Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 31, 2018

Iftar#14 kari ikan jenahak

Asalamualaikum dan salam ramadham ke 15

 lauk kami berdua untuk berbuka petang semalam... tukang masak ni dah buntu nak sediakan menu untuk berbuka, juga lauk pauknya... stok ayam dah abes, yang tinggal cuma ikan dan udang yang banyakkkk... so nampaknya hari2 menu udang lah nampaknya... so semalam kak rose buat ikan jenahak masak kari, walaupun togel je tak de dayang pengiring, tapi ok jer kata tukang makan... kira ok la tu kan.

 
udang lagi... buat yang mudah2 dan tak muak nak makan... pebret tukang makan, just goreng salut tepung cam ni, tak perlu pencicah bagai...

 cucr udang dan home made sos buat lagi atas permintaan... tukang masak akan sangat happy bila menu yang disediakan habis dimakan... cucur bodo2 ni sangat menepati selera agaknya. Alhamdulillah.

yang ini memang habis la sekali ngadap masa berbuka tu... marcott orange dan seedless anggur untuk kak rose sorang jer makan.

Wednesday, May 30, 2018

Iftar#13 meriahnyaaaa...

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 14
semuga semuanya dalam lindungan Allah untuk terus menjalani ibadah puasa, Aamiin.

 dah separuh jalan kita berpuasa, semuga amalan kita disepanjang bulan mulia ni mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah. dan tugas tukang masak untuk menyediakan juadah berbuka juga adalah satu dari amalan itu... maka bertabahlah kalau selalu buntu nak sediakan menuya... apalagi yang macam kak rose ni yang biasanya nya jarang2 sekali memasak, tapi masa bulan ramadhan ni kenalah masak tiap2 hari, kalau membeli tapi tak menepati selera kan lagi hampeh kan... so masak jer yang mudah2 dan menepati selera tukang makan... dan semalam buat ikan tenggiri masak asam ni.. simple dan tak muak. resepi boleh tengok kat sini ya..https://seripayaku.blogspot.com/2018/02/ikan-tenggiri-dalam-sos-asam-jawa.html

 sayur lemak sawi putih n carrot... sepokok yang besar dah cukup untuk kami anak beranak.

 yang ini memang pebret tukang makan semua... udang kecik2 putih salut tepung bistari goreng garing... lepas terawih baru makan pun masih garing rangup.

 karipap inti daging ayam... goreng 6 biji pun tak terhabis...😥😥

 yang ni laju jer abesnya... first pride fish dan chicken tempura. cicah dengan cili sos mmg sedap.

buah yang masih ada dalam stok... jambu batu dengan asam kulit limau dan murcott orange yang manisss. Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah kurnikan untuk berbuka. Aamiin.

Tuesday, May 29, 2018

Iftar#12 paprik udang

Asalamualikum dan salam ramadhan ke 13
kawan2 berbuka masak apa ya?

 cerita berbuka semalam... kami tinggal berdua,, so masak pun ciput2 jer... cukup untuk sekali makan lepas balik dari terawih tu... sahur kami makan toast n nescafe jer. senang kerja kan... masak udang paprik pun 10 ekor jer, plus sayur2 tu jadi banyak jugak la jadinya..

 ayam masak kicap, buat 3 ketul bahagian peha... pun memang tak tak terhabis la kan..

 puff sadin, pun buat tiga ketul jer dengan isi sadin sampai kembung. nasib baik tak terburai dek terlalu gemuk isinya... sudahnya satu ada berbaki seketul lagi...

 murtabak daging ni en asben beli ditempat kerja.. so mewah dengan isi dagingnya... end up cuma termakan empat potong kecik2 tu jer dan selebihnya masuk dalam fridge... termakan kah nanti? tak tau lah tu..

dessert untuk petang semalam... sour plum yang manis dan chinese pear yang digaul dengan asam cicah pakchu916... yang ni memang tak berbaki lah... tiap2 hari buah mesti yang dulu habisnya..😋😋

Monday, May 28, 2018

Iftar#11 baru balik dari kampung...

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 12
cepat jer masa berlalu kan...

 juadah berbuka kami petang semalam... balik dari kampung singgah rnr Dengkil untuk solat n tapau satay kajang. sampai pun dah lewat petang, cuma goreng tempura dan potong buah jer. untuk lauk cuma panaskan leftover, sambal sadin, ayam kari dan gulai udang. Alhamdulillah.

hari sabtu pagi selepas subuh kami bertolak balik ke kampung... walaupun rumah kampung dah tak de sapa yang duduk setelah bapak dan emak dijemput Ilahi, kami adik beradik tetap luangkan masa berbuka dikampung... juga teruskan tradisi arwah untuk munjung kata orang jawa... iaitu berbagi juadah untuk berbuka. kami berkumpul dirumah adik untuk sediakan semuanya, gotong royong masak sama2.... nasi berani, ayam masak palembang, sambal tumis udang, sotong bakar dan udang bakar untuk bungkusan berkat. goodies bag kami cuma gula, 1 pack nasik impit dan kuih amplang,  kuih cincin dan  teh sabah. Alhamdulillah, jam 3 petang dah siap packing untuk delivery ke 40 buah rumah di kampung... so kami berbagi jugak tuk delivery tu... sorang sikit, jadi cepat jer siapnya... dan terus kerumah peninggalan arwah untuk sedia berbuka pulak..😢😢

 anak2 tolong packing goodies bag... mak2 sibuk kat dapo... x sempat nak amik gambo pun.

part of the 40 bag ready ready for delivery..

40 bag berkat nasi jugak... yang ni bahagian kak rose+family untuk distribute...

rumah terakhir untuk kami singgah... Alhamdulillah dapat jugak sambung apa yang arwah buat semasa hayatnya. Al-Fatihah untuk arwah emak, bapak dan adik...

sebelum balik sempat singgah kerumah abadi arwah.... titipan doa yang tak pernah putus dari kami semua. semuga emak, bapak dan adik tenang disana. Aamiin...😭😭


Saturday, May 26, 2018

Iftar#9 udang masak lemak ciliapi

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 10
cepatnya masa berlalu, dah sepertiga perjalanan puasa kita
semuga diberikan kesempatan menjalani ibadah puasa hingga ke akhirnya..

 menu sempoi berbuka kak rose petang semalam.. udang masak lemak cili api yang tak berapa pedas.
cuma guna 2 biji cili api jer... tu pun dah terasa pedas pada kak rose ler!

 kerabu mangga yang juga tak pedas... guna sebiji jer ciliapi potong2 dan gaulkan... memang tak pedas langsung, boleh lah kak rose meratah. kalau nak tengok resepinya, boleh jenguk kat sini..http://seripayaku.blogspot.my/2016/07/kerabu-mangga-simple-dan-sedap.html

 kuih untuk berbuka, cek mek molek yang tak berapa nak molek... tapi rasa tetap umphh!

seedless jambu batu, tapi sayang a bit lembik, macam layu jer! tak crunchy dah.... dan mangga lebihan buat kerabu tu boleh lah jadikan dessert pulak kan... yang ni memang fresh dan crunchy dan tak masam langsung. tapi masih nak jugak taburkan dengan asam kulit limau tu... sijambu batu dah dimandikan dengan asam cicah pakchu 916 tu... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan...

Friday, May 25, 2018

Iftar#8 mangga yang manissss

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 8
Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah puasa.

berbuka dengan mangga yang manissss... sebiji jer, tapi penuh pinggan, tak perlukan asam cicah seperti yang mula tu....

 
 keledek goreng dengan sambal kicap yang best. nampak sangat kejawaannya kan.  satu kemestian kalau makan gorengan nak cicah dengan sambal kicap ni... sedap!

 
 sayur for the day... cauliflower soup dengan fillet ayam, carrot dan celery. sedap menghirup 

 ikan selayang rebus goreng... goreng sampai hitam tapi bukan hangus ya.

 ikan lagi... ikan jenahak goreng bersambal... buat tiga keping jer pun, tapi tak terhabis makan. so leftover ni bila la nak menghabiskannya??? huhu

Thursday, May 24, 2018

Iftar#7 yang simple2 jer...

 Asalamualaikum dan selamapt pagi ramadhan ke 8
cepatnya hari2 berlalu kan...
semuga kita terus diberikan kesihatan yang baik untuk melalui bulan yg penuh kerahmatan ini.
agar dapat menjalani puasa dan ibadah2 malamnya. Aamiin

 Eat fruit before your main meal. mula berbuka dengan air teh o suam dan buah dulu.. normally bulan puasa disunatkan berbuka dengan buah kurma, tapi kak rose ni makan jer buah apa yang ade dalam stok... adakah buah murcott orange dan seedless grapes ini juga dikira buah yang baik untuk dimakan on empty stomach? ishhh!!! lantok la labuuu... asalkan tidak mendatangkan mudarat pada perut kira ok la tu kan... sendiri tanya sendiri jawap untuk sedapkan hati sendiri...😜😜

 cucur udang bodo2 yang sedap pada kami anak beranak...cicah pulak dengan home made cili sos. Alhamdulillah, tak de pembaziran... resepi nak buat cicli sos tu boleh tengok kat link ni. http://seripayaku.blogspot.my/2017/08/tauhu-sumbat-n-home-made-cili-sos.html

 untuk lauk kak rose buat kari ayam campur kentang...  ade jugak ikan masin goreng.ngam sangat! pukul 10 malam pun laju jer nak nyuapnya... janji lepas raya nanti sambung balik ber brisk walk tu!

mixed vege dengan apa yang ada dalam stok... 
kobis, carrot, kacang peas, celery, capsicum merah dan udang.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

Wednesday, May 23, 2018

Iftar#6 kuih lopis pulut

Asalamualaikum san salam ramadhan ke 7
seminggu dah kita berpuasa, semuga ibadah kita diterima oleh Nya. Aamiin.

 
 seminggu berpuasa, dah pening tukang masak nak fikir menu apa nak disediakan untuk berbuka... selalunya kalau tanya tukang makan memang jawapnya apa2 saja lah. so apa2 sajalah juga yang tukang masak dapat sediakan... Alhamdulillah, dapat menepati selera tukang makan jugak... dan  menu petang semalam... kuih lopis pulut untuk berbuka.

 buah yang sempat disediakan... tinggal nak ngap jer waktu berbuka. fragrance pear, sour plum dan sedikit seedless anggur hitam... banyak ni pun sampai sahur baru boleh habis!

 ikan bilis goreng dengan ciliapi dan bawang banyak2... tapi cili beso tak de, so gantikan dengan capsicum merah dan ijo... kita yang buat diakan, sesuka lah nak letak apa pun...😄😄

 ayam goreng bodo bodo pun ade gak..

 sup telor n kentang... yang ni tukang masak sorang jer yang makan. meratah lepas terawih!

siew pak choy dengan sos tiram yang over cooked tapi habis jugak.

Tuesday, May 22, 2018

Iftar#5 cendawan goreng berempah cajun

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 6
Semuga kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus mejalani ibadah dibulan Ramadhan ini.

 menu untuk kami berbuka petang semalam, kak rose buat cendawan goreng berempah cajun dengan udang dan segala sayur mayur dalam tu... sediakan awal2 segala mak nenek bahan dan masa nak bukak puasa tu baru gorengkan... tapi kak rose makan lepas balik dari terawih, so kalau siapkan awal2 terus masak pun ok jugak kan... resepi boleh check kat https://seripayaku.blogspot.my/2014/07/cendawan-goreng-berempah-cajun.html 

 
 ikan tenggiri goreng bersambal... suka taruk bawang banyak2. 😋😋

 karipap inti ayan dan kentang...

 gulai tolo itik leftover... cukuplah ada 3 biji untuk kami anak beranak

the dessert, jambu batu gaul dengan asam cicah pakchu 916 dan oren markot yang sangat manis. Alhamdulillah dengan rezekinya, menu sempoi untuk kami berbuka. buat pun sikit2 jer, so tak de pembaziran. semuanya untuk sekali makan jer sbb sahur memang kami tak makan nasik.

Monday, May 21, 2018

Iftar#4 Kuih getas getas

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 5
Semuga kita semua sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah. Aamiin.

 menu untuk berbuka petang semalam...awal pagi kak rose suka sediakan list cadangan apa yang nak dimasak.. so bila petang mudah jer nak capai apa yang nak dimasak. kerjasama tukang makan juga perlu untuk ini kan... dan kuih getas getas ni adalah cadangan dari en asben... kalau kawan2 tak de idea nak makan kuih apa untuk berbuka, boleh lah mencuba buat kuih ni... kak rose kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 
 
 udang goreng kunyit yang yummy untuk main lauk. stok udang memang banyak... dan ada yang suka dengan lauk udang ni, so hari udang pun tak pe... cuma tukang masak kenalah pelbagaikan resepinya. nasib baik ade cik google, senang keja tukang masak! hihi. resepi kat sini ya..
http://seripayaku.blogspot.my/2016/12/udang-goreng-kunyit.html

 sayur lemak... kobis, carrot dan kacang buncis.

 my home made ikan rebus. saja pilih ikan selayang yang kecik2 cam ni... terima kasih MIL yang bagi petua untuk buat ikan rebus dan juga petua menggorengnya hingga garing meresik... sedap ya amat! mekasih mek. sapa suka ikan macam ni kita geng! tapi ya ampun... masa menggoreng tu, minyak perecik satu dapo! tambah kerja pulak kena mengemop lantai pas masak tu... tu yg kurang rajin nak buat tu!

buah untuk petang semalam... sebiji mangga penuh sepinggan bujur panjang ni... almost half a kg untuk sebiji buah ni. memang besoo, tapi sayang macam tak berapa ripe, so kurengggg sikit lah tang manis tu... tapi apa ada kisah, asam cicah pakchu 916 selalu akan jadi penyelamat. lepas potong terus amik gambo, tp bila makan perlukan asam cicah tu pulak... so gambo pun tak de la tompok itam asam tu..😉😉