Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 31, 2021

Sambal ayam penyet

sambal nasi ayam penyet, tapi kak rose buat untuk makan dengan nasi putih jer... tak de kerajinan nak masak nasi ayam penyet sebab nya baru jer buat nasi ayam butter tu kan... so kali ni buat sambalnya jer lah... lain kali kita buat dengan set nasi ayam penyet tu bila bahan dah lengkap ada kat rumah kan.. walaupun sangat allergic dengan ikan bilis, tapi nak jugak makan coleh dengan timun jepun... krup krap sedapnya la hai.... jom tengok resepinya... tapi kak rose tak de la buat sebanyak itu, so pepandai la nak adjust resepinya ya..
kak rose memang tak tahan pedas, so memang kurangkan ciliapi dan tambahkan cili merah tu...
 

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. (kak rose makan terus jer)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Saturday, January 30, 2021

Saya suka makan roti...

 sarapan pagi tuan tanah, yang penting nescafe o kosong mesti kena ada... macam addicted gitu!







 

Friday, January 29, 2021

Kerabu mangga

mekasih CMG kongsi resepinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

 

Thursday, January 28, 2021

Salad roti dan tempura nugget

 

bila mata dan tangan rajin sangat belek ig orang, jadi macam2 menu terpampang depan mata. semuanya nampak sedap!... jadi marilah kita cuba salad yang mudah ni... kebetulan semua bahan pun memang ada dalam fridge... so, meh lah kita layan tekak dengan salad ni.
sekeping roti, potong kecik2, 5 keping tempura nugget potong kecik2 (kak rose guna brand marina tempura) sebiji tomato, carrot disagat halus dan daun salad...
campurkan semuanya dan tuang sedikit minyak zaitun dan gaulkan rata
pas tu picitkan mayonnis dan sos cili sesedap rasa, and then..... gaul gaul dah siappppp....mudah kan?
 

Wednesday, January 27, 2021

Sup simple pebrett


fish ball soup dan geng sampingannya...bila makan ni tak perlukan nasi dah. Alhamdulillah.
 

Tuesday, January 26, 2021

Nasi ayam butter

Untuk ayam

  • 3 kepin ayam wholeleg, rebus (air nya untuk buat sup dan untuk masak nasik jugak)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (kak rose perap 20min jer) Susun dalam tray dan bakar lebih kurang 25 minit. hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos merah dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Bahan-bahan untuk nasi

  • 3 cawan beras basmathi- rendam 30 minit dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan,  serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

untuk sos merah

  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

untuk sos kicap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )

Campurkan semua. ketepikan.

untuk sup

  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

 

Alhamdulillah, pkp yang membuatkan tukang masak terajin sket... sebabnya nak makan dan tukang makan pun ada dirumah... dapatlah menikmati sama2 nasi ayam butter yang sedap nih. nampak macam berjela resepinya tapi bila dah buat sekejap jer dah siap.
 

Monday, January 25, 2021

Kuih lopes pulut

kuih yang satu masa dulu selalu kak rose buat untuk buah tangan masa gader gader bersama baca surah Al-Kahfi pada pagi jumaat. kini dah dekat setahun tak ada gader2 tu lagi untuk baca sama dan lepas tu gebang2 dan makan2... kuih lopes ni memang cepat jer la abesnya, sbb ramai yang sukakannya... apa lagi semua kuih yang home made memang jadi kesukaan ramai lah. ya lah memag ramai jer yang tak sempat nak siapkan kuih untuk buah tangan pepagi tu kan, jadinya beli jer yang mudahnya hingga kekadang ramai yang bawak kuih yang sama.. tapi tetap kami happy jer.. semua habis makan dan tapau bawak balik. Alhamdulillah..
Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.(kak rose gulung guna sushi mat tu)
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
**** nota dari Nor secubit garam----> kurangkan sukatan air masa mengukus. air mesti sama paras dengan pulut yg nak dikukus. tq Nor for the tips


 

Sunday, January 24, 2021

Tapau je!

PKP 2021 dan tak boleh makan makan kat luar kan.. semua tapau dan delivery jer. so gitu lah kekdahnya bila tukang masak tak de kerajinan... nasib baik mee kari ni sedap, menepati citarasa lah kiranya... tapi kan kalau nak buat mee kari ni dari scratch, agaknya memang idok ler... ade jual bak pe beli kan... senang kerja tukang masak!
nak raya cina kan... so semestinya prosperity burger lah.. walaupun mungkin CNY dalam keadaan pkp, tapi kita tetap rayakan dengan makan burger ni.😜
pedas ya amat sos black pepper nya tu, tapi tetap habis jugak. camner tu??? curly fries pun sedap jugak. tambah lagi sedap sebab tak payah nak bersilat kat dapo kan...😄
 

Saturday, January 23, 2021

So simple yet so sedap!

masak yang simple2 cam ni pun sangat lah sedapnya kat tekak sendiri.. kalau orang lain tak tau la pulaknya kan. tukang masak suka masak yang mudah2 dan cepat jer, nasib baik tukang makan no complaint. syukur sangat kan dengan rezeki Allah bagi ni... telor dadar, isi ayam masak sambal dan sayur peria goreng dengan udang... boleh bertambah nasik tau!
bila ada gulai lemak mesti ada ikan masin. itu lah kak rose, daging masak lemak ciliapi digandingkan dengan ikan masin dan sayur sawi campur kobis... dan boleh tak nak salahkan ikan masin tu sebab buat bertambah2 makan nasik. Adoiiii laaaaa..
 

Friday, January 22, 2021

Kuih ketayap

Bahan-bahan untuk kulit:

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.

 

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. 

Angkat dan sejukkan.

 

Thursday, January 21, 2021

Kuih getas getas

antara kuih pebret kak rose ni, tapi nak buatnya tu yang tak berapa nak rajin... yang paling tak pandai bile nak buat sira gula tu... asik fail jerrrrr! tapi bila dah beberapa kali mencuba kira ok jugak lah ni kejadiannya tu kan.. boleh lah nak bangga diri sikit! kalau nak mencuba meh kak rose kongsikan resepinya... terima kasih rakan blogger yang kongsikan resepi dan tips menyira gula tu ya.


Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus

 

Wednesday, January 20, 2021

Tuesday, January 19, 2021

Cucur jejari ketam

buat cucur untuk kudap2 minum petang kami berdua... apa pun isi cekodok memang pebret tukang masak dan tukang makan pun kena lah ikut kan... nasib baik jer tukang makan tak pernah cerewet dengan pa yang tukang masak hidangkan. senang kerja kan! jom kita buat cekodok sedap ni..resepi dari fb, terima kasih tuan resepi yang kongsikan.

Bahan2

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air
  3. 10 batang filamen ketam
  4. 1 biji bawang besar
  5. 1 biji telur
  6. sedikit daun sup
  7.  garam
  8. satu batang celery, potong dadu
     
    Sediakan bahan-bahan.
    Filamen Ketam dipotong-potong.
    Campur semua bahan dan gaul sebati.
    Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
    Cucur Ketam siap dihidangkan.
    Cicah sambal atau cili sos...sedapnyeeeee.....

 

Monday, January 18, 2021

Semur ayam

Asalamualaikum dan salam ber pkp dan ber darurat 2021

ber pkp dan berdarurat bermakna duduk rumah jer la kan.. dan duduk rumah maknanya asik masak dan makan jugak lah... dan sebagai tukang masak yang tak berapa nak rajin ni, sesekali kalau berkumpul makan en google memang jadi pembantu untuk cari resepi lah.. dengan syarat bahan ada kat rumah.  maklumlah nak keluar suka2 nak g beli barang pun dah merisaukan tukang masak ni kan.. jadi la masak dengan bahan yang sedia ada kat rumah jer.... jom masak semur ayam ni.. tq en google carikan resepi..ni kak rose guna 2 keping dada ayam tanpa tulang dan resepi sebagai panduan.. kita yang buat dia kan, so ikut lah selera sendiri. tapi memang sedap lah kat kak rose yang jawa nih!

Semur Ayam (Ayam Masak Kicap Jawa)

Bahan-bahan A :-
Ayam kampung /Ayam Bandar( digoreng dgn garam & serbuk kunyit tapi jangan goreng garing2 /tak nak goreng pun boleh)
Kentang (beberapa biji ikut suka dan boleh goreng kosong dulu kalau tak nak goreng pun tak mengapa)

Bahan-bahan B (untuk kuah) :-
Bawang kecil 4 ulas + Bawang putih 3 ulas + Halia ½ inci = ditumbuk
Sebatang serai-dititik
1 kuntum Bunga lawang-di tumbuk
1 batang Kulit Kayu Manis-ditumbuk-(Cik Ta beli yang serbuk)
2 biji Buah pelaga_tumbuk
4 kuntum Cengkih-tumbuk
Santan (saya guna santan kotak 1 kotak kecil)
1/2 cawan Kicap (Cik Ta guna Kicap Kipas Udang Manis)
Lada putih -1 camca besar (tumbuk- )
I cawan air
1 sudu teh air asam jawa

Cara memasak:-
Tumis bahan-bahan yg ditumbok bersama-sama bunga lawang,serai, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga kekuning-kuningan dan naik bau.Masukkan lada putih diikuti ayam dan kacau. Masukkan kicap kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat. (Api biarlah sederhana). Kacau perlahan-lahan lagi sehingga mendidih hingga ayam empuk. Masukkan kentang.

Apabila kentang empuk masukkan air asam jawa dan santan, kacau dan jangan biarkan santan pecah minyak.Rasa sama ada masin atau tidak, jika perlu tambah garam dan saya tambahkan serbuk perasa Hilal. Kuah boleh dalam keadaan kering pekat atau cair mengikut selera masing-masing.( Cik Ta buat kuah banyak sebab anak-anak sukakan kuahnya kalau mak mentua buat kering pekat)Kacau rata dan siap utk dihidangkan.

Enak dimakan dengan Nasi Ambeng atau Ketupat Nasi ...

 

Sunday, January 17, 2021

Buah, macam2 ada...

 PKP dan makan lah buah banyak banyak... semuga kita dijauhkan dari wabak ini..