Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 26, 2016

Petua menghilangkan peta pd tilam

 Jom kita buat sendiri cam ner nak cuci tilam dan bantal yang berpeta2 tu... petua yang sangat berguna yang dikongsikan kawan di fb dan nak jugak kak rose share kat sini untuk kita sama2 mencuba untuk tilam dan bantal yang berpeta dunia dan wangi tu... hihi... terima kasih pada yang sudi kongsikan petua ni ya.. harap2 betul2 magic la kan. tapi yang ni guna pure baking soda, kalau kita guna baking soda macam Nona brand tu boleh ker? tak salah mencuba kan.

 bahan yang diperlukan..

  • Botol spray
  • 1 cawan Hydrogen Peroxide
  • 3 sudu besar baking soda
  • 1 ke 2 pump cecair pencuci pinggan
  • 5 titis pewangi / essential oil (tak wajib)
Hydrogen Peroxide ni boleh beli kat farmasi. 
Watson atau Guardian pun ada jual. 
Bahagian antiseptik. Tanya je salesgirl kat situ.
 
Masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian masukkan hydrogen peroxide. Selepas itu masukkan cecair pencuci dan titisan pewangi. Putarkan (jangan goncang) supaya kesemua bahan sebati.
 
Spraykan ke tempat di mana peta-peta muncul di tilam. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.

 Kalau ada peta yang degil, boleh spray kan sekali lagi. Biarkan kering sedikit. Vacuum untuk hilangkan sisa baking soda atas tilam, sekiranya ada. Jemur terkena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.


macam magic jer kan.... boleh lah mencuba nanti pada bantal yang banyak berpeta tu...

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Blh try ni Kak Rose.tambah bantal2 anak kecik kita..lg byk peta..hihihi

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259