Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 12, 2010

Siakap tiga rasa

Salam semuanya..... hari ni masak ikan siakap tiga rasa ni untuk lunch..... sayur tu mana yang ada je.... nenas, capsicum, carrot dan tomato..... sedap gak resepi amik dari sini dan kak rose nak C&P kat sini...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air (kak rose tambah sedikit tepung jagung)
(kak rose tambah sayuran - nenas, capsicum, carrot dan tomato - dipotong dadu)

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. (masukkan sayuran tadi.....)
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

Bahan hiasan :-
Sedikit daun ketumbar atau taburan bawang goreng.
(kak rose x letak)

masak jugak sayur lemak sawi cina dengan carrot.....

No comments: