Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 22, 2017

Medshoe yg sangat selesa

 sebelum tahu kedai medshoe ni memang ada tanya kawan pasal kasut untuk medical purpose dan kawan tu kata dia beli kat kedai medifeet dan pas tu terus lah tanya en google tentang kasut kesihatan ni... sangat elok untuk yang banyak berjalan dan kasut ni kak rose beli untuk next projek yang sudah pastinya akan sangat banyak berjalan, Insya Allah.  buat comparison, dan akhirnya setuju untuk ke medshoe jer...

 bila dah jumpa kasut yg berkenan tu, terus screenshot dan itu lah jugak yg kak rose decide nak beli.

 tapi sayang masa kak rose beli ni dah tak de discount of 20% yang dibagi earlier... kalau tidak dapat jugak less of almost rm40/- kan... tak pe la... dah tak de rezeki kan...

 medical health footware - Medshoe Hasanah

Medshoe Hasanah untuk kaki tuan tanah yang gumuks!

first time pakai g mengaji semalam... 

Friday, July 21, 2017

Sirap bandung soda

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia...
Jom sama sama baca surah Al-Kahfi pagi ni...

dan balik dari rutin mingguan hari Jumaat kak rose baca surah Al-Kahfi beramai2, meh la kita sejukkan tekak dengan sirap bandung soda yang sedap ni... walaupun kak rose ni bukan lah suka sangat minum sejuk2, apalagi yang ada susu, tapi bila dapat rasa kesedapan sirap bandung soda ni rasa macam tak puas pulak... memula minum kat satu majlis open house beberapa hari lepas... pas tu balik pulak pergi beli bahan2 dan buat lagi.... sesekali ok la... tak baik kalau diamalkan selalu, sendiri mau ingat la kan... tapi hari yang panas membahang ni, asik nak minum yang sejuk2 jer. canmer tu???

jom check it out resepinya yang simple dan terpulang la kalau nak lebih manis, just add gula lebih la... tapi pada kak rose soda tu pun dah manis, jadi pandai2 la nak adjust gula untuk rasa yang ngam ditekak sendiri... kak rose buat main agak2 jer... tapi kalau tak sure, boleh ikut macam resepi CMG ni... mekasih Mat, kak rose cnp resepinya ya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)  
(kak rose letak lebih soda dan tambah sedikit air) memandai menderhakan resepi!

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
  2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..


Thursday, July 20, 2017

Bila kemalasan...

Bila kemalsan melanda... tapi tekak dan perut mintak juga diisi... so ni la jadinya. ayam fillet goreng kunyit campur dengan kacang buncis dan sedikit cili merah dan banyak2 potongan bawang besar... cukuplah untuk satu mulut yang tuannya sangat tidak rajin nak masak... Alhamdulillah dengan rezekinya....

Wednesday, July 19, 2017

Tuesday, July 18, 2017

Jom sarapan...

 bekpes apa kawan2 pagi ni ya... kak rose tak sudah nak menternak lemak... pagi2 sudah menjamu lempeng nasi dengan gulai kari ayam yang pekat kaw kaw ni... berjalan brisk walk baru je stat, tapi makan tak pernah nak kurang pulak.... meh la menjamu selera dengan lempeng nasi ni..

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

Monday, July 17, 2017

Mee hoon goreng emergrncy!

 kenapa emenrgency? mee hoon emergency sbb buat pun dalam keadaan emenrgency... bila ada kawan nak datang dan kita tak prepare apa untuk nak jamu tetamu...so apa yang ada je la kan...  nasib baik jer cili untuk goreng mee hoon ni pun dah ready....kopek udang yang keras kejung dan potong kan fish cake... tung tang mee hoon goreng emergency pun ready... ngam2 kawan tu sampai, tukang masak pun dah boleh turunkan singsing lengan tadi tu... Alhamdulillah.

keropok goreng pun ready, import dari rumah my inlaw, cuma potongkan salad, timun dan tomato.... buat air sirap selasih... happy jer tukang masak bila tetamu makan bertambah2 walaupun mee hoon goreng bodo2 jer! memang belum berkesempatan nak beraya dirumah ni... mungkin minggu depan, Insya Allah jika diberikan kesihatan yang baik dan dengan keizinannya....

Sunday, July 16, 2017

Burung puyuh ungkep

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat kawan2 semua... masih sibuk memenuhi undangan open house dari kawan dan jiran? apa pun raya kan sebulan... hihi... buat kak rose tek de la raya sangat, cuma berulang ke kampung emak dan mil... dengan jarak yang jauh pasti memenatkan dan memakan masa... tapi itulah emak kita, bagaimana payah pun, Insya Allah dipermudahkan perjalanan berkat doa dari orang yang kita sayang kan. Alhamdulillah. dan puyuh ungkep ni adik masak masa kak rose kat kampung minggu lepas tu... kak rose bukan lah suka sangat dengan masakan burung puyuh ni, tapi bila sekali merasa, 2 ekor pun macam tak cukup...

memula tu masak cuma enam ekor untuk kami bertiga, bila dah rasa sedap... kena lah masak lagi sekali... haha sudahnya satu kuali terus masak burung puyuh ungkep ni... meratah jer kami adik beradik. terima kasih pada adik yang tolong masakkan puyuh sedap ni.. makan sambil meratah bersama nasi jer, tanpa additional sayur n lauk lain dah!

dan kata adik dia cuma guna bahan yang paling minima jer... dan sukatan pun main taruk jer... so pandai-pandai lah agak-agak kuantitinya ya..hehe... kami memang tak suka pedas, so cili pun tak letak...

  1. Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, kunyit di blend sekali.
  2. Tumis bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan puyuh
  4. Masukkan sedikit air untuk puyuh tu empuk
  5. Masukkan gula melaka dan asam keping.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Biarkan dengan api perlahan, kacau sekali-sekali sampai puyuh empuk.

Thursday, July 13, 2017

Saya tukang masak jer!

 kak rose tukang masak jer... masa balik dari kampung hari tu, my mil bekalkan petai ni untuk en asben... knowing kak rose dan anak bujang kak rose tak makan petai, tapi dia insist nak bekalkan jugak... mekasih ya mek, so sampai kat rumah terus kak rose kopek dan simpan dalam fridge... bila nak buat on de spot tu, cili mesin pulak tak de... so kena tunggu lah... dan ini lah dia sambal ikan bilis dan petai kesukaan en asben.

 bila tukang makan nak kan sambal ikan bilis ni yang tanpa digoreng, tukang masak pun ikutkan jer la... lagi mudah kerja kan, tak perlu nak menggoreng ikan bilis tu... buat pun sikit jer sambal tu sbb untuk sorang jer yang makan..

bila dah masak betul2 cili tu barulah masukkan ikan bilis dan petai... renihkan sekejap, perasakan dan siaplah sambal tumis petai dengan ikan bilis ni... tukang masak akan suka hati bila tukang makan suka dengan sambal ni...

Tuesday, July 11, 2017

Bila sakit gg...

bila en. asben sakit gigi,  gigi elok tak berlubang, tapi sakitnya ya amat dan bila minum air sejuk lagilah rasa macam mencucuk2, katanya.. masa kat penang dulu dah buat check-up dan buat x-ray bagai.... memang tak de cacat celanya gigi geraham tu... tpi bila dah sakit memang nak kena mengadap dentist lah... minggu lepas dah g, makan antibiotik dan ubat tahan sakit jer... dan soh datang balik dalam masa tiga hari... tapi lepas tu kami balik ke kelantan pulak... so lepas seminggu barulah g jumpa dentist tu semula... kali ni terus mintak dia cabut je gg yang sakit tu, memang la lepas tu tak de sakit gg lagi tapi gg dah berkuranglah kan.... nasib baik gg geraham, kalau yang depan, sah lah kena pakai gigi pelesu! hihi

Monday, July 10, 2017

Air sirap selasih

 lama sangat teringin nak minum air sirap selasih ni.... masa bulan puasa tu punyalah berkobar2 nak buat sirap ni... dan beli lah biji2 hitam yang kak rose sangkakan selasih... bila masa nak rendam tu barulah tengok yang kak rose beli ni adalah bijan hitam dan bukanya biji selasih.... huwaaaaa!!! macam manalah boleh tak perasan langsung yang ianya adalah bijan hitam! terbantut rancangan nak minum sirap ni! kali kedua kak rose beli memang baca elok2 label kat plastik bungkusan tu... dan bijam hitam tu pun duduk diam2 dalam fridge ya, nak buat apa ek?

dan baru kali ni dapat merasa air sirap bandung yang di idam2kan tu... bila nampak jer ada kawang yang buat tayangan amal kat blog, memang masa tu jugak nak merasanya...kiranya sekarang dah dapat hilangkan kempunan tu lah.... dan rendam banyak2 biji selasih ni, siapkan stok air gula dan sirap... anytime boleh lah menikmatinya! nyaman seh!

Sunday, July 9, 2017

Buah sukun goreng

 sekali dapat makan buah sukun dan tak terasa pulak macam angin satu badan, maka tekak pun teringin la nak makan lagi... kali ini dapat yang agak manis dan lembut isinya isinya, mungkin sebab dah nak masak... tapi kak rose suka yang macam gini atau sukun ni kena makan yang masih muda atau putik? tak kiralah kan... yang mana2 pun asalkan kena dengan tekak sendiri...

dan apa lagi kalau dapat ciciah dengan sambal kicap jawa ni... banyak cenggini pun sedar2 dah tinggal sambal kicap jer! nasib baik juga tak angin satu badan... so lain kali boleh lah nak ngap lagi... tapi masih takut nak makan nangka, walaupun itu pun buah pebret... setakat makan seulas dua tu ok la...

Saturday, July 8, 2017

Rindukan nasik lemak!

 Asalamualaikum dan selamat pagi... selamat berhujung minggu dan selamat gantung piyok nanti sbb banyak undangan kenduri lepas raya ni... tu belum lagi nak g open house kawan2 pulak kan.. tapi bila dah rindukan nasik lemak ni, kena jugak lah turuti tuntutan tekak yang nak makan.... buat pun seadanya untuk breakfast jer kan...

 sambal tumis ikan bilis+telo mata+ikan bilis goreng+timun jepun n tomato... untuk dayang pengiring nasik lemak dipagi hari...

Alhamdulillah, acara menambah lemak dengan jayanya bersama nasik lemak... siap bertambah2 lagi tu!

Friday, July 7, 2017

suka bila ada gift....

 chivers, the brand that en asben suka sangat dengan jem strawberry nya dan kami akan membeli lebih untuk stok bila ada offer, apa lagi bila ada bersama free gift dengan pembelian tu...  kebetulan ari tu masa nak bli groceries, nampak pulak jem ni ada offer... murah by rm1.50/bottle dan ada free gift, tapi pada perasa yang lain pulak... tak pe la kita rasa yg lain instead of strawberry jer kan.. dan sebenarnya nak rasa jugak kopi davidoff ni...

 ni la kopinya yang dapat as a gift dengan pembelian chivers english orange marmalade...

yang ni tak de la pulak nak bagi free kopi tu... huhu. cukuplah stok untuk sebulan.

Thursday, July 6, 2017

Kuih tepung gomak

 kuih tepung gomak ni memang sedap, dan ni yang buat untuk kali kedua semasa bulan puasa tempoh hari... buat lagi sebab masa pertama kali tu rasa macam tak puas makan, so en asben request untuk nak makan lagi... tukang masak ni ikut jer la kan... kebetulan inti kelapa tu ada banyak lagi stoknya. tapi kali ni kak rose kasi derhaka sikit pada resepi kulit tepung gomak tu dengan menambahkan sebiji kentang rebus yang dilenyek... ni inspirasi dari masa buat kuih bom yang sangat lembut tu... so mencubanya nya pada kuih tepung gomak ni... walaupun dah sejuk, kuih ni tetap lembut jer! meh kakrose kongsikan resepinya kat sini ya..

 Bahan Inti:
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit:
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

- sebiji kentang (kecik je), rebus dan lenyek halus- yg ni kak rose tambah

Bahan Sadur 

(75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.) (kak rose guna yg ready made)

Cara Membuatnya:
 
1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. 

Ketepikan & biar ia sejuk.

2. Panaskan periuk yang mengandungi air.

3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye... Uli tepung dan kentang lenyek yang diletakkan 

sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan 
tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya 

dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. 

Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran )

 
dan huwaaaaa 😢😢😢ada lagi yang buat cam ni... bukan setakat amik  gambo jer, tapi the whole entry pulak tu... yang ni pun cam tu jugak  senangnya nak buat entry untuk blog kan???? just C&P! dulu pun ada pernah buat entry tentang My Kuali ku yang merata2 ni kat sini... dan sampai sekarang pun masih macam tu...grrrrrr!!! lantok la labuuuuu!

Wednesday, July 5, 2017

aiskerim malaysia

bila panas sangat kat kampung... sekejap jer kosong freezer ni!

Tuesday, July 4, 2017

Kek marble lembab


 Alhamdulillah, sesuai dengan namanya, memang sangat moist, lembab n lembut!... sbb tak sabar nak merasa, kak rose potong masa masih hangat2 tu... memang moist sangat... ada pernah cuba sebelum ni, tapi tak dapat menepati citarasa tekak ni. tapi yang ni boleh jadi keeper recipe, sedap n moist sesangat! banyak cari resepi dan cik google bawak kak rose kat blog MamaMia Kitchen ni yang resepi asalnya dari Azie Kitchen... mekasih kongsikan ya dan kak rose banyak ikut yang olahan dari MamaMia Kitchen ni.



Bahan-bahan:
  250 gm buttter - kak rose guna Buttercup
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
220 gm gula kaster
4 biji telor gred A
1 tbs ovelette
1 tbs esen vanilla
2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb
1 tbs choc emulco
1 sudu besar serbuk koko saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
 

 
Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna pink(saya tak buat sebab gunakan warna asal)Manakala untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

Monday, July 3, 2017

Vivo pulak....

 macam2 nama smart phone... lepas oppo kini vivo pulak!

 hadiah raya untuk anak buah yg sedang study... 

phone+16GB memory+internet security.... berlubang poket ayah ni!

Sunday, July 2, 2017

Kek oren moist

 kek oren moist yang kak rose buat untuk bawak balik kampung masa raya hari tu... boleh lah untuk makan2 kami sekeluarga sambil pot pet raya... sangat moist dan terasa keorenan nya dengan adanya parutan kulit orange dan pati sunkist tu... moist n sedap lah pada kak rose.

gigih memarut kulit orange....

Bahan-bahannya :

1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (kak rose guna sunkist)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)



Cara-cara membuatnya:

1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup   
    menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.

Saturday, July 1, 2017

Last iftar 1438H

 hari terakhir puasa Ramadhan 1438H, menu simple untuk iftar. masak lemak biji cili api tolo itik dan dipartnerkan dengan ikan masin, memang makan bertambah2 nasik.. walaupun dah pukul 10 lebih, tetap berselera makan kalau ada ikan masin ni... bahaya sungguh kan!

 buah2 yang kena ada masa bukak puasa.. tak kira apa buah, asalkan ada semua kak rose makan saja.. dan dah iftar terakhir, cucur kentang air panas terlupa nak amik gambo lak...

dan at the end of Ramadhan... bila naik kat weighing scale.... semacam tak de penurunan jer kan... penangan makan nasi memalam2 pas tu tido lak with no exercises la tu kan... dan dah abes raya ni, entah bila pulak nak stat berbrisk walk balik! only God knows, tapi harap2 diberi kekuatan dan semangat untuk nak memulakan lah, Insya Allah.