkan kulit ayam tadi. Minyak dari kulit ayam akan berikan rasa yang sedap dan aroma yang harum pada nasi.

3. Masukkan minyak masak dan butter. Tumiskan halia, bawang putih, bawang besar sehingga wangi. Masukkan beras dan daun pandan dan goreng seketika beras tu. Masukan 2 cawan air rebusan ayam.

4. Kemudian, masaklah dalam rice cooker. Kalau rasa air rebusan kurang masin, boleh tambahkan garam.

Cara Buat Cili Sos: Kisar semua bahan sehingga halus. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.

Cara Buat Sos Halia Bawang Putih: Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Tutup api masukkan halia dan bawang putih. Kacaukan seketika. Masukkan cuka dan garam. Siap.

Cara Buat Sos Kicap Ayam: Campurkan semua bahan dan kacau sehingga gula hancur.

Cara Buat Sup: Panaskan air rebusan dan masukkan garam dan masukkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

 

Monday, February 21, 2022

Nasi goreng bodo-bodo..

jumpa lagi dengan nasi goreng bodo-bodo ni... lepas ni tak tau bila lagi nak ada entry baru.. huhu
 

Wednesday, December 15, 2021

Sunday, July 18, 2021

Sarapan PKPD

memasak dan sarapan dengan apa yang ada dirumah, itu lah yang terbaik buat masa ini kan... dengan kes yang semakin meningkat saban hari, lebih baik kita duduk dirumah diam2.. doa banyak2 semuga covid ni cepat berlalu... dah hampir setahun tak dapat balik jumpa keluarga dikampung... awal tahun hari tu dapat balik sebab ada kecemasan, tapi nak dapat surat pelepasan dari polis pun sangat lah banyak soal jawap... tapi Alhamdulillah dapat jugak sudahnya... dan kita pun bukan suka2 nak balik kalau tak de keperluan kan...
ni sarapan hari minggu yang sudah, masa ni masih dalam keadaan pkpd, memang tak keluar rumah  lah kak rose ni. bila check dihotspot my sejahtera tu asik ada beratus2 jer disekitar 1km radius, lagi lah menakutkan.. apa lagi asik terdengar neee nooo neee nooo ambulan... Ya Allah semuga dipermudahkan rawatan dan diberikan kesembuhan buat yang telah dijangkiti.. Aamiin
dayang pengiring pun seadanya jer lah... makan apa yang ada jer..
telo goreng cam ni permintaan en asben, kalau kak rose prefer yang rebus, tapi tak lah rajin nak buatnya, so buat sekali harung jer kan. mudah kerja, cepat lak dapat makan.
sambal tumis yang kak rose buat banyak2 dan frozenkan... bila nak makan just reheat jer.
ikan bilis untuk en asben jer, kak rose sangat allergic to ikan bilis, but not udang tu. pelik kan! Apa pun Alhamdulillah, kita masih ada menu yang terhidang dimeja walaupun setelah terkurung begitu lama...
 

Thursday, July 8, 2021

Nasi goreng daging

buntu nak sediakan hidangan untuk keluarga? jom buat nasi goreng sedap nih... semua sekali taruh dalam tu, tak perlu nak risau kan lauk dan sayur mayur.. all in one gitu kekdahnya...

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh minced meat
  • Segenggam mix vege - kak rose gantikan dengan carrot n kubis sagat halus
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayuran
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.


 

Wednesday, June 30, 2021

Tuesday, June 15, 2021

Nasi ayam lagi...

dayang pengiring untuk nasi ayam bodo bodo..
bila tukang makan dah kelaparan, jadinya tukang masak pun tak sempat lah nak posing kan ayam dan segala mak nenek dayangnya tu dengan nasik... tak pe lak kan asalkan rakyat tukang makan kat rumah ni kenyang dan puas hati dapat makan... dan tukang masak akan sangat happy kalau hidangannya habis dinikmati... Alhamdulillah.. lockdown membuat tukang masak asik kedapo jer walaupun dengan menu yang berulang2... huhu
 

Sunday, June 13, 2021

Nasi arab Al Rawsha

 Bila tukang masak tak rajin, kita tapau jer lah ya...

nasi arab ayam mandhi untuk kami tiga beranak....
nasi arab kambing madghot untuk sianak... beso2 portionnya cukup untuk dua orang makan.
tapi sayang kuah karinnya cairrrrr sangat dan sos harrah tu pun sangat cair lah.. tapi apa pun makan jer lah sebab tak rajin masak kan... dan yang pentingnya dah ada depan mata, tinggal nak ngap jer kan.
 

Sunday, February 28, 2021

Lontong kuah lodeh

 Sarapan pagi minggu bila anak beranak balik... tukang masak is happyyyyy...

kak rose suka lontong dengan kuah lodeh yang simple macam ni... tak sarat dengan dayang dayang yang lain, cukup dengan  sambal tumis dan telor jer... minimalist la kononnya! nasi impit pun kak rose suka yang homemade, ikut kelembutan yang kita suka lah.. tukang makan pun suka dengan nasi impit yang lembut macam ni, so the best is buat sendiri lah.

macam ni lah nasi impit yang kak rose buat sendiri tu... cantik kan...sapa nak puji kalau bukan sendiri kan? tapi ni gamba lama lah, recycle jer .. hihi. ni cara kak rose. isikan satu cup rice cooker tu pada size 5" x 6" hd plastic dan jahit pada lipatan tu. jangan lupa cucuk cucuk kan plastic tu (kak rose lubangkan plastic tu  dengan menjahit guna mesin tapi tak de benang lah)... rebuslah paling kurang pun 2 jam.... Insyaallah menjadi dengan elok.

kuah lodeh seperiuk dah siap... jom lah kita menjamu selera sambil bermalas2 dihari minggu.
Alhamdulillah, sarapan dan pastinya kak rose akan makan berulang ulang sampai puas!
 

Saturday, February 20, 2021

nasi lemak dihujung minggu

 bila anak beranak ada balik during weekend, tukang masak jadi rajin lah...😜

pagi pagi dah rajin kedapo... masak nasik lemak tapi lepas tu untuk lunch kita tapau jer lah ya... guna periun noxxa, 7 minit jer nasik lemak dah siap masak. jom tengok caranya.. kalau blur tak tahu nak bekpes apa pepagi ni, boleh lah masak nasik lemak macam ni kan..

Bahan- bahan:
- 3 cawan beras dicuci
- 1 1/2 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 inci halia - dihiris atau dititik
- 1 biji bawang merah - dihiris kasar
- 1 batang serai - dititik
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil gula (kak rose tambah)
- Garam secukup rasa

Caranya:
- basuh beras dan rendam 30 minit, toskan
- masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa. kacau rata
- tutup periuk dan laraskan tombol ke arah pressure
- tekan high pressure 7 minit dan on
- bila periuk bunyi tit-tit, laraskan tombol ke steam. tekan off dan biarkan anggaran 5 minit
- buka penutup dan gemburkan nasi
- nasi sedia dihidang bersama dayang pengiring
meriah dayang pengiring nasik lemak kak rose ni..tapi semua yang mudah2 jer nak sediakan.. pop corn chicken tu beli ready made just nak goreng kan. walaupun simple tapi sedap lah resepi nasik lemak dari Chef Hanilieza dibukunya 77 resepi untuk pressure cooker tu. dan yang penting sambal tumis tu memang tak pedas lah, sebabnya tukang masak ni memang tak tahan pedas kan... so tukang makan yang lain pun tak boleh nak komplen lah. boleh gitu?