Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 25, 2011

Pancake mayo

salam petang hari minggu yg bz…. eh, semua orang bz ya, maklumlah last weekend for sambutan hari raya dan buat open houses. mmg x terlarat nak memenuhi semua undangan, apalagi yg jauh2 tu….. maaflah andai jemputan kawan2 tidak dapat dipenuhi semuanya…. semalam dan hari ni mmg cuti masak2 dek open houses yg nak dihadiri…. dari pagi menjelang malam…. bermula dengan jemputan for breakfast, lunch dan membawa kemalam pulak….. terimakasih pada kawan2 yg sudi mengundang kami sekeluarga….. camner pun pagi td sebelum pergi tu buat la pancake ni untuk bekpes dulu, x lah g rumah orang dengan perut kosong kan….. terima kasih pada Nor secubit garam dan hajar yg share resepi ni...

pancake mayonis makan dengan either madu or strawberry jam

PANCAKE by Hajar

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan (kak rose bubuh 2 sudu beso)

8 comments:

tun_telani said...

sedapnyer pancake mayo nii.. tun penah wat campak2, kalau ikut sukatan baru jadi gebu gini kot, kan..
ps: resepi hajar ke resepi kak nor akak? sbb tun tgk nama kak nor kt resepi. hihi.. akak lupa letak link kak nor, len kali tun buat senang tun nk link kan =)

kasihredha said...

boleh blend je ye kak..
misti rasa lemak2 mayo tu kan

Kak Rose said...

tun, tq for the reminder... dan maaf bebanyak ya nor sbb kak rose terlupa link back.... dah edit dah. issshhhh!!! dah tua camni la... sllu terlupa! harap diampun ya Nor.

Kak Rose said...

kasih, blend lg senang... dah tentu x de yg berketul2 tepung!

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cantik dan gebus

anymz said...

gebu nyaaaaa pancake kak rose.bak mai sini 5 ketui..ada lagi tak tu?

suhailas said...

Gebu nya sis....adusss nii kl nampak dek anak dara sue mau kena skodeng resepi akak nii..heheheh

Yuri Prodigy said...

Salam Kak,
Camana nak bentuk dia sebelum goreng, almaklumla, saya org bujang yg tak pandai masak, sekina terima kasih :-)