Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 31, 2017

Kacang kuda dan khasiatnya...

 Bila tak de kerja dan mulut asik nak mengunyah jer... ni lah jadinya... selongkar khazanah dalam magic fridge dan terjumpalah kacang kuda yang kak rose beli lama dulu tapi tak terbuat pun... so rendam semalaman dan esok paginya tu kak rose rebus lah.... lamaaaaaa merebusnya tapi masih tak lembut seperti yang kak rose nak... so tukar periok, guna pulak pressure cooker... sretttttt dalam setengah jam cam tu... ha elok pun masaknya.... lembut macam yang kak rose suka. mengalahkan orang tak de gigi jer kan... hihi

so sambil menghadap komputer, tangan tak putus menyuap sambil buangkan kulit tu... eh! kawan2 kalau makan kacang kuda ni buang kulit ke dak? ataupun dikulit tu lah yang punya banyak khasiat, entah lah... tapi yang pasti kalau makan kak rose suka buangkan kulitnya... dan meh la tengok nutrien yang terdapat dalam secawan kacang kuda... banyak khasiatnya seperti yang kak rose copy dari blog mrtengkuasmadi.com/khasiat-kacang-kuda

Fakta nutrisi secawan kacang kuda

  • 268 kalori
  • 12.5 gram serat
  • 14.5 gram protein
  • 4.2 gram lemak
  • 84% manganese
  • 71% folat
  • 29% kuprum
  • 28% phosphorus
  • 26% zat besi
  • 17% zink
 dan kat sini juga boleh baca 6 khasiat kacang kuda dalam diet sihat, kalau gitu bolehlah selalu makan kacang kuda ni kan...


1. Membantu mengawal paras gula dalam darah 
2. Meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan
3. Membantu proses pencernaan disebabkan kandungan serat yang tinggi 
4. Membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser 
5. Memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan 
6. Sumber utama protein berasaskan tumbuhan 

untuk lebih terperinci sila lah keblog tengkuasmadi ni. terima kasih kerana kongsikan tentang kebaikkan kacang kuda ni... walaupun murah jer tapi banyak memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

 

 

 

 

 

 

4 comments:

Nooriah Abdullah said...

best jugak kan kacang kuda ni kak rose, tang boleh menurunkan berat badan tu lah yang macam nak cari kacang kuda ni hehee

Phong Hong said...

PH pun suka makan kacang kuda rebus. Kadang2 ada nampak orang jual kat gerai. Memang seronok bila kunyah2 depan TV atau komputer.

Kak Rose said...

Noor, kak rose makan makin tambah gumuksss lak... hihi

Kak Rose said...

PH, tu la... bila makan dah tak boleh berenti pulak...