Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 20, 2019

Tuesday, February 19, 2019

Sirap nenas

 musim yang panas berbahang ni kalau dapat minum ang sejuk2 cenggini memang tak tolak la kan... dan kebetulan masa balik dari kampung ari tu ada bawak dua biji nenas yang sangat manis ni.. kak rose tak berapa suka nak makan gitu jer, so either buat gulai or buat sirap cam ni baru lah laju jer nak ngapnya... apa lagi bile dah sejukkan dalam fridge, atau pun tambahkan ais masa nak minum tu... heaven sangat bak hang! kak rose kongsikan resepi untuk panduan kalau ade yang nak buat sirap nenas sedap ni... gula tu ikut lah kemanisan yang korang suka...kita yang buat dia kan...


Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco

Monday, February 18, 2019

Daging masak hitam..

Bismillahirohmannirohim.... pertama kali buat resepi ni...

 Alhamdulillah, walaupun pertama kali mencuba buat daging masak hitam ni... mejadi jugak lah kiranya... cuma agaknya terlebih kicap pekat, so look like negro jer bila dah masak daging ni, tapi rasa sedap lah jugak... tapi rasanya kak rose lagi prefer daging dendeng dari resepi masak hitam ni...  dan rasanya a bit kering jadinya bila renehkan terlalu lama. tak pe la kan, tak cuba tak tak tahu kan. terima kasih pada Madiha, kak rose copy resepinya ya..

Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
 Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa  Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 

2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Sunday, February 17, 2019

sarapan dihujung minggu...


jom la bermalas2an di hujung minggu macam ni... breakfast dengan roti boom frozen dan cicah dengan kuah kari left over jugak... just reheat both of them and the breakfast is ready untuk kami berdua... lepas ni boleh lah mengadap pc dengan aman nya... lunch nanti lah kita fikir lain pulak... boleh gitu?

Saturday, February 16, 2019

Brunch...

Asalamualaikum da salam hujung minggu...

 ni lah bila dok sorang2 kat rumah... so bearkfast dan lunch pun boleh sekali jalan... mudah kan kerja atau pun malas agaknya ya?.. selalu bila balik dari ber brisk walking tu mesti rehat2 dulu sambil ngadap pc... bila dah duduk tu bukannya boleh sekejap kan. dan bila terasa lapo barulah g mandi, solat dan lepas tu baru lah cari bekpes...masa tu pun dah hampir menjelang tengahari, thus jadilah brunch dengan apa yang ada dalam stok je lah... yang penting cepat disediakan dan boleh lah dinikmati dengan nyamanya!

 apa yang ada semua taruk dalam pinggan, senang keja. tak perlu nak basuh bekas banyak2 kan..

 left over pizza pun boleh... just reheat dah boleh dingap bersama satu mug susu omega.

kalau ade kerajinan boleh jugak buat nasik goreng bodo bodo cenggini... asalkan kenyang pun dah syukur Alhamdulillah kan...

Friday, February 15, 2019

Kuey Teow goreng simple

hmmmm... sedapnya...

 masa berbrisk walking pepagi hari bersama dengan kawan, dia cerita pasal family dia suka sangat dengan kuey teow goreng simple cam ni... since the whole family are vegetarian, so memang agak limited lah bahan yang dia boleh taruk dalam kuey teow goreng dia. dari berlenggang mak limah pepagi tu terus lah g kekedai cari bahan2 nak buat jugak... mana boleh dengar cerita sambil telan ailio jer kan... so jadilah menu kuey teow goreng untuk minum petang aka dinner sekali.. jom check resepinya...

Bahan2:
  • 400g kuey teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka
  • Sedikit daun kucai
  • 3 biji telur
  • Udang secukupnya
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan udang dan gorengkan sebentar
  2. Pecahkan 2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama (masukkan garam dan perasa jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan rasa dan masukkan tauge dan daun kucai, kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk dihidangkan

Thursday, February 14, 2019

Semuga tak jadi tukun lah...

another new toys for my dapo....

 Alhamdulillah, setelah dua bulan menunggu akhirnya dapat jugak lah sudahnya... orang lain dah jemu guna, kak rose baru nak belajar la pulak... harap2 akan berguna dan tak lah jadi tukum macam encik bm tu... tapi tu lah, kak rose ni jarang memasak, agaknya apa lah akan jadi dengan pc ni? 😒😒 only time will tell... hihi
tak apa lah, yang penting dah ade depan mata, bila2 nak guna pun boleh kan... 😜😜


buku resepi pun dah lama beli... tapi belum baca jer.... boleh gitu?

Wednesday, February 13, 2019

Tuesday, February 12, 2019

Bubur candil

Asalamualaikum dan salam selasa buat kawan2 semua...
semuga semua sentiasa dalam Rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin

 pepagi yang panas dan ceria ni kak rose nak kongsikan resepi bubur candil yang kak rose buat beberapa hari lepas... kekadang tu memang dah buntu nak buat apa untuk minum petang kan... lunch memang jarang sekali lah nak masak sebab tukang makan pun dah lunch kat ofis, so selalu cuma sediakan juadah untuk minum petang aka malam je lah... jom lah tengok resepi bubur candil ni..

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • warna pilihan - option
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan


  • uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  • kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  • sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  • tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  • perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.
dah ready untuk dihidangkan....

Monday, February 11, 2019

Jom berkebun..





 12 january 2019



9 february 2019

Sunday, February 10, 2019

Hati manyak happy...

memang happy lah bile soping dapat pulak discount voucher ni...

dapat lapanplohhengget discount voucher

 bila beli t-shirt ni...

dan edp maninblack ni...

Saturday, February 9, 2019

Bila adik nak datang...

 happy sangat bila adik nak datang berkumpul kat rumah ni... maklumlah memasing kerja dan bila hujung minggu jer baru ada kelapangan untuk berkumpul bersama2... walaupun berdekatan tapi seakan jauh sangat... bak kata omputeh tu... sooo near yet soo far.. dan bila tiga kelaurga berkumpul anak beranak, rasa meriah sangat lah kan dan pulak tu request nak makan macam omputeh gak... makan ciken chop diy ni jer yang kak rose dapat sediakan..

 coleslaw pun diy jugak... just shredkan kobis putih n purple, sagatkan carrot dan gaul dengan mayonis... yeahhh... cloeslaw ready dah

 lupa lah nak snap gambar bila dah ready tu... yg ni pun boleh lah kan..

 satu periuk beso black pepper sauce yang tak berapa pedas...

 bread crumbs pun diy jugak... just toast the bread, blend kering masa hangat2 tu... jadilah macam ni, jimat kan. tak yah nak beli bread crumbs dah. sebuku roti gardenia jumbo untuk tiga belas keping de boned drumstick.

 buat jugak sekilo daging masak lemak cili api campur dengan ubi kentang untuk yang nak makan dengan nasi putih..

 nasi goreng cina untuk digandingkan dengan chicken chop tu..

 brokoli bawang putih... kesukaan en asben... meratah jer dia.

the dessert... buah2 jer. bila en asben yang tolong potong buah, apple yang putih pun kejap jer jadi lebam dah 😞😞 apa pun terima kasih sebab dah tolong banyak...

Thursday, February 7, 2019

Muffin pisang...

 Bila ada banyak pisang dan tak terhabis nak makan... maka jadilah muffin pisang ni. sebenarnya nak bli sesikat jer pisang ni, tapi mak cik gerai ni soh amik jer semua at discounted price sbb dah nak tutup gerai katanya... walaupun rasanya banyak sangat dan nanti takut nanti tak terhabiskan, amik jer la dan jadilah rezeki kawan2 yang sama dapat merasa pisang lemak manis yang comel2 ni.. terima kasih pada mak cik gerai pisang tu... semuga bertambah rezekinya dalam berjualan... Aamiin. dan muffin ni pun kawan2 mengaji yang tolong abeskan... panjang kan rezeki mak cik gerai tu...

resepi muffin pisang dari AlongRoz... mekasih ya.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
170g Mashed Ripe Bananas
3/4 cup Sugar
1 Egg - slightly beaten
1/3 cup Melted Butter
1 tsp Baking Powder*
1 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Salt*
1 1/2 cup Flour* (* sift together)


METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C. 

Wednesday, February 6, 2019

Nyum nyummm

While on the go

#deli2go

Tuesday, February 5, 2019

Merah meriah CNY

Xong xi fa cai to my all chinese freinds...
Wishing you a year full of happiness and prosperity