Asalamualaikum dan salam hujung minggu..
semakin hari berpuasa, semakin tak de idea nak masak apa untuk menu berbuka.. so menu berulang2 lah jadinya dan yang penting apa yang dimasak tu habis dimakan lah.. salah satunya popia cicah home made sos ni, memang pebret kami anak beranak lah.. berulang2 makan pun tak per, tukang masak pun senang hati nak sediakan dan akan sangat happy bila hidangan habis dimakan kan..
juga buat lagi rendang ayam sedap ni... disebabkan lama memasaknya, sambil buat cookies tu kak rose dah jerang rendang ni... renehkan dengan api kecik hingga sedikit kering kuahnya. pebret sianak lah ni. jarang sekali sahur nak makan nasik, tap kalau ada lauk ni, boleh dia mintak nak makan nasik! Alhamdulillah, berbaloi tukang masak sediakan lauk ni..
dan buah pun tinggal belen2 jer yang ada dalam stok simpanan... mangga yang beso2 tu ada lagi dua biji, tapi nak jugak makan buah yang lain kan... hari ahad tu balik kampung, so memang tak de masa nak g marketing... makan jer dulu apa yang ada dalam fridge... lapang sikit lah fridge kak rose ni..
dan in between masak2 tu, sempat lagi kak rose buat cookies ni. tat nenas kerang yang sangat ambil masa nak siapkan.. buat tak banyak pun... cuma untuk bawak balik kampung dan untuk buahtangan pada adik kakak sempena hari raya nanti...
No comments:
Post a Comment