Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 24, 2018

Iftar#7 yang simple2 jer...

 Asalamualaikum dan selamapt pagi ramadhan ke 8
cepatnya hari2 berlalu kan...
semuga kita terus diberikan kesihatan yang baik untuk melalui bulan yg penuh kerahmatan ini.
agar dapat menjalani puasa dan ibadah2 malamnya. Aamiin

 Eat fruit before your main meal. mula berbuka dengan air teh o suam dan buah dulu.. normally bulan puasa disunatkan berbuka dengan buah kurma, tapi kak rose ni makan jer buah apa yang ade dalam stok... adakah buah murcott orange dan seedless grapes ini juga dikira buah yang baik untuk dimakan on empty stomach? ishhh!!! lantok la labuuu... asalkan tidak mendatangkan mudarat pada perut kira ok la tu kan... sendiri tanya sendiri jawap untuk sedapkan hati sendiri...๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

 cucur udang bodo2 yang sedap pada kami anak beranak...cicah pulak dengan home made cili sos. Alhamdulillah, tak de pembaziran... resepi nak buat cicli sos tu boleh tengok kat link ni. http://seripayaku.blogspot.my/2017/08/tauhu-sumbat-n-home-made-cili-sos.html

 untuk lauk kak rose buat kari ayam campur kentang...  ade jugak ikan masin goreng.ngam sangat! pukul 10 malam pun laju jer nak nyuapnya... janji lepas raya nanti sambung balik ber brisk walk tu!

mixed vege dengan apa yang ada dalam stok... 
kobis, carrot, kacang peas, celery, capsicum merah dan udang.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

1 comment:

Norlaili A Wahab said...

alhamdulillah tak kira macam mana pun cucur udang tetap nampak sedappp :)