Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 11, 2011

Puding roti marble

Salam dan selamat berhari minggu semuanya.... pastinya ramai yang mengambil kesempatan membuat rumah terbuka dan juga memenuhi jemputan kawan2 kerumah terbuka.... pendek kata boleh gantung piok la dihujung minggu cenggini kan.... dan kak rose pun sama gak... semalam g rumah terbuka dari tenghari menjelang malam baru balik rumah! mmg sehari suntuk gantung piok belanga! dan hari ini bersambung lagi.... dan buat puding ni pun sbb nak bawak g kerumah kawan. puding yg senang disediakan dan sedap dingap sejuk2

resepi puding ni asalnya dari rumah hana, yg dah banyak kali sangat kak rose buat untuk kenduri dan jamuan raya kat kampung pun kak rose buat puding ni untuk pencuci mulut.... dan sedap lak tu...meh kita tengok resepinya....

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
puding roti marble yg sedap dan sangat mudah disediakan....

8 comments:

kasihredha said...

puding ni memang sedap
saya suka, dah pernah try sekali :)

lina_pg said...

kak rose, puding peberet sy gak ni..dah hafal rcp ni hehehe..cantik belang2nya..sekata jer suma

Kak Rose said...

kasih, mmg sedap dan x muak kan...

Kak Rose said...

lina, samalah kita ya, dah hafal rcp sbb dah banyak kali buat!

tun_telani said...

kak rose.. tun xpenah wat lagi.. hihi.. sedap je nmpk akak nyer pudding.

Kak Sam said...

cantik!!!!

KuNanGKuNanG said...

sy penah wat tp xjadi...dalam periuk pakat sgt2.nk tuang dalam loyang pun xcantik.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

saya nak try la.... kot2 boleh jadi menu desert.