Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 30, 2018

Selamat bercuti...

Jumpa lagi 2019 nanti...

 musim cuti sekolah, kami geng mengaji petang petang ni pun nak bercuti panjang jugak... maklumlah emak emak ni pun nak jugak bawak anak2 dan keluarga pergi bercuti... makanya kalau kelas mengaji ni terus dibuka, ramai yang tak dapat menghadiri kelas tu... so ustazah amik keputusan untuk kelas ditangguhkan hingga tahun depan... dan untuk penutupan kelas tu, hari terakhir kami pada hari isnin lepas mengaji tu buat lah makan2... masing2 bawak satu menu. sudahnya penuh meja dengan bremacam jenis lauk!

 habis mengaji, maka terus lah open table.. macam2 ada, periuk pun duk atas meja!

 ni jer yang kak rose dapat sediakan... ikan siakap tiga rasa dan nasi seperiuk!. almost a kg ikan ni, nak goreng pun x muat kuali. terpaksa senget2kan kuali antik kak rose tu... hihi

 pilih jer mana satu yang berkenan dihati... ayam masak merah, ayam masak portugis, sambal cendawan, sayur kacang goreng dengan hari ayam, ikan bakar cicah air asam...

 kari ikan tanpa santan, masak asam batang keladi, ikan goreng berempah, ikan jeket bersambal belah belakang.... apam pandan, tepung talam gula melaka, kuih seri muka, strawberry tat, pgm cake pun ade!

untuk yang suka lauk kampung... pucuk daun kayu masak tempoyak... tapi yang paling sedap buat kak rose ialah sayur lemak gandingkan dengan ikan masin πŸ˜‹πŸ˜‹terima kasih semua yang bersama menjayakan program makan2 ni dan berjemaah menternak lemak lah kita ya. dan akhir sekali terima kasih buat ustazah berdua yang tak jemu untuk mengajar kami2 semua... semuga Allah memberkati usaha anda dan kita semua. Aamiin.


Thursday, November 29, 2018

Kuih lepat liat

Kuih lama yang jarang jumpa...

 bersungguh2 nak buat kuih ni, berusaha g kedai beli kelapa putih tapi dan dan tu pulak banyak na vitamin m dalam diri... so terbiar beku keras kejung dalam freezer. tapi bila ada kawan bagi daun pisang masa mengaji kahfi pada jumaat lepas, terus lah datang balik angan2 nak buat kuih lepat liat ni.. first time mencuba buat, jakun sket lah dibuatnya... hihi meh lah tengok resepi yang kak rose kongsikan dari sini. mekasih ya..

 Bahan2nya
 Bahan A
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula

Bahan B
daun pisang untuk membungkus
kelapa  parut putih gaul dengan sedikit garam - untuk inti

 Cara memasak:

Satukan bahan A dan masak atas api. tak perlu hingga mendidih, cukup hingga gula larut dan tak berketul
Angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
Kemudian tuang campuran tadi kedalam tepung pulut sedikit demi sedikit
Uli hingga adunan sebati. pastikan doh jadi lembut dan tidak keras
Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak dipermukaannya
Ambil dua sudu adunan, letak atas daun pisang tadi dan leperkan
Letakkan inti kelapa
Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan
kukus 40 minits dengan api perlahan
bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan
sedia untuk dinikmati...

 kelapa putih digaul dengan sedikit garam untuk inti... kalau tak suka boleh abaikan jer..

 adunan dileperkan dan isikan dengan inti kelapa dan bungkus kemas

off to the kukusan... dan 40 minit kemudian... dapat dah menikmati kuih lepat liat home made... 1st time buat, rupa memang hazab tapi yang penting rasanya... lemak manis gitu. sedap!

Wednesday, November 28, 2018

Monday, November 26, 2018

Sup tulang sedap!

Asalamualaikum dan selamat tengah hari Isnin yang ceria...

 Cuti sekolah dah bermula dan kita mak mak SAHM ni pasti banyak luangkan masa didapo untuk menyiapkan hidangan buat keluarga terutamanya anak2 yang bercuti... dan apa menu untuk disajikan hari ini... kalau belum ade, meh la buat sup tulang macam kak rose ni... yang ni kak rose buat untuk en asben yang kurang sihat dan nak makan yang panas dan berkuah... jadi sup ni kira ok la kan... dan kak rose tak buat pun sambal kicap untuk digandingkan dengan sup ni seperti selalunya.. no pedas2 for time being... makan dengan nasi jer pun dah sedap..jom tengok resepinya..


 Bahan-bahan
1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4] (lupa nak letak da...)
garam
bawang goreng
air secukupnya 


  Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 


Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (30 minits, guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Sunday, November 25, 2018

Telor rebus halus mulus..

Asalamualaikum dan selamat pagi...

 Salam hari minggu buat semua... hari ni kak rose nak kongsikan camner nak rebus telor yang tak melekat kat kulit dan bila kupas sangat lah cantik, halus mulus kejadiannya.  kak rose dapat petua ni dari perkongsian di wall fb. dan bila buat menu nasik lemak untuk majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah kak rose pun cubalah petua yang dikongsikan tu... Alhamdulillah memang menjadi. terima kasih pada yang tak lokek dengan ilmu dan petua tu... kak rose kongsikan kat sini pulak untuk yang ingin mencubanya ya...


1.       Basuh telor dan masukkan dalam periuk. Tak perlu tunggu air mendidih baru masukkan telor
2.       Masukkan sesudu garam dan sesudu minyak dalam periuk tadi
3.       Rebus lebih kurang 10-15 minit atau hingga air melegak
4.       Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah suam boleh la kupas


dan ni kak rose hidangkan sebagai dayang pengiring untuk nasi lemak bersama timun, sambal tumis udang kering dan ikan bilis bersama kacang tanah goreng. dan petua untuk membelah telor supaya jugak halus mulus tu kak rose guna kan benang sebagai pemotong. tapi sayang cuma ada gambo yang duk dalam mangkuk jer. tapi memang tabik lah sapa yang bagi petua tu.. terima kasih sangat2...

Saturday, November 24, 2018

Jom mengopi sat...

Selamat berhujung minggu kengkawan...

sesekali pekena kopi latte ni pun sedap gak... moccalattecoffee dan honeylatte πŸ˜‹πŸ˜‹

Friday, November 23, 2018

Maulidur Rasul kami...

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari
semuga kita semua dalam lindungan dan rahmat Nya sentiasa. Aamiin

 sambutan Maulidur Rasul group mengaji petang kami... walaupun tak semua dapat menghadirinya tapi tetap meriah dengan bacaan Selawat Nabi beramai2 dan yang pastinya dengan juadah pot luck yang kami semua bawa untuk majlis simple ni.. terima kasih pada ustazah2 yang menganjurkan dan bimbing kami untuk majlis ini. Alhamdulillah. cuma tak de berarak dan banner bagai kan...hihi

 majlis bermula dengan bacaan selawat keatas Nabi beramai2..

 tak de perint-out,  screenshot pun boleh gak kan..

 berposing ramai2 sebelum majlis bermula..

 nak gak enterframe.. hihi..

 bacaan doa sebelum menjamu selera

tak sabar2 nak makan dah... satu tong beso nasi dagang terengganu dengan gulai ikan aya dan acar mentah jadi tumpuan semua. sedap sangat.

bubur pulut hitam yang kak rose bawak untuk majlis ni... berebut2 nak tapau πŸ˜‹πŸ˜‹katanya.

laksa penang, pulut kuning+sambal tumis n rendang, baguatte+mushroom creamy soup, sagu gula melaka, cekodok durian yang sedap ..

lasagna yang kaya dengan cheesenya... mee sanggul goreng, bubur kacang dan macam2 lagi lah...
Alhamdulillah dapat berkumpul ramai berselawat di hari sambutan keputeraan Baginda Nabi dan juga makan...

Thursday, November 22, 2018

Pebret sepanjang masa...

sagu gula melaka yang sedappp...

dan suker dengan kaler birunya.....

Wednesday, November 21, 2018

Tuesday, November 20, 2018

Puding susu sumi jelly

buat lagi dan lagi dan lagi..

 yang ni untuk makan2 dirumah... makan sejuk2 memang nyaman seh!

 buat lagi untuk pot luck mengaji Al-Kahfi pagi jumaat...  bila dah banyak sangat vit m untuk buat kuih dipagi2 hari, maka buatlah jelly ni in advance. tak lah kelam kabut pepegi hari nak pergi mengaji tu kan... alasan apakah itu?

dan buat lagi yang ni untuk hari sabtu pulak... ade yang request nak makan lagi. so buat lah untuk dibawa pergi rewang kat rumah kawan. sambil bungkus goodies untuk majlis perkahwinan anaknya, dapat lah jugak menjamu selera dengan jelly sumi ni bersama banyak lagi juadah yang disediakan oleh tuan rumah dan jugak yang dibawa oleh kawan2 yang sama2 rewang... meriah dengan makanan dan brisk walk pun dah lama tak buat... pepagi selalu hujan, alasan yang paling afdal lah kan...😜😜

Monday, November 19, 2018

Kuih gandos

 bila merayau2 didapo maya ni akan terjumpalah macam2 resepi dan kuih yang tak pernah jumpa resepinya... dan katanya asal kuih ni dari orang jawa... tak tau lah betul tak. tapi rasanya dulu2 pernah makan kuih ni, memang sedap lah... since ada berbagai resepi, kak rose cuba dulu yang ni kerana bahan2 ni jer yang ada didapo..

Resipi

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung pulut
1/2 cawan kelapa parut (putih saja, kalau dapat kelapa inti lagi cantik)
1/4 cawan gula
sedikit garam
air secukupnya

Campurkan semua bahan, untuk dapat adunan seakan bancuhan adunan nak buat kuih cara
Masukkan dalam acuan dan bakar. yang i kak rose guna acuan kuih dangai je.
 
 πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸπŸπŸπŸπŸπŸπŸπŸπŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸπŸπŸπŸ
 
 tapi lain kali teringin nak cuba buat dengan resepi yang lain pulak.. macam yang kak rose kongsikan ni..
 
Bahan-bahan
  1. 600 gm tepung beras
  2. 200 gm tepung gandum
  3. 2 sudu makan tapai nasi
  4. 500 gm kelapa muda parut putih
  5. 1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
  6. 1 bungkus yeast kering
  7. garam secukup rasa
  8. gula merah (gula tanjung)
  9. Inti / Jem nenas / pilihan lain boleh pilih coklat, strawberry, kelapa.
Cara buat kuih gandus
  1. Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.
  2. Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.
  3. Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian.
  4. Letak jem nenas atau pilihan inti yang digemari, kemudian ditutup lagi dengan adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga kuih gandus tadi kuning keemasan dan masak.
 
 

Sunday, November 18, 2018

Tahniah Faryna

Selamat pengantin baru buat Faryna dan Fitri

Tahniah Faryna dan suami di hari bahagianya.. majlis diadakan di D'Neujina Event Space, shah alam yang sangat cantik n elegant  pada 11 November 2018.

kami emak2 pun tumpang bahagia denagn penyatuan dua hati ini... bukan setakat emak2 jer yang berkawan sejak dari anak ni kecik2 sampai dah berumahtangga, anak2 dan bapa2 pun turut jadi kawan... mama rose tumpang gembira dan bahagia untuk Faryna, tahniah untuk Cik Ezam dan En Norzan menerima menantu baru.  semuga persahabatan antara kita berkekalan selamanya..

bunga telor yang diperbuat dari sabun yang cantik ini untuk dibawan kemajlis bertandang di Ipoh pulak pada hari semalam... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancari dengan kehadiran sanak saudara dan kawan2 dari KL dan Johor...


seminggu selepas majlis di Shah alam, kenduri di pihak lelaki di ipoh perak. tahniah sekali lagi...

Saturday, November 17, 2018

Buat lagi cucur ni...

permintaan dari en asben yang makan cucu simple ni... dan tukang masak pun dengan rajinnya lah nak buatkan... memang happy lah tukang masak kalau ade tukang makan kan... cicah kopi o panas2 memang ngam sangat lah... berdua makan, sekejap jer abes sepenapis ni... hihi tak menyempat nak berposing cantik2.. dah kena ngap! meh la tengok resepinya..boleh lah sediakan  ni untuk minum petang nnti kan..

Cucur manis stick

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1) Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2) Masukkan kedalam tepung gandum
3) Gaul sebati
4) Biarkan sejuk seketika
5) Bentukkan dan goreng dengan api perlahan

Friday, November 16, 2018

Nasi ayam butter.

 sesekali bila datang kerajinan dan teringin nak makan makan berdilat lah kat dapo menyediakannya... walaupun dengan bahan apa yang ada kat dapo, maka jadilah nasi ayam butter yang sedap pada kami anak beranak ni... dah banyak kali buat dengan resepi ni. mekasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepi asalnya ya.. jom kita masak...

Bahan-bahan
Untuk nasi

  • 3 cawan beras - basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa

 Untuk ayam goreng madu yang sedap pada tekak kak rose

  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih.  Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun
Untuk sup

  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk sos kicap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. siap untuk diguna.
 dan untuk salad, yang ada dalam fridge cuma timun dan tomato jer... so nasi ayam dengan dayang yang tak kecukupan..

Alhamdulillah dengan rezeki nasi ayam yang sedap ni.... kenyang kami 3 beranak makan ni.

Thursday, November 15, 2018

Chakkk!!

Asalamaualaikum..
Semuga bertemu jalan pulang untuk mengupdate rumah maya kak rose ni...



seminggu yang hetic, dapo maya pun tak terjengah... 
semuga seedless grapes boleh jadi hidangan yang tak basi... hihi

Saturday, November 10, 2018

Al-Rawsha lagiii

 makan makan hari cuti deepavali kami... sence en asben nak makan nasi arab, so g yang terdekat jer la mudahnya kan. lepas zohor kami bertolak dari rumah. hari cuti umum jadi jalan pun lenggang jer... zasss... laju je, sekejap dah sampai. makan lah sampai tak terabeskan... 1st serve,  puding cream caramel, not bad lah rasanya...

 and tabbouleh... salad amcam ni jer yang biasa kami oder, pernah try yang lain, tapi macam kureng sikit pada tekak jawa kak rose ni.. hihi

 the drrinks... starfruit, orange, mango n pomegranate juice.

 chicken madghut for 2... nasi memang sebunbun...

 lamb madghut for 2 jugak... puas nak menghabskan...

 
sambal tomato dan kuah kari yang datang bersama set nasi.

 Saltah n muwalah yang dihidang panas2...

 saltah sedang berasap... panas!