Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, September 30, 2017

Mee goreng sedap

 mee goreng sedap... sendiri masak sendiri makan dan sendiri puji sedap! tapi memang sedap pun kat tekak kak rose dan tukang makan dalam rumah ni pun kata sedap. jadi tukang masak pun sangat lah suka sebab hidangan habis dimakan... masak dengan kasih sayang yang pastinya dan dengan rencah udang yang banyak tentulah sedapkan.

apa pun syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga... walaupun cuma mee goreng bodo bodo ni....

Friday, September 29, 2017

Nasib kau la pisang...

 memang malang sungguh nasib sipisang yang kuning cantik ni bila dapat kat tukang masak yang sambil leka buat keja lain... multi tasking sangat la konon kan! cekodok pisang sudah jadi rentung macam dayang senandung pulak... nasib baik ni gorengan yang terakhir, so yang goreng awal2 tu masih elok sikit lah.

 cekodok pisang versi dayang senandung!

selamat sudah cekodok pisang gebus untuk minum petang kami anak beranak...

Thursday, September 28, 2017

lemak putih cendawan kukur+tempe

lama sangat rasanya tak masak dan makan cendawan kukur ni... kebetulan masa kak rose nak balik kampung minggu lepas dan tersinggah kat pasar malam di yong peng, tersangatlah banyaknya gerai2 yang jual sayur2 kampung... rasa macam nak beli semuanya... nak beli tu boleh jer tapi kerajinan nak memasak tu selalunya yang jarang nak datang! jadi camno tu? so kak rose beli cendawan kukur ni... semangkuk 5 hengget, tapi bila dah siang dan buang pangkal yang lekat kat pokok tu, seciput jer dapatnya... cukuplah untuk kak rose makan sorang, yang lain tu memang tidaklah nak makan cendawan cam ni... takut mabuk katanya!

dan kak rose masak lemak putih jer campur dengan tempe, potongkan cili merah dan hijau, sedikit bawang merah dan perasakan dengan garam dan sedikit gula... sedaplah pada tekak kak rose... kalau nak pedas boleh lah ditambahkan dengan cili api kan...

Wednesday, September 27, 2017

Tuesday, September 26, 2017

Jom belajar...




untuk yang ingin memantapdiri dengan ilmu dan pengetahuan berkaitan ibadah umrah, dan juga yang akan  mengerjakan umrah... kak rose tolong promokan usaha yang dibuat oleh thtravel ni... huh! duduk bersila dari jam 9 pagi hingga pukul satu tengahari ... lenguh dan kebas kaki tapi sangat berbaloi dengan penerangan yang diberikan... jom jom kita belajar....

Monday, September 25, 2017

Kek marble lagi...

 buat lagi... kali ni untuk bawak balik kampung lak...memang lembab dan sangat moist kek marble ni.. meh tengok resepinya.... mekasih sifu masak2 yang kongsikan resepinya ya. boleh lah mencuba untuk hidangan keluarga pulak nanti kan...

Bahan-bahan:
  250 gm buttter - kak rose guna Buttercup
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder 220 gm gula kaster 4 biji telor gred A 1 tbs ovelette 1 tbs esen vanilla 2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb 1 tbs choc emulco 1 sudu besar serbuk koko saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas 


Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna pink(saya tak buat sebab gunakan warna asal)Manakala untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

Sunday, September 24, 2017

Bila mak mak nak bergader2

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu... untuk kawan2 yang berkerja, hari minggu pastinya diperuntukkan untuk melayan keluarga dan juga kawan2... kak rose pun ade permintaan dari kawan2 yang nak buat gader2 dan makan makan lah yang pastinya... dan ni kisah hujung minggu lepas... bila mak mak nak bergader2... dan laksa johor yang sangat dinantikan kawan2 semua... kak rose ni bukan lah rajin sangat nak buatnya, tapi nak memenuhi permintaan kawan2, dengan happynya dapat sediakan laksa johor ni.. dan tukang masak akan sangat happy bila kawan kawan yang datang makan dengan seleranya... Alhamdulillah...ada baki boleh tapau boleh bekal bawak balik...

 kak rose cuma sediakan laksa johor dan juga agar2 bodo2 yang terlupa langsung nak amik gambo. dan kawan2 yang datang bawak macam kuih pun kak rose tak sempat nak snap... ade donut, sagu gula melaka jugak kuih badak berendam dan kuih talam berlauk yang sedapppp... mekasih semua.

 laksa johor kak rose yang tak de daun kesum sebagai dayang pengiringnya... tapi kak rose lebih suka kalau daun kesum tu terus masuk sekali dalam kuah tu... lagi umphhh lah pada tekak kak rose ni... tapi lain orang lain citarasa kan... so terpulanglah pada tekak memasing..

dayang pengiring yang paling kurang rajin nak sediakan... buang ekor taugeh dan juga nak potong timun yang bulat2 tu... sangat memakan masa buat orang amatur macam kak rose yang tak pandai2 ni. hishhhhh!

Saturday, September 23, 2017

Berdua menternak lemak...




 

Alhamdulillah kenyang... tapi kejappppp jer dah lapo balik!

Friday, September 22, 2017

Kuih hari jumaat kak rose..

 Asalamualaikum san salam jumaat buat semua kawan2... semuga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya... buat kuih lopis pulut ni untuk mingguan gathering baca surah Al-Kahfi dengan muslimat kat kawasan tinggal kak rose ni...kadang2 tu dah tak tahu nak buat kuih apa untuk pot luck mengaji ni... dan yang penting nya kak rose ni kalau nak buat pun yang mudah2 jer... tapi yang mudah dan home made ni lah yang selalu jadi pilihan instead yang beli dikedai tu... kuih jumaat lepas pun nak jugak tepek kat sini...kira ok la tu kan..

 stok pilut memang banyak, so kuih yang mudah nya lipos ni lah... just rendam pulut n kukus...

 nak membulat dan memadatkan tu kak rose guna yang untuk gulung sushi tu..

 potong2 n salut dengan kelapa parut, air gula sediakan awal2. ha... kan dah siap kuih lopis kak rose ni ..
dan gader gader kami... masa kak rose amik gambo ni ramai lagi yang belum sampai..maklumlah mak mak dan nenek nenek... pepagi mestinya busy, so memang ade jer yang terlewat sampainya... hihi

Thursday, September 21, 2017

Ikan kembung oh ikan kembung!


teringin nak makan masak asam pedas ikan kembung campur dengan bendi bersama nasi panas panas... maka merajinkan diri ke kedai dan cari ikan kembung ni.... dan kini ikan kembung dah setara dengan ikan yang mahal tu... ya lah kalau rega ikan kembung pun dah capai dopoloh ringgit sekilo, bukanya fresh pun, tapi sbb nak makan kena lah beli jugak kan... tapi ada pak menteri yang kata kalau ikan mahal jangan lah beli, makan sayur jer... sayur mayur pun semuanya dah naik rega kan...

 apa pun meh la makan nasik panas2 dengan ikan kembung masak asam pedas campur dengan bendi ni... perut kenyang hati pun senang... tak guna fikir pasal harga ikan tu kan.... sabo jer la!

Wednesday, September 20, 2017

Tuesday, September 19, 2017

Baby bread pudding

 bila lama dah tak buat dan ade roti yang nak tamat riwayat.. maka jadilah puding roti anak kecik ni... sedap untuk bekpes dan jugak minum petang. tapi selalunya kak rose buat untuk minum petang aka dinner sekali... meh kak rose kongsikan resepinya untuk yang nak mencubanya...

 Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Monday, September 18, 2017

Air sirap limau kasturi

 sejak mencuba buat kiub pati limau kasturi, maka rajin lah nak buat air sirap cam ni... tak yah perah liamu dah... just masukkan kiub limau bersama kiub ais dalam sirap dan jus febret pun dah ready untuk dinikmati... mudahkan! nak tengok camner kak rose buat ice cube jus limau tu bolah tengok kat sini ya... bila nak guna kiub dah ready dan limau pun tak rosak kalau tersimpan lama dan tak guna. mekasih pada otai masak2 yang bagi idea nak selamatkan limau kasturi dari rosak tu kan..

satu gelas beso ni cuma bubuh dua cube limau tu pun dah terasa sangat limaunya... tapi terpulang pada cita rasa memasing la kan... kalau nak rasa lebih masam, letak la extra ketulan limau tu... dan kalau nak rasa lagi umph, boleh la tambahkan asam boi dalam sirap limau ni. maunya satu jug beso pun tak cukup nanti... hishhhh

Sunday, September 17, 2017

2nd air-cond

 2nd air-cond di hall yang sekangkang kera...

 in the processes of installation...

almost done... lepas ni bolehlah bersejuk sejukkan... 
2 unit of 1.5hp air cond di hall yg cuma sekangkang kera

Setelah lamaaaa terhenti...

 setelah lama terhenti
mari lah mulakan semula rutin ini
merajinkan diri dipagi2 hari
untuk jaga kesihatan diri sendiri...



total steps: 22k ++
total distance : 17km ++
calories burnt: 784kcal jer... sekali je makan nasi dah berlebih dari ni kan? 😢😢😢

Saturday, September 16, 2017

Kuih cara berlauk sedap...

 dah few times buat kuih cara berlauk ni untuk kuih hari jumaat kak rose sebagai pot luck mengaji tu, kali ni kak rose buat untuk minum petang kami anak beranak pulak... kalau buat untuk bawak pergi mengaji tu memang kak rose tak tinggal baki dirumah sebab memang tak de tukang makan, melainkan balik petang nanti kan... so might as well bawak jer semua dan kalau nak nanti buat semula petang nya... tapi yang pasti taidaklah rajin nak buat sampai dua kali dalam sehari kan.. memang tidak lah... ada masa datang kerjinan dan tukang makan pun ada barulah boleh buat...

buat separuh adunan ni cukuplah untuk tiga kali loyang bunga ni... dan juga cukup untuk kami tiga beranak.... Alhamdulillah.

Friday, September 15, 2017

Niat ketika baca Al-Quran

33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran


Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari buat semua kawan yang kak rose sayangi... semuga semuanya dalam rahmat, redho dan keampunan Nya jua... lepas baca Surah Al-Kahfi ramai dipagi jumaat, kak rose nak share kat sini perkongsian dari group whatApps... tidaklah kita membaca semata2 untuk dapatkan pahala sahaja, malah kalau kita tahu tentang kebesaran Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran, Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW : .“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”yang baik2 elok kita kongsikan, dan yang tak perlu tu biar je lah kan... 
 

1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.
(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis. semuga bermanafaat buat kita semua.

 

Thursday, September 14, 2017

Kek pandan santan

kek yang tak gunakan butter ataupun minyak...rasa macam pelik jer bila kek takde butter dalam bahan2 dia kan. jumpa resepi ni kat blog MTQ Creations, nampak resepinya macam simple jer so kak rose pun nak lah mencubanya... dan end resultnya, rasa ok tapi macam sangat mampat keknya... tak tahu lah dimana silapnya.... berkali2 kak rose baca semula bahan2nya... memang tak de butter tapi bila tengok gambar kek mak  tok tu macam gebu jer kat sini... kak rose punya mampat n padat pulak... ni lah kalau dah memang amatur sangat tapi nak jugak mencuba... hihi. dan dalam tin 7x7 pun nampak kemet jer kejadainnya. tapi tak cuba tak tahu kan..

kak rose kongsikan resepi dari MTQ Creations ni kat sini, mekasih ya mak tok...

Loyang  7in x 7in di sapu minyak
Bahan :
200gm tepung gandum
2 st baking powder\
\di ayak bersama...
2 biji telor gred A
180gm gula halus
25ml air daun pandan
175ml santan
Pewarna hijau jika perlu
Cara ..
Pukul telor dan gula hingga kembang
Satukan air daun pandan dan santan..kacau rata dlm satu bekas..kalau malas nak buat air daun pandan boleh ganti pandan paste
Masukkan tepung selang seli dgn santan hingga habis.Gaul rata
Tuang dlm loyang dan bakar hingga masak

Wednesday, September 13, 2017

Pengganti lighter

lama tak nampak mancis api cam ni!

Tuesday, September 12, 2017

Mee udang lagi...

 Bila dah sekali rasa memang nak lagi dan lagi dan lagi... cam tu lah dengan resepi mee udang ni. berkali kali dah kak rose buat dengan resepi ni. dah pernah cuba buat mee udang dengan resepi yang lain tapi tak dapat memenuhi citarasa anak tekak ni.. ya lah memasing punya citarasa kan. kadang tu pada kita dah sangat ummphhh tapi tidak buat yang lain... so, ikutlah citarasa memasing... resepi asal dari Ros jintanmanis yang nun jauh berada dinegara matahari terbit tu.... mekasih ya Ros kongsikan resepi yang sangat kena dengan tekak kak rose ni. kali ni kak rose tak guna spaghetti tapi mee kuning tu. tapi kak rose lebih prefer dengan spaghetti to go with this mee udang's gravy  yang sedap ni.


Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna mee kuning)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan (kak rose gantikan dengan fish kek, itu jer yg ada stok!)
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose gantikan dengan daun sawi)
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikiut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Celurkan mee kuning dengan air panas, sekejap jer dan toskan.

5. Celur daun sawi dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Monday, September 11, 2017

Bila tukang masak tak rajin...

 Walaupun tak rajin memasak, tapi dinner tetap kena serve kan... dan pilihan memang banyak.. just a click away dan sediakan the $$$, sampailah atas meja. mudahkan untuk sediakan makan malam...

 dua medium pan pizza with super supreme topping for three of us..

and two bowl of mushroom soup... Alhamdulillah kenyang dan tak perlu nak bersauna kat dapo lama2.. senang kerja tukang masak ni.