Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 25, 2017

Ice cube jus limau kasturi

 kawan2 di fb ni memang kreatif dalam segala hal... tak rugi lah punya kawan yang cenggini dan menafaatkan pengunaan muka buku ni... barulah berfaedahkan... dan ni perkongsian dari Nor Azmihah yang sangat rajin dan memang punya green fingers... semua tanaman nya menjadi dan bagi idea camner nak simpan jus limau kasturi yang banyak tu... so kak rose ni pun cuba ikut jer la, since ada banyak limau kasturi yang dah lama terperuk dalam fridge... jom buat cam ni...

 
 basuh bersih2 limau kasturi dan sejatkan... belah dua, perah dan tapis jusnya..

 
 kak rose guna bekas ice cube ni dan frozenkan...

lepas semalaman dalam freezer, keluarkan dan simpan dalam zipper bag... boleh guna anytime... tak perlu nak perah setiap kali nak guna kan... mekasih nor yang bagi idea nak simpan jus asam limau kasturi ni... esok boleh buat jus limau kasturi asam boi pulak la...

6 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Good idea kan kak rose..
Senang pun senang kan..
Untung ramai kawan ni..
Dapat ilmu yg bermanfaat..

Ainniah Zulkefli said...

wah bagusnya idea ni. xberlapuk jgak limau2 ni kalau lama tak guna. terima kasih share benda praktikal macam ni.

Kak Rose said...

Betul kan Yatie... untung ramai kawan yang suka kongsikan ilmu yang baru buat kita semua..

Kak Rose said...

Ainniah, kak rose panjang2kan ilmu dari kawan2... yang baik kita kongsi sama2.

Phong Hong said...

Kak Rose, best buat gini kalau pokok limau kasturi lebat berbuah. Yang PH punya, sebiji pon takde :(

Kak Rose said...

PH, kak rose ni pokok pun tak de, beli jer... guna sikit jer yg lebih tu buat lah cam ni... hihi