Asalamualaikum dan salam pagi isnin... mudah2an kita semua sentiasa dalam lindungan Allah jua hendaknya, Insya Allah. dah sarapan ke kawan2 semua? pagi ni kak rose nak tepek gambo nasik lemak yang cuma tinggal bekas jer ni... masak nasik lemak ni untuk sarapan pagi sabtu tu... so gambar jer la yang tinggal kan.. merajinkan diri masak nasik lemak pepagi ni sebab sambal tu dah ada, jadi cuma nak sediakan yang lainnya tu.. sambal tumis ni kak rose buat banyak untuk dimakan dengan lontong yang kak rose buat untuk jamuan majlis bacaan Al-Kahfi pada pagi jumaat semalamnya. senang keja tukang masak kan.. kawan2 kata sambal tumis kak rose sedap! aishhhh!!! kembang setaman sekejap hidung tuan tanah ni!
dayang2 untuk nasik lemak dipagi hujung minggu tu... sendiri masak sendiri makan dan sendiri jugak tambah2 nasi dalam pinggan tu... lepas makan barulah insaf sekejap!
No comments:
Post a Comment