Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 31, 2018

Cucur manis stick yang viral....

 kisahnya bila nampak resepi yang viral, pasti teruja sekali nak mencuba kan... kalau kebetulan bahan pun ada, boleh la mencubanya... dan resepi cucur dengan bahan yang pasti semua ada kat dapo memasing ni, tak rugilah kalau kita mencubanya...sedap buat kak rose yang memang suka dengan cucur aka cekodok walau apa pun isinya... yang ni panas2 baru angkat dari kuali... rangup diluar dan lembut jer dalamnya..


kak rose bancuh doh tu, dan lepas tu biarkan kejap, barulah kak rose gulungkan kecik2 tu...

gulungan yang tak sekata... gemuk, kurus, panjang pendek semua ada!. resepi yang viral kat fb, terima kasih yang sudi kongsikan resepi mudah cenggini kan.... mohon izin kak rose nak tepek kat sini pulak ya..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam


Cara-caranya:
1) Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2) Masukkan kedalam tepung gandum
3) Gaul sebati
4) Biarkan sejuk seketika
5) Bentukkan dan goreng dengan api perlahan

Monday, July 30, 2018

Apam labu

 Asalamualaikum dan salam isnin yang sejukkkk... hujan rahmat pagi ni, semuga en asben dan anak jugak akan selamat sampai ketempat yang dituju dan dipermudahkan segala urusan... begitu juga doa kak rose untuk semua... kak rose dah ready nak g berbriskwalk, tapi hujan pulak kan.. so pepagi dah mengadap pc , buat entry pepagi... boleh la nak tepek resepi apam labu yang kak rose buat untuk bawak g ngaji Al-Kahfi pagi jumaat lepas... lama rasanya tak buat apam labu ni..

 sebelum bersauna.... bismillahhirohmannirohim... bagi dia bersauna lebih kurang 18 minit dengan harapan akan turn out elok lah..

 Alhamdulillah, seperti yang diidamkan... gebus tembam dan lembut kejadiannya...



 meh kak rose tepek resepinya kat sini... terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepi sedap nih.... tak rugi mencuba...

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:-

  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah bas

Sunday, July 29, 2018

Hampir dua tahun...

hampir dua tahun baru pergi jumpa doktor gg ni lagi... manyak marah lo itu doktor... Aiya!!!  I asked u to come by August last year, tapi baru sekarang mari? memang kalau ikutkan kena jumpa dentist for every 6 bulan untuk buat scaling, tapi kita ni selagi tak de masaalah dengan gg tu jangan harap lah nak serah diri kan... tapi semalm ni pergi pun sbb dah dekat dua tahun tak jumpa, so tunjuk muka dan ngangga depan dia lah... sambil dia buat scaling preet kreeeetttt mesin dia tu, mulut pun sama pot pet marahkan kita... jangan makan manis2 nanti gg rosak lah... dan bila kak rose bagi tau dia my sugar level adalah 4.8mmol, wahhh... good, good katanya. at least dia tak marah lagi dah!

last sekali, semua gg dalam good condition, katanya.  Alhamdulillah

Saturday, July 28, 2018

Makan lah puas puas....

 sekali membeli.... ha hambek ko!

macam2 ade....

Friday, July 27, 2018

Gulai tolo itik

 sapa suka gulai tolo itik masak lemak ciliapi, kita geng

bila ada jiran yang rajin balik kampung dan amik stok telo itik fresh dari kebun, memang tak tolak la kan... dan telonya memang fresh tu yang kak rose suka sangat nak buat masak lomak ciliapi cam ni.. ada pernah beli kat pasar, bila pecahkan telo kuningnya dah pecah, bercampur sekali dengan putihnya.. memang frust sangat lah time nak masak, cenggitu pulak jadinya kan...

cantik jer kuning dan putih telo bila dipecahkan... memang jadi pengajaran bila pecahkan telo mesti asing satu2... tak mo kena lagi kan...

dah siap gulai tolo itik masak lemak ciliapi pekat kaw kaw... tapi tak pedas sangat ya sbb kak rose guna dua biji jer ciliapinya!...

Bye bye fridge lama..

time to learn to let it go..😢😢



 walaupun not easy to say good bye, tapi dah sampai masakan....

terima kasih kerana telah berkhidmat dengan baik untuk keluarga kecil kami...

Rumahku syurgaku...

Touch up san sini...

 suiz lampu pagar yang tak nak menyala... wiring problem, katanya. Alhamdulillah dah ok.

 time to repair siling porch.. gantikan dan repaint apa yang patut.

repaint jugak siling kat dapo bahagian belakang ni...

Thursday, July 26, 2018

Murtabak megi

Asalamualaikum dan salam Khamis... semuga kawan2 semua ceria selalu hendaknya... Aamiin

 pagi2 kak rose dah tepek megi pulak kan.. ni sebenarnya kak rose buat beberapa hari lalu, baru hari ni nak tepek kat dapo maya ni.. jemu makan megi dengan gaya sama? meh la kita buat something lain sket dari yang biasa tu... kita buat murtabak pulak dengan megi ni... terima kasih pada sifu masak2 yang sangat kreatif nak pelbagaikan resepi dari megi ni... dan kali ni kak rose cnp dari blog CMG, mekasih ya Mat... tapi bawang jeruk tu kak rose tak bubuh sos cili, cuma guna sedikit cuka, garam, gula dan beberapa titik kaler merah, bancuhkan dengan air... dah ready. kalau nak ikut macam resepi CMG pun boleh jer macam yang kak rose sertakan kat bawah ni...

 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang (kak rose guna fillet ayam)
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia*
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos pun ok, thousand island sos pun boleh

Wednesday, July 25, 2018

Tuesday, July 24, 2018

Mana satu pilihan hati???

roti jala dengan kuah manis n savoury...

 musim durian yang sangat meriah masa ni, macam2 menu boleh disediakan... cumanya rajin atau tidak jer kan.. dah puas makan yang fresh, lebihannya kak rose frozenkan... boleh dinikmati bila2 masa pulak kan.. dan kali ni kak rose buat pulak kuah durian untuk dimakan dengan roti jala yang sedap ni... dah habis roti jala, boleh jugak  makan denga roti slices... kiranya macam2 boleh jer!

 durian dengan isi kuning yang cantik, sangat manis dan sedap... sama kaler dengan roti jala lak.

Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
 
1 cawan isi durian.
dan beberapa ulas berserta dengan biji
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing.
1 helai daun pandan.
 
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
masukkan ulas yang masih ade biji dan renehkan sebentar
Siap untuk dihidangkan.

 dan yang sianak pulak tak mo makan dengan kuah durian... request nak makan dengan kuah kari pulak... maka tukang masak pun dengan rajinnya siapkan ayam masak kari yang pekat kaw kaw ini..

kari yang pekat lemak ni memang sesuai sangat untuk dicicah dengan roti jala... dan the leftover boleh makan dengan nasik pulak kan...

Monday, July 23, 2018

Popia satar

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... minggu baru dengan azam yang jugak baru... nak merajinkan diri untuk ke real dan maya dapo kak rose ni... dan bila belek2 fb, terpandang resepi popia satar ni... kebetulan ada tiga ekoq ikan selayang yang gemuk2 dalam freezer, moh ler kita transformkan untuk jadi popia satar ni... punya lah excited nak buat popia ni... bila dah siap bungkus tu baru teringat kak rose tak bubuh asam dalam adunan ikan tu... adoila... takkan nak bukak semula kan, so tawakal Allah dan cuba gorengkan... Alhamdulillah sedap bila dicicah dengan home made cili sos..

 jom tengok resepi yang kak rose amik dari perkongsian di fb... terima kasih tuan empunya resepi ya.

Bahan:

3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula


 dah ready, siap untuk dibungkus... kak rose bungkus macam otak2 popia tu... bentukkan square dan bungkuskan... lebih mudah nak goreng dan kulit popia pun garing dan rangup sekata.

 dengan tiga ekor ikan yang gemuk2... banyak boleh dapat popia ni...

 Cara:

Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan. (kak rose tak letak)


terima kasih pada yang kongsikan resepi,
lain kali boleh cuba buat lagi
tapi make sure asam tu tak tertinggal lagi!
barulah boleh rasa satar yang ori...😋😋

Sunday, July 22, 2018

Jom tea time...

macam2 ade... masa untuk menternak lemak selepas raya...
 
 tempura cicah dengan cili sos wif nescafe o kurang manis

 chicken lasagna...

 lempeng pisang... tak de sos pun ok jer!

 bubur pulut hitam kedai mari... soooo sweet

 pengat pisang, jugak kedai mari. sooo lemak dan manissss!

 cemperdak goreng yang manis bersama nescafe o tanpa gula

 ubi rebus cicah brown sugar dan kelapa muda from restoran ubu kayu usj9

 pulut n home made rendang daging yang lemak kaw kaw punya!

beef lasagna pulak... dari lanai kijang 

hawaiian chicken by pizza hut.... pun boleh jer makan untuk tea time kan...😜😜

Friday, July 20, 2018

Jom belajar memasak kenduri...

untuk rujukan, mana tau nanti kalau rajin nak masak untuk kenduri kan... parking jer dulu kat sini... terima kasih yang kongsikan kat wall fb...

Ok ini panduan masak kenduri utk 100pax dan ade lebihan ye..

Buffet:
Jika masak nasi utk 100pax beras cukup 8kg shj !
Lebihan ada mayb dlm 20pax lg..
Jika guna beras biasa dan masak nasi yg berperisa contohnya nasi ayam/nasi tomato/jagung dll..
Beli beras yg mengandungi 5%beras hancur..
Kt tepi plastik beras ade tulis..
Beras perlulh dibasuh dan direndam dlm 15minit pastu toskn..
Ok cara2 nk masak nasik berperisa ni perlu ukur beras=air..
Contoh: (jika guna periuk nasi biasa kita dirumah dan masak berulang kali elok guna mug tinggi ni sbg ukuran)
Jika guna periuk besar yg muat 5kg elok guna gayung mandi sederhana tu..pastikn beli gayung baru ya..)
Beras 5 mug tinggi: air 5 mug tinggi juga x termasuk rempah dan susu cair...
Jika penggunaan susu cair melebihi 3tin..
Susu cair tersebut perlu dikira sekali air...
Ukur susu dlm mug tinggi juga...
Contoh:
Beras 10mug tinggi : susu cair 2mug tinggi, air 8mug tinggi, rempah jgn kira..
4tin susu cair = 2mug tgi susu cair..
Jika guna periuk yg besar muat 5kg beras..
Ukur guna gayung yg bersih..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Rempah jgn kira..
Utk 8kg beras (100pax)
Susu cair 6 tin
Jagung (nasi jagung) 6 tin
Tomato puri (nasi tomato) 6 tin
Jika masak nasi putih pun sama 8kg utk 100pax..
Guna 10% beras hancur pun ok..
Tp nasi x brape cantik la..
Ukuran air pun sama..
1 gayung beras : 1 gayung air..
Beras basmathi pun sama ukurannya..
Jika masak guna periuk kecil dan terpaksa masak byk kali..
Guna kn mug tinggi...
1 mug tinggi beras basmathi : 1 mug air..
Jika masak dlm periuk besar yg muat 5kg..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Gayung sederhana mmg muat 1kg beras..
1kg beras=7pot beras

Utk 200pax buffet
Beras 15kg cukup ya..
Tp terpulang jika nk buat lebih..

Utk 50pax buffet
Beras 4kg cukup ya...
Tp terpulang jika nk buat lebih..

Utk mknn siap pek (dlm polisterin atau food container)
5kg beras utk 50pax..
9kg beras utk 100pax..
Ok setel bab nasi...

Bab ayam dan daging utk mkn 100pax

Buffet :
Ayam beli yg berat 1.7kg-1.8kg dipotong 14..
Itu dh ngam utk kenduri...
Klu berat kurang dr tu x sesuai potong 14..
Elok potong 12..
Utk lebih jimat kita kene timbang ayam yg range nya mcm kak sarah sebut diatas...
Klu terlalu kecil, tetamu akn ambil 2pcs..
Klu terlalu besar akn menyebabkn pembaziran..
Sb bdk2 terpksa ambil ayam potongan besar pastu x habis ...
Potong 14 adalah amat sesuai skali..
Dgn berat ayam sekitar 1.7kg-1.8kg..
Klu lbh dr 1.8kg-2kg bole potong 16..

Utk daging yg masak berkuah contoh kari:
100pax = 7kg daging
Sb kari ni muai..
Nt nak ltk ubi kentang kan..
Ubi kentang elok ltk 3kg potong 4..
Utk siap pack sama je bhn2nya..
Serbuk kari 1.250kg
Serbuk cili 150g
Santan 1kg

Utk daging masak kicap/hitam atau rendang atau beriani yg kuah kering 100pax:
Adalah digalakkn utk guna 10kg daging..
Utk siap pack bole guna 8kg dgg shj tp perlu bajet dgg yg diltk..

Utk ayam masak merah 100pax:
9 ekor ayam potong 14..
500gram cili kering direbus dan dikisar..
1kg sos cili
1kg sos tomato
Gula 700g
Garam 2senduk
Aji 2 sudu rata

Utk dalca 100pax:
Serbuk kari 1.250kg
Serbuk cili 150g
Bawang merah 1/2kg kisar
Bwg putih 250g kisar
Halia 100g kisar
Terung pjg 8btg potong kiub 1 inci
Karot 20 btg potong memanjang 3cm
Ubi kentang 3kg potong 6
Kacang pjg 1kg potong 3cm
Santan 1kg
Gula dan garam ikut rasa masing2..

Acar nenas 100pax:
Nenas moris 6bijik potong 6 menegak buang empulur pastu potong dlm 1cm lebar..
Timun 10 batang saiz bsr potong 6 menegak buang biji pastu potong 1cm lebar
Bwg besar 2kg belah dua menegak pastu potong bulat dan nipis2..
Lada merah 1/2kg potong nipis2 serong..
Gula 1kg
Garam 2senduk rata
Cuka 500ml
Masuk semua dlm besen pastu gaul sebati..

Utk masak mee goreng 50pax buffet:
Mee 5kg
Taugeh 2kg
Sawi 3 ikat
Cili kering 100g kisar
Bwg 5bijik kisar
Bwg putih 2labu kisar
Rencah ikut suka

Utk mee goreng 50pax siap packing:
Mee 7kg
Taugeh 3kg
Sawi 4 ikat
Cili kering 150g kisar
Bwg 8bijik kisar
Bwg putih 3labu kisar
Rencah ikut suka

Meehun goreng 50pax buffet:
Bihun 3.3kg
Taugeh 2kg
Sawi 3ikat
Cili kering 150g kisar
Bwg 5bijik kisar
Bwg putih 2labu kisar
Rencah ikut suka

Meehun goreng 50pax siap packing:
Bihun 4.5kg
Taugeh 3kg
Sawi 4ikat
Cili kering 150g kisar
Bwg 8bijik kisar
Bwg putih 3 labu kisar
Rencah ikut suka


Jgn lupa cuba masak sendiri lbh jimat ..
In shaa Allah

Pernbaiki hati dan diri...

Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari
Kak rose mohon izin nak kongsikan tazkirah dari Ustaz Ebit Liew ni  kat sini
jom sama2 kita amalkan, muga mendapat keberkatan dari Nya
Aamiin.


Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan


Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Thursday, July 19, 2018

Favorite sepanjang masa..

macam macam ada... 

 mashammm seedless grapes n betik yang manisss

 green pear dan honey murcott orange

 betik+mangga yang sangat manis dan tebal isinya

 jambu batu tabur dengan asam pakchu916

  lagi... green n red seedless grapes


anggur merah dan betik... ulang2 pun tak jemu dengan semua buah2 ni...