Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 13, 2018

Gulai telo itik

 lama tak masak gulai telo itik ni... masa balik kampung hari tu beli la telo itik yang beso2 ni... and fresh sangat telonya... kuninynya pun cantik jer, orange kalernya.  dan bila dah masak gulai cam ni mesti ada ikan masin lah... kak rose gorengkan ikan kurau masin untuk digandingkan dengan gulai ni... tak de sayur cuma potongkan timun jepun jer... itu pun dah buat nasik bertambah2.... haishhhh!!!!

 nampak bersih jer telonya..

 masak enam biji jer... tu pun tak terabes untuk kami lunch tiga beranak.... malam memang tidak lah nak makan nasik lagi, so yang berbaki tu betapa lah dalam fridge....

resepi masak lemak ciliapi telo itik style nisemilan....meh checkitout..

6 biji telur itik - boleh tambah

5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah

1 helai daun kunyit

1 batang serai - saiz besar

Garam secukup rasa


bahan2 ditumbuk lumat:


10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.

1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

cara memasak:



1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.

6 comments:

Suria Amanda said...

Nak masak telur itik ni selalu abah SA je expert..kalau SA memang pecah cana sini la kejadian telo itik tu tak comel..hehehe...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cantik kejadian telur bila masak, bukan senang oi nak cantik mcm tu

Norlaili A Wahab said...

yum yum sedapnya. orang tak expert nak bagi telo itik tu cantik cenggitu Allahu..... bertabahlah hehehe

Kak Rose said...

AS, kebetulan jer tak pecah tu... kadang2 hancussss jugak!

Kak Rose said...

SK, baca bismillah banyak2 masa nak masukkan telo tu... hihi

Kak Rose said...

Norlaili, memang pebret kak rose gulai telo cam ni... lagi2 kalau ada ikan masin. memang bertambah2 lah nasik!

practice make perfect, kena buat selalu tu Norlaili.