Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2... happy chinese new year buat yang menyambutnya dan kita sebagai rakyat malaysia, sudah pasti sama2 merayakan hari tahun beru china kan.. tapi kak rose menyambutnya dengan berada dikampung kerana ada kenduri dikampung... dan sempena cuti yang back to back ni, ramailah yang bersama2 balik kampung untuk bersama keluarga adik yang mengadakan kenduri... tapi sebelum balik kak rose kongsikan kuih pot luck mengaji surah Al-Kahfi pada hari jumaat lepas... dah habes pun nak jugak tepek kat sini, buat kenangan nanti2 kalau dah tak bersama2 dengan jemaah mengaji disini kan...
kuih apam perlis yang pernah kak rose kongsikan reepinya kat sini... buat pagi2 hari memang sedaplah untuk dimakan waktu selepas habis mengaji... lembut dan gebus kulit apam ni... dan yang ni kak rose guna inti kelapa manis... Alhamdulillah jadi kesukaan kawan2 yang datang mengaji... happy tukang masak kalau kuih kita ramai yang suka kan... terima kasih yang kongsikan resepinya..
sikecik yang sentiasa ada bersama nenek yang datang bersama untuk bacaan surah Al-Kahfi setiap jumaat.. nenek2 jer yang jadi kawan dia... hihi
tuan rumah yang bz nak sediakan hidangan selepas majlis bacaan... dan kalau ada tiga puluh jemaah yang datang, maknanya ada tiga puluh jenis kuih jugak lah... dan selalunya tuan rumah akan masak yang lebih istimewa buat kami semua... jadinya, tiap pagi jumaat sudah pasti akan terlebih bekpes... sangat heavy! boleh kenyang sampai petang!
2 comments:
شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف
______________________________________________________________________________________________________________________
شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف خزانات بالقطيف
شركة شفط بيارات بالقطيف
Thank you, Kak Rose. Kuih apam tu macam rupa karipap :)
Post a Comment