Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 29, 2014

Setiap lima tahun....

Asalamualaikum dan selamat berjumpa lagi diruang dapur alam maya kak rose ni... berhabuk bersawang dah terbiar dapur ni... sejak hari jumaat bz saja....hari jumaat tu jadi host untuk bacaan surah al-Khafi kat rumah, jadi memang x dan nak mengadap dapur maya ni... juadah lontong yang kak rose sediakan pun tak dan nak amik gambar, masa mengaji pun tak de gambar...adoyai laaaa....hari sabtu pulak pagi lagi dah gerak ke JB sbb ade kenduri kawen anak buah pada ahad, lepas kenduri  balik semula ke rumah pun dah malam...mmg tak dapek nak menghapdet rumah ni!

 dan pagi tadi, awal2 lagi dah g ke Immigresen kat bangunan pkns, 8.29 dah sampai n amek nombor giliran....tp tu diah! 70 orang sedang menunggu... berjanggut maunya! 2 jam menunggu baru sampai ke giliran kak rose...lotih duduk menunggu, pas selesai satu kaunter, pergi ke next kaunter buat bayaran n tunggu sejam lagi untuk passport ready for collection. last sekali kak rose buat lima tahun dulu masa kat Langkawi.... sangat lah tak de orang, kejap jer dah siap!

kenapalah pihak Immigresen ni tak bagi notice kepada pelanggan tentang attire yang supposed dipakai semasa nak amik gambar ie: tudung mesti hitam. bila pakai tudung kaler2 kena tukar dengan tudung hitam yang disediakan kat situ... some people amik masa yang lama nak kenakan tudung cam ni, so banyak masa terbuang dan membuatkan orang ramai yang menunggu jadi resah, apa lagi kalau ade yang bawak anak2 kecik... dan ade kaunter yang kejap ada staff, kejap tu hilang, macam biskut chipsmore pulak. agaknya kalau menda2 cam ni tak de, 3 jam menunggu tu boleh dipendekkan lagi kan... haishhhhh!!!

dan after menunggu more than three hours, passport baru dah ready... cuma bila tuan tukang bayar nak bawak g jenjalan tu tak tau lagi la... get ready jer dulu kan....

Thursday, September 25, 2014

Kuih keria

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan semua.... ni kes mata dan tekak tak boleh tengok tayangan amal dari blog Gee Hut dengan kuih keria yang sangat menggoda tu... kebetulan ade beli keledek oren, maka lepas balik dari kuliah terus lah berkuntau kat dapo.... rasa macam tak sabo nak siap dan boleh ngap. tapi adoyai laa..... nak membulatkan kuih keria ni pun dah berpeluh2... serabai tepung satu dapo, melekat2 kat tangan punya pasal. nampak cam senang jer kan buatnya....tapi memang kena banyak2 bersabar dan belajar lagi. nak melubang kan kak rose guna apple corer.

bermacam2 saiz la jadinya kuih keria kak rose ni...gemuk kurus semua ade, tapi tetap habis kena ngap untuk juadah minum petang semalam. mintak izin ya kak rose cnp resepinya kat sini pulak..mekasih jugak sbb bagi tips nak sira gula tu...

KUIH KERIA

Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)
1 cawan tepung gandum
1/2 s/k garam
Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.
2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan
3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.
4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

  dalam kuali pun nak enter frame jugak!

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria
Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-


Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 
Terus matikan api dapur ye.
Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

Wednesday, September 24, 2014

WW:boleh bukak gerai tak?

 dari ini....

 buat cam ni....

 jadi ini...untuk kami.

untuk anak2 my neighbour.....

Monday, September 22, 2014

Abok abok malas....

salam dan selamat petang kawan2 semua... juadah apa agaknya untuk minum petang hari ni ya? kak rose ni rasa sangat nak makan kuih abok2, tapi sangat lah malasnya nak membungkus cantik2 tu... sebenarnya bukan tidak rajin tapi sangat lah tax pandai nak membungkus cara kelongsong tu.... asik2 terbarai jer, so sudahnya bungkus jer cara malas ni... isi tetap sama kan, asalkan dapat makan!

 ni la abok abok malas kak rose.... lidi pun tak jumpa, guna jer stapler.... tapi ni bahaya ya kawan2. kalau ade anak kecik, takut nanti lain pulak jadinya.  jangan ikut kemalasan kak rose ni ya... resepi nya kak rose dapat dari cikgunita, mekasih kongsi kan resepi kuih sagu peberet kak rose ni...

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

 
 Cara-cara
  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
ni la abok abok malas kak rose, makan masa hangat2, nyaman seh!

ni abok2 rajin kak rose..  pernah buat dulu dengan bungkusan kelongsong yang menjadi... nak jugak tayang kerajinan kan!

Saturday, September 20, 2014

Lunch tadi....

salam hujung minggu ya kawan2.... bila ade pelanggan, maka dapur kak rose pun beroperasi... anak dan ayahnya ade dirumah, jadi mamanya pun merajinkan diri memasak. selalu tu sorang jer kat rumah, beria memasak pun tak de sapa nak makan... tu yang bertambah2 vitamin m bertepek kat dalam diri jadinya!.....camner nak buangkan nya pun tak tahu lah....tapi bila diaorang ade jadi bersemangat pulak nak memasak.... ikan siakap tiga rasa, kerabu mangga, dan sayur campur apa yang ade dalam fridge... lepas lunch n solat zohor terus g antar kereta untuk service diglenmarie.

actually ari ni ade jemputan kenduri, tapi punyalah kak rose lupa sehinggalah adik tepon tanya dah sampai ke belum? kak rose pun tertanya2 sampai kemana? hey!!! tak g kenduri ker? ya Allah pelupanya kak rose ni kan, dan masa tu pulak kak rose n asben baru jer sampai kat Honda Service Center di Glenmarie untuk service si silver tu.... maklumlah minggu depan akan travel ke JB n next week pulak ke Kelantan untuk berhari raya kat rumah MIL.  ingatkan tengah bulan camni x la ramai orang, tapi sangkaan kak rose mmg meleset  dan jenuh jugak menunggu walaupun dengan appoinment.... dan akhirnya kenduri pun x dapat nak menghadirkan diri.... mohon ampun banyak2 ya Pak Ucu.
 sayur campur dengan apa yang ade dalam peti sejuk.... suma kasi taruk dalam n stir fry. siap!

Alhamdullilah kenyang sudah dengan lauk simple camni... dan petang ni vegetables fritters dan siap untuk dingap cicah dengan home made chilli sauce. kumpul lemak la pulak!

Thursday, September 18, 2014

Lipat sweet corn kuih

 kueh lepat dengan jagung manis dan sagu yang kenyal goyang2... tapi tuan punya resepi bagi nama glamer omputeh... lipat sweet corn kuih. apa lah ade pada nama kan? yang penting dapat hidangkan untuk minum petang semalam.... makan masa masih hangat mmg best, tapi kalau dah sejuk dia jadi kenyal sket, mungkin sbb guna tepung hoen kwe tu kot.

resepi dari Amy Beh, kak rose kongsi kan kat sini lak ya kalau ade sesapa nak mencuba..

 Ingredients
    • 150g plain flour
    • 35g hoen kwe flour
    • 80g castor sugar
    • 1/4 tsp salt
    • 250ml thick coconut milk (kak rose guna sepeket santan powder + 250ml air)
    • 25g sago
    • 100g sweet corn kernels
    • Banana leaves

    Method
    Wash and soak sago for 10 minutes; drain well and set aside.
    Cut banana leaves into 20 x 15cm pieces. Soften the banana leaves in boiling water for 30-40 seconds. Remove and wipe dry.
    Combine plain and hoen kwe flour, sugar, salt and coconut milk in a mixing bowl. Add sago and sweet corn kernels and mix to form a thick batter. Place 2½ tablespoons of batter on a piece of banana leaf. Level it and fold to form a packet. Steam over a medium flame for 10 minutes. Serve the kuih immediately.
                                             

Wednesday, September 17, 2014

WW: Kalau dah suka..

 peria + udang bercili

masak berulang2...

Tuesday, September 16, 2014

Sup bebola ayam

ni lunch kak rose semalam.... malas nak masak nasi, makan sup jer untuk lunch, tapi belasah sampai dua mangkuk... suka ati la kan. masak beria pun kalau tak de sapa nak makan pun jadi malas jugak. dengan sup ni boleh meratah gitu jer, tanpa nasik dan kalau sampai 2 mangkuk pasti kenyang la kan...

kodek2 resepi jumpa kat sini, tapi guna bebola ikan.... pandai2 lah menderhakan resepi dengan apa yang ade dalam stok kita....jom tengok resepi simple ni..

bahan-bahan:
20 biji bebola ikan(saiz kecil) (kak rose guna bebola ayam)
1/2 batang carrot(potong ikut suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*   }ditumbuk
1 inci halia*
secubit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
900ml air
daun sup/daun bawang,bawang goreng
cara-cara:
1)tumis bahan tumbuk hingga naik bau..kemudian masukkan kiub pati ayam..kacau hingga kiub hancur
2)masukkan air dan carrot..biar hingga mendidih dan carrot lembut
3)masukkan bebola ikan,serbuk lada sulah dan garam..biar sebentar.
4)last tabur dengan daun sup/daun bawang,bawang goreng..siap tuk dihidang

Monday, September 15, 2014

Broken glass jelly


 teruja tengok jelly yang kaler maler ni kat blog Sonia Nasi Lemak Lover tu.... memang cantik sangat, tu yang buat kak rose pun terasa sangat nak mencuba buat.... tapi kejadian dari tangan amatur ni tidaklah secantik tuan punya resepi tu.... tapi apa pun sudah cukup buat kak rose puas hati... cantik dimata kak rose ler kan! huh... masuk lift tekan sendiri!

 agaknya broken glassnya kena potong besar2, so bila nanti kita potong jelly tu nampak la cantik macam Sonia tu punya kan.... tak per lesson learnt, len kali kalau nak buat lagi kena la ingat yang tu...kalau nak tengok tuan punya resepi yang cantik tu g la kat link yg kak rose dah bagi tu ya...


meh kak rose kongsikan resepinya kat sini.... tq Sonia for the recipe.

Broken jelly
2tsp agar-agar powder
65g caster sugar
400ml water
Food colouring-Blue, Green, Orange, Red 
Method
  1. Mix all ingredients except food colouring in a small pot, bring to boil over medium heat.
  2. Equal divide into four portion and pour into individual containers and chill for 2-3 hrs or till harden.
  3. After chilling, cut them into blocks, place them in a larger container or pan.
 
oren n merah dah jadi macam satu kaler pulak....agaknya kalau buh warna kuning lagi standout kot.

Condensed Milk jelly
2tsp agar-agar powder
400ml water
6tbsp condensed milk or sweetened cream 
Method
1.     Mix all ingredients in a small pot, bring to boil over medium heat.
2.     Pour condensed milk jelly into broken glass jelly, gently stir them to mix well.
3.     Chill in the fridge till set, cut and serve.

hari hujan pun laju jer makan jelly ni....

Saturday, September 13, 2014

Bila tuan tanah sakit tekak....

 Salam hujung minggu buat kawan2 semua. ramai agaknya yang ambil peluang bercuti yang bersambung hingga minggu depan, sementelah cuti sekolah pulak kan. ambik peluang bercuti bersama anak2 la ya... kak rose tek de g mana pun cuma en asben berkonvoi moto keliling malaysia, semuga selamat pergi dan balik. kak rose ynag tinggal ni melayan lelangit yang bengkak, nak makan pun rasa tak selesa...so menu paling mudah bubur nasik ni je la...

lunch dengan bubur nasi ayam ala mek d ni....harap2 lelangit yang bengkak tu tak melarat la. tak tau apa sebab, tetiba rasa tak selesa semasa balik dari mengaji semalam...panas dalam badan ker? kurang air? minum air dah berbotol2 dah... harap2 cepat lah elok ya.

Friday, September 12, 2014

Talam keledek

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia. hari ni nak tepek kuih talam keledek yang kak rose buat untuk buah tangan masa majlis bacaan Al-Khafi pagi tadi... memula tu nak buat apam keledek kegemaran, tapi tetiba tukar pikiran pulak.... terus jer soh cik google carikan resepi kuih talam ni dan mulakan projek....punyalah excited nak buat, sudahnya tersalah tepung untuk lapisan bawah tu... dah bancuh baru tersedar yang sepatutnya guna tepung beras, tapi kak rose dah buh tepung gandum..... so tawakal Allah jer dengan harapan menjadilah talam ni.... saspen jer!

meh tengok resepi kuih talam keledek yang kak rose cnp dari blog kayumaniskoner563 ni...nasib baik its turn out ok walaupun terlupa jugak nak sapu minyak pada lapisan plastik kat loyang tu.... alahai!!!!! banyaknya yang ter ter... nampak na gelojoh, tergopoh2. kawan2 jangan ikut cam kak rose ni ya.... seeloknya ikut cam link yang kak rose bagi tu kalau nak mencuba.

TALAM KELEDEK
1/2 adunan : loyang 8 x 8

Bahan Lapisan Bawah : 
1 cawan keledek oren dipotong dadu (rebus & toskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
80 gm gula halus
1/2 sk garam

Cara :
Bancuh semua bahan kecuali keledek, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan keledek tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit.


Bahan Lapisan Atas :

80 gm tepung gandum
150 gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 mk air
sedikit garam
pewarna oren

cara :
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.

antara muslimat yang hadir semasa bacaan al-khafi pagi tadi....dari minggu ke minggu bertambah ramai yang join majlis ni. Alhamdullilah.

 Puan Hajjah Maryam yang mengetuai kumpulan mengaji kami.... terima kasih sudi membimbing kami semua.... semuga mendapat keberkatan bacaan Al-Khafi kami disetiap pagi jumaat yang mulia.

Thursday, September 11, 2014

Kuih bakar evergreen

 kuih bakar evergreen....harum bau daun pandan!

kuih bakar yang memang evergreen.... dari dulu, kini dan selamanya tetap menjadi pebret tapi nak buatnya tu yang tidak selalu ade karajinan....tapi bila ari ni dok meyelongkar dapur Gee Hut tetiba datang pulak vitamin r tu.... dan siapkan bahan2 pas tu g kuliah dimesjid. balik dari kuliah terus menggodek dan malam dapatlah makan kuih ni... minum petang kami memang selalunya sekali dengan dinner....maka dapat makan kuih ni pun dah malam!

 berposing dalam oben antik kak rose...

resepinya kak rose cnp dari blog Gee, mekasih ya kongsikan resepi ni. rupanya ade banyak versi jugak resepi kuih bakar ni...cer try resepi yang ni, sangat puas ati dengan kejadian dan rasanya...

KUIH BAKAR

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi (cairkan)
2 biji telur (pukul ringan)
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

 bila dah sejuk, keriput lak dia.... biar x de rupa, yg penting rasa!

Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Griskan acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan atas dapur gas hingga minyak berdesir. 
Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan. 
Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai garing.  

sedap, dua biji sekali ngadap bersama dengan nescafe o kurang manis......

Wednesday, September 10, 2014

WW: Sie ko dio!

kambing yang salah atau tuannya?.... kesian dia kena pakai tag!

Tuesday, September 9, 2014

Creamy chicken soup

semalam g jenjalan dan terbeli pulak roti baguette ni... tapi sbb kan kat Aeon Big ni segala neka roti dijual diluar dari supermarket, jadi bila dah keluar malas lah nak masuk balik semata nak cari mushroom soup untuk nak digandingkan dengan baguette ni. bila balik rumah terus lah mintak tolong cik google carikan resepi dengan bahan yang ade kat rumah.... cendawan tak de kita cari sup ayam la pulak...

dan cik google ni lah yang bawak kak rose ke blog Tun Telani.... rupanya ramai sungguh yang dah mencuba resepi creamy chicken soup yang mabeles ni...sllu makan yang orang buat jer kan, so kali ni kita buat sendiri jer.... ikut tekak kita dan yang penting sangatlah jimat... kalau kat pizza hut semangkuk tu dah dekat empat hengget, bila buat sendiri boleh nak mengulang2 makan sampai pengsan! meh tengok resepinya yang kak rose cnp dari blog Tun tu, mekasih daun keladi ya..

Creamy Chicken Soup
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam
Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

 garlic spread pun boleh baut sendirk jugak.... semua nak jimat kan, tapi memang salute kepada yang kongsikan resepi ni...tq Tun

GARLIC SPREAD
Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

Ingredients:
50 g Salted Butter
3 Garlic- grated
2 tbsp Coriander leaves  (chopped)  - tun letak oregano (kak rose pun)

Method:
Bring butter to room temperature.
Mix everything together.
Can be stored in the chill tray for up to one week.

toasted baguette with garlic spread yang mabeles... tambah pulak cicah dengan creamy chicken soup tu...next day kena double triple la masa brisk walk tu. larat tak agaknya?

Monday, September 8, 2014

Kerabu mangga muda ala thai

kerabu mangga buat intuk lunch semalam.... terima kasih kak chom yang bagi kak rose buah mangga putik ni.... actually not so putik anymore, sbb dah kekuningan isinya tapi masih rangup krup krap gitu.... kiranya kerabu mangga yang fresh dari pokok la ni. sedap sangat sbb tak masam mangga ni. cuma perahkan sedikit air asam limau untuk ade rasa sedikit masam.... bestnya meratah!

dah siap2 semua bahan, and gaul semua..... ready dah kerabu mangga ala thai ni. resepi dari rumah CMG, mekasih ya mat kongsikan resepinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan (kak rose x de ni)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

Sunday, September 7, 2014

Yang ni lagi la teringin nak makan....

bekpes pagi semalam. lontong pebret sepanjang masa, tapi kerajinan tidak lah ada nak buat selalu... dua hari lepas teringin nak makan soto, lepas tu teringin nak makan lontong pulak dah.... dah baik dari demam dan batuk ni macam2 pulak keinginan tekak ni.... maklumlah masa raya tu mmg tak dapat makan juadah raya.... makan bubur nasi ala ala mek d jer hari2 for almost 3 minggu, sampai naik jemu dibuatnya! tapi sebab nak cepat elok pakej batuk tu kena lah tahan segala menu raya yang sedap2 tu.... sabor jer la!

so sekarang ni time nak balas dendam lah kiranya.... masak apa yang terasa nak makan, walaupun masih beringat2 takut nanti batuk tu datang balik naya jer kan...tapi bila dapat lontong ni, 2 pinggan habis at one go.... kemaruk sungguh kan. tak per la, minggu depan g birsk walk pulak, bakar lemak tu. aci tak macam tu?

 gigih lah pepagi lepas subuh masak kuah lodeh ni dengan sayur mayur apa yang ade je.... kubis, carrot, tempe yang wajib ade, soon, udang n udang kering... jadilah untuk lepas kan ngidam nak makan lontong dengan kuah lodeh ni. buat jugak sambal tumis....n rebus telor. nasi impit dah siap2 rebus awal2 lagi... by 9.30 dah ready, boleh ngap dah!

 rendang daging leftover, just panaskan n ready to serve.

 memang nikmat sungguh dapat layan lontong pebret ni.... bekpes n lunch pun makan lontong je... berpinggan2 pulak tu. sementara ade, makanlah sampai jemu.... esok entah bila pulak nak buat lagi kan!

Alhamdullilah, kenyang sudah. bekpes pun boleh bertambah2.... kuah pun sampai kering kat pinggan, puas ati dapat makan.... habis sudah utang masa raya tak dapat makan! dan ada satu lagi yang belum dapat nak merasa.... laksa johor, ahhhhh!!!! kecur sudah air liur!