yes!!!! ni la pertama kalinya buat gula sira yang menjadi dengan eloknya....suker, suker....
(he he he puji diri sendiri lak!!!) dalam banyak kali cubaan x pernahnya nak berjaya hinggakan pernah buat kuih ni n kuih keria kak rose tabur jer gula halus atas dia.... desparate sangat kan? tp kali ni sangatlah happy nya kerana tutorial dan tips dari dapur
Gee, siap pasang timer depan dapur untuk dapat sira gula yang exact macam Gee buat tu.... sangat puas hati la kiranya! tq sangat2 Gee... so, sapa nak blaja g la tengok kat rumah Gee yg kak rose bagi link tu....
Gee, akk rose mintak iziin nak cnp resepi n tutorial buat sira tu jugak ya...
KUIH GETAS-GETAS
Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam.
Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak
terlalu lembik sangat.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk
lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong
segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila
hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak
meletak doh supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api
sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan
kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari
telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira
sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan
menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu
minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So
pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat
adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula
hangus.