KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis
Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahan B:
1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas
Bahan C:
1/4 cawan air suam
Cara-cara
Panaskan kukusan.
Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong
*** kak rose guna bekas kecit2 ni dan masukkan sesudu makan pd setiap lapisan
6 comments:
sungguh cantik dan menawan
kaksih, meh sama2 makan kuih lapis cokelat ni...
rajinnyer kak rose.. tun lemah betul bab melapis2 nih..
salam lama juga x buat kuih melapis...sdp npk kuih ni ada cekolat lg
tun, nak makan punya pasal, buat jugakla... tp sikit jer!
sheila, mmg sedap, kenalah rajinkan diri melapis ya!
Post a Comment