Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 16, 2023

Ikan tenggiri masak cuka

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri  gaul dengan sedikit garam dan kunyit - perap seketika.
1 biji timun - buang biji, dan hiris kecil sepanjang 3 cm
1 batang lobak merah - kupas kulit - hiris kecil sepanjang 3 cm
2 labu bawang besar - hiris kasar
5 biji bawang putih - belah 2
3 cm halia - hiris halus
2 biji cili hijau - belah 2 jangan sampai putus
3 biji cili padi merah
1/2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil biji sawi 
1 cawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
Cara:

  1. Ikan digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan. Panaskan kuali, masukkan 3 camca besar minyak masak. Masukkan biji sawi dan masak sekejap, kemudian masukkan semua bahan2 tumis, bawang putih, halia dan bawang merah. Masak hingga bawang layu.
  2. Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih. Tambah carrot, timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok bole matikan api.


 

Saturday, April 15, 2023

Murtabak kulit popia

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang 
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose guna batang celery)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 4 biji telo)


Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan ayam cincang.
  3. apabila ayam masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak

 

Friday, April 14, 2023

Kerabu suhun

Untuk hidangan 2-3 orang.

300gm suhun. Direndam atau dicelur sampai jernih (transparent).
6 ekor udang jika ada, dibersihkan dan dicelur 1 minit.
1 biji tomato diiris nipis.
½ batang carrot di mayang (julienne)
1 biji bawang besar dimayang
½ batang bunga kantan jika ada, dimayang.
1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci.
2 sudu kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk. (kak rose gantikan dengan gajus)
2 sudu udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
3 sudu sos ikan.
1-2 sudu gula melaka.
1 sudu kecil garam.
1-2 biji limau nipis, diambil jusnya.
1-5 biji cili padi atau 1 biji cili merah dipotong.
Cara nak buat dia:

 Campurkan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata. siappppp dah. mudahkan! jom lah meratah lepas bukak posa nanti..

 

Thursday, April 13, 2023

Tips doa Lailatul Qadar








 mohon izin kak rose kongsikan tips doa Lailatul Qadar yang lalu kat wall fb dan ig jugak. terima kasih dan marilah sama2 kita amalkan. semuga bermanafaat untuk semua.

Wednesday, April 12, 2023

Lempeng pisang

lempeng pisang untuk berbuka? pada kak rose boleh jer. asalkan kenyang kan.. sebenarnya sayang pulak pisang berangan yang dah over ripe tu.. ya lah kalau masa tak puasa boleh jer ulang2 makan pisang tu... tpi bila puasa ni makan sebiji masa bukak puasa dan sahur another sebiji... tu pu sebiji kongsi makan berdua...so end-up jadilah lempeng pisang ni, tak lah terbiar dan membazir kan... apa pun Alhamdulillah dengan rezeki dibulan puasa ni. Syukur.
 

Tuesday, April 11, 2023

Kuih cara berlauk

bila ada sedikit kerajinan, kak rose buat lah kuih cara berlauk buat separuh adunan jer pun dah banyak untuk kami berdua...

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 300g daging atau ayam kisar (kak rose guna ramly minced meat)
    • 2 sudu besar serbuk kari
    • 1 biji bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • Sedikit lada putih atau lada sulah
    • Bahan-bahan hiasan atas:
    • 2 biji cili merah, hiris halus
    • Bawang goreng
    • daun bawang
    • daun sup
  • Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 4 cawan santan cair
    • ½ sudu kecil garam
    • ¼ sudu kecil pewarna kuning

menu iftar kami berdua..buah2 mesti nak ada. mangga manis untuk kali ni..

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk inti:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
    4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Cara-cara untuk adunan kuih cara:
    1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung.
    2. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
    3. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
    4. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.

lepas solat maghrib makan pulak nasi goreng bodo bodo dengan satay kajang leftover.
 

Monday, April 10, 2023

Onde onde keledek oren

Bahan-Bahan

2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

** kak rose tak tambah air dalam adunan ni sebab keledek oren ni jenis lembut, so masukkan tepung sikit2 dan uli hingga adunan  tak melekat ditangan.


 Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Sunday, April 9, 2023

Ikan tenggiri masak kicap


 Bahan-bahan

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang 
  • cili hijau

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan, cili hijau dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.

Saturday, April 8, 2023

Popia goreng

Bahan-bahan
  • kulit popiah
  • sebiji lobak merah- disagat halus
  • sebiji ubi sengkuang (disagat)
  • taugeh secukupnya
  • udang hidup @ udang kering (kak rose guna udang segar, cincang halus)
  • sedikit garam (option)
tumiskan semua bahan, sekejap jer. dan lepas tu kak rose tapiskan untuk kurangkan jus sayuran tu, pas tu baru lah gulungkan dengan kulit popia.
gorengkan dan sejat dengan kitchen towel, cicah dengan home made sos baki yang kak rose makan dengan tauhu sumbat hari tu... buat gemuk gemukkkk baru lah puas makan. untuk bukak puasa tu, dua gulung pun dah kenyang sebab banyak minum air dan makan buah kan... Alhamdulillah masih ada kerajinan nak buat sendiri dan belum jejak param masa bulan puasa ni. bila dengar dan baca macam2 kisah jualan juadah buka puasa dibazar, lagi lah tak de rasa nak membelinya... maafkan kami ya sbb tak support jualan diparam... sebab pernah terkena rasa jeran nak membeli lagi. 🙏🙏
 

Friday, April 7, 2023

Brokoli bawang putih

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam
Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
 

Wednesday, April 5, 2023

Cek mek molek

Bahan-bahan ( 12-13 biji )

  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)


Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

 

Monday, April 3, 2023

Tauhu sumbat

 Tauhu sumbat untuk berbuka puasa.

tauhu sumbat dengan taugeh, timun jepun dan tomato yang disagat. sos kuah kacang ni lebihan dari beli satay kajang yang kak rose frozenkan. senang kerja tukang masak, just reheat dan kuah kacang ready untuk makan bersama tauhu sumbat ni. kak rose dan anak jer yang makan dengan kuah ni..
en asben dan dil makan dengan sos cili homemade ni. meh kak rose kongsikan resepi cili sos homemade sedap ni..

  • bahan kuah istimewa*
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 sudu makan cili blend
  • 4 senduk gula pasir
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  1. untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...renehkan hingga sedikit pekat. sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat

tauhu sumbat yang sedap untuk kami anak beranak berbuka dengan dua jenis kuah cicah. kak rose suka kalau gorengkan tahu tu jangna terlalu garing. nampak cantik dan lembut jer masa makan nanti.
 

Sunday, April 2, 2023

Cucur badak

Bahan-bahan:-

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji

bahan2 untuk inti:-

  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

Cara Membuat Inti:-

  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. (kak rose sapu minyak pada tapak tangan supaya x lekat)