Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 30, 2018

Bila ade kerajinan


 ya. bila ade kerajinan, walaupun seminggu sekali jer memasak nasi... tapi still ade lah jugak kerajinan tu kan.... sebabnya M tu terlampau banyak sangat bertakhta didalam diri, tak dapat lah nak nolongnya. yang sebenarnya kerajinan nak masak tu bila ade permintaan jer... maklumlah malam2 tukang makan tak mo makan nasi sbb dah lunch kat office, jd malam nak kan yang ringan2 jer... cekodok jer pun jadi... senang lah tukang masak kan.... tapi sesekali bila ade kerajinan maka jadilah sayur udang goreng sambal bersama kacang panjang ni... sedap bak hang!

dan jugak kari ayam yang pekat kaw kaw ni... boleh bertambah nasik dibuatnya... sekali sekala ok la kan... lepas tu kenalah rajin2 g berbrisk walk tu...

target achived. tapi 10k steps pun tak dapat nak membakar calories sepinggan nasik dengan lauk yang kat atas tu...😭😭

Saturday, September 29, 2018

Tak Rela

mengimabu kenangan...


berulang kali mendengarnya, masih tak jemu...
tak rela oleh Allahyarham Ahmad Jais



Usahlah kau menggoda
 Usahlah kau merayu
 Hatiku tak kan tergoda
Tangisanmu hanya palsu

 Dulu kita bercinta
 Berjanji kan setia
 Tapi aku yang derita
 Kau pergi memburu harta

 Setelah kau tak jaya
 Memikat hatinya
 Kini kau bermohon
 Kembali padaku

 Walaupun kau ku cinta
 Walaupun kau ku puja
 Tapi kerna kau ternoda
 Tak rela kau ku terima



Friday, September 28, 2018

Pagi Jumaat minggu lepas...

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

 Salam Al-Kahfi dari tuan tanah pada pagi jumaat ini. semuga semua dalam lindungan dan rahmat Allah selalu hendaknya. nak jugak kongsikan kat sini kisah jumaat minggu lepas ni. rasanya dah laaaamaaa sangat tak buat bacaan Surah Al-Kahfi kat rumah kak rose ni... jadi nya kak rose pun mintak lah dengan ketua muslimat tapi slot dah penuh booking hingga tiga minggu kedepan. tetapi tetiba yang dah book untuk slot minggu lepas tu tak dapat nak buat, so ketua  muslimat pun offer kat kak rose. Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya walaupun petang tu kak rose ade gader2 di KL dengan kawan2 yang datang dari jauh, dari kuala terengganu, temerloh, port dickson, penang, tanjung malim dan jugak yang masih menetap di KL... terima kasih pada kawan2 mengaji yang tolong kemas basuh pinggan mangkuk tu...

 dengan short notice, kak rose cuma dapat sediakan  lontong dengan sambal tumis jer... sebahagian nasik impit home made yang belum dipotong..

 seperiuk beso kuah lodeh dengan sayur kacang panjang, kobis cina, carrot, sengkuang, tempe, soon, tauhu fucuk, udang dan jugak udang kering.

sekuali sambal tumis dengan udang kering je.

 sejemput lontong yang sempat kak rose makan pagi tu... Alhamdulillah semua habis licin. senang kak rose nak kemas sbb nak tinggalkan rumah hingga ahad baru balik... so memang semua nak kena clearkan lah..

 kawan2 yang datang untuk bacaan Surah Al-Kahfi pagi tu..

 duduk pun kena berlapis2 sbb ruang yang sempit...

 terima kasih pada kak Som yang selalu jadi photographer kami..

 kak belakang tuan tanah tu meja penuh dengan kuih2 potluck yang dibawa oleh kawan2... segala macam kuih ada, pilih jer yang mana berkenan dihati. so tuan tanah kena sediakan plastik untuk tapau kuih2 tu... Alhamdulillah... sama2 abeskan semuanya, so tak lah membazir kan..

sebahagian pinggan mangkuk dan cawan yang kawan2 mengaji tolong basuhkan. nasib baik ada mangkuk pakai buang kan... lebih memudahkan tugas kak rose. tapi mohon maaf banyak2 lah pada kawan2 sbb kena makan lontong dalam mangkuk plastik... lepas habis jer kemas, terus zasss naik komuter ke KL pulak untuk bersama2 kawan yg datang dari jauh tu...


 by 12.30 dah sampai KL Sentral... tunggu kawan yang akan sampai dari port dickson pulak...

Thursday, September 27, 2018

Cucur manis stick yg gemuks gemuks

buat lagi cucur manis stick yang viral sedikit masa dulu tu... buat atas permintaan tukang makan dalam rumah ni, so tukang masak pun ikutkan jer la... nasib baik mintak yang mudah  nak buat dan bahan pun memang ada kat dapo... boleh lah kita layankan walaupun kejadian cucr ni sangat lah gemuks gemuks, tapi sekejap jer dah tinggal piring! jom check resepinya sekali lagi..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1) Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2) Masukkan kedalam tepung gandum
3) Gaul sebati
4) Biarkan sejuk seketika
5) Bentukkan dan goreng dengan api perlahan

Wednesday, September 26, 2018

Suburlah pudinaku...

selepas kes ini...

 Alhamdulillah, setelah dibelai dengan penuh kasih sayang...

suburlah dikau wahai pudina ku dan harap kes lalu tak berulang lagi....

Tuesday, September 25, 2018

Buat lagi... apam perlis

 kuih yang mudah disediakan untuk kami anak beranak minum petang. sementelah inti kelapa manis dan inti kacang merah pun ada lagi, jadi kak rose buat dua2 sekali... amik jer mana satu pilihan hati... yang berbeza cuma warna kulit tu, tapi dua2 pun sedap buat kak rose ni..

yang tinggal cuma gambar jer sbb kak rose buat pun dah beberapa hari lepas... tapi nak jugak tepek kat sini untuk kenangan masa nanti2...kalau kawan2 nak buat boleh tengok resepinya kat sini, kak rose pernah kongsikan dulu...

Monday, September 24, 2018

Masak lemak ciliapi telo itik sama kacang panjang..

 huh... panjangnya nama gulai ni.... sodap ya amat bila lawankan dengan ikan masin gelama goreng..πŸ˜‹πŸ˜‹

boleh bertambah2 nasik ni...

Saturday, September 22, 2018

Buah kampung

Buah kampung dari pasar Tak Bai

 buah dokong yang manisss

 buah keranji diatas karpet je... hihi

 sapa tau ni buah apa? beli jer tapi tak tau nama... rasa mashammm.!

 pertama kali jumpa dan makan buah ni... buah jentik nama diberi

 buah dokong lagi... manis sangat, makan tak leh nak berenti!

laici yang manis n juicy...isi tebal dan sangat puas hati...

seedless grapes... kecik2 n bulat2 buah anggur ni... tersangat lah manisnya. tapi macam banyak sembur ubat jer kat kulit tu kan... so pepandailah nak basuhnya sebelum dingap!

Thursday, September 20, 2018

Sayur lemak seadanya...


 sayur lemak seadanya... apa yang ada dalam fridge itu lah yang masuk dalam menu masak lemak ni... ade carrot, sedikit kacang panjang dan juga kubis panjang... jadilah lebur masuk semua dalam tu. dan yang pasti taruk udang banyak2...

sayur lemak yang sempoi digandingkan dengan ikan gelama masin dan nasik hangat2... boleh bertambah2 nasi dibuatnya... dah lah brisk walk pun dah lama tak buat, tapi tang makan memang tak de kurangnya... adoiiilaaa.

Wednesday, September 19, 2018

King of fruits

 seulas.... sepiring

sebiji rm 30/- untuk 8 ulas yang gumuks gumuks... sangat berbaloi2!

Tuesday, September 18, 2018

Sup tulang daging korban

Asalamualaikum salam selasa yang sejukkkk...

 Alhamdulillah, hujan rahmat dipagi hari... dan tak dapatlah nak berlenggang mak limah dipadang tu... dah hampir dua minggu kak rose tak berbrisk walk, minggu lepas pergi bercuti 2 malaysia dan minggu ni pula baru nak stat dah hujan pulak... jadi adalah alasan nak mengadap pc dipagi2 hari ni... kali ni nak kongsikan sup tulang daging korban yang kak rose lepas dapat daging tu... tapi ni baru nak post kat sini... dah tinggal gambar jer pun nak buat entry kat sini...kalau sapa yang ade stok tulang tu boleh la buat untuk memanaskan badan dihari yang sejuk ni... jom tengok resepinya..

 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya 


  Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 




Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Monday, September 17, 2018

Keladi goreng yang sedap

Asalamualaikum dan salam pagi isnin... dan selamat bercutilagiii..

 sarapan apa pagi ni, kawan2 semua... atau masih bermalas2an untuk nak sediakan sarapan untuk keluarga. dan kalau rajin boleh jugak buat goreng keladi cam kak rose ni... orang kampung macam kak rose memang tak kisah kalau pepagi makan gorengan macam ni. apa lagi kalau ada cicah sambal kicap tu. memang terangkat lah. tapi yang ni kak rose buat untuk minum petang, kalau nak buat untuk sarapan pun tak de masaalah kan...

kak rose suka potong kecik2 dan rebus dulu, tapi jangan sampai empuk sangat, nanti susah pulak nak gorengkan takut lembik dan hancur  je... so agak2 dan empuk sikit terus angkat dan toskan. biarkan sejuk sebentar dan gorenglah macam biasa... sangat sedap dinikmati bersama sambal kicap tu... ini untuk tekak kak rose la kan... ya lah lain orang, lain citarasa kan..

Sunday, September 16, 2018

Ruam mit yang sedap

Ruam mit aka butir delima

 setiap kali pergi ziarah ke Narathiwat, dessert dan manisan ni memang tak leh tinggal... hari pertama g kepasar agak lewat dan telah kehabisan stok... nasib baik masa g pada hari kedua tu ada lagi, tu pun dah tak banyak yang tinggal... dapat lah jugak nak makan dessert sedap ni...

 campuran ruam mit dengan santan pekat, air gula dan jugak nangka madu yang crunchy. bertambah2 makan apa lagi bila dah dicampur dengan ais, nyaman sungguh dimakan pada hari yang panas tu..

satu bekas tu 10thaibhat jer... cantik dan kalerful sangat makanan derang ni...

Saturday, September 15, 2018

Onde onde keledek

onde onde, buah melaka, kelepong? sama jer kan..

 banyak nama, tapi serupa jer kuihnya.. tapi yang biasa kita sebutnya adalah buah melaka kan.. kali ni kak rose buat dengan campuran tepung pulut dan keledek oren yang direbus dan dilenyak kan... cantik dengan warna asli keledek oren tu.. jom tengok resepinya.. terima kasih otai2 mask yang kongsikan resepi ni.

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2


Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Friday, September 14, 2018

Zikir dan doa menjemput rezeki




 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... pagi ni kak rose nak kongsikan artikel yang lalu kat wall fb, semuga memberi manafaat buat semua, terutama buat diri sendiri yang sering alpa..

7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI

1. Banyakkan menyebut kalimah La Hawla Wala Quwwata Illa Billah sepertimana yang diriwayatkan oleh At-Tabrani:
“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”.

2. Banyakkan menyebut kalimah La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubeen sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Ad Dailam:
“Barangsiapa setiap hari membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubeen maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi pententeram dari rasa takut dalam kubur”.

3. Banyakkan menyebut kalimah Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil A’ziim sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat:
“Dari setiap kalimah Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil A’ziim itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah SWT sehingga hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”.

4. Membaca Surah Al-Ikhlas. At-Tabrani meriwayatkan di dalam hadithnya:
“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaannya menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan jiran tetangganya”.

5. Membaca Surah Al-Waqia’h. Hadith diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman bahawa:
“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqia’hsetiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”.

6. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sepertimana yang diceritakan oleh Saiyyidina Umar bin Al-Khatthab berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat ke atasnya dan mengangkatnya sepuluh darjat”.
(Dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan Sanad Ma’lul)

7. Sentiasa Beristighfar. Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah menyebut:
“Barangsiapa yang melazimkan dengan beristighfar, nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”.

DOA MENJEMPUT REZEKI

Doa adalah senjata umat islam dan doa itu adalah ibadah.

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia.
Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu.
Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dan diri saya. Jika kita tidak mampu amalkan kesemuanya, lakukan yang termampu. Asalkan kita istiqomah. Insyaallah jika dilakukan sedikit demi sedikit, lama kelamaan ianya lengkap dan kita mampu lakukan kesemuanya.

Thursday, September 13, 2018

Jom try ni..

kegunaan lain ubat gg colgate - basuh buah anggur

 buah anggur ni kak rose beli di Tak Bai, masa g ziarah kesana. nampak macam banyak sangat ubat/racun serangga? yang melekat kat buah tu kan. tapi kalau yang beli kat sini pun serupa jugak, ada banyak salut keputihan kat buah tu... so kak rose google camner nak basuh buah ni, takut nanti bila makan jadi batuk pulak sbb banyaknya ubat2 tu...selalunya kak rose cuma basuh guna span cuci pinggan tu jer.  rupanya ada cara yang mudah dan selamat nak buatnya...ada jugak yang suggest basuh guna tepung tu, tp macam leceh lak. jom check-it-out cara mudah guna colgate je.... yang gambar kat atas tu sebelum dan sesudah basuh.. banyak bezakan!

 rupanya guna colgate ubat gg tu jer... so kak rose pun mencubanya lah...

 larutkan colgate dalam air, banyak mana colgate dan air tu akk rose pun agak2 jer...
 dan masukkan buah anggur tu dalam besen berisi air campuran colgate tadi tu... kocak2 dan bilaskan

tada.... dah siap. dah tak de putih2 tu kan... bolehlah dinikmati dengan aman...

Wednesday, September 12, 2018

Tomatoes

 Pasar Narathiwat, Thailand