Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, September 30, 2010

Bekpes pagi ni....


salam dan selamat pagi semua..... dah minum pagi ke?.... jom sarapan ngan jemput2 sayur ni, panas2 lagi nih. pekena dengan nescafe dan cicah dengan homemade cili sos. enak sekali. resepinya tentu semua orang dah tau nak buat cekodok yang simple dimple ni kan, so x yah le nak tulis.... jom sarapan.

Wednesday, September 29, 2010

Muslimah's raya gathering di Mesjid Al Huda

Asalamualaikum dan salam semua..... ari ni kak rose dan para muslimah mengadakan jamuan hari raya di Mesjid Al Huda seksyen 19. bermula dengan takzirah petang oleh ustaz jemputan dan diikuti dengan jamuan raya.... x ramai yang datang menghadiri majlis ni kerana hari bekerja dan diadakan pada sebelah petang pulak tu.... walaupun tak ramai tapi tetap meriah dengan segala juadah dan kuih muih sumbangan para muslimah..

talam keladi yang enak......

talam suji.... cantik je kan.

antara kuih muih..... kuih koci, karipap, popia goreng juga kuih kaswi

rojak mamak

karipap.... dari ibu sharifah, sila abaikan rupa kelim yang x cantik tu sbb tukang
kelim x profesional! (kak rose la tu)


kaum ibu dapur sedang sibuk menyediakan hidangan.... mee bandung yang sedap! where is me? kak rose sibuk je jadi tukang amik gambo... tapi masa jamuan x sempat nak amik sbb sibuk melayan molot sendirik! maaf ya x de gambar.... maklumlah camerawoman sibuk!

Moist chocolate cake

salam semuanya..... laaaaama sungguh tak update blog ni..... kebzian dan juga kemalasan yang teramat sangat..... hilang entah kemana keinginan nak berblog ni....bz pun ya jugak.... berhari2 jugak nak buat preparation nak buat open house ari tu.... maklumlan segalanya nak disediakan, with no assistant! jadi kena siapkan sikit2 mana yang terlarat..... (kalau rajin nanti kak rose citer pasal open house tu....) tu yang jadi x de masa nak menghapdet walaupun ada gak jenjalan kerumah kawan2.... cuma x tinggal jejak je....

Kek cokelat moist ni kak rose buat masa open house ari tu..... doublekan the ingredients dan buat satu loyang besar.... memang moist dan sedap sangat.... thanks to CMG sekali lagi kak rose tepek resepinya kat sini ya.... tetamu yang datang pun kata sedap kek ni.... kombang idung jap! apa pun tima kasih pada cik mat kerana resepi yang mabeles nih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko* (kak rose x de serbuk, gantikan ngan cokelat masakan)
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-) (yg ni kak rose x buat pun....)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Thursday, September 23, 2010

Menu bukak posa ari ni....

salam semua..... hari ke 3 puasa.... orang lain dah abes dan beraya kak rose masih ada lagi berbaki posa..... x pe la kan biar lambat.... nak stat awal tapi godaan sungguhlah banyak dengan yang open house lagi.... sebenarnya x tahan dengan godaan raya tu.... boleh cam tu? dan menu untuk bukak pasa ari ni kak rose buat kuey teow goreng sempoi jer.... daun kucai lupa nak beli da..... taruk je la apa yang ada kan asalkan sedap ditekak kira ok la tu kan....

air buah markisa.... bawak balik dari kampung ari tu, baru ni nak buat airnya....nasib baik masih fresh lagi.....masam2 sikit dan minum sejuk2... alangkan nikmatnya, tapi siaplah esok pagi mesti sakit tekak dan suara pasti akan mengalahkan ratu rock tu... he he he.... sebenarnya x suka sangat minum air sejuk masa bukak posa ni, jadi teh o suam2 pasti ada sejug besar.... tamak sungguh kan!

pengat kegemaran.... pisang dan biji sagu.... pisang tanduk ada lagi sebatang besar....tu pun 3 batang dan bagi kat jiran2.... (betul ke penjodoh bilangan untuk pisang tanduk ni?..... maklumlah dah laaaaama tinggalkan sekolah) tu pun 3 batang dan bagi kat jiran2.... nak wat apa lah esok pulak ni?

.... Guide to a better life...

Salam dan selamat pagi semuanya.... tentunya masa ni dah lena dibuai mimpi indah2 kan.... sajer je kak rose nak buat entry tentang guide for better life ni yang kak rose baca ari tu kat blog Makcikantin..... sangat interesting untuk dibaca dan kak rose nak share kat sini untuk tatapan kawan2 yang sudi baca..... terimakasih ya makcikantin..... muga kita bersama mendapat pekdah darinya....

Guide to a better Life

image from mr google

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE


PERSONALITY:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


COMMUNITY:

15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.


LIFE:

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.


and kak rose nak tambah sikit kat sini..... simple guidelines for happiness
> free your heart from hate
>free your mind from worry
>live simple
>give more
>expect less.....
dan this simple guidelines kak rose jadikan wallpaper sejak sekian lama... reminder untuk diri sendiri!

Tuesday, September 21, 2010

Rich chocolate pudding


selamat malam semua..... puding cokelat ni buat untuk juadah bukak puasa ari ni.... semalam tengok kat rumah nor, teringin lak nak makan... yalah sejak puasa ari tu baru ni lah nak buat entry masak2.... resepinya dah penah tepek dulu amik dari Myr oleh junjs11, leh tengok kat sini..... tima kasih jun untuk resepi yang sedap ni.

dan yang ni pun untuk bukak puasa jugak.... nak makan pengat pisang yang sempoi je.... buat dengan pisang tanduk campur dengan sagu mata ikan ..... x de santan segala.... sedap gak, untuk tekak kak rose lah. kalau kawan2 diluar sana nak sedap lagi kenalah bubuh santan macam pengat yang biasa tu....

Budget hotel diperjalanan raya

Kuala Kangsar

salam semua..... masih nak cerita tentang perjalanan balik raya ke rumah MIL yang jauh... bertolak dari SA dah petang jadinya kami singgah bermalam di Kuala Kangsar.... x larat nak terus ke KB dan takut sebenarnya nak melalui lebuhraya Grik waktu malam.... maklumlah ditepi2 highway tu ada papan tanda kawasan gajah melintas.... kang dibuatnya malam2 depa keluar, naya kami dibuatnya.... lebih baik berehat dulu sambil lepak2..... carik pun budget hotel je... (nak jimat sebenarnya, ish ish kedekut sungguh kan) yang penting dapat melelapkan mata dan berehat dengan selesa.

Kota Baru

yang ni pulak kami bermalam di KB on the way balik ke Shah Alam.... Hotel Azam, terletak dikawasan pusat bandar bersebelahan dengan Parkson dan Giant..... petang tu sempat soping2 lagi kat situ.... pagi2 esoknya meneruskan perjalanan ke Alor Star pulak, sekali lagi melalui lebuhraya timur barat Grik. walaupun banyak kereta tapi Alhamdullilah perjalanan smooth jer....

Alor Star

sampai di Alor Star dan selepas insiden paku tu, sekali lagi cari budget hotel ni.... walaupun budget hotel tapi semua kemudahan ada termasuk internet connection - 24/7 for free.... sakan lah kami bertenet malam tu.... yang nasib x baiknya lappy kena masuk semut masa kat rumah MIL dan speaker dah x function. jadi bisu semua!! tengok movie kena guna headphone jer... ishhhh nak duit lagi lah tu, walhal baru je baiki aritu.... dan kini tengah tunggu Dell technician tu datang rumah untuk baiki lappy yang sedang sakit tu!

Sunday, September 19, 2010

Paku oh paku

Salam semua..... masih sibuk dengan berhari raya agaknya ya... maklumlah masa ni lah sanak saudara yang jauh dan dekat akan datang berkunjung.... sama jugak dengan kak rose, sedang menanti kedatangan adik2 dari cheras dan seremban.... hidangan dah siap jadi bolehlah buat quick up-date tentang hari raya kami..... masa dalam perjalanan balik kami nak bermalam di AS, jadi sebelum tu g makan dulu sebelum check-in di hotel..... lepas makan tu ingatnya nak terus ke hotel tapi apa yang terjadi sungguh x di duga.... bila kami sampai ditempat paking keta, ada abang sebelah tu bagi tau...."bang, keta x de angin"..... masa tu abang tengah enggage diphone jadi kak rose yg tengok terus je panik..... busu pulak, camner ni ma?... ish ish.... pas tu abang tengok dan tanya orang2 kat situ mana ada workshop terdekat.... nasib baik x kemet abis, masih ada sikit angin dan boleh jalan ke petrol station terdekat -+ 2km away.... sampai kat situ x de lak mekanik.... jadi isi angin je nak g cari workshop.....

malang sungguh, hari jumaat kebanyakkan kedai n workshop di Alor Star tutup. tawakal je pusing2 cari.... agak dekat sejam jugaklah pusing2 dan tanya sana sini terjumpalah kedai ni yang dah nak tutup, maklumlah dah dekat pukul 5. minta dia tolong tengok kan....

sampai je kat kedai tu terus dia bukak tayar tu....

minta dia tolong tengok kan.... tu dia PAKU tercacak kat tayar keta kami yang baru berusia 24 hari.

tengok lah berapa panjang paku yang tertanam kat tayar tu.... entah dimana kenanya kami x tahu..... dengan perjalanan yang sangat jauh dari Narathiwat ke Alor Star melalui lebuhraya timur barat Grik..... nasib baik jugak x pancit ditengah perjalanan.... kak rose bersyukur sangat2 selamat sampai.

dulu pernah sekali jugak balik dari berhari raya kena paku jugak.... pancit di Alor Star jugak.... kira ni kali kedua tayar pancit kena paku, tapi nasib baik masa tu bukan hari jumaat.... senang cari workshop. apa pun kak rose sangat bersyukur pada Allah kerana dipermudahkan perjalanan pergi dan balik hari raya kami, dengan sedikit dugaan saja. Alhamdullilah.

Friday, September 17, 2010

Short up-date dari Alor Star

Salam semua..... dah seminggu tapi kak rose masih belum habis berhari raya lagi..... petang raya ke 3 bertolak ke rumah MIL , singgah bermalam di Kuala Kangsar dan paginya meneruskan perjalanan..... dan kini masih dalam perjalanan pulang dari rumah MIL.... semalam bermalam di KB dan ari ni di Alor Star pulak.... esok hantar busu balik ke matrik Pendang baru meneruskan perjalanan ke Shah Alam.... harap2 jalan tak jem esok.....until then..... bye.

Thursday, September 9, 2010

Kad Raya, terima kasih kawan

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
antara himpunan kad raya pemberian kawan-kawan cyber, terima kasih banyak2 ya.... dan jika ada kesudian dan kelapangan silalah bawa balik kad kak rose yang seadanya ni untuk gantung di dapur masing....tanda persahabatan kita di cyber world....

kad cantik dari nor67 secubit garam

dari azatie

dari Dr. Inahar Ali

dari Leen cetusan selera

another greeting card from cyber friend... Love

kad munge yang cantik dari AlongRoz

terima kasih sekali lagi.....

Wednesday, September 8, 2010

Tepung pelita

salam semua.... masa ni tentunya ramai yang dah sampai ke kampung memasing.... almaklumlah cuti sekolah dah bermula awal lagi... jadi yang jauh2 tu tu ambil kesempatan untuk balik kampung awal2 lah kan.... elakkan kesesakkan lalulintas... tp td tengok berita pun traffic dah slowly build-up kerana ramai yang rush balik kampung at the same time.... esok tak tau lah camner ek? mintak2 x lah jem sangat....

k ari ni kak rose buat tepung pelita untuk juadah bukak puasa .... kiranya ni kali terakhir masak2 sbb esok dah nak balik dan harap2 sempatlah bukak posa kat kampung. resepi tepung pelita ni kak rose amik kat Myr.... lama dulu dah save dan pernah buat... memang sedap. teringat dulu2 masa kat Langkawi kami sama2 masak tepung pelita ni untuk juadah bukak posa.... mazni, wati, pura.... ingat lagi dak? meh tengok resepinya..... Myr x leh nak bukak lak petang ni.... jadi kak rose copy dari blog Fida yang dok kat Dubai tu.... macih ya Yani n Fida kak rose nak share resepinya kat sini....

RESEPI TEPUNG PELITA - yani myresepi

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

x pandai nak buat kotak sampan tu... isi je dalam bekas kecik2 ni.... banyak sungguh untuk satu adunan.... dapat 20 bekas kecik ni.... dapatlah jiran kak rose merasa tepung pelita penutup ramadhan yang mulia ni....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kak rose dan keluarga ucapkan buat semua kawan2 yang jauh dan dekat, yang sudi bertandang ke rumah kak rose yang x seberapa ni, kepada follower, yang sudi baca pot pet kak rose, yang sudi tinggal kan komen2 di shout box dan terutama sekali kepada sifu2 masak diluar sana yang sudi kongsi segala resepi dan petua untuk kak rose mencuba... almaklumlah dalam masa kita berpot pet di alam maya ni mungkin ada kata-kata yang mengguris hati dan kurang sedap didengar.... kepada semua..... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Insyaallah kak rose akan memulakan perjalanan balik kg pada hari khamis sbb busu akan hanya sampai ke Shah Alam pada malamnya dan pagi tu barulah bertolak ke BP, raya ke dua balik Shah Alam dan kemas2 tukar beg untuk teruskan ke Kelantan pulak.... kami akan bermalam di Kuala Kangsar sebelum meneruskan perjalanan esok paginya melalui lebuhraya Grik... jauh perjalanan raya kami sekeluarga - SAlam - JB- SAlam - KB dan bila balik nanti akan bermalam di Alor Star sebelum hantar busu terus ke Kolej Matrikulasi Pendang. Semuga selamat perjalanan kami pergi dan balik. Amin

Sunday, September 5, 2010

Salad udang seri pengantin

salam semua.... dah dekat nak abes puasa ni dah pening2 kepala nak masak apa kan.... hari2 dok pk benda yang sama.... buka petang ni dah tanya hb nak makan apa pulak esok!.... ewah2 macam lah pandai sangat nak sediakan semuanya.... tp preparation tu penting kan, so esok x yah nak serabut pk apa nak dimasak.... dan untuk ratah2 ari ni kak rose buat salad udang ni.... kenapa namanya begitu, jangan ditanya.... kak rose pun tak tahu. kena tanya yang empunya resepi dari majalah saji.... dulu tengok kat rumah ummi dan rumah hana jugak... kini giliran kak rose pulak nak merasa.... tima kasih pada puan berdua dan kak rose nak share resepinya kat sini ya. cnp dari rumah hana yang pagi raya kena tinggal dek somi yg pegi konperens.... cian dia!.... meh balik batu pahat. jahat kak rose kan! jalok ngapuro yo nduk....

Bahan-bahan
  • 10 ekor udang besar - celur sekejap.
  • 3 biji telor rebus - belah dua atau empat
  • 3 biji kentang - direbus dan dihiris - tak ltk (kak rose x letak)
  • 5 helai daun salad
  • 1 biji bawang besar - hiris jgn nipis sangat
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit garam (optional)
  • 5 sudu besar mayonis/secukupnya
  • Yellow mustard sauce - untuk drizzle - xde ganti cilisos

Cara Menyediakan

  1. Satukan semua bahan kecuali daun salad dan telor dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan udang, kentang dan bawang besar, gaul rata-rata.
  3. Susunkan daun dalam pinggan atau bekas sesuai dan letak bahan gaul tadi dan telor rebus di dalamnya..Susun ikut suka mata yea..hehe
  4. Drizzle dengan mayonis lg dan juga yellow mustard.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..pergghhhh!!!

Saturday, September 4, 2010

Tat Bunga ke 3

salam semua.... lepas buat sandwich cookies tu sambung pulak dengan tat ni..... tak jemu2 kak rose ni ulang tayang tat munge ni.... ni dah kali ke 3 buat dan yang ni baru dapat buat untuk sendiri.... tp tak de inti nenas dah... guna strawberry je.... x pe kan yang penting sedap dan cantik pada pandangan kak rose.... macih pada nor secubit garam tu kerana resepinya.... atau leh gak tengok sini.... dan balik kg baru ni adik pun berkenan dengan tat yang kak rose bawa balik untuk mak tu.... dan bertambah panjang resepi nor ni berjalan ya...harap diizinkan ya.....

satu adunan untuk kak rose sekeluarga je.... banyak tu...

tat munge inti starwberry jem sedang berposing.... last cookies for this coming hari raya... x daya nak buat banyak2 dah.... cukuplah tu.....

Strawberry sandwich biscuits

salam semua.... kak rose ni x leh tengok biskut cantik2 kat rumah orang... cepat2 nak buat je.... biarpun x cantik macam tuan punya resepi tu asalkan dapat buat dan merasa keenakkan biskut tu..... nampak resepi ni kat rumah TTM, punyalah teringin nak makan.... rasa macam dolu2 pernah makan... tp yang beli punyalah dan kali ni nak makan yang wat sendirik punya.... Alhamdullilah menjadi walaupun ada yang hangus sbb terleka dengan tat bunga lagi.... tima kasih pada TTM yang share resepi ni dan kak rose mintak izin nak tepek resepi tu kat sini ya... tima kasih sekali lagi... (Pssstttt kak rose mintak maap sbb dah tuko nama sekut ni sbb x de jem raspberry tu)

Raspberry Sandwich Biscuits(60 biji size dlm gambar)
175g Badam kisar
175g Tepung Gandum
175g Butter, suhu bilik
115g Gula Kastor
1 sk esen vanilla
1 cawan jem rasberry atau apa2 jem yang suka. (kak rose guna starwberry jem)

1. Pukul butter dan gula sampai kembang/putih.
2. Sambil pukul, masukkan esen vanilla.
3. Perlahankan speed mixer, masukkan badam kisar dan tepung sedikit sedikit sampai semuanya sebati.
4. Buat bentuk bola, balut dgn plastik, simpan dlm fridge sekurang2nya sejam.
5. Keluarkan dan canai doh setebal 3mm. Terap dgn bentuk yg disukai. Untuk yg atas, buat lubang.
6. Bakar dlm preheated oven 160C selama 12-15 minit bergantung pada oven masing2.
7. Sejukkan dan letakkan jem pada lapisan bawah dan kapit dgn biskut yg berlubang tu.

starwberry sandwich biscuits... x sabar nak merasa buatan sendiri nih....

Friday, September 3, 2010

Serawa sagu nangka

salam september semua.... cepatnya masa berlalu kan.... dah lapan bulan sejak kak rose berpindah dari langkawi ke Shah Alam.... rasanya baru saja tapi itulah hakikatnya.... kenangan bersama keluarga besar kami semasa di Langkawi tak kan mudah dilupakan terutama bila ada perayaan dan makan2.... manis sekali kenangan waktu itu kan.... buat mas, wati, pura n ina selamat hari raya kak rose ucapkan... x de lagi kita nak buat open house dari pagi menjelang malam.... huh... melalut dah kak rose ni.... asalnya nak cerita tentang serawa sagu nangka ni.... kegemaran kami semua... tu yang jadi teringat kisah2 lama bersama kawan2 yang telah kak rose tinggalkan for good!

nangka ni kak rose bawa balik dari kampung semalam.... biasalah bila bulan puasa banyak buah yang terbiar je kan... jadi kak rose pun bawak lah balik dan bagi2 pada jiran.... yang ada baki ni kak rose buat serawa nih.... dah stail orang johor suka pengat2 ni untuk juadah bukak posa.... makan sejuk2.... nyaman sekali sementelah nangka ni fresh pulak.... krup krap rangup je.... resepinya kak rose penah tedulu... leh tengok sini ya oleh Rinn Chan. tima kasih ya.

Wednesday, September 1, 2010

Balik kampung

salam semua.... hari ni pepagi kak rose buat lagi biskut bunga cina ni. ha... yang ni wat untuk raya..... buat satu adunan dapat 2 balang untuk mak n mil je.... yang kak rose punya kena wat lain lak.... resepi masih dari nor67 tu... macih ya nor dan yang ni kak rose nak bawak balik kg petang ni... tu yang pagi2 lagi dah stat projek sambil dengar koleksi lagu raya....

masak jugak gulai udang dengan peria ni untuk bawak balik jugak.... hissshhh sedapnya nak makan masakan mak kat kampung.... ya lah sejak posa ni belum lagi berkesempatan nak bukak posa dengan parents kan.... jadi ari ni abang amik cuti dan balik kg... cian busu x dapat nak ikut.... tapi x pe kan minggu depan kita balik lagi sama2 k.

juadah untuk bukak posa lak kak rose buat puding sagu gula melaka ni.... x de nak cantik2 masuk dalam bekas kecik2 tu dah.... sekali terus masuk dalam tupperware senang nak bawak jalan... siap dengan pelakun2 tambahan nya.... sampai nanti tinggal nak ngap je.... kalau sempat la bukak posa kat kampung. Insyaallah.

biskut raya untuk mak..... semperit, biskut bunga cina, tat nenas bunga dan biskut irish.... ni je yang sempat kak rose siapkan untuk bawa balik kali ni.... k, nak kemas beg dan bye bye...