Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 28, 2018

sesekali je

melayan paddle pop!

Tuesday, February 27, 2018

Bubur nasi untuk Emma

 Ujian Allah datang tanpa kita jangka. Allahuakbar.... sakit itu penghapus dosa, dan yang merasa saja akan tahu macammana sakitnya... kita yang sihat ni cuba sedaya upaya untuk memberikan moral support untuk serba sedikit agar sisakit tidak terlalu depress...kawan yang kak rose anggap macam adik sendiri, telah ditimpa dugaan yang terlalu berat buatnya... sebulan selepas kematian suami, dia pulak disahkan menghidap kanser bawah lidah (floor mouth)... dan dengan kesakitan dan melalui beberapa ujian sehinggalah disahkan penyakitnya, kak rose lah jadi penemannya... luluh rasa hati bila dapat tahu tentang penyakitnya... dan hampir setiap hari kak rose pergi melawat dan menemankannya dikatil hospital... buat bubur ni berkali2 dengan harapan dia dapat makan walaupun sedikit...

selepas di diagnosed tentang penyakitnya, memang dia down sangat... dah la tak boleh nak makan, nak telan air liur pun sakit... so kak rose mintak kat doc yang rawat tu supaya diberikan drip, instead of dipaksa minum dan makan bubur yang memang emma dah tak boleh nak buat! at last doc bagi juga drip, sedikit terisi lah perut yang lapar dan asik nak muntah jer kesan dari ubat tu..

 berkali buat bubur nasi ni dengan harapan emma boleh menjamahnya... walaupun sedikit. yang ni masa awal2 admitted kat sdmc, dan masih boleh nak menyuap walaupun sedikit... tapi semakin hari semakin tak boleh langsung nak menelan... sakit sangat. dalam masa sebulan almost 21kg hilang berat badan emma... memang sedih sangat . setiap kali nak masuk melawat kebilik dia, kak rose akan berhenti depan pintu lama2, mohon doa banyak2 supaya diberikan kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata didepan emma. selalu pesan emma kena kuat untuk lawan penyakitnya... beberapa hari lepas 1st chemotherapy, emma terpaksa menjalani satu lagi satu operation untuk dipasangkan tiub diperut untuk masukkan susu... hanya itu saja cara untuk emma mendapatkan tenaga... makan dan minum ikut mulut memang tak boleh langsung. sakit dan lidah seakan tak dapat berfungsi, katanya.

peneman emma walau kemana... masa ni mintak keluar kejap dari sepital untuk uruskan cukai pendapatan arwah suaminya di LHDN shah alam... dan hari ini, 2nd chemotherapy untuk emma...semuga emma terus kuat demi untuk anak2nya yang baru saja kehilangan kasih sayang ayahnya...

Monday, February 26, 2018

Nasi lemak dihujung minggu

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... mudah2an kita semua sentiasa dalam lindungan Allah jua hendaknya, Insya Allah. dah sarapan ke kawan2 semua? pagi ni kak rose nak tepek gambo nasik lemak yang cuma tinggal bekas jer ni... masak nasik lemak ni untuk sarapan pagi sabtu tu... so gambar jer la yang tinggal kan.. merajinkan diri masak nasik lemak pepagi ni sebab sambal tu dah ada, jadi cuma nak sediakan yang lainnya tu.. sambal tumis ni kak rose buat banyak untuk dimakan dengan lontong yang kak rose buat untuk jamuan majlis bacaan Al-Kahfi pada pagi jumaat semalamnya. senang keja tukang masak kan.. kawan2 kata sambal tumis kak rose sedap! aishhhh!!! kembang setaman sekejap hidung tuan tanah ni!

dayang2 untuk nasik lemak dipagi hujung minggu tu... sendiri masak sendiri makan dan sendiri jugak tambah2 nasi dalam pinggan tu... lepas makan barulah insaf sekejap!

Sunday, February 25, 2018

Pak Li kopitiam lagi...

bila kemalasan tapi nak jugak makan nasik, pak li kopitiam ni lah jadi tempat nak menyinggah. tak perlu nak bersauna didapo dah dapat makan kan... nampak sangat pemalasnya kan... dan minum kopi ni sbb suka sangat dengan cawan ni... mana lah nak beli, ada kwan2 yang tau boleh lah kongsikan dengan kak rose ya..

 walaupun memang dah terlalu banyak lemak, tapi nak jugak tambah lagi dengan makan nasik lemak ayam goreng special ni... portion yang sangat baaaaanyak... ayamgoreng+kacang+ikan bilis+timun+sebijitelorebus+sambal+nasiselambak. hah!kenyang terbuntang!

ni order peneman kak rose... kuey teow goreng dan milo ais jer

Saturday, February 24, 2018

New toy in de house..

 Noxxa BM yang diidam2kan... 
dah dekat dua minggu, tapi belum dapat merasmikan lagi... 

apakah nanti akan menjadi tukun kat dapo, only time will tell... 
masih menunggu vit r datang menjelma!

Friday, February 23, 2018

Zikir Al-Mathurat

bersihkan hati dan diri
dengan zikir 


Al-Mathurat merupakan zikir yang dibaca pagi dan petang di samping zikir-zikir yang lain. Dalam kita mengamalkan al-Mathurat setiap hari, cuba fahami maksud pengertian dari ayat-ayat yang kita baca. InsyaAllah moga2 niat dan usaha kita mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah Taala, moga beroleh taufiq dan hidayah-Nya yang berterusan... ameen

Memahami Maksud dari ayat-ayat al-Mathurat:

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk.
........................
  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan.
  5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Surah Al-Fatihah 1 - 7)
.....................
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alif laam miim

Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

(Iaitu ) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

(Al-Baqarah 1 - 5)
.......................
Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak megetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.

(Al-Baqarah 255)
.........................
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan(kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah: 256 - 257)
.........................
Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman.. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-maklaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya, dan mereka megatakan: "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dab rasyk-rasulNya," dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaula tempat kembali."

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatillah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah 284 -286)
............................
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa." Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala seuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

(Al-Ikhlas 1 - 4)
........................
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang menguasai subuh, dari kejahatan makhlukNya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembuskan pada tali yang bersimpul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."

(Al-Falaq: 1 - 5)
............................
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. katakanlah: :Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."

(An-Nass: 1 - 6)
....................................
Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.
.....................................
Kami terjaga (dipagi hari) dalam fitrah Islam, dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami), Muhammad SAW, dan dalam millat (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang musyrik.
.....................................
Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat.
....................................
Allahumma, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur.
....................................
Hai Tuhan, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu.
.................................... Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.
....................................
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan 'arasyNya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya.
..........................
Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.
.........................
Allahumma, kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.
.........................
Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.
.........................
Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlndung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
.........................
Allahumma, sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah penglihatanku.
.........................
Allahumma, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kekafiran dan kefakiran; Allahumma, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau.
..........................
Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dangan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.
..........................
Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat padaMu.
..........................
Maha Suci Engkau, Allahumma, dan segala puji bagiMu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat padaMu.
.....................
Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasulMu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Alllah atau sebanyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Nya dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab-Nya.

Terimalah dan relakanlah orang-orang terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, ali dan para sahabat bagnda semuanya para tabi'in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan(Mu) yang memiliki kebesaran cuba menempelkan kepadanya. Salam sejahtera untuk para rasul utusan, Wal Hamdulillahi Rabbil'Alamin.


Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah.
 
 Baca Al-Mathurat setiap pagi dan petang, terima kasih blog matahati 

Thursday, February 22, 2018

Bubur candil

 lama dah tak buat ni... bila teringin nak makan asik beli jer, tapi kalau nak puas dan berulang2 makan adalah lebih baik buat sendiri kan... makan lah sampai pengsan kalau terdaya... hihi. lepas makan baru ada rasa nak menyesal, sebab dua mangkuk cam ni pun sekali ngadap jer... dan masa tu lah berkobar2 semangat... esok pagi mesti kena ber brisk walk #tenthousandstepsaday tu... tapi kekadang tinggal angan2 jer... camner tu? tapi apa pun puas hati dapat makan manisan yang kita suka kan...

resepi bubur candil...

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
 
 
  • uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  • kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  • sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  • tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  • perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.

Wednesday, February 21, 2018

Tuesday, February 20, 2018

Cendawan goreng sos tiram

 Ni lauk tinggal gambar jer hihi... sebenarnya sayur cendawan ni kak rose masak minggu lepas lagi... dan dah jadi baja pun tapi nak jugak kongsikan kat sini... buat entry suka suki untuk dapo maya yang hidup segan mati tak mau ni... sayang jugak kalau terbiar jer kan... so entry ni boleh jugak buat rujukan anak cucu di hari nanti kan.... resepi kak rose amik kat sini, tapi dah derhakakan, sbb kita masak dengan apa yang ada kat dapo jer... so pepandai lah nak mengadjustnya, sesuaikan dengan tekak sendiri kan... apa pun terima kasih kongsikan resepi, yang kak rose jadikan panduan untuk memasak cendawan sedap nih!

Resepi Cendawan Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan:
  • 1 paket cendawan tiram 
  • Sedikit putik jagung (dibelah memanjang) (x letak)
  • 6-8 ekor udang (serderhana besar) (kak rose guna fillet ayam)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili api (diketuk)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika.
  3. Tambahkan air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuahnya agak pekat-pekat sedikit.
  4. Kemudian masukkan udang, cili dan putik jagung. Tambah garam dan serbuk perasa. Biarkan putik jagung dan udang agak masak sedikit.
  5. Akhir sekali baru masukkan cendawan dan kacau sekata. Padamkan api. 
  6. Siap dan sedia dihidang

Monday, February 19, 2018

Homestay kat kampung..

 Asalamualikum dan selamat pagi isnin... semuga semuanya ceria setelah bercuti sempena sambutan chinese new year... bertabahlah kepada yang sangkut kat perjalanan yang sangat jem. kak rose balik kampung pada pagi jumaat tu, tak la jem sangat cumanya memang banyak sangat kenderaan kat highway... dan balik semula ke shah alam pada malam sabtu selepas majlis pertunangan anak buah... dan yang paling bestnya, dekat dengan rumah adik tu ada homestay yang cantik ni... so kami adik beradik yang datang dari jauh semua berkumpul kat sini... sangat selesa dengan ruang yang sangat luas..

 ruang tamu... tak sarat dengan perabut. sesuai untuk kami adik beradik dengan anak2 semua..

 dining hall... tempat kami menjamu selera nasi arab kambing 40 hari, disponsor oleh adik. mekasih ya.. oh ya, homestay ni sangat lah dekat dengan kedai nasik kambing 40 hari yang sangat viral tu... baru pukul 7, nak beli untuk breakfast pun dah kena berbaris panjang..

 dapo yang serba lengkap... periuk nasi, cerek letrik, dan segala kelengkapan. dalam peti sejuk siap ada makanan dan air sejuk... semua dihalalkan untuk dimakan. terima kasih tuan rumah.

 another side view untuk ruang makan.. ada extra kerusi kat situ.

 master bedroom yang luas.. lengkap dengan cupboard dan dressing table

 another bedroom dengan katil single and extra mattress. ade juga dressing table

2nd bedroom dengan double bed dan dressing table... so lepas ni boleh lah terus booking untuk next majlis... tak payang nak tercari2 tempat berehat dan melepaskan penat lepas kenduri nanti...

Sunday, February 18, 2018

Makan2 lagi..

Makan2 hari minggu lepas


 
 air pancut dihadapan main lobby... 

 menu book yang cantik bercorak songket... very the traditional, gitu!

 our drinks... apple, soursop and ambra juice

 tuan tanah punya drink... soursop juice yang sangat thick n sedapppp

 french rack namanya.... portion yang comel jer tapi nasib baik carrot mash tu sedap sangat!

 fish n chips yang dihidang, tapi terlupa pulak dengan sos cilinya... πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

 mushroom soup... 

tauhu sumbat, look soooo tempting tapi bila makan kuah kacangnya macam ada rasa belacan. terus terbantut selera tuan tanah! ishhhh!!!

Saturday, February 17, 2018

Al-Rawsha lagi...

 Mulawah and saltah yang sangat sedap... 
tapi kali ni kuah dia a bit watery, macam kurang daging jer!

ni makan2 hari sabtu lepas... nak merasa lagi nasi arab kat Rawsha restaurant ni lagi... so tengahhari tu kami anak beranak had lunch kat sini... setelah penat menyinsing lengan baju membersihkan rumah yang kak rose bagi anak kawan duduk... dia dah berpindah dan giliran kami kena bersihkan pulak... bertabah jer la nak kena bersihkan tu... pas tu isi perut makan nasik arab ni banyak2... buat hilang penat dan grrrr tu!

 pilihan si anak, lamb khabsa... punya lah banyak nasik dan daging tu... tak terhabeskan untuk dia sorang makan...
 mama dengan ayah makan chicken madghot... portion untuk 2 orang ni pun sangat lah banyak nasiknya.... memang tak leh nak abeskan lah.

kiwi juice yang pekat dan sedap...

 
 trademark® Al-Rawsha Restaurant

Friday, February 16, 2018

Kuih hari jumaat

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2... happy chinese new year buat yang menyambutnya dan kita sebagai rakyat malaysia, sudah pasti sama2 merayakan hari tahun beru china kan.. tapi kak rose menyambutnya dengan berada dikampung kerana ada kenduri dikampung... dan sempena cuti yang back to back ni, ramailah yang bersama2 balik kampung untuk bersama keluarga adik yang mengadakan kenduri... tapi sebelum balik kak rose kongsikan kuih pot luck mengaji surah Al-Kahfi pada hari jumaat lepas... dah habes pun nak jugak tepek kat sini, buat kenangan nanti2 kalau dah tak bersama2 dengan jemaah mengaji disini kan...

kuih apam perlis yang pernah kak rose kongsikan reepinya kat sini... buat pagi2 hari memang sedaplah untuk dimakan waktu selepas habis mengaji... lembut dan gebus kulit apam ni... dan yang ni kak rose guna inti kelapa manis... Alhamdulillah jadi kesukaan kawan2 yang datang mengaji... happy tukang masak kalau kuih kita ramai yang suka kan... terima kasih yang kongsikan resepinya..

 sikecik yang sentiasa ada bersama nenek yang datang bersama untuk bacaan surah Al-Kahfi setiap jumaat.. nenek2 jer yang jadi kawan dia... hihi

tuan rumah yang bz nak sediakan hidangan selepas majlis bacaan... dan kalau ada tiga puluh jemaah yang datang, maknanya ada tiga puluh jenis kuih jugak lah... dan selalunya tuan rumah akan masak yang lebih istimewa buat kami semua... jadinya, tiap pagi jumaat sudah pasti akan terlebih bekpes... sangat heavy! boleh kenyang sampai petang!

Thursday, February 15, 2018

Kuih getas getas

 atas permintaan, kak rose buat kuih getas getas ni... sebenarnya kak rose memang suka dengan kuih2 lama cam ni, tapi disebabkan ada satu trajedi, so sangat reluctant nak buat kuih ni selalu... bila sekali tu dah berjaya, makanya berani lah nak cuba buat lagi kali ni dengan harapan tidaklah akan meltup sky high masa menggoreng kuih ni...dan ada tips yang dikongsikan kawan2 dan sifu masak camner nak goreng tapi tak meletop tu... juga tips camner nak menyira getas getas... mekasih sangat!

getas2 baru naik dari kuali... belum sempat nak mekup!


Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
 

Wednesday, February 14, 2018

Dunkin donuts

 orang memberi...

 

kita merasa.... tq tq

Tuesday, February 13, 2018

Gulai telo itik

 lama tak masak gulai telo itik ni... masa balik kampung hari tu beli la telo itik yang beso2 ni... and fresh sangat telonya... kuninynya pun cantik jer, orange kalernya.  dan bila dah masak gulai cam ni mesti ada ikan masin lah... kak rose gorengkan ikan kurau masin untuk digandingkan dengan gulai ni... tak de sayur cuma potongkan timun jepun jer... itu pun dah buat nasik bertambah2.... haishhhh!!!!

 nampak bersih jer telonya..

 masak enam biji jer... tu pun tak terabes untuk kami lunch tiga beranak.... malam memang tidak lah nak makan nasik lagi, so yang berbaki tu betapa lah dalam fridge....

resepi masak lemak ciliapi telo itik style nisemilan....meh checkitout..

6 biji telur itik - boleh tambah

5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah

1 helai daun kunyit

1 batang serai - saiz besar

Garam secukup rasa


bahan2 ditumbuk lumat:


10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.

1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

cara memasak:



1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.