Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 29, 2018

Setelah lama berrehat..

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari..

 hari ni bermula lagi aktiviti mingguan jumaat kami kat sini... bacaan surah Al-Kahfi pada pagi jumaat setelah berehat sempena bulan puasa dan raya. seronok sangat dapat berkumpul ramai2 macam ni, apa lagi bila dah lama tak berjumpa... masa puasa ade jer jumpa, tapi masa terawih mana ada masa nak pot pet kan... dan acara bergambar selepas bacaan dan makan2 ni memang havoc...

 walaupun tak semua berkesemapatan bergambar sbb dah balik awal, ni lah kami.. happy n havoc!

 sebelum majlis bermula.. gebang gebang sambil tunggu jemaah yang lain..

Alhamdulillah, selesai sudah membaca surah Al-Kahfi bersama sama.

  terima kasih kak Hajah Kalsom for the venue dan mee rebus yang sedap... dan macam2 kuih pot luck yang dibawa oleh jemaah lain... ade kacang rebus??

 kusyuk menikmati jamuan... tak toleh kiri kanan dah..


 makan makan sambil pot pet..... banyak cerita nak dikongsikan agaknya...

ha... ni dia kacang rebus yang kak rose bawak... jemu makan kuih raya, kacang rebus pun laku laju!

Thursday, June 28, 2018

Dadar lauk samarinda

 buat kuih mudah ni untuk minum petang kami berdua... kenapa nama inti dia jadi lauk samarinda tu akk rose kurang pasti lah... ianya adalah inti sadin... sementelah ada lebihan sambal sadin yang kak rose frozenkan, so mudahlah lagi nak buat kuih dadar ni... just reheat sadin tu hingga kering kuahnya dan lenyek halus, boleh dah buat inti kuih ni... jimat masa, tenaga dan $$ jugak kan... tak de pembaziran pasal sadin tu...๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ tapi kalau nak buat yang betul2 ikut resepi, meh tengok resepi kuih dadar ni... terima kasih pada tuan punya resepi asal yang kongsikan idea masak masak ni...

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan ( tin kecil)
100 ml air
4 biji cili merah hiris
2 biji bawang besar
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak dan sedikit kering.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang. 

Wednesday, June 27, 2018

tolo itik... hmmm

jom masak lomak cili api... sodapp eee!

Tuesday, June 26, 2018

Creamy chicken soup.

 baguette dan chicken ceramy soup for dinner... tukang masak yang memang tak rajin nak sediakan nasi dan lauk pauk untuk dinner, tapi yang beruntungnya sebab tukang makan tak cerewet pasal menu untuk dinner.. apa yang ade dimeja itu lah hidangan  untuk dinner tu. creamy chicken soup tu memang ngam sangat digandingkan dengan baguette yang dibakar rangup dengan garlic butter spread yang kak rose buat sendiri... kira semua home made lah... yang penting tukang makan tak de complaint!

 resepi untuk creamy soup... terima kasih tuan punya resepi asal ya. kak rose kongsikan kat sini lagi walaupun dah berkali2 buat dan tepek kat dapo maya ni...

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
 Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

Monday, June 25, 2018

Raya: bila kawan nak datang...

 Asalamualaikum san salam pagi isnin... dah 10 hari berhari raya, dan hari sabtu dan ahad adalah hari makan makan raya di rumah sendiri setelah berhari raya dikampung halaman... dan perjalnan dari satu tempat ke destinasi yang lain adalah sangat hazabnya... jem merata tempat. memang banyak masa terbuang diperjalanan untuk memenuhi undangan open house dan juga jemputan kenduri, walaupun lewat, mampu jugak sampai kedestinasinya... dan bila ada kawan nak datang berkunjung, sebolehnya sediakan jugak menu yang sangat dinantikan ni... siap pesan nak laksa johor, katanya... so kak rose siapkan mana yang termampu jer, dan derang pun memang terlewat sampainya.... jenuh menunggu. lepas makan kami sama2 gerak kerumah kawan yang lain pulak..

 laksa johor seadanya... Alhamdulillah dapat jamu kawan yang sangat nak makan laksa johor dari air tangan kak rose...sedap ke idok tu lain kira lah ya... hihi.  siap tapau dan bawak berhari raya kat rumah kawan yang sama buat open housenya pada hari yang sama...

 bersama-sama dayang pengiring... timun, togeh, limau kasturi, kacang panjang, bawang, sambail cili dan daun kesum yang tak dapat enter frame.
 only tiga jenis cookies yang kak rose buat, tart nenas kerang, famous amos cookies dan mocha crunchy... walaupun sikit jer, tapi memang tak termakan masa raya cam ni... kacang kuda rebus tu pulak yang sangat laku... siap mintak tapau pulak tu!

bekas sudu garfu yang antik ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ memang tak kuasa nak mencari barang yang masih banyak dalam kotak sejak berpindah tahun lepas tu... ada jugak gunanya mug free dari nescafe tu kan...lol!

Saturday, June 23, 2018

Jeruk mangga asam boi

 mangga fresh yang didatangkan dari jauh... terima kasih mil bagi tiga mangga yang besar ni. since yang ni tak berapa nak masak lagi, so kak rose decide nak buat jeruk dengan asam boi ni.. sebiji beso boleh dapat satu balang penuh ni... jom check-out resepinya...


Bahan-bahan
1) sebiji mangga
2) 7 biji asam boi atau lebih
3) Sedikit garam
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 1 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )

Cara-cara
1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan

dari sebiji mangga, penuh pinggan ni....

Friday, June 22, 2018

Marble kek lembab

Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari...

 seminggu dah berhari raya, kawan2 dan kembali bertugas ker? tukang dapo maya ni tak pernahnya cuti sbb dapo tak pernah tutup kan... tapi memang berkurang sangatlah masa nak duduk didapo tu... sbb bila hari biasa macam ni memang kak rose jarang sekali memasak. en asben dan anak lunch kat ofis dan malam pulak makan yang ringan2 jer... memang senang lah kerja tukang masak lepas bulan puasa ni.. dan buat tiga biji kek marble ni untuk bawak balik kampung, untuk rumah mil dan jugak untuk tukang makan kat rumah ni...

 masih guna resepi yang sama pernah tepek kat dapo maya ni... memang sedap dan sangat lembab moist, apa lagi kalau selepas semalaman... lembut sangat. kak rose kongsikan resepinya kat sini sekali lagi. mekasih pada tuan punya resepi asal ya..

Bahan-bahan: 
Bahan-bahan:
  250 gm buttter - kak rose guna Buttercup
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
220 gm gula kaster
4 biji telor gred A
1 tbs ovelette
1 tbs esen vanilla
2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb
1 tbs choc emulco
1 sudu besar serbuk koko saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas  

 
Cara-cara:
 
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian. sebahagian biarkan dengan warna asal, dan untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

Wednesday, June 20, 2018

Huawei pulak...

Asalamualaikum dan kembali menjenguk dapo maya kak rose yang terbiar dek sibuk beraya nih!

 Alhamdulillah dah selamat menziarahi saudara mara didua belah pihak... kalau dulu kak rose memang dudk kat rumah teman emak tunggu sedara mara datang, kali ini kita pulak yang kena g ziarah sedara mara yang lebih tua bagi pihak arwah... dan raya kedua dah balik shah alam, tukar beg baju dan terus ke rumah MIL pulak.... 12 hours perjalanan pergi dan 12 hours jugak perjalanan balik, tapi happy sbb dapat penuhi raya dengan ziarah mereka yang jauh.. dan bawa phone ini untuk anak buah yang masih belajar...

 beli sebelum hari raya dan cuma dapat bawak balik masa raya je lah... harap adik yee suka dengan pemberian ni dan dapat guna dengan sebaiknya ya.

 ada free gift bluetooth speaker ni pulak...

dan sampul duit raya dengan pembelian phone ni... cumanya tak de isi jer...๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Saturday, June 16, 2018

Tengok2, terbeli pulak???

 S H R A... selamat hari raya aidilfitri...

 ni shopping sebelum raya hari itu... sebenarnya nak pergi tukar baju raya yang tersalah saiz belinya... maklumlah masa beli tu, tuan badan tak de ikut sama... so acah2 ok la, tapi bila balik tuan badan macam tak berapa agree dengan pilihan tukang beli tu.. so konon nak pergi tukar saiz baju tu jer.. tapi bila dah sampai situ, macam2 lak yang terpandang dek mata tukang bayo ni... memula tu nak tengok2 jer katanya... eh! terbeli pulak???

 perfume pun nak baru masa raya katanya...nak tukar2, tak nak stick pada bau yang sama jer. so tiap kali nak beli perfume ni kna test banyak2 sampai confuse dibuatnya. at last ni pilihan tukang bayo tu kali ini.  tapi kak rose tak beli pun sbb yang ni pun masih ade lagi. lagi. so guna jer la sampai habis dulu kan...

dah beli2 tu ade pulak boleh dapat voucher dengan pembelian tu... so... hati manyak suka bila dapat lapanplohhengget voucher ni... boleh dapat selai t shirt untuk pakai dihari raya nanti!

Friday, June 15, 2018

Bahagia itu....

 

Asalamualaikum dan selamat pagi raya dijumaat yang barokah...
kak rose nak kongsikan coretan ini buat peringatan,
terutamanya untuk diri sendiri yang selalu lupa dan lalai.
benarlah, bahagia itu ada dalam diri
setiap pencari...
bilamana kita mampu menerima hakikat yang kita memang tidak pernah sempurna...
terima kasih pada Bahagian Dakwah Jakim yang kongsikan peringatan ini


Ketika aku ingin hidup kaya..
Aku lupa bahawa hidup adalah kekayaan.

Ketika aku takut memberi..
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah pemberian.

Ketika aku ingin jadi yang terkuat..
Aku lupa bahawa dalam kelemahan,
Allah memberi aku kekuatan.

Ketika aku takut rugi..
Aku lupa bahawa hidupkau adalah sebuah keberuntungan.

Hidup ini sangatlah indah jika mensyukuri apa yang sudah ada.

Adakalanya yang terindah bukanlah yang terbaik..
Yang sempurna tidak menjanjikan kebehagiaan.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu menerima semua kekurangan dan kelebihan...

Itulah kebahagiaan. ♥

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, JAKIM)

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin


Thursday, June 14, 2018

Iftar#28 dan terawih terakhir Ramadhan 1439H

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 29
telah sampai kita ke penghujung ramadhan kali ini
semuga ibadah dan semua kebaikkan kita diterima oleh Nya
dan semuga dipertemukan semula pada ramadhan yang akan datang. Aamiin

 menu berbuka petang semalam, beli jer satay kajang kat bangunan pkns tu..  dan buah yang masih berbaki... betik dan tembikai, habis jugak akhirnya. seharian kak rose masak rendang dan frozenkan untuk nak bawak balik petang nanti... maklumlah rumah peninggalan arwah memang dah tak de sapa, jadi kami adik beradik berbagi bagi lah apa yang perlu dibawa nanti... ya lah memasing balik pun dah malam raya, pasti tak sempat nak sediakan semuanya... harap perjalanan balik nanti tak lah jem, dipermudahkan dan boleh lah cepat sampai dengan selamatnya... Insya Allah.

 satay kajang untuk kami berbuka... makan buah dan minum air, jadi lima cucuk jer pun dah kenyang dengan satay ni... selebihnya makan lepas balik dari mesjid... dan pagi ni bila naik atas weighing scale... 1.5kg jer kurangnya... boleh tak salahkan makan selepas pukul 10 tu??? kalau gitu nak timbang masa petang sebelum berbuka lah... happy jer tengok display digital number tu... aci tak cam tu??

 balik tu sambung jugak makan nasik impit dan rendang yang tadi seharian memasaknya... lepas tu kemaskan dan zassss masuk dalam freezer untuk frozenkan... nanti sampai kat kg tinggal defrost n reheat... adik akan buat soto dan sorang lagi bawak rendang udang special yang dierbangkan dari sabah... jauh perjalanan rendang udang, siap dengan delayed flight lagi untuk kami nikmati dipagi raya nanti...

kali terakhir untuk solat terawih pada ramadhan 1439H malam tadi... Alhamdulillah dapat mengerjakannya sehingga malam terakhir kecuali yang tiga hari kak rose sakit belakang tu... dan tuan pengerusi mesjid pun ucap tahniah dan syukur pada Allah, mesjid tetap penuh sehingga hari terakhir terawih. semuga ibadah malam2 kita dan segala apa yang kita lakukan dibulan mulia ini akan diteriam oleh Nya dan semuga kita dipertemukan semula pada ramadhan yang akan datang. Aamiin

Wednesday, June 13, 2018

Iftar#27 mood raya is on!

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 28
kawan2 dah siap ker persediaan raya?

 semakin ramadhan mengundurkan diri, dan semakin syawal akan menjelmakan diri... memang lah mood raya is on... tapi raya kali ini akan sangat berbeza buat kak rose adik beradik. macam mana lah agaknya beraya tanpa mereka...salam pagi raya tanpa mereka...rutin raya berpuluh tahun akan sangat berbeza kali ini.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ  harap tabah lah wahai hati, walaupun cuma nak coretkan entry ini pun mata dah masuk habuk... semuga kak rose dapat laluinya dengan tabah bersama suami, anak dan adik beradik yang lain. kami akan balik jugak beraya dikampung, dirumah peninggalan arwah mak bapa yang kini tinggal kosong, kering dan sunyi tanpa penghuni... tapi rumah ini lah yang akan kami sentiasa rindu untuk kunjungi. Al-Fatihah untuk arwah mak dan bapa.. semuga tenang disana bersama doa kami yang sentiasa mengiringi...

 semakin ke penghujung ramadhan, semakin buntu rasanya nak sediakan menu berbuka... buah pun apa yang ada dalam stok jer... nak kena perabeskan... so ni jer yang ada... betik yang sangat manissss dan tembikai yang dah tiga hari hidang pun tak habis lagi... beso bebeno belinya... tapi dengan buah apa pun kak rose tak pernah jemu!

 
 menu berbuka paling sempoi.. just gorengkan potato wedges dan jugak tempura. cukuplah untuk kami berdua berbuka hingga nnti lepas terawih baru makan nasik..

 sayur lemak putih petola dan soon... berlumba2 menternak lemak dipulan puasa ni.. dan bila digandingkan dengan nasi panas2 dan ikan gelama masin, pukul 10 malam pun laju jer menyuapnya.

 ayam fillet goreng dengan kacang buncis...simple dan sedap buat kami berdua lah.


Tuesday, June 12, 2018

Iftar#26 roti jala

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 27
ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya...
dan syawal bakal menjelma...

 menu berbuka kak rose petang semalam... merajinkan dir bersauna didapo untuk menjala.. ni pun dari permintaan tukang makan yang nak kan berbuka dengan roti jala ni... mudah nk sediakan kalau tukang makan dah bagi menu. so tukang masak dengan happynya sediakan roti jala yang kekal lembut walau pun dah sejuk... gandingkan dengan kari ayam pulak, memang ngam sangat lah..

 kari ayam ni kira twoinone lah... untuk cicah dengan roti jala dan jugak untuk lauk makan nasik. senang kerja tukang masak, dan yang lagi bestnya boleh sediakan awal2... tak lah kelam kabut semua nak sediakan waktu petang tu..

udang goreng celup tepung paling mudah nak sediakan, sebab tu asik buat yang ni jer... lagi pun tak de complaint dari tukang makan... kalau buat gulai or menu lain asik ade jer berbaki. yang goreng cam ni memang habis sekali ngadap jer... ratah gitu jer pun boleh..

 bila mintak en asben belikan togeh, sebeban dia beli... so berulang lah sayur togeh... hihi

 for the dessert, buah tembikai dan mangga gaul dengan asam cicah pakchu916. sedap nyaaaa... tapi masaalah makan buah tembikai ni kena kerap bangun g toilet... tapi tetap makan jugak, masa potong sediakan tu rasa menjejeh ailio. ishhhh!!! tergoda sungguh, sabar je lah!

Monday, June 11, 2018

Iftar#25 menu ulang ulang..

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 26
semuga kita dipertemukan dengan malam yang Allah berikan ganjaran seribu bulan, Aamiin

 semakin penghujung ramadhan, semakin buntu tukang masak nak sediakan juadah berbuka... makanya jadilah menu ulang2 dengan bahan stok yang ada dalam fridge.... semalam seharian siapkan shopping raya, buakan lah shopping sangat pun tapi amik masa untuk cuci mata tengok orang lain shopping... hihi... so untuk berbuka siapkan menu yang mudah2 dan cepat dimasak jer la kan...  sayur dan lauk sekali dalam udang tu... cukuplah untuk kami berdua, sbb sianak berbuka dengan kawan2 dia...

 ikan tenggiri masak lemak ciliapi leftover, cukuplah sekeping ni untuk kami berdua... lawankan pulak dengan ikan gelama masin goreng, memang ngam sangat.

 leftover inti untuk buat murtabak yang difrozenkan, masa2 macam ni lah ianya sangat membantu.. so ulang2 lah menu berbuka kami dengan murtabak daging kulit popia dengan bawang cuka ni. sekeping pun dah kenyang bila banyak makan buah dan minum air dulu..

tembikai yang manis dan juicy... tapi malam kena banyak kali bangun ke toilet lah... huhu