Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 19, 2018

Iftar#2 Ayam pat pet

 Alhamdulillah selesai sudah puasa hari kedua dan tarawih ketiga dah... menu berbuka hari ini kak rose masak ayam pat pet, idea dari tayangan amal CMG kat blognya yang berwajah baru tu... tahniah Che Mat, dapur maya dah bertukar setting dan makin cantik. terima kasih juga kongsikan resepi ayam pat pet ni... mohon nak share kat sini ya..

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, dipotong kiub, cuci bersih dan toskan (kak rose goreng sekejap ayam tu)
5 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili padi merah, untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HANCUR :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, dihiris


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hancur hingga harum dan naik minyak, tambah sedikit lagi minyak jika tak cukup, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan isi ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut (kalau guna ayam bertulang, sila masukkan sedikit air dalam 1 cawan macam tu). Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa (sebabkan puasa, che mat masukkan dalam 1 camca teh garam dann 1/2 camca besar gula). Kacau rata.
  3. Tambah kacang panjang dan daun limau purut, kacau dan masak hingga kacang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan hirisan cili padi merah. Boleh hidangkan sewaktu berbuka puasa atau bersahur....Selamat mencuba!
 udang celup tepung yang comot kemomot!
 
 ikan parang masak asam pedas sempoi... daun kesum pun tak dek!

untuk snek, kak rose buat cucur ikan bilis air panas... resepi kat sini..
 https://seripayaku.blogspot.my/2017/08/cekodok-yg-viral.html 
bentukkan macam selinder n gorengkan... rangup diluar tapi masih lembut didalam. makan ciciah dengan sos cili, tiga biji pun dah kenyang. buah lupa pulak nak snap gambo, buah pear tabur dengan asam kulit limau. minum air teh o suam banyak2 dan pas tu g terawih. balik dari mesjid barulah pekena nasik... camner lah puasa nak kurus kan... dekat tengah malam pun makan nasik lagi!

No comments: