Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, July 9, 2017

Buah sukun goreng

 sekali dapat makan buah sukun dan tak terasa pulak macam angin satu badan, maka tekak pun teringin la nak makan lagi... kali ini dapat yang agak manis dan lembut isinya isinya, mungkin sebab dah nak masak... tapi kak rose suka yang macam gini atau sukun ni kena makan yang masih muda atau putik? tak kiralah kan... yang mana2 pun asalkan kena dengan tekak sendiri...

dan apa lagi kalau dapat ciciah dengan sambal kicap jawa ni... banyak cenggini pun sedar2 dah tinggal sambal kicap jer! nasib baik juga tak angin satu badan... so lain kali boleh lah nak ngap lagi... tapi masih takut nak makan nangka, walaupun itu pun buah pebret... setakat makan seulas dua tu ok la...

2 comments:

Warisan Petani said...

Seda makan panas2 cicah sambal kicap jawa tu.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Susah nak cari sukun goreng ni .pokok dan buah pun dah jarang dijual