Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

Monday, February 1, 2016

Pai ayam dan cendawan

 Asalamualaikum dan salam February buat kawan2 semua... cepatnya masa berjalan... dah sebulan kita berada ditahun 2016 dan pai yang kak rose buat bulan lepas lagi tapi nak jugak buat entry kat sini... untuk rujukan lain kali kalau nak buat lagi... mana tau ade kerajinan nak buat kan? senang bila dah jumpa resepi yang dah berkenan dihati dan dah terbukti kesedapannya... untuk pastry kak rose guna resepi dari CMG dan intinya kak rose copy dari blog Azie, mekasih pada kedua2nya... tapi kak rose buat beso2 gedabak, pastry tu ngam2 untuk empat biji ni..

 untuk pastry.... dari CMG

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung gandum
150 gram mentega sejuk, didadu kecil
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram atau majerin, tak perlu garam)
4 - 5 camca besar air ais
 
UNTUK PASTRI :-
Satukan tepung gandum, garam halus (jika guna) dan mentega sejuk. 
Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. 
Masukkan air sedikit demi sedikit sambl digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. 
Bulat2kan doh, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
 
 Untuk intinya.. dari Azie Kitchen

500 gm isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil 1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil 4 ulas bawang putih - cincang
120 gm white button mushroom - hiris
2 sudu besar olive oil

Perap ayam dengan:
1 sudu besar oyster sauce
1/2 sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sudu kecil sesame oil
Sedikit serbuk black pepper

1 sudu besar tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 biji telur - pukul (lenser)
 
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi
Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak. 
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.
 
 

 Membuat Pai
 
Panaskan oven pada suhu 180C.
Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm  (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai  yang ditabur tepung.
Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
Sudukan inti ayam ke dalamnya.
Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.
Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi. 
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.

Saturday, March 7, 2015

Pai epal yg sememeh...

 kisah pagi khamis yang mencari buah mangga tapi sebiji pun tak dapat.... lima buah kedai buah yang kak rose singgah, satu pun tak dok jual buah mangga.... melepas lah nak makan pulut mangga, dek terlior dari tayangan amal kat blog SK tu.... yang banyak applen other import fruits jer, so beli la sebeban apple hijau,  balik rumah terpikir nak buat apple pie ni.... nak makan laju jer tapi tang nak buat dia punya crust tu yang malas sangat.... tapi sbb dah ada banyak apple tu, gagahkan jugak la... memang kerja keras tangan, sememeh jer jadi pai kak rose ni....

 resepi ni kak rose kopi dari blog CMG, tapi dia punya pai memang sangat cantik dan kemas la kan compare dengan kak rose punya ni...tapi yang penting sedap. mintak izin nak kongsikan kat dapo kak rose ni ya Mat.. kak rose guna acuan 3 1/2 inci, pastri dan inti ngam2 dapat empat biji ni.

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung halus (che mat guna tepung gandum)
120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil
40 gram lemak sayur @ shortening
1 camca teh gula aising
1/3 camca teh garam
4 - 5 camca besar air ais
BAHAN-BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau, kupas kulit, buang empulur dan didadu
1/3 cawan kismis
2 1/2 camca besar gula perang (boleh tambah kalau suka lebih manis)
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh mentega
1 camca besar penuh tepung jagung
1/4 camca teh garam
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu cair*(*dikacau rata)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI PAI :- Panaskan mentega, masukkan epal dan kismis, kacau dan tambah gula perang dan garam. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK PAI EPAL :- Panaskan acuan pada suhu 180C. Sediakan acuan sesuai (che mat guna acuan berukuran 6 inci). Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.
  4. Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh dan terap dengan acuan bentuk daun, susun ikut kreativiti anda pada bahagian atas inti pai sehingga menutupi semua bahagian. Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.

Thursday, September 4, 2014

Tat kentang

kes nak menghabiskan cheese yang tersimpan sebelum ianya expired....lama dah teringin nak buat tat kentang ni, tapi asik ade jer tapinya.... tiada kerajinan langsung nak menggodeknya....tapi bila kenangkan cheese ni, sayang pulak kalau terbiar expired, transformkan ia jadi something mouthwatering.  dan tu dia.... selambak cheese tabur kat atas tat tu...

 sebelum kebakaran... serabut comot muffin pan tu. walaupun bahan x cukup, tapi kita yang buat dia kan, so guna lah apa yang ade dalam pantry.... crab stick tu kak rose gantikan dengan frankfurter yang disagat jugak... cuma kena beringat untuk kurangkan garam sbb dia kan dah masin...

 bila dah melt.... overflow! bertambah serebeh tat kentang kak rose ni....apa pun mmg yummy bila pekena dengan sos cili thai n nescafe o tanpa gula.... makan hangat2 lagi lah ummmpph! resepinya kak rose cnp dari Ros Sinaranmenu. mekasih Ros... maaf ya kak rose memandai derhakakan resepi! boleh la kawan2 mencuba untuk juadah minum petang nanti....

Bahan-bahannya* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus* 1/2 biji bawang besar juga diparut* sedikit potongan daun bawang* 2 batang crab stick dipotong kecil (kak rose gantikan dengan sosej)* 1/4 cawan susu* 3 biji telur* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa


Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Monday, October 1, 2012

Shepherd's pie

lama sangat teringin nak buat pie ni... tp tersangatlah malasnya nak sediakan intinya tu... brapa kali dah bli bahan tp x terbuat jugak. kali ni merajinkan diri buat untuk megelakkan kentang yg kak rose bli tu tumbuh bercambah didapur... tu la kalau bli sllu nak banyak buat stok, sudahnya banyak yg dah bercambah...


dan buat shepherd's pie ni pun cari resepi yang paling mudah nak sediakan bahan2nya.... tp ada jugak yg kak rose x de stok, so bubuh je la apa yang ada asalkan yg main ingredients tu ade kan... resepi kak rose amik kat sini

  • Ingredients
  • 1 tbs olive oil
  • 1 brown onion, halved, finely chopped
  • 1 carrot, peeled, finely chopped
  • 2 celery sticks, trimmed, finely chopped
  • 500g lamb mince
  • 2 tbs plain flour
  • 500ml (2 cups) beef stock
  • 1 dried bay leaf  (x letak)
  • 1 tbs Worcestershire sauce (pun x de stok... x letak)
  • 1 tbs tomato paste
  • Salt & freshly ground black pepper
  • 4 (about 200g each) desiree potatoes, peeled, chopped
  • 40g butter
  • 125ml (1/2 cup) milk
  • Melted butter, to brush
 
 
 Method
  1. Heat oil in a large saucepan over medium-high heat. Add onion, carrot and celery and cook, stirring, for 5 minutes or until soft. Add lamb mince and cook, stirring to break up any lumps, for 5 minutes or until lamb changes colour.
  2. Add the flour and cook, stirring, for 2 minutes or until combined. Add stock, bay leaf, Worcestershire sauce and tomato paste. Bring to the boil. Reduce heat to low and cook, stirring occasionally, for 30 minutes or until sauce thickens. Taste and season with salt and pepper.
  3. Meanwhile: cook potato in a saucepan of salted boiling water for 15 minutes or until tender. Drain well. Return to the pan with the butter. Use a potato masher or fork to mash until smooth. Add milk and use a wooden spoon to stir until combined. Taste and season with salt and pepper.
  4. Preheat oven to 200°C. Spoon lamb mixture into a 2L (8-cup) capacity ovenproof baking dish. Top with mashed potato and use a fork to spread over lamb mixture. Brush with butter. Bake in preheated oven for 20 minutes or until mashed potato is golden brown. Serve immediately
 
sangatlah x pandai nak guna piping bag buat munger2 tu... kak rose buat setengah dari resepi ni dan dapat 3 bekas ni... meh sapa nak join minum petang dengan shepherd's pie ni......

Monday, December 5, 2011

Apple crumble pie

at last dapat jugak makan apple crumble pie buatan sendiri.... bangga gitu! walaupun kejadian tidaklah seperti tuan punya resepi tu buat.... sangat lah menggoda jiwa dan raga apalagi selera! terima kasih pada Rima Bisous A Toi kerana share resepi dan kak rose mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini pulak ya...

green granny smith apple

Crust

190gm flour

40g caster sugar

1/4tsp salt

120g butter

1 egg yolk

Filling

5 green apple peeled n dice

2tb butter

100g sugar

1/2tsp cinnamon powder

2tsb plain flour

raisins

Crumble

150g plain flour

40g sugar

1/4tsp salt

75g butter

the filling in the making....

Method

  1. to make crust, combine flour, sugar n salt. Rub in butter… add in egg yolk to form dough. Refrigerate
  2. to make filling, heat up frying pan to melt butter n sugar. Add in apple n raisin, stir fry until apple are tender. Add in cinammon powder n flour. Stir well n dish up. Leave to cool
  3. roll out dough and press into pie mould. Trim off the edge. Sppon in filling
  4. to make crumble, combine flour sugar n salt. Rub in butter until resembles bread crumbs. Sprinkle on top of the pie.
  5. bake on pre heated oven at 180 for 25 to 30 minutes or until cooked.

ready nak masuk oben!

Note: I used cold cubed unsalted butter for my crust n also for my crumble. Work fast and if possible do not let ur butter melt while doing the rub in method. As for the filling… do not panic if ur sugar n butter harden after u add diced apples… keep on strring till its melt again.


baru kuor oben.... geseng pulak dah!

sooooo sweet n yummy!

Sunday, December 4, 2011

Pai daging

salam hari minggu semuanya.... ni kes nak menghabiskan puff pastry yg dah lama terperuk dalam freezer.... sejak pandai menggunakan pratha tu, kulit pastry ni macam terbiar lak. kesian dia kan, dpd nnti expired baik kak rose buat sesuatu.... actually banyak tengok kat SinaranMenu yg banyak menggunakan pastry cenggini dengan menu yg sedap2, simple pulak tu... tu yg rajin menyelongkar dapur Ros tu... jangan marah ya Ros, lepas selongkar kak rose kemas balik elok2 dah... he he he meh tengok resepi pai daging untuk brunch ari ni.. mekasih ya Ros dan nak mintak izin cnp kat sini lak.

Kulit Pai
* 4 keping puff pastry jenama pampas (boleh beli kat Tesco) (kak rose guna jenama kawan )

Bahan Inti
* 1 packet minced beef
* 1 biji bawang besar potong dadu
* 1 biji kentang potong dadu
* 1 mangkuk sayur campur
* 1 1/2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar gandum
* 1/2 sudu kecil lada hitam
* 1 keping kiub pati ayam
* Garam secukup rasa
* 1 cawan air

tergeseng pulak yg beso gedabak ni....

Cara memasak inti

1- Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga terbit bau.Masukkan gandum dan kacau rata.Masukkan pula tomato puree.Goreng sebentar dan masukkan air.Biarkan mendidih sebentar.
2- Masukkan kentang diikuti dengan daging hancur.Kacau lagi. Masukkan pula sayur campur.Biarkan mendidih.Masukkan pula kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
3- Biarkan daging mendidih dan air agak kering (Jangan sampai terlalu kering sebab bila sejuk daging akan menjadi betul-betul kering- tak sedap kalau inti pai kering.)
4- Rasa dahulu sebelum diangkat dan sekiranya suka boleh masuk garam. Angkat dan sejukkan.



Cara membuat pai

1- Keluarkan kulit pastry dari peti sejuk dan biarkan sebentar.Guna cawan atau mangkuk ,terap bentuk bulat diatas kulit pastry. Masukkan kulit pastry kedalam acuan.
2- Letak inti sebanyak yang disukai.Letakkan lagi sekeping terapan kulit pastry tadi diatas inti pai dan klim tepinya atau buatlah hiasan sesuka hati.Sapukan susu segar atau telur diatas permukaan pai.
3- Bakar dalam suhu 180 c sehingga pai kelihatan perang dan kuning keemasan lebih kurang dalam 30 minit. Selamat mencuba.

Wednesday, November 23, 2011

Tart kentang

makan dengan cili sos... walllahhhh!!!!! sedapnya. panas2 lagi dah ngap 2 ketul!

Salam dan selamat tengahari semua.... pasti dah lunch kan... menu apa agaknya tengah hari ni ya? kak rose ternampak resepi tat kentang ni kat rumah Ros Sinaranmenu tu pagi ni.... ya lah balik dari brisk walk terus nagadap pc sambil2 nak kasi peluh kering.... g la jenjalan dulu pepagi, sekodeng dapur orang.... Alhamdullilah terpandang resepi ni, tp kalau nak wat pasti lambat kan, jd bekpes dulu dengan roti bakar, secawan susu omega dan nescafe.... dan pas sarapan tu kak rose dok lagi kat pc... teringat lagi kat resepi ni..... x leh jadi ni...

so, kena lah rajinkan diri, walaupun kentang cuma ada 3 biji jer, jadi kak rose lebihkan jejari ketam tu dan kak rose tambah jugak celery yg diracik2.... ros, agaknya kalau ada tambah cili merah yg didadu lagi sedap agaknya.... apa pun terima kasih ya Ros bagi idea nak wat tart yg cenggini dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak resepinya.... mintak halal ya!

Bahan-bahannya
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut
* sedikit potongan daun bawang
* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa

(kak rose tambah 1 batang celery, 1 sudu besar tepung gandum n 1 sudu keci tepung jagung bancuh ngan susu + telo tu.... memandai jer kan.... turn out nice, x melekat to the muffin pan wpun kak rose x sapu butter!)

Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Wednesday, November 16, 2011

Chiken pie

chicken pie versi malas... tutup bersilang je inti dalam tu!

ni projek tengahari tadi dengan anak dara kawan yg teman kan kak rose kat rumah sementara hubby out-station.... katanya teringin sangat nak makan homemade pie ni.... so kak rose pun soh la dia cari resepi yg mudah dengan segala bahan ada kat dapur.... nasib baik la hampir semuanya ada cuma button mushroom tu jer yg x der.. she did some of the preparation... potong bawang n kentang je pun, yg lain tu kak rose jugak yg kena buat... n dia jugak yg mixed the pastry pas kak rose dah siapkan semua bahan tu.... and it turn out sangat nice.... tq to noridahling from Myr. kak rose cnp kat sini ya...

Bahan-bahan

  • pasrty:
  • -150gram butter
  • -250gram tepung gandum
  • -1 sudu kecil gula
  • -1 kuning telor
  • -secubit garam
  • inti:
  • ~1 bijik bwg bsr dicincang
  • ~1 cwn kentang yg dipotong dadu
  • ~1 cwn mix vegetable
  • ~cendawan butang dihiris (kak rose x letak... x de)
  • ~2 keping dada ayam diptg kecil
  • ~minyak
  • ~1\2 cawan air.
  • ~1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
  • ~1 sudu bsr gula & sos tiram
  • ~garam dan lada sulah
Cara-cara

· pastry: ~gaul dgn tgn sume bhn2 pastry sehingga jadi mcm breadcrumbs.

masukkan sedikit air sejuk sehingga doh menjadi lembut.

inti: ~goreng kentang sehingga berwarna keemasan..set aside.

panaskn 2 sudu minyak..

tumis bwg besar kemudian masukkn mix vegetable..cendawan..ayam dan kentang yg telah digoreng td..

masukkan air..sos tiram..gula..garam & lada sulah.

akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti menjadi pekat.

sejukkan inti.


roll out doh dan potong mengikut acuan pie..

letakkan inti kedalamnya dan ditutup dgn kepingan doh..

atas pie dicucuk dgn garfu dan disapu dgn kuning telor..

bakar ke dlm oven 180celcius selame 25-30 minit.

lebihan doh boleh digunakan untuk menghias pie..

sedap sangat.... suam2 lagi dah pekena 2 biji. x rugi mencuba wpun rupanya x secantik tuan punya resepi......