Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, September 29, 2011

Little wok appom

dah ready ... boleh la dingap!

selamat petang semua..... dah minum petang ya? kak rose terjumpa resepi apom ni semasa jalan2 merempit kerumah orang.... little wok appom, tp kak rose ada big wok aje! lain sikit dari resepi apam lenggang yg pernah buat dulu.... tp rupa dia seakan apam lenggang la kan. rasa x tau lg sbb ari ni menghabiskan posa ganti yang asik tertangguh tu....resepinya kak rose amik dari blog Lily Wai Sek Hong, terima kasih ya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini pulak....

x pandai nak melenggang lebar2...kena praktis lagi nih!

Ingredients:

1/2 cup + 2 tbsp rice flour
3 tbsp all-purpose flour
1/2 tbsp cornstarch
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
3 tbsp fine granulated sugar
2 eggs
100 ml thick coconut cream
50 ml water

kena lipat masa masih dalam koli sbb bila dah angkat nnti keras, patah2 pulak!

Method:
Sieve the dry ingredients into a mixing bowl and add in the rest of the ingredients and mix well until sugar is dissolved and there are no more lumps in the batter.
Let batter sit for 30 minutes.
Heat the tiny wok on low heat and grease light with oil.
Pour in a scoop of batter(
Cover with a lid to fasilitate cooking.
When the edges are golden brown, scrape the sides and fold in the sides to cover the hump.
Remove on to a cake rack to cool.
Make more apong/appam with the rest of the batter.
Apong/appam is ready.
Enjoy

jemput makan semua...

Wednesday, September 28, 2011

Puding sagu dengan pati santan

salam dan selamat petang semua.... panas sungguh cuaca ari ni kan dan dah tentu yang sejuk2 je yang jadi idaman.... apa pun yang berasaskan sagu ni mmg jadi pebret kak rose sepanjang masa. dapat menikmatinya sejuk2 tu alangkah nyamannya.... dan buat ni untuk bukak posa petang nanti, so biar dia betapa dulu dalam fridge. tp sungguh x pandai nak guna piping bag, berterabur jadinya pati santan tu.... hehehe....

resepi dari Nor secubit garam yg kak rose copy dari Myr... mekasih ya nor dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak. baru baca kisah Ummi yang naik angin sbb kes curi2 lagi.... x abes2 kan cerita cenggini! kalau dia bagi credit dgn backlink tu pun dah cukup menghargai kan....ni suka2 jer... masuk kat situ dah macam 2nd blog Ummi jer...

Bahan-bahan ( 6 bekas )
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
  • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)
  • Bahan2 utk pati santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
  4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
  5. Cara2 utk membuat pati santan:
  6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
  7. Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan...

Tuesday, September 27, 2011

Lunch dengan laksam....

salam dan selamat tengahari semua.... entah kenapa tetiba terasa sangat nak makan laksam... ya lah sana sini orang buat open house kebanyakkannya buat asam laksa/laksa penang.... x jumpa satu pun yg buat laksam ni. dek kerana nak memenuhi keinginan tekak, kenalah lerajinkan diri buat sendiri laksam ni from scratch... nasib baik ada resepi dari Myr oleh Yani ni, boleh lah kak rose mencubanya.... dulu pernah buat kat sini dan menjadi dengan sedapnya.... so ari ni kak rose guna resepi yg sama...

mekasih pada Yani yg kongsikan resepi laksam ni dan sekali lagi kak rose tepek kat sini resepinya ya....

lama2 sekali dapat makan laksam ni sangatlah nyamanya.... nyum nyum...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau
Cara-cara
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Monday, September 26, 2011

Vroooommmm ke UTeM

selamat petang..... dah dekat nak senja cenggini baru dapat nak ngadap pc.... yg bznya entah apa... pot pet sekejap je dah petang kan.... dan kejap ni baru nak mengupdate ada kawan datang lak..... x dan nak masak apa2 pun sbb datang x paln pun.... so goreng nugget dan air coke je la yg ada... so sekarang ni nak sambung cerita semalam.... pagi petang ada jamuan raya kan.... x dapat nak ngadap pc le jadinya...

petang sebelum g jamuan raya tu anak pulak nak balik ke Melaka dengan bikenya.... mula tu mmg rasa so reluctant nak lepas dia pergi dengan moto, tp ayah pulak kata... let him try nnti dah biasa ok la tu.... mama kata g bawak keta, tp paking pulak payah dan mesti kena ada kenderaan sbb hostel jauh dari u, bas pulak tersangatlah kurangnya.... so the best option, g bawak moto ke Melaka.... Ya Allah selamatkan anakku diperjalanan, doa mama x habis2..... dan setiap kali berenti kat rnr tu mesti tepon mama.... Alhamdullilah, semua urusan dipermudahkan dan busu sampai dengan selamatnya.

amik gamba dulu sebelum memulakan perjalanan dengan pesan dan doa mama dan ayah yg x kehabisan.... be very careful, jangan laju2, tiap kali berenti mesti tepon mama... x habis2!

apamacam? ada gaya macam nak g litar sepang ker?.....

ready to go.... bergaya dengan kasut barunya... ada sama kaler ngan moto ker?

nak kasut ngan helmet yg sama kaler ngan moto.... tp helmet x dapat bli sbb hari minggu banyak kedai tutup dan 2 buah kedai yg dia g tu x de lak jual helmet yg dia nak tu.... so lain kali la...

Sunday, September 25, 2011

Pancake mayo

salam petang hari minggu yg bz…. eh, semua orang bz ya, maklumlah last weekend for sambutan hari raya dan buat open houses. mmg x terlarat nak memenuhi semua undangan, apalagi yg jauh2 tu….. maaflah andai jemputan kawan2 tidak dapat dipenuhi semuanya…. semalam dan hari ni mmg cuti masak2 dek open houses yg nak dihadiri…. dari pagi menjelang malam…. bermula dengan jemputan for breakfast, lunch dan membawa kemalam pulak….. terimakasih pada kawan2 yg sudi mengundang kami sekeluarga….. camner pun pagi td sebelum pergi tu buat la pancake ni untuk bekpes dulu, x lah g rumah orang dengan perut kosong kan….. terima kasih pada Nor secubit garam dan hajar yg share resepi ni...

pancake mayonis makan dengan either madu or strawberry jam

PANCAKE by Hajar

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan (kak rose bubuh 2 sudu beso)

Friday, September 23, 2011

Cream puff

Salam hari jumaat yang mulia kepada semua..... hari ini ada satu menu baru kak rose cuba nak buat setelah gagal pada percubaan kali pertama dulu... takut lak nak cuba lagi. tapi dengan adanya tunjuk ajar dan gambar step by step yang ditunjukkan oleh ita diblog MasamManis tu, kak rose gagahkan diri nak mencuba sekali lagi..... dan dengan bismillahhirohmanirohim mudah2an kali ni berjaya lah hendaknya.




kak rose ni jenis malas nak salin resepi bawak kedapur jadi berulang kalilah asik kedepan pc.... baca sekali, bila kedapur dah lupa lagi... adeiiii!!!! setelah berkali2 akhirnya jadi jugak adunan tu dan cepat2 masuk dalam bekas plastik yang dah siap pasangkan nozle munger2..... dan bila picit tu.... alamak panas pulak dan munga jadi macam selonggok gitu..... x de langsung rupa munger.... kutip dan masukkan sekali lagi, dan akhirnya jadilah munga selonggok ni.. dah siap tu terus masuk dalam oven dan g semula ke pc.... adoiiiii sekali lagi terlupa nak spray air pada permukaan puff..... so akhirnya spray je masa dah dalam oven! ampun ita n yani, maklumlah baru nak blaja!
meh tengok resepinya yang kak rose copy dari rumah Azlita Masam Manis, terima kasih bebanyak ya ita dengan segala tunjuk ajarnya dan izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini pulak..

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.



CREAM CUSTARD
by :Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Thursday, September 22, 2011

Laksa johor

seharian mendung dan perut juga minta diisi sepanjang masa.... kak rose panaskan kuah laksa leftover yang dah sejuk beku, rebus spaghetti dan sediakan semua ulam2an yg masih berbaki....... masa buat jamuan ari tu mmg x lalu dah nak makan sbb kebzian melayan tetamu yg datang... (even the lontong pun x sempat nak makan) dari lepas waktu zohor hinggalah tengah malam baru tetamu yg last berundur balik.... masa tu rasa macam dah nak pengsan kepenatan dah! walaupun kepenatan tapi sangat bersyukur sbb ramai kawan2 yang sudi datang bersama keluarga. terima kasih kak rose ucapkan.... dan baru hari ini kak rose dapat menikmati laksa johor yg kak rose buat sendiri .... hmmm nyaman sekali. Pura nak lagi ya?x puas makan ari tu? tu la, lain kali janganlah malu2 kucing nak tambah. he he he.... sekarang ni tengok gamba je la ya!

laksa johor yang tinggal gambo jer.... udah abes semuanya!

Wednesday, September 21, 2011

Carrot hazelnut cake

salam dan selamat pagi semuanya.... cuaca mendung dan macam nak hujan jer yg buatkan diri pun rasa malas semacam jer....rasa penat nak mengemas balik segala pinggan mangkuk pun x abes lagi... tp x pe kan, mengemas tu boleh buat pelan2... sambil bermalas2an dan menyambung puasa yg terhenti.... k la, kak rose nak sharekan resepi carrot hazelnut cake yg kak rose buat semasa jamuan raya hari tu.... resepi ni kak rose simpan lama dah dan x ingat amik dari mana. harap tuan punya resepi beri izin kak rose nak sharekan kat sini ya....



bahan2

250gm butter
300gm gula halus
1cmt essen vanilla
8 biji telur (asingkan putih/kuning)
350gm parutan carrot

satukan:
200gm tepung
1cmt baking powder
100gm hazelnut kisar

gaulkan:
100gm raisin
1cmb tepung

cara:
leserkan loyang 20cm dan panaskan oven pada 170 degC

pukul butter n gula hingga kembang & gebu. masukkan esen n pukul lagi 1 hingga 2 minits. masukkan kuning telur satu persatu. masukkan campuran tepung n hazelnut

pukul putih telur hingga putih n ringan

masukkan parutan carrot n campuran raisin. masukkan putih telor dalam 3 batches dan gaul rata menggunakan senduk.

tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30 minits pada suhu 170deg C dan kurangkan kepanasan kepada 150deg C dan bakar lagi selama 30 mts atau sehingga kek masak.

harap Ros Tadika Sinaran akan dapat mencuba dengan resepi yg kak rose dah sharekan kat sini. selamat mencuba!

Tuesday, September 20, 2011

Raya semalam

salam semuanya.... masih tersangat lemau untuk mengupdate rumah maya ni... dan lempeng yang terhidang sudah lama basi! penangan raya dan bercuti lama... terus rumah maya ni macam terbiar pulak.... banyak cerita yang nak disharekan kat sini terbiar berlalu begitu saja dan gambar2 yg tersimpan dalam folder juga semakin banyak tp mmg x de mood nak mengupdatekan kat sini.....
2 hari tuan rumah sangat bz nak menyediakan juadah jamuan raya untuk kawan2... maklumlah buat semuanya sorang diri.... ada assistant tp asik mintak break jer (encik husband la tu!).... so kenalah sispkan pelan2 kan.... tp Alhamdullilah, semuanya dah selesai semalam.... terima kasih pada kawan2 yg meluangkan masa sudi datang pada jamuan raya kak rose ya... antara menu simple yg kak rose sediakan...

nasi impit, rendang daging, kuah lodeh dan sambal tumis..

laksa johor.... dengan segala pelakun tambahannya....sambal lada, timun, daun kesum, bawang dan asam limau. tp kacang panjang, lobak masin n taugeh x terentreframe lak....

main table dengan lontong dan laksa johor... x berseni nak menyusun meja elok2....

super moist eggless chocolate kek... sekejap je dah abes satu bekas ni.... kak rose guna resepi ni

carrot hazelnut cake yg sedap!... nnti kalau rajin kak rose sharekan resepinya yg kak rose simpan lama dah, x ingat amik dari mana pulak....

60 cups tepung pelita yg masih dalam fridge...

bubur pulut hitam pun ada....

dan biskut raya yg dah tinggal belen2 dibelakang sana... ada jugak tempeyek dan kerepek pisang tanduk yang emak bagi. mekasih mak, suka tengok kawan2 suka makan tempeyek dari air tangan mak!

Saturday, September 17, 2011

Jom sarapan ngan lempeng

Asalamualaikum dan selamat pagi semua, selamat berhujung minggu dan selamat bermalasa2an... pasti ramai yg gantung piok sbb masih ada jamuan rumah terbuka yg perlu dihadiri. tak kurang juga jemputan kenduri kawen.... dan hari ni juga esok ada jemputan kenduri untuk kak rose ni...sah la dua hari leh gantung piok koli kan...

tp pagi ni disbbkan kehabisan roti, terus teringat nak makan lempeng cicah dengan sambal tumis... semalam g melaka jenguk anak bujang yg kat sana dan balik dah lewat malam, x sempat nak bli roti, so pagi ni dapatlah makan lempeng sempoi ni dengan nescafe panas2... sedapnya, lama dah x wat ni.

selamat sudah lempeng dengan sambal tumis ni bersama nescafe panas2.... pas ni g kenduri pulak! dan ada rewang rumah jiran setaman untuk kenduri esok lak.

Thursday, September 15, 2011

Kuih lapis cokelat

salam dan selamat petang semua.... ari ni wat kuih lapis cokelat untuk minum untuk yg x posa petang juga juadah untuk kak rose berbuka petang nnti...since nak berpantang dari semua yg menjadikan gelegata tu, kak rose pilih jalan yg selamat.... harap2 hilanglah kegatalan tu. terasa sangat nak makan cucur badak atau pulut serunding, tp itu semua kenalah ketepikan dulu.... sbb serunding yg kak rose buat mmg ada udang kering, takut tambah lagi gatal2 tu nnti!

kuih lapis sedap ni kak rose penah buat lama dulu, dan resepi ni pun ramai yg dah mencubanya... meh kak rose tepek lagi resepi tu kat sini ya... dan terimakasih pada tuan punya resepi asal...

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahan B:

1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:

1/4 cawan air suam

pssstttt.... bezakan, gamba guna n without flash.... kaler jd macam x ori!
Cara-cara
Panaskan kukusan.
Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong

*** kak rose guna bekas kecit2 ni dan masukkan sesudu makan pd setiap lapisan

Wednesday, September 14, 2011

Roti jala

salam semuanya.... sepanjang hari hujan yang sangat lebat di shah alam ni.... sejukla sikit hari ni.... kalau selalu tu sangat panas berbahang je sampaikan kak rose ni dah terkena gatal gegata.... x tau dek kerana panas or salah makan.... nak kata makan yg gatal2 x jugak. seboleh2nya dah avoid semua seafood, tp petang semalam makan sambal ikan bilis kot, mak ai.... pagi tadi gegata menyerang dengan banyaknya.... gatalnya Tuhan je yang tahu... dah g jumpa 3 doktor tp katanya kita kena monitor sendiri apa penyebabnya... adoyai!!!! pening kepala dengan gatal nih! ada x kawan2 yg tau nak buat camner dengan gegata nih. banyak baca diinternet dengan bermacam remedy, dah try jugak tp it seem x hilang pun! bila makan ubat hilang kejap, pas tu ada balik! buat roti jala ni nak makan dengan gulai daging pun takut jadinya! sudahnya makan roti jala cam tu jer.

resepi roti jala dari Ummi, mekasih ya. cuma hubby je yg makan dengan gulai daging ni.....

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna biru)

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Tuesday, September 13, 2011

Sagu gula melaka

sagu gula melaka... all time favourite. menu untuk bukak posa hari kedua hari ini. kuih2 sagu ni mmg kesukaan dan sepanjang bulan ramadhan yg lepas pun kak rose banyak buat menu yg guna sagu untuk juadah bukak posa. even nak bawak moreh kemesjid pun kak rose buat sagu gula melaka ni.... kak rose siapkan dalam bekas gelas kecik dan siapkan sudu sekali supaya senang nak makan dan mmg sangat laris... kejap je dah abes. habis terawih terus kak rose boleh kutip dulang yg dah kosong!

guna resepi dari rossitamz ni, tapi kak rose buat separuh jer dari adunan ni, maklumlah nak makan 2 mulut jer... mekasih ya share resepi simple n sedap nih.

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • kak rose tambah pewarna hijau
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan tepung beras (yg ni kak rose tambah)
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

sedap sangat pada kak rose yg sukakan sagu. lemak manis bila dimakan sejuk2...

Monday, September 12, 2011

Pengat pisang n sagu

salam semua.... dah puas berhari raya mari kita gantikan puasa yg tertinggal lak.... baru hari ni dapat mulakan sbb beraya sakan.... is better late than never kan. dan kalau kita ganti puasa yg wajib tu akan dapat jugak ganjaran untuk puasa sunat enam tu... begitulak kata ustazah masa belajo dulu2.... so kena buat yg wajib dulu dan kalau sempat baru buat puasa enam pulak... agak2 sempat x?.... sendiri mau ingatla kan.

dan menu untuk bukak posa ari ni kak rose buat pengat pisang tanduk dengan sagu... mmg ngam sangat makan sejuk2 pengat ni, x de sukatan untuk resepi ni, kak rose main taruk je semua.... asalkan kena dengan tekak kira ok la tu .

dan ni pulak kak rose buat nasi goreng sempoi, taruk udang cincang banyak2, makan dengan salad timun dan keropok.... habis sudah sehari puasa ganti and 7 more days to go!

Sunday, September 11, 2011

Puding roti marble

Salam dan selamat berhari minggu semuanya.... pastinya ramai yang mengambil kesempatan membuat rumah terbuka dan juga memenuhi jemputan kawan2 kerumah terbuka.... pendek kata boleh gantung piok la dihujung minggu cenggini kan.... dan kak rose pun sama gak... semalam g rumah terbuka dari tenghari menjelang malam baru balik rumah! mmg sehari suntuk gantung piok belanga! dan hari ini bersambung lagi.... dan buat puding ni pun sbb nak bawak g kerumah kawan. puding yg senang disediakan dan sedap dingap sejuk2

resepi puding ni asalnya dari rumah hana, yg dah banyak kali sangat kak rose buat untuk kenduri dan jamuan raya kat kampung pun kak rose buat puding ni untuk pencuci mulut.... dan sedap lak tu...meh kita tengok resepinya....

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
puding roti marble yg sedap dan sangat mudah disediakan....

Friday, September 9, 2011

Juadah petang ni... pisang jer!

selamat petang semua.... meh minum petang dengan goreng pisang tanduk rangup ni.... jemu kan makan biskut raya tu, tp yg pasti biskut raya tu akan terbiar saja atas meja bila ada menu yg lain.... sebagai ganti kak rose buat goreng pisang ni dan makan dengan cicah sambal kicap jawa.... mmg kejawaan terserlah dengan adanya sambal kicap ni. trademark orang johor kan makan gorengan mesti cicah sambal kicap dan kak rose x terkecuali. pada yg belum pernah try, x rugi mencuba. batter goreng pisang ni kak rose amik dari sini yang banyak sangat versi batter untuk memacam gorengan... pilih je mana satu nak try. pasti x mengecewakan.

jemput semua.... goreng pisang tanduk cicah sambal kicap dan nescafe o panas2