Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 30, 2016

buat lagi dan lagi dan lagi...

Asalamualaikum dan salam hujung minggu, kawan2. sup cendawan berkerim yang sangat sedap buat kami sekeluarga.... terima kasih pada yang kongsikan resepinya dan kali ni atas permintaan anak, buat lagi sup sedap ni untuk dinner kami anak beranak. tak de cendawan segar guna yang tin pun ok gak... kita yang buat dia kan...

bila buat sendiri ni memang makan bertambah2 la kan... dan cendawan tu kak rose suka biarkan berketul instead of blendkan jadi halus... barulah ada rasa cendawannya kan.... dan dried oregano tu selain masuk dalam sup, boleh jugak tabur jer, sedap! nak resepi leh tengok kat sini ya...

Friday, April 29, 2016

Bukit Kayu Hitam

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan2 semua... pagi2 dah ngadap menda ni... tapi yang penting dah selesai tugas dan baca surah al-Khafi pada pagi jumaat... so tak la rasa bersalah kalau nak melekat kat komputer ni kan... sendiri beri alasan dan sendiri jugak beri judgement...khalassss... kerja rumah mana nak abes kan, so pepandai nak cari masa sendiri gitu ler. ni sebenarnya cerita hari sabtu lepas... kami tiga beranak g jenjalan ke bukit kayu hitam, 1st time g sini... serupa jakun jer kan.


 sebelum sampai kat Immigresen kena melalui pemeriksaan ni dulu... AKSEM, apa mendanya entah, 1st time jugak dengar singkatan ni... kampung sungguh kak rose ni kan... pas tu barulah tanya cik google....rupa2nya.. pemeriksaan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia.... barulah ku tahu... tapi kan, apakah disetiap negeri ataupun check point ni ada berlainan agensi yang membuat pemeriksaan? entahlah...

 pas tu barulah melalui pemeeriksaan kat Immigresen ni.... since kami cuma nak g ke duty free complex tu so tak yah nak chop passport bagai... tapi tunjuk jugak la pasport kat pegawai immigresen dalam booth tu...smooth jugak kat laluan masuk tu.. mungkin masa tu tak banyak kereta sangat kot..

 ni lah tempat yang nak dituju.... The Zone, Duty Free Complex tu... barang yang duty free pun tak banyak mana... yg banyak perfume, liquor n tobacco. corelle n corningware pun tak banyak... lama jugak pusing2 kat dalam tu... tapi tak beli pun... berkenan jugak dengan menda ni... tapi macam tak berbaloi bila tengok harga dekat 100/- so forget about it lah. en asben yang borong cekelat nak bagi wife dia ternak lemak banyak2 lagi!


dah puas cuci mata, meh la balik pulak.... dari komplex duty free tu hingga ke Immigresen tu dekat sangat tapi amik masa sampai sejam baru sampai.... jem gila la kat situ... macam tak teratur gitu... dam kami yang cuma g ke duty free complex tu cuma tunjukkan kad pengenalan dan terus diberi laluan kat Immigresen... tapi sangat lah slown prosesnya!... rasanya ni lah 1st n last datang sini... cukuplah sekali ni jer.

 
 berbaris ke Immigresen... serasa macam parking kat tengah jalan jer... tak gerak2!

dan ni yang tuan tanah dapat bli.... kasut menggantikan yang hilang, cicir entah dimana masa jaga mak kat sepital hari tu, nasih baik ade seliper... corningware ni pun ade kisahnya... hihi

Thursday, April 28, 2016

Lemon chicken

 lemon chicken yang dah lama kak rose buatnya... nak jugak diabadikan kat dapor maya kak rose ni untuk rujukan lain kali kalau nak buat lagi kan.... mudahkan bila semuanya dah dikumpulkan dalam blog sendiri... anyway terima kasih pada mamadee's kitchen yang kongsikan resepi ni ya... sedap buat meratah ayam ni...

 
Bahan-bahan ayam
 
2 keping dada ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk bawang putih
secubit garam.
1 biji telur.
Cara-cara masak ayam
 
1. Potong kecil-kecil isi ayam tadi
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan garam dalam mangkuk.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk yang lain dan kacau dengan garfu.
4. Celupkan ayam dalam telur kemudian salutkan dengan adunan tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak panas sehingga masak.

Bahan-bahan sos
 
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
2 cawan air
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung.
2 slice of lemon - yg ni kak rose tambah
Cara-cara menyediakan sos.
 
1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung dalam periuk
2. Masak sehingga mendidih dan masukkan lemon slice td.
3. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Masak sehigga sos menjadi pekat.
5. Kemudian curahkan sos ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi. Sedia untuk dimakan

Wednesday, April 27, 2016

WW: Jom membaca...

kisah pesakit cancer menemukan kak rose kepada blog kedua2 penulis ini....

Tuesday, April 26, 2016

Petua menghilangkan peta pd tilam

 Jom kita buat sendiri cam ner nak cuci tilam dan bantal yang berpeta2 tu... petua yang sangat berguna yang dikongsikan kawan di fb dan nak jugak kak rose share kat sini untuk kita sama2 mencuba untuk tilam dan bantal yang berpeta dunia dan wangi tu... hihi... terima kasih pada yang sudi kongsikan petua ni ya.. harap2 betul2 magic la kan. tapi yang ni guna pure baking soda, kalau kita guna baking soda macam Nona brand tu boleh ker? tak salah mencuba kan.

 bahan yang diperlukan..

  • Botol spray
  • 1 cawan Hydrogen Peroxide
  • 3 sudu besar baking soda
  • 1 ke 2 pump cecair pencuci pinggan
  • 5 titis pewangi / essential oil (tak wajib)
Hydrogen Peroxide ni boleh beli kat farmasi. 
Watson atau Guardian pun ada jual. 
Bahagian antiseptik. Tanya je salesgirl kat situ.
 
Masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian masukkan hydrogen peroxide. Selepas itu masukkan cecair pencuci dan titisan pewangi. Putarkan (jangan goncang) supaya kesemua bahan sebati.
 
Spraykan ke tempat di mana peta-peta muncul di tilam. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.

 Kalau ada peta yang degil, boleh spray kan sekali lagi. Biarkan kering sedikit. Vacuum untuk hilangkan sisa baking soda atas tilam, sekiranya ada. Jemur terkena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.


macam magic jer kan.... boleh lah mencuba nanti pada bantal yang banyak berpeta tu...

Monday, April 25, 2016

Lunch semalam...

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... semuga semua dalam lindungan Allah sentiasa... dan dalam cuaca yang berbahang kepanasan ni jangan lupa untuk minum air kosong banyak2... jangan pulak minum air yang bergas atau yang manis manis tau... nanti tak pasal pasal cik diabetes akan hinggap pulak kan...  dalam bahang panas semalam kak rose merajinkan diri buat chicken chop bodo2 untuk lunch... sebenarnya semalam fb tunjuk memory setahun lepas, chicken chop yang kak rose buat... bila dah tengok tu, teringin la pulak... kebetulan bahan2 yang seadanya pun ada stok.... ok la buat jer....

 chicken chop bodo2 bersama gandingan sempoinya.... coleslaw dan fries... black pepper sauce tu pun buat from stratch, tapi kureeeng pulak kalernya... tak de kicap pekat, kak rose buh kicap masin jer. kita yang buat dia kan, so pepandai lah mengolah menderhakakan resepi...hihihi... maaf lah tuan punya resepi ya..

 resepi asal yang guna kicap pekat dari kak fida, kak rose buat satu adunan ni memang berlebih banyak untuk 3 keping chicken chop ni, walaupun dah makan dengan mewahnya sosnya tu...

Bahan-bahan

  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan

Sunday, April 24, 2016

Chocolate chips muffin

 bila dah suka, memang buat berkali2... dan yang penting ada yang nak makan kan... bila anak beranak ada kat rumah, memang ada saja yang kena sediakan buat kudap2an... macam muffin yang kak rose buat ni boleh dinikmati bila2 masa saja... pagi petang siang malam pun boleh... tapi selalunya kak rose buat untuk minum petang lah... sebiji sorang pun dah kenyang sbb kak rose guna muffin cups yang beso2 tu... senang dan memudahkan kerja kan.

resepi yang berulang2 kak rose buat.... mekasih pada yang kongsikan resepinya ya..

COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

Saturday, April 23, 2016

Kisah tetinggal bas....

 kisah kak rose sebulan yang lepas..... sedih sangat2 dibuatnya! nak jugak tepek kat sini, buat pengajaran untuk diri sendiri. petang 22hb tu dapat wasap dari adik yang kata emak tak sihat dan abang dah bawak mak jumpa doctor kat klinik... tapi doctor kata asthma mak dah teruk so kena terus g sepital.... bila dengar sepital jer memang kelam kabut lah kak rose yang jauh ni... terus called en asben soh booking kan tiket nak balik the earliest next morning's flight.... so amik lah terus ke JB @ 6.45 pagi...

tapi bila dah kelam kabut tu entah camner lah boleh terlewat sampai ke epot pagi tu... late by 10 minute, tapi merayu pun dah tak dilayan... siap tunjuk gamba mak pakai neb kat katil sepital pun x dilayan... memula tu dia ada tanya ada baggage x, so kak rose kata x de, dia called sapa tah, and then soh tanya kapten pulak... end up tak boleh masuk jugak. u r late, gate closed, kata the staff who man the counter tu... dia suggest amik next flight at 6.30pm ke hapa entah... kita nak cepat dia soh tunggu sampai petang pulak. gila ke hapa kan? apa lagi, meraung pun tak de guna dah.

binggung sekejap.... tap pernah jadi cam ni kan... called adik sambil nangis2 sbb dah miss the morning flight tu... nasib baik ada en asben kasi tenang... soh duk kejap n fikir what's next... x daya nak pikir dah.

bila dah tenang barulah terfikir nak amik next earliest flight... yg terdekat dan termampu lah pastinya... so g ke Malindo counter. nasib baik hari tu ada flight ke Melaka at 10.10am... flight ke melaka ni alternate day dari penang... so tanpa fikir panjang terus beli tiket dan tunggu... walaupun terpaksa tunggu selama 4 jam, tapi tak berani dah nak balik rumah, takut nanti miss lagi... huhuhu. 4 jam menunggu, rasanya macam bertahun pulak... dan masa nak berlepas, terberenti pulak kat runaway selama lebih kurang 20 minit sbb tak dapat clearence dari tudm butterworth ke apa agaknya... lagi lah x sabar rasanya nak cepat sampai. lewat jugaklah sudahnya sampai ke epot Batu Berendam tu... dan adik yang jemput pun bawak keta macam terbang terus ke hospital di Kluang....

dua minggu kak rose jagak mak kat sepital, Alhamdullilah emak dah sihat semula dan kak rose pun dah balik semula ke Penang. nasib baik ada balai pelawat untuk kami yang rumah jauh dari sepital untuk jaga keluarga yang sakit... kat situ lah kami berehat dan lepak2 bergilir jaga mak kat sepital...waalupun mak duduk 1st class dengan bilik yang luas cuma untuk sebuah katil, tapi nak tido baring kat situ macam tak sesuai la pulak kan... so balai pengawal lebih memudahkan, walaupun panas tak de ekon, tapi cukuplah untuk kami bertunggu jaga mak... cumanya bilik ni jauh diground floor, wad mak pulak kat tingkat 10....so berulang lah turun naik lift. dan yang bestnya kat tingkat 10 ni tak de guard nak halang kita keluat masuk pun.

memang jadi pengajaran untuk lain masa, jangan sampai tertinggal bas lagi! rugi masa dan poket jugak! silap sendiri jugak, masa beli tiket tu tak terus check-in. tapi benda dah jadi kan, jadikan pengajaran dan peringatan je la....

Friday, April 22, 2016

Sambal tumis petai ikan bilis

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari buat kawan kawan semua.... pagi ni kak rose nak tepek sambal tumis ikan bilis petai yang cuma tinggal gambar jer ni... sambal ni kak rose buat masa sebelum kisah mengejut balik kampung hari tu.... daripada terperap jer ade baiknya kak rose buat entry hari ni kan... suka suki buat entry tertangguh cam ni.... tak kisah la kan asalkan gambar dan masak sendiri jer walaupun resepi amik dari sifu masak2 yang lain..

resepinya dari kkida, mekasih ya... tukang masak tak tau apa rasa sebab memang tak suka makan petai ni... tapi kalau tanya tukang makan, dia kata sedap jer. kira ok la tu kan...

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing (kak rose tak goreng pun as per en asben request)
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua. (kak rose amik biji je)
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.

Thursday, April 21, 2016

Semuanya nak mudah...

 sejak balik dari kampung dan lama bercuti dari masak2 ni memang malas sungguh nak duduk di dapo lama2... dah beberapa hari asik tapau jer atau makan luar... apa lagi bila en asben outstation, maka dua beranak ni rajin lah g fast food... mc d, subway apa saja asalkan kenyang.. dan bila malam balik rumah, nak jugak yang mudah disediakan jugak... memang stok fast food selalu ada dan kali ni tiga jenis tempura sekali goreng... tapi amik sket2 saja tiap satu sbb cuma kami berdua jer... siap sudah dinner kami..
tempura 3 rasa dari tiga company....farmbest, marina dan nutriplus.. tp yg jadi pilihan tetap marina tempura, apa perasa pun memang suka yang marina...


lunch kat subway, untung jugak sbb ada promosi, 50% for 2nd sub...taruk semua salad except pickle, kenyang sampai petang... hari sebelum tu makan kat mek d je. senang keja mama kalau cam ni... mmg tidak la nak masak lepas seharian g service kereta n tuka tayar jugak.... robek poket!

homemade subway pun nak enterframe jugak... hihihi... actually cuma roti n beef burger, salad and mayo n cili sos....



Wednesday, April 20, 2016

Setelah paksa diri....


Asalamualaikum dan salam rabu yang panassss... tapi Alhamdullilah pagi ni matahari lambat pulak nak menyinarnya... walaupun tak terik panasnya tapi sangatlah berbahang dalam rumah dan masa memaksa diri berbrisk walk pagi tadi memang berpoloh poloh dibuatnya... maklumlah dah sebulan tak berpeluh cam ni... apa lagi masa jaga mak disepital, dua minggu siang malam dalam ekon... peluh pun malu nak kuor agaknya... dan kalau nak ikutkan hati memang tersangatlah malas nak memulakan brisk walk tu pagi ni.... tapi tak leh jadi, tu yang paksa diri untuk jalan jugak... dan akhirnya... kalau kira steps sehingga petang maunya boleh sampai kekampung agaknya kan?

dan yang ni steps semalam.... lepas anta en asben ke epot, kami dua beranak pergi terapi diri bersopping dan makan2 di Queensbay Mall  sampai naik lenguh kaki... x yah berbrisk walk pun dah jalan beribu steps kan...kiranya ber shopping untuk motivasikan diri pagi ni lah.

WW: Jom mengkaler



terbuatkah nanti?

Tuesday, April 19, 2016

Vit R, dimana dikau????

Asalamualaikum dan salam pagi selasa... semuga kita semua dalam lindungan dan rahmatNya sentiasa.... dah lama bercuti dari rutin biasa berbrisk walk dan juga mengadap rumah maya ni.... jadi semuanya perlukan masa untuk nak merajinkan diri balik. dan entah bila la agaknya vit r tu nak datang ya? semuga diberikan kekuatan untuk memulakannya.... dan sebelum tu isi minyak dulu dengan oat dan nescafe o tanpa gula ni... juga bp reading ari ni, what say u misi2 diluar sana?



Monday, April 18, 2016

Service dan gelang baru...

 hari yang membocorkan poket untuk kereta ni.... memula g service untuk 80k km, major service katanya... memang berjalan sungguh budak ni... 3 tahun lebih dia guna, dah jalan sejauh 80k km, kereta ayah yang 3 tahun lebih tua pun baru 70k km perjalanannya..so banyak lah yang kena tengokkan... parts n service pun suma kena tengok.... so end up sampai kena about 600/- dan tambah gst lg... kena bayar jugak la kan...

pas buat major service tu, g tukar tayar pulak... bertambah berlubang lah poket mama dan ayahnya. ok la kali ni mama bayar, nanti bila dah keja dan ade duit sendiri, jadilah tanggung jawap sendiri untuk maintain keta tu... boleh mama dan ayah lepas tangan pulak....

Sunday, April 17, 2016

Sweet potato fritters

 Asalamualaikum dan selamat bertemu kembali.... fuhhhh fuhhhh.... buang habuk dan sawang yang banyak bertepek kat merata tempat dulu.... maklumlah, tinggalkan rumah selama tiga minggu dan rumah maya pun tak terjenguk jugak... dua minggu berkampung kat sepital sbb jaga mak yang admitted dan pas tu seminggu pulak duk kat rumah abang, juga temankan mak sehingga pulih sepenuhnya baru lah boleh balik semula kesarang.... dan bila dah balik tu tersangatlah malas nak menghadap menda ni... tapi sayang kalau nak biarkan gitu jer kan.... so gigihkan diri membuang sawang dulu...

 sweet potato fritters ni kak rose buat semasa belum balik kampung hari tu... so tinggal gambar jer la kan. suka dengan kaler keledek ni, sangat lah pepelnya dan bila dah goreng sangatlah rangup krup krap gitu.... resepinya... cuma tukarkan kentang dan guna keledek jer.

BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus (kak rose guna keledek pepel n sebiji kentang)
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
sedikit garam dan ciliflakes

 CARA NYA
 
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan

tu dia.... sebakul potato fritters yang rangup.... makan sambik ngadap tab, tak sedar habis tiga beranak ni meratah... tak perlu pencicah pun ok dah... manis ori dari keledek tu jer.

Tuesday, April 5, 2016

Masih di sini...


Masih disini,  kawasan parking dan pintu masuk utama Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang. Gambar taken from 10th floor HEBHK. Alhamdullilah, emak dah sihat dan esok akan meninggalkan wad bunga raya. Terima kasih pada semua yang telah memberikan perkhidmatan terbaik buat emak.Terima kasih Allah, dengan rahmat dan kasih sayangnya telah memberikan kesembuhan buat emak tersayang.

dua minggu mak dapatkan rawatan kat sini....


Monday, April 4, 2016

Salam dari Kluang.


Salam dari Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang..... dah hampir duà minggu kat sini menjaga mak yang admitted kerana asthma....semuga diberikan kesembuhan buat bunda tercinta.

Friday, April 1, 2016

Pengat keledek pepel+oren

 Asalamualaikum dan salam April... semuga bulan baru yang menjelang akan membawa seribu rahmat kepada kita dan semuga ceria selalu seceria pengat yang kak rose buat ni... dapat beli keledek yang sangat pepel isinya, selalu tu asik dapat yang isinya pudar pucat kalau dah masak kan... tapi kali ni memang sangat pepel kalernya... dan nampak sangat outstanding bila digandingkan dengan keledek oren ni... keduanya kak rose rebus berasingan, begitu jugak dengan biji sagu tu, baru masuk dalam santan yang dah masak dengan gula dan biji sagu mata ikan... cepatlah masaknya...

tapi bila dah lama sket kuah pengat ni dah jadi pepel pulak... walaupun masa rebus tadi tu memang air rebusan tu dah pepel sangat, ingatkan bila buat pengat tu dah abes la kalernya... ternyata meleset tekaan ku... dan kuah pangat keledek kak rose menjadi pepel yang seakan kaler pink gitu... apa pun sedap jer menghirup kuah dengan biji sagu yang lembut tu... boleh bertambah2 pulak tu.. hishhhhh!!!