Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 31, 2012

Terima kasih sangat2...

Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... dipagi yang ceria ni kak rose nak ucapkan terima kasih sangat2 pada kawan2 yang sudi follow kak rose kat blog yg suam2 je ni.... dah bertahun2.... hampir 3 tahun to be exact kewujudan seripayaku ni, akhirnya dapat jugak mengumpul kawan seramai 1k gitu. orang lain dah ribu riban pengikut, tp buat kak rose sangat2 lah berterima kasih pada yg sudi follow tu ya... tp buat follower yg ke 1k tu kak rose x dapat pulak nak ikut balik... x de link. anyway terma kasih pada semua ya.... menjadikan seripayaku ni ada disini walaupun untuk suker suker jer.... terima kasih pada kawan2 yg bagi sokongan dan yg pentingnya pada sifu2 masak yang sudi kongsikan resepi2 dan petua yg sangat berguna.....

walaupun ciput jer... nak jugak tepek.

dan sangat2 terima kasih pada tiffin biru CMG. LG dan Ita masam manis kerana menjadi penyumbang traffic sources. malu je kan nak tayang jumlah traffic pada blog suam2 ni, tp ni adalah realiti pada seripayaku..... tak lupa jugak terima kasih pada semua.... salam sayang dari kak rose di seripayaku

Wednesday, May 30, 2012

Salad limau bali

salad limau bali aka kerabu limau bali. ada pernah makanx? mungkin dengar pun x pernah kan.... ni lah hasil carian cek google yg sangat rajin tu.... tanyalah apapun dia pasti akan berikan jawapan dan terpulang pada kita nak terima x jawapan tu.... so kak rose pun ikutlah pada resepi yg diberikan ni.... sebenarnya limau bali ni pemberian kawan yg baru balik dari kampung..... dah puas meratah x terhabisnya. tu yg soh cek google carikan resepi ni.... meh kak rose sharekan resepinya yang kak rose cnp dari sini.....

Bahan-bahan

2 camca besar Kacang tanah panggang, dicincang
1 camca besar Bijan, digoreng kering


A
300 g Limau bali, dikupas & dijuring
2 batang Bunga kantan, dihiris halus
3 batang Serai, dihiris halus
4 Bawang merah, dihiris halus
3 batang Daun ketumbar, dihiris halus
4 Cili padi, dihiris halus


B
1 camca besar Minyak masak (kak rose skip yg ni)
2 camca besar Gula atau secukup rasa
2 camca besar Jus limau nipis
2 camca teh maggi secukup rasa
½ camca teh Lada sulah atau secukup rasa

Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk, campurkan bahan A dan bahan B, gaul mesra.
  2. Taburkan kacang tanah cincang dan bijan.
  3. Hidangkan segera.

Berhati2 bila menulis.....

Black day for internet user....

saja nak share menda ni baru akan dilaksanakan pada June 1st 2012.... peringatan buat diri sendiri jugak agar berhati2 bila menulis dan juga memberikan sesiapa saja yang menggunakan komputer dirumah.... kita kena bertanggungjawap dengan apa saja yg ditulis oleh orang lain dalam akaun kita... aka dalam ruangan komen pun!

“In other words, I am responsible for anything posted on my website and the burden is on me to prove my innocence, not on the prosecution to prove my guilt”.

so berhati2 bila menulis... sama kita jaga bahasa agar tidak timbul masaalah nnti kan...

Tuesday, May 29, 2012

Kuah kacang

salam dan selamat petang.... tetiba hari ni teringin nak makan nasik impit dengan kuah kacang ni... macam2 jer tekak ni nak makan kan? terpaksalah merajinkan diri melayan tekak yang masih terbatuk2 ni. macam2 jer hendaknya. tp yalah penat2 memasak tp bila nak makan rasa loya tu pun ada lagi.... makan sket jer pun x abes dah!. resepi kuah kacang ni kak rose cnp dari rumah kak hanieliza yg menggunakan x banyak bahan.... banyak versi kuah kacang ni dengan penambahan berbagai2 bahan tp idok le kak rose terbuat sbb buat pun dengan bahan apa yg ada didapur jer....


Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras



Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


lunch kak rose hari ni..... nasi impit dengan kuah kacang

Monday, May 28, 2012

Lunch dengan nasi goreng jer...

nasi goreng + salad n timun jepun cicah soso cili.......

lunch untuk orang yg malas nak masak tapi nak makan jugak.... nasib baik jer ada nasik sejuk baki semalam, jadilah mangsa masuk koli hari ni.... kebetulan pulak anak jiran yg ditinggalkan ibunya balik kampung tanya mama masak apa? aik? mama pun x masak lagi ni dan katanya mama masak apa je la.... so dengan lajunya mama masak lah nasik goreng bodo2 ni.... bubuh sayur carrot yg disagat, kobis n capsicum hijau yg didadu, telor dan gorengkan ikan bilis... potongkan 3 biji cili api masuk sekali dalam tu.... dah siap. senang kan.

ni untuk 2 beradik yang ditinggalkan ibu n ayahnya balik kampung kerana ada urusan.... harap icha n akim kenyang makan nasik goreng bodo2 mama ni ya!

Sambal tempe

salam pagi isnin yang ceria.... harap2 suasana ceria akan berterusan menjelang petang. tp cuaca panas yang teramat ni membuatkan badan sangat x sihat.... segala batuk selsema semua dah hinggap hingga kena 2 jab baru nak elok sket. seminggu jugaklah melayan batuk n selsema ni dan kini Alhamdullilah beransur2 kurang, wpun batuk ada lagi sket2.... tp nak stat mulakan balik briskwalk tu masih rasa x terdaya lagi... treadmill pun dah seminggu terbiar... x de sapa nak naik! nntilah bila dah benar2 sihat.

tp makan ttp nak jugak kan. buat yg simple2 jer, sambal tempe ni buat semalam. mmg sedap makan dengan nasik panas2.... ratah gitu jer pun ok buat kak rose yg mmg sukakan tempe! meh tengok resepinya yg kak rose kopi dari Myr oleh nduk hana tuh! mekasih ya nduk!

Bahan-bahan

  • 5 keping tempe
  • segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
  • segenggam kacang tanah goreng (hana xde stok yg kcg tanah biasa tu)
  • 4-5 sudu besar chili giling/chili kering
  • 1/2 biji bawang besar - blend
  • 2 ulas bwg putih - blend
  • seinci belacan (kak rose gantikan ngan pati ikan bilis)
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • garam
  • gula melaka

Cara-cara

  1. Potong nipis2 tempe....Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
  2. Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga btol2 masak chili tuh.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
  4. Kemudian bleh la masukkan tempe,kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. tp jgnlah lama sgt nnti hangus kang sambal tuh. Dah siap bleh la dihidang.

Sunday, May 27, 2012

Kerabu tauge n daun selom

kerabu untuk lauk lunch tengahari tadi. ni kes semalam g pasar malam n ternampak ulam daun selom ni sangatlah segar2 so just amik je la seikat, bolehlah buat kerabu.... bila dah bli selom tu tauge pulak x de jual kat situ. pagi ni pas g bekpes teruslah singgah kat pasar sek 16 tu, semata2 nak cari tauge n kelapa putih. nasib baik ada banyak la pulak.... jadilah kak rose punya kerabu togeh n selom ni...

resepinya dari An kak rose tepek kat sini sekali lagi ya.... mekasih An dan semua yg pernah share resepi ni.


Resepinya: Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kak rose guna seikat 70 sen tu) - hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris
**5 biji cili padi (kak rose buh 2 biji jer)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti ngan pati ikan bilis)

***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

2. Sedia dihidang.

*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

Ayam kandar

menu tengahari semalam..... buat setengah ekor je pun x abes makan dan leftover dalam fridge pun dah ada bermacam2.... sapa lah pulak nak tolong ngabeskan tu kan? kalau simpan dalam freezer pun ok gak kan, len kali nak makan tinggal panaskan jer.... instead of simpan dalam fridge je lama2 nnti jadi x elok dah! x baik membazir kan dan senang jugak kerja len kali sbb dah ada menu yg tinggal panaskan jer.

ayam kandar ni mmg sedap, terasa makan makan lauk nasi kandar tu, (tetiba teringat lak nasik kandar line clear! huh?) cumanya x de le berkandar lagi ayam ni... kalau nak mudah kerja, gorengkan ayam dulu separuh masak dan ikutlah step seterusnya, tp kali ni kak rose x goreng ayam tu jadi memasaknya pun lama sikit dengan api perlahan supaya ayam betul2 masak.... resepinya dari hana dan kak rose kongsikan sekali lagi.... pernah buat kat sini jugak.

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
  • (kak rose tambah 1tsb serbuk cili)
Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

Dua minggu berturut2.....

sejak kurang sihat ni asik nak makan menda2 yg berkuah sup cenggini..... dan pagi tadi sekali lagi mencari soto nasi dikedai yang sama macam minggu lepas. makan kat restoren saga kat sek 16 shah alam, restoren yang femes dengan roti boom tu. sllu kalau datang sini mmg makan roti boom tu je la, kali ni tukar selera pulak. 2 minggu berturut2 lah kak rose bekpes dengan soto ni... tp balik rumah ni dah ada rasa macam nak muntah pulak.... rasa mual tu datang balik. dah amik ubat, malah jab pun dah kena tapi rasa tu ada lagi.... ada apa2 petua nak hilangkan rasa loya ni, kawan2 tolonglah share ngan kak rose ya.... dan didahulukan ucapan ribuan terima kasih.

Saturday, May 26, 2012

Ayam bakar halia

Salam semua dan selamat berhujung minggu pada semua..... ayam panggang ni kak rose buat dah dua hari lepas. sambil melayan batuk tapi molot ni teringin nak makan ayam panggang cenggini.... mulanya ternampak ayam panggang penyet kat rumah Animz, nak buat tp x cukup bahan jadi gunalah bahan yg mudah dan sentiasa ada didapur je... jadilah ayam panggang halia ni.... disebabkan tekak yang sakit dan makan apa pun x selera, last2 jamah sikit jer, untuk hilangkan kempunan. tu pun sangat malas nak sediakan menu sampingan, makan je la dengan timun cicah sos cili jer. mekasih pada suma yang share resepi ni dan ramai dah yg mencubanya


Ayam panggang/bakar halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

Thursday, May 24, 2012

Ubat batuk.....

salam dan selamat tengahari semua..... cepatnya masa berjalan.... x terkejar dibuatnya.... baru kejap ni amik bekpes, bila tengok jam balik dah menjelang petang pulak!.... dua tiga hari sakit tekak dan semalam stat batuk lak.... adoyaiiiii!!!! x tahan rasa, macam nak terkeluar anak tekak dibuatnya.... makan ubat batuk pun macam x jalan je, so kak rose pun try google petua nak ilangkan batuk ni..... dan dapat ubat sedap nih!

nasib baik ada banyak stok oren sunkist, potongkan atasnya dan buh garam sket, ready untuk kukus....

jangan lupa tutupkan balik keratan atas tu dengan pinkan guna lidi dan kukus.... kukus dengan api kecik dalam 20 minits gitu....

sejukkan dan bolehlah dinikmati.... harap2 dengan petua ni bolehlah ilangkan batu kak rose ni kan..... semua ni kak rose dapat dari sini. terima kasih ya kerana share petua cenggini.

agaknya ubat yg ni boleh ke terus nak bye bye? kenapa ek ubat batuk ni manis semacam.... x lalu rasa nak menelannya!

Wednesday, May 23, 2012

Laksam.... lagi!

buat lagi laksam ni... kali ni memenuhi permintaan kawan yang nak makan, tp x nak yg bli punya... nak jugak tangan kak rose ni yang buatnya, walaupun tunggang langgang kecah suma dapur tp gagahkan diri jugak... kang dah pindah jauh ngences pulak x dapat makan laksam masakan kak rose ni kan....

masih guna resepi yang sama, cumanya kali ni kak rose double triplekan kuah dan laksam tu... sbb ramai nak makan.... jangan nnti x cukup pulak!

kuah laksam yang seperiuk beso... harap semua puas dapat makan homemade laksam dari kak rose ni ya....

and this one yg dah siap tapau for someone yg request nak makan...... u know who u are kan....and hope u enjoy it!

Tuesday, May 22, 2012

Pulut gulung serunding

kesian rumah ni, makin lama makin terbiar bersawang nampaknya sbb tuan rumah ni sangatlah malas nak mengemaskini kan.... x berapa sihat pun ya jugak, tp yg banyaknya malas la tu.... x sihat sbb sakit tekak dan batuk2 sket jer pun, tp tangan pun jadi malas nak mengetuk kibod.... boleh cam tu? tp yang pasti makan x pernah nya malas pulak kan. dan pulut ni kak rose buat 3 hari lepas, nak jugak tayang kat sini pulut gulung yg sememeh ni..... pernah tepek kat sini dulu, resepi dari citarasawan, dan ramai jugak yg dah mencubanya. mekasih ya. sekali lagi kak rose kongsikan kat sini.

Bahan-bahan
  • 300gm beras pulut
  • 100ml santan pekat KARA
  • 100ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sedikit pewarna kuning
  • Serondeng Daging atau Ikan Kak Wan beli yang dah siap (kak rose guna serunding ikan)

Cara-cara
  1. Rendam beras pulut semalaman bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning. Toskan dan masukkan ke dalam loyang bersama santan, air dan daun pandan. Kukus selama 25 minit.
  2. Alas loyang empat segi dengan daun pisang (hana gune cyling film). Ambil pulut dan ratakan kedasar loyang dan taburkan serondeng tadi ke atas pulut.
  3. Gulung pulut seperti membuat swiss roll.
  4. Kaedah Lain : Alas Loyang dengan seaweeds dan gulung dengan kemas. Boleh juga guna bamboo mat untuk mengulung ala-ala sushi gitu..

Sunday, May 20, 2012

Famous amos cookies

salam dan selamat malam semua.... dah habis berhujung minggu barulah agak ada rasa nak mengupdate rumah ni... x taulah kenapa, dah macam kelaut semua saki baki kerajinan yg ada nak mengadap rumah ni.... masak2 tu mmg la ada tp rasa x kosa sangat nak amik gambo bagai.... apa lagi nak mengedit dan buh kat sini.... banyak jugak gambar yg dah ada tersimpan saja dalam folder, buat kenang2 je la nnti kan....

cookies ni kak rose buat masa hari jumaat lagi, tengok date pun dah tau kan.... buat ni pun sbb nak bawak g rumah kawan yg buat majlis khatam quran kat pada hari sabtunya. aci x, buat kuih yg mudah2 je, sbb minggu lepas tu dah buat yg heavy punya kan....tp nasib baik sangat disukai oleh budak2. mmg la budak2 suka cookies cam ni kan... mak2 budak suka gak!

buah tangan kak rose untuk majlis khatam quran Ila, Aidah n Fatihah. resepi kak rose masih guna yang sama kat sini... mekasih pada tuan punya resepi ya...

Fathiah, Ila n Aidah sedang membaca quran semasa majlis berlangsung dibawah pimpinan Ustazah Ina yg datang dari jauh. ramai tetamu yang datang meraikan, juga hidangan yang sangat berbagai dari buah tangan tetamu yang datang... Ila, laksa nyonya tu sangat sedap!

Alif Lam Lam Ha


أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ اللهُ وأشهدُ أنَّ محمّداً رسولُ الله

Ya Allah... Engkaulah Tuhan yang satu. Tiada lain darimu ya Allah.

dapat ni dari sini, tq for sharing tentang kebesaran Allah...

Friday, May 18, 2012

Jangan - Ustaz Don

Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu hari yang mulia pada semua.... harap semua dalam lindungan Allah jua hendaknya disamping menjalani rutin kehidupan seharian. hari ni kak rose nak share satu artikel yang kak rose baca dari satu blog ni.... pada yang sudi bolehlah kita jadikan sebagai panduan, kadang2 benda yang kita anggap remeh tu la yang menjadi pengajaran sangat berharga buat kita sebenarnya.... dari Ustaz Don, siapa yang x mengenalinya kan.....

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.

Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.

Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu. Walalhualam

muga kita mendapat sedikit sebanyak pengajaran dari artikel ini.....

Wednesday, May 16, 2012

Who's this girl?

adore sangat dengan photo ini.... siapa lah gadis cilik duduk ditangga ni? reality in life kan.... n nampak muka budak ni pun soooo innocent and as if x de masaalah langsung walaupun dengan persekitaran yg pada some of us sangat daif di pendalaman Sarawak. ya la budak sekecik ini apa yg dia tau ttg masaalah kan?. gambar ni kak rose capture dari majalah Times yg kak rose baca semasa di honda service centre pada cuti hari buruh tu... tima kasih pada jurugambar ni yg kak rose dah lupa sapa namanya yang sedang holidaying in Sarawak

tima kasih pada cameraman yg snap gambo unik ni.....

Tuesday, May 15, 2012

Potato salad

lunch untuk orang yang sangat malas nak masak tp nak makan! godek2 buat salad ni wpun x cukup bahan sama dalam resepi tu, tpguna apa je yang ada dalam simpanan kan... asalkan sedap n kenyang perut dah syukur Alhamdullilah.... pas tu gorengkan chicken tempura n fish fillet cicah dengan cili sos jer. resepi yang lengkap boleh tengok kat Myr oleh skyblue

Bahan-bahan
  • 2 biji kentang yg besar (potong dadu [2x2cm] dan direbuskan dgn sedikit garam sampai lembut)
  • 1 sudu besar Mayonnaise
  • 1 sudu kecil Pasli atau Daun Bawang yg dipotong kecil
  • 2 sudu besar Jagung (dlm tin / frozen)(x letak sbb cuma ada jagung cream jer... huhuhu)
  • 1/2 sudu besar Jus Lemon
  • Sedikit garam
  • kak rose tambah capsicum hijau didadu n sedikit pepper

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan dlm mangkok besar, gaul sehingga rata. Simpan dlm peti sejuk selama 30mins sebelum makan.
  2. Tips: Boleh tambah kacang hijau kalau suka.

Monday, May 14, 2012

Kebizian hari jumaat lepas....

part of the fresh daun kesum from the garden untuk laksa johor tu.....

salam hari isnin yg ceria... mmg ceria je cuaca pagi ni dengan matahari yg terang bersinar sejak awal pagi lagi. dan harap2 hari2 kita semua akan seindah cuaca pagi ni ya.... happy dalam memulakan minggu yang baru. Insyaallah.

entry tertunggak pun kak rose nak cerita kat sini jugak, biarpun dah basi.... saja buat kenangan dikemudian hari... hari yg bz buat kak rose, maklumlah x pernah masak banyak2 cenggini. kalau ada pun masa buat open house during hariraya jer, tp kali ni kawan mintak tolong masakkan untuk buat majlis yasinan kat rumah dia pada hari sabtu.... dan dia mintak kak rose masakkan laksa johor yg renyah tu.... so hari jumaat lepas balik dari SDMC terus lah kak rose memulakan projek buat kuah laksa tu.... maklumlah buat keja sorang2, so biarlah mulakan dari awal, jangan nnti kelamkabut x siap kan.... dengan lima kilo ikan nak debone, blend sampailah siap suma buat sorang2, pun dah menjelang tengah malam.... dah yang paling leceh bila nak siapkan ulam2 untuk laksa johor tu... timun yang nak dipotong bulat2 jurai tu yg paling amik masa! keras tangan kak rose nak siapkan timun tu.... pas tu barulah potong kacang, bawang merah, daun kesum, asam limau dan siang taugeh. jugak rebus 6 packets of spaggheti..... yang ni kak rose buat pagi sabtu pulak.... lega rasanya bila laksa ni dah siap. sayang kuah laksa yang seperiuk beso dan segala condiments nya kak rose lupa nak amik gambo!

tepung pelita dalam cup ni dia mintak kak rose tolong buatkan jugak.... 3 adunan dan dapatlah 72 cups... jenuh nak tuang satu2 dalam cup ni, nasib baik anak bujang ada rumah bolehlah tolong susunkan cups ni dalam tray, senang mamanya nak isikan satu2. walaupun sedikit renyah nak buat tp bila tengok tetamu dia suka dengan tepung pelita ni, kak rose pun tumpang gembira.... mekasih pada Yani kerana resepinya.

malam tu sambil menunggu renehkan kuah laksa tu, kak rose buatkan dia puding roti marble ni.... sebagai buah tangan untuk majlisnya.... 3 loyang 3 adunan dan 3 kali kak rose masak.... maklumlah x reti nak masak sekali banyak2.... takut nnti x tau nak bagi evenly, naya jer kan. so biar lambat asalkan selamat n menjadi walaupun rupa sememeh sana sini tp rasa ttp umph gitu! mekasih hana yg perkenalkan resepi mudah ni.

since mama sibuk, x dapat nak masak untuk dinner, soh anak g pizza hut... laju jer dia g and tapau sbb mama x leh nak pegi sama.... hot pair deals - 2 large super supreme pan pizza untuk kami 3 beranak. tamak kan?

Sunday, May 13, 2012

Ayam masak bali

salam hari minggu semuanya.... dah nak bersawang rumah kak rose ni x berusik... asik bz memanjang.... bz of doing nothing? entahla... hari jumaat tu bawak anak g physio kaki dia kat SDMC untuk kali ke enam... actually lutut tu dah elok, dah g main futsal n takraw pun, tp sbb appoinment dah buat so pegi je la.... n bila dah kata boleh main bola segala maka last physio tu mmg kena kaw kaw punya! kena buat jugak la.... ada hari sabtu tu g jumpa pakar tulang sekali lagi dan Dato Dr. Anuar dah bagi greenlight untuk aktif balik.... dengan syarat berhati2 la...

hari ini baru dapat masak dan mmg buat lebih2 untuk anak bawak bekal balik ke melaka... ayam masak bali, sambal gesek ikan bilis yg kak rose blend jer, jugak serunding ikan yg kak rose buat ari tu.... resepi ayam masak bali ni kak rose amik dari rumah Nor dan dulu pernak buat gak kat sini.... mekasih ya Nor dan sekali lagi kak rose sharekan resepinya.

AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah ni....

makan dengan nasi panas2 n sayur kacang buncis goreng dengan ayam ni...

jugak sambail gesek tipu2 sbb guna blender jer..... x de pandai nak menggeseknya. so guna cara yg paling senang je la kan.... dan ada jugak gulai daging masak lemak cili api... Alhamdullilah kenyang kami makan 3 beranak tengahari tadi..... dan jam 4 td anak dah mulakan perjalanan balik ke Melaka dengan segala bekalannya!

Thursday, May 10, 2012

Banana pancake

salam dan selamat petang..... juadah minum petang semalam, tp kan x dapat nak update sbb windows7 kak rose ni buat hal.... ni pun masih guna apple tp amik gambar kat windows7... jauh jalan gambar ni nak dapat tepek kat sini.... puas mengklik baru dapat satu gambo!.. x kisah la kan asalkan dapat mengodek rumah ni pun dah kira ok...

bila bli pisang mesti ada yg terlebih ranum x termakan dan jadilah mangsa kena lenyek.... rasanya dah lama jugak x buat banana pancake ni.... sejak terbakar hangus kat dapur ari tu, maklumlah x sabar punya orang! buat pancake pisang ni kena guna api yg sangat kecil supaya kejadian nya x la hangus macam kak rose punya ni.... tp walaupun hangus tetap jugak kena ngap!

masih guna resepi yg kak rose cnp dari rumah kak Hanieliza, sekali lagi kak rose sharekan resepinya kat sini ya....

BANANA PANCAKE (Hanieliza)

Ingredients :

8 ripe bananas ~ mashed (kak rose guna 3 biji pisang montel yg beso2 tu...)
1 teaspoon salt (I put just 1/2 teaspoon)
1 tablespoon sugar
2 tablespoons milk powder
1 egg
1 cup flour
1 teaspoon bicarbonate soda
a bit of margarine

Method :

1. Sift flour with bicarbonate soda. Set aside.
2. Mix well the mashed bananas, salt, sugar and egg.
3. Fold in the sifted dry ingredients till well incorporated.
4. Heat the non-stick pan and grease with a bit of margarine.
5. Put a spoonful of the batter onto the pan and flatten it.
6. Cover the non-stick pan and let the batter cook till golden brown. It's best done on medium heat to avoid the blackish color.
7. Flip over, so that the other side will get cooked as well.
8. Serve with honey or golden syrup or with whatever your heart desire...

Nyonya kerabu telor

salam dan selamat pagi semua..... hai susahnya kalau orang buta it ni kan.... dari semalam lagi komputer kak rose ni x boleh bukak guna windows.... maklumlah dalam ni ada tiga os... mac, vista n window7..... sllu tu bila bukak je dia akan bagi pilihan yg mana nak guna tp sejak semalam dia terus je pergi kat apple yg paling kak rose x suka nak guna... x reti pun ya jugak. ni la padahnya kalau x nak explore something yg baru and asik nak stick to the old one... bak kata busu, mama ni old school la. memang betul pun, malas nak pk.... nak edit gambar2 pun punyalah susah pd kak rose yg x reti ni kan.... dan pagi ni cuba jugak.... dapatlah buat entry ni, wpun punyalah jauh nak cari gambar2 yg duk dalam window7 tu... nak guna komputer yg lain, bila cari dalam network x de pulak nama komputer ni.... masa ni lah semua x jadi, sllu tu bila bukak network ada je icon komputer kak rose kat situ..... mana lah dah ko pegi oiiii atau kak rose yg x reti nak cari! adoyaiiiii!!!!! ni yg pepagi dah nak naik angin satu badan nih! tukang betulkan komputer pulak dah g keja... kena tunggu dia balik nnti le gamaknya baru dapat guna window7 balik....

antara bahan2nya.... minus the eggs.

ishhhh!!!! pepagi dah merepek meraban marahkan komputer yg buat hal nih! actually nak cerita tentang kerabu telor yg sedap ni. buat untuk dinner petang semalam.... ratah gitu je pun sedap gak. sejak ada gegata tu, lama jugak kak rose x makan telor, sekarang ni dah ok boleh lah makan... cuma berhati2 je la.... kalau ada timbul lagi ubat pun dah sedia ada. resepi ni kak rose godek kat rumah CMG, mekasih ya mat.... tp kak rose x de daun salad nak hias cantik2 cam tu... biar x cantik dimata asalkan saaaaangat sedap ditekak. betul kan Mat?

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus) (kak rose x letak sbb x makan itu blachannn)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka.....
ni gamba yg pernah kak rose tepek dulu kat sini.... gambar pun boleh ulang tayang kan....

pssstttt... 1st time update guna os apple dalam komputer kak rose ni.... x suker! x suker!

Tuesday, May 8, 2012

Laksam

salam dan selamat petang.... dah petang hari baru dapat nak ngadap menda ni.... pagi tadi g pot pet ngan kawan yang nak mintak tolong buatkan laksa johor dan tepung pelita untuk yasinan dan jamuan perpisahan pada hari sabtu ni... Insyaallah dan harap2 kak rose cukup sihat untuk nak menyempurnakan permintaan kawan tu.... balik rumah terus siapkan nak buat laksam ni.... sebelum g tadi dah siap rebus ikan.... bila balik tengahari dah lapo laju je nak siapkan.... dan dapatlah lunch dengan laksam yg dah berhari2 teringin, macam mengidam lak kan?.... masih guna resepi dari Yani@Myr tu.... mekasih ya...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
>> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau

>>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

puas dapat makan.... siap tambah2 lagi tu!

Cara-cara
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau