Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 27, 2019

Masak lemak pucuk paku+udang kertas

Asalamualaikum dan salam Khamis...

lauk simple yang sedap buat kak rose, apa lagi kalau digandingkan dengan ikan masin... memang boleh bertambah2 manakan nasik! ade kisah disebalik pucuk paku ni... semasa kak rose tunggu anak datang amik selepas habis bershopping di pasaraya giant, ada seorang pakcik ni jual kat depan tu.. dengan berpanas terik dan tak de sorang pun yang datang beli... lama jugak kak rose perhatikan... kesian kan... so kak rose pun g lah kat dia dan mintak dua ikat, satu ikat yang besar jugak tu cuma seringgit jer... apa lah untung yang dia dapat agaknya kan... dan masa kak rose beli tu... ramai pulak yang datang sama2 membeli... Alhamdulillah habis jualan pucuk paku pakcik tu masa tu jugak.. yang tinggal cuma bunga kantan dan sedikit pucuk ubi... dan selepas beberapa hari baru lah jadi masak lemak pucuk paku ni dan ada seikat lagi dalam fridge. entah apa lah kabarnya tu?... meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan-Bahan:

  • 1 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk udang kecik
  • 2 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)
  • 1 ketul kecil kunyit hidup
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
  2. Tumbuk halus cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Basuh udang dan toskan
  4. Masukkan santan, bahan kisar halus dan udang bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Tips:

  • Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.

Wednesday, June 26, 2019

Monday, June 24, 2019

Raya semalam...

Asalamualaikum dan salam isnin buat semua..

 fuh!! fuh!!! tiup habuk2 dulu.. tuan tanah sibuk berhari raya back to back, maka tak sempat nak jenguk dapo maya ni. kesian terbiar jer kan. kawan2 dan habis ker beraya... #rayakansebulan tu memang betul2 lah. apa lagi bila hujung minggu, berderet2 jemputan open house.. tapi kak rose mampu pergi yang dekat2 jer sebab memang tak lalu nak menghadap jem diperjalanan tu. so mohon maaf lah ya kengkawan yang jauh tu... ade masa nanti kita gader2 lagi walaupun bukan hari raya. Insya Allah..

 dan yang buat tambah tuan tanah ni bz ni sebab semalam kak rose pulak yang jemput kawan2 kat sini... buat dua menu jer tapi renyahnya memang memakan masa nak sediakan ... menu kak rose laksa johor yang memang permintaan dari kawan2.. dengan dayang2, terutama timun tu lah yang paling leceh nak sediakan... ya lah nak jugak potong syanteeek2 kan..bertabahlah semuanya nak kena sediakan sorang2... tak de assistant. Alhamdulillah, berbaloi penat bersilat didapo, bila tetamu suka dengan hidangan simple kak rose.

 2nd menu kak rose, soto ayam...lagi lah renyah nak sediakan... dayang pengiring yang banyak dan memakan masa nak sediakan semuanya. ayam carik2 tu sehari awal kak rose siapkan. kak rose goreng dan siat2 dan simpan dalam fridge, kacang goreng, sambal kicap, soon goreng boleh siapkan awal2.. malam nya kak rose buat kuah soto. pegedil jugak kak rose buat malam tu, dan siap bentukkan, bakar dalam oben sekejap dan paginya baru lah goreng celup telor tu. jadi pagi tu cuma potong daun sup dan siang taugeh. bawang goreng beli jer dari kawan. nasi impit juga siap kan awal2 sbb nak biarkan sejuk baru boleh potong kan..

 pagi tu siapkan bubur kacang jugak... Alhamdulillah, walaupun cuma tiga jer menu hidangan kak rose semuanya siap bila tetamu pertama sampai... tuan tanah dah boleh duduk layan tamu..tapi dek bz pok pet layan tetamu satu gambo pun tak teramik...huhu

cookies memang tak de. awal2 dah bagi tau kat kawan2 kak rose tak de cookies raya... buat sikit pun hari tu bawak balik kampung semua.. tinggallah sebalang kecik tat nenas kerang tu... sesambil merebus ketupat dan buat kuah laksa dan soto sempat jugak panaskan oben buat marble kek.. itu jer yang sempat sediakan... nak buat brownis kononnya, terbiar jer chocolat masakan dalam piok, nasib baik belum cairkan... hihi. simpan balik lah kalau gitu... nanti2 lah kalau rajin.

Friday, June 21, 2019

Rahsia Surah Al-Fatihah

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari..







Rahsia Surah Al-Fatihah.. perkongsian dari wall muka buku, share kat sini untuk bacaan kita semua... semuga bermanafaat..

(1) - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

(2) - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas--kan rasa sakit dalaman

(3) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

(4) - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

(5) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu /usap ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

(6) - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ; Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Note : Bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan jujur, Insya Allah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua...

Thursday, June 20, 2019

Jom la tanam sendiri...

Asalamualaikum dan salam khamis..

 terima kasih pada adik yang bagi benih pokok cili api ni...nasib baik lah kak rose tak makan pedas, so ade sepokok cam ni pun dah cukup lah bekalan kalau setakat seminggu sekali jer masak dan guna pun dua tiga biji jer sekali masak.. en asben pun tak kisah kalau tak de lauk yang pedas.. dan lepas raya ni dah tak rajin pun nak memasak.

 semalam pertama kali g marketing lepas raya ni... memang terbuntang mata bila tengok harga cili api ni.. tapi bila nak guna untuk masak open house, kena lah beli jugak... kenapalah begitu melambung haranya kan... adekah permintaan terlalu tinggi atau supply yang berkurang masa ni. bila demand melebihi supply, masa yang baik untuk naikkan harga lah kan... apa daya kita sebagai pengguna.. tanam pun cuma sepokok jer!😜

kalau ada pilihan memang tak beli dah cili api ni! kat tempat kawan2 pun cam ni jugak ke harga cili api ni? dikkk!!!  nak lagi benih cili api tu ya! nak tanam banyak2... boleh jual nanti.. hihi

Tuesday, June 18, 2019

Snacking time...

macam2 ade kalau masa snacking time ni..

 dah lepas bulan puasa, maka kembali ke pangkal jalan lah kita... no heavy dinner, cuuplah setakat amik snack untuk minum petang aka dinner sekali.. mudah untuk tukang masak dan tukang makan pun tak kisah kan... apa yang terhidang itulah rezeki petang tu... Alhamdulillah.. samosa, store bought, cuma gorengkan jer.. lagi lah mudah kerja tukang masak kan... dan puding yang sedap tu ada kawan bagi...terima kasih.

 taruk jer apa yang ada, Alhamdulillah kenyang..

 keropok leko frozen... defrost, potong2 dan rebuskan semula untuk dapatkan texture yang lembut macam asal tu... wallahhh... sedapnya cicah cili so..

 tempura dan tembikai pun ok jer...

 pisang tanduk goreng beli je bersama keledek potong macam stick dan gorengkan... tak perlu cicah dah.

ada masa rajin buat goreng koey teow pulak... taruk udang banyak2 baru lah umphh kan..

yang ni memang pebret lah... keledek goreng ciciah dengan sambal kicap jawa,,😋😋

Monday, June 17, 2019

Jom kita amalkan... Insya Allah..



Sunday, June 16, 2019

Gulai udang+nenas


 gulai noneh kata kawan kak rose.. memang pebret msak cam ni dan dilawankan pulak dengan ikan gelama masin goreng... memang bertambah2 lah makan nasik... lupa segala nak berdiet tu. dan ni lah firet masak selepas berhari raya. bagi dapo rehat sekejap selepas sebulan asik bersilat didapo semasa puasa hari tu. memang kami lebih suka kalau masak sendiri masa berbuka puasa tu...so kenalah tiap2 hari bersauna didapo kan... sekarang rehat lah balik, bagi dapo sekali sekala jer berasap..

jom tengok resepi masak lemak ciliapi udang dengan nenas yang sedap ni..

BAHAN-BAHAN :  

1 biji buah nenas
udang secukupnya
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya(kak rose guna 2 biji jer ciliapinya)
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Saturday, June 15, 2019

Makan2 lepas raya..

Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua..

lepas kisah rendang ketupat, kita ternak semula lemak yang hilang tak seberapa semasa puasa hari itu... sayang kan kalau hilang banyak2...😜 so cepat2 lah kita tambah balik.  ni kami makan pada hari raya kedua, sekembalinya dari kampung beraya bersama adik beradik semua...  lamb shank beriani untuk sianak mama... pebret sungguh lah dia dengan menu ni...

 en asben pulak nak makan yang simple2 jer... nasi goreng ayam dara, katanya. camner nak kisahkan ayam dara tu tak tahu lah... asal kenyang kira Alhamdulillah, tukang masak boleh berehat lagi setelah sebulan bersilat kat dapo.

 fish n chips untuk tukang masak ni.. suka dengan fillet yang crispy diluar dan juicy didalam tu... berapa lah agaknya calories yang masuk untuk satu hidangan ni kan. masa ni tak yah lah nak kira calories tu bagai, makan jer dengan angan2 lepas tu rajin2 lah ber brisk walk pepagi hari tu... tapi sampai la ni belum stat lagi. camner tu?

 dan the drinks untuk anak dan mama... satu lagi lambat pulak sampai, so bila dah makan memang tak de lah nak snap gambo lagi kan...

sangat pebret dengan soursop juice ni... pekat likat soooooo nice. tapi kena slurppp from the glass sebab dah strawless kat mana2... so pandai2 nak slurrrrppp tu... silap2 bermisai bibir dengan juice ni.. hihi

Friday, June 14, 2019

Amalan Yang Mendatangkan Pahala Berlipat Ganda


Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari
kak rose nak tepek kat sini perkongsian dari grup whatsapp, muga bermanafaat buat semua..





Amalan-Amalan Yang Mendatangkan Pahala Berlipat Ganda 


Perkara
Pahala
Rujukan
1.        
Siwak sebelum takbiratul ihram
70 kali ganda dari solat tanpa siwak

Al-Baihaqi Sunan al-Kubra no. 159-161 (Hasan li ghairih)
2.        
Solat berjemaah
25 atau 27 kali ganda dari solat seorang diri.

Bukhari no. 645, 646
3.        
Saf pertama di dalam berjemaah
Mendapat selawat dari Allah Ta’ala dan para Malaikat


An-Nasa’i no. 811, Abu Daud no. 664
4.        
“Amin” makmum serentak “Amin” imam selepas membaca al-Fatihah
Mendapat pengampunan semua dosa yang telah lalu

.
Abu Daud no. 936
5.        
Membaca “amin” setelah membaca al-Fatihah
Mendapat pengampunan semua dosa yang telah lalu


Al-Bukhari no. 781 Muslim no. 916
6.        
Baca setelah salam solat Subuh dan Maghrib sebelum ubah cara duduk.
Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syaarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir
Sepuluh kali



 Allahumma ajirni minannar
Tujuh kali



10 pahala, hapus 10 dosa, naik 10 darjat, dapat malaikat yang lindung dari syaitan, lindung dari perkara yang dibenci, tidak terkena dosa kecuali jika dia syirik, melepaskan 10 hamba

 Jikalau mati, dapat terlindung dari neraka

Ahmad 
Al-Haithami
Al-Mundziri no. 682





Al-Mundziri no. 683
7.        
Baca “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, “Allahu Akbar” 33 kali setiap satu; diakhiri dengan “Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syareeka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadeer

Ampun dosa yang sebanyak buih di lautan.
Muslim no. 597
8.        
Solat Isya’ berjemaah
Pahala solat separuh malam

Muslim no. 656

9.        
Solat Subuh berjemaah
Pahala solat sepanjang malam

Dalam perlindungan Allah Ta’ala dan tidak masuk neraka

Muslim no. 656


Muslim no. 657
10.    
Solat qabliyyah Subuh
Pahala yang lebih baik dari dunia dan segala isinya
Muslim no. 1193
11.    
Duduk pada tempat solat / sejadah setelah solat Subuh dan berzikir sampai naik matahari kemudian solat Isyraq.

*dengan syarat solat Subuh berjemaah

*tidak perlu solat Subuh berjemaah

Pahala haji dan umrah yang sempurna




Termidzi  no. 586

Tabrani (al-Ausath no. 5602)
12.    
Solat Dhuha 


4 rakaat



Jikalau bersuci di rumah, kemudian dilakukan di masjid

Ampun dosa yang sebanyak buih di lautan.

Rumah dalam syurga

Jaminan rezeki hari itu.

Umrah yang sempurna
Termidzi no. 476


Tabrani (al-Ausath 4753)
 Sunan al-Kubra no. 4901
 Abu Daud no. 558
13.    
Solat Tasbih
Ampun dosa yang awal dan akhir, lama dan baru, sengaja dan lupa, kecil dan besar, rahsia dan nyata

Abu Daud no. 1297
 Ibn Majah no. 1387
14.    
4 rakaat qabliyyah Zohor
Rumah dalam syurga

Pahala solat 4 rakaat qiyamullail

Tabrani (al-Ausath 4753)

Ibn Abi Syaibah no. 5991
15.    
4 rakaat qabliyyah Zohor + 4 rakaat ba’diyyah Zohor

Terlindung dari api neraka
Abu Daud no. 1269
An-Nasa’I no. 1814
16.    
4 rakaat qabliyyah Asar
Rahmat dari Allah Ta’ala

Terlindung dari api neraka
Termidzi no. 430

Tabrani (al-Kabir 611, al-Ausath 2601)

17.    
6 rakaat selepas Maghrib dan tidak berbual / senyap

Anjuran:
2 rakaat qabliyyah maghrib (qadha’) +
2 rakaat ba’diyyah maghrib +
2 rakaat. Diniatkan sekali sunat awwabin pada ke semua rakaat.

Ibadah selama 12 tahun
Termidzi no. 435


Walaupun dha’if, tetapi thabit Nabi  ﷺ solat sunat antara maghrib dan Isya’ (Termidzi no. 3781)

18.    
4 rakaat selepas Isya’
Pahala solat malam Lailatul Qadar

Ibn Abi Syaibah no. 7351-7357
19.    
Menjaga 12 rakaat solat Rawatib:
2 rakaat sebelum Subuh
4 rakaat sebelum Zohor
2 rakaat selepas Zohor
2 rakaat selepas Maghrib
2 rakaat selepas Isya’

Rumah dalam  syurga
Muslim no. 728
20.    
Membaca al-Quran

Satu huruf = 10 pahala
Termidzi no. 2835
21.    
Membaca 10 ayat waktu malam. (minimum)

Bukan golongan orang yang lalai.
Ibn Hibban 662
22.    
Membaca 100 ayat waktu malam. (minimum)

Pahala qiyamullail sepanjang malam
Ibn Hibban 662
23.    
Membaca 1000 ayat waktu malam. (minimum)

Pahala orang yang mendapat loba yang besar (lebih besar dari pahala qiyamullail sepanjang malam!)

Ibn Hibban 662
24.    
Membaca surah Yaasin
10 kali khatam al-Quran1
Termidzi no. 2887

25.    
Membaca Surah al-Zalzalah 2 kali (minimum)

Sekali khatam al-Quran
Termidzi no. 2894
26.    
Membaca Surah al-Ikhlas 3 kali (minimum)

Sekali khatam al-Quran
Bukhari no. 6643
Muslim no. 881
27.    
Membaca Surah al-Kaafirun 4 kali (minimum) ATAU

Membaca Surah an-Nasr 4 kali (minimum)

Sekali khatam al-Quran
Mustadrak al-Hakim no. 859


Termidzi no. 2895
28.    
Membaca ayat Kursi selepas solat fardhu
Tiada sesuatu yang menghalang masuk syurga kecuali maut

Tabrani (al-Kabir no. 7532)
29.    
Membaca Sayyidul Istighfar pagi sekali dan petang sekali
Masuk syurga jikalau mati pada siang atau malam hari itu.

Bukhari no. 5947
30.    
Jawab setiap lafadz Azan ketika Muazzin mengumandangnya

Masuk syurga
Muslim no. 577
31.    
Baca doa selepas mendengar Azan

Dapat syafaat Nabi Muhammad

Muslim no. 579
32.    
Pergi ke masjid di waktu pagi untuk belajar atau mengajar

Pahala haji yang sempurna
Tabrani (Mu’jam al-Kabir no. 7473)
33.    
Bersuci di rumah, lalu pergi ke masjid untuk solat fardhu berjemaah

Pahala haji yang sempurna.

Abu Daud no. 558
34.    
Berjalan pergi ke masjid
Setiap langkah naik satu darjah, dapat satu pahala, hapus satu dosa.

Muslim no. 654
35.    
Mandi sunat Jumaat dengan sempurna seluruh tubuh serta bersuci, lalu pergi awal ke masjid dengan berjalan kaki (tanpa kenderaan) dan duduk hampir dengan mimbar. 

Setiap langkah dapat pahala puasa dan qiamullail setahun.
Termidzi
Termidzi no. 456
36.    
Terkena penat, sakit, duka, kerisauan, pedih walaupun sekecil tercucuk peniti yang sangat kecil atau suntikan ubat.

Menghilangkan segala dosa
Bukhari no. 5318
37.    
Baca surah al-Ikhlas 3 kali apabila masuk rumah

Turun berkat pada dirinya, ahli rumahnya dan jiran-jirannya.

Ad-Durul Manthur (Imam Suyuthi)

  
Gandaan Pahala Mengikut Tempat dan Masa
Amalan yang sudah berganda di atas boleh digandakan sekali lagi mengikut musim / masa dan tempat amalan tersebut dilakukan


Tempat/Masa
Pahala
Rujukan
1.        
Tanah Haram 

(semua amal kebajikan seperti solat, puasa, sedekah, baca al-Quran / maulid, senyum, dan lain-lain lagi)

100 000 kali ganda dari amalan di Tanah Halal


Ibn Majah 3117 
Al-Mundziri at-Tagrib no. 1702


2.        
Masjidil Haram 

(solat sahaja)
100 000 kali ganda berbanding di luar Masjidil Haram2

Ahmad no. 16 117
 Ibn Hibban no. 1620
3.        
Masjid Nabawi

(solat sahaja)

(seluruh masjid, tidak terhad kepada masjid lama yang asal

1000 kali ganda berbanding di luar Masjid Nabawi

(tidak termasuk Masjidil Haram / Tanah Haram)
Ahmad no. 16 117
 Ibn Hibban no. 1620
4.        
Masjid al-Aqsa

(solat sahaja)
500 kali ganda berbanding di luar Masjid al-Aqsa

(tidak termasuk Masjidil Haram / Tanah Haram dan Masjid Nabawi)

Al-Bazzar no. 4142
5.        
Bulan puasa
Pahala solat sunat jadi solat fardhu.

Solat fardhu3 digandakan kepada 70 kali ganda

Ibn Khuzaimah no. 1887

6.        
Sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan

(moga2 terkena Lailatul Qadr)

Ganda pahala 1000 bulan4
Surah al-Qadr
7.        
1-10 Dzulhijjah
Setiap amalan lebih baik dari pahala pergi berjihad, kecuali orang itu mati syahid.
Bukhari


Dan gandaan terakhir....

Sesungguhnya orang yang menunjuk kepada kebaikan adalah seperti yang melakukan.  (at-Termidzi no. 2613)

Maka jikalau orang lain beramal sebab anda, maka anda akan mendapat pahala sebanyak mana yang orang itu amalkan, tanpa berkurangan pahala orang tersebut. Kalau orang tersebut beritahu orang lain, maka orang tersebut dapat gandaan pahala, dan anda mendapat pahala 2 orang: orang yang anda beritahu dan orang yang diberitahu oleh orang tadi. 

Dan pahala tersebut akan berterusan berganda jikalau ia diviralkan dan diamalkan oleh ramai orang.