Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 12, 2018

Kuih rengas

kuih rengas, kuih kasturi macam2 nama...


 Kuih rengas yang kak rose buat untuk minum petang dan jugak untuk bawak untuk potluck mengaji minggu lepas... nak makan laju jer, tapi nak membuatnya tu yang bercinta sangat. kalau dah vitamin m tu banyak sangat, apa pun rasa tak rajin nak buat kan! tapi demi nak bawak untuk buah tangan g mengaji tu, gagahkan jugak lah... dah siap, sedap dan laju jer mengunyahnya... hihi

resepi inti ni kawan yang kongsikan semasa buat kuih buah peria hari tu... so kak rose guna resepi tu cumanya kurangkan sukatan gulanya... a bit too sweet for me lah. tapi terpulanglah pada citarasa memasing kan..

untuk inti kacang

2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan ni...)
1 caw kelapa parut putih (kak rose suka lebih kelapa, lemak!!)
 
Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering
Dah sejuk ambil inti seberat 10 gram dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk.
 
Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng
 

2 comments:

miss L said...

Dear Kak Rose,

A good day to you. I am a final year student from Sunway University, currently pursuing Bachelor of Science (Hons) Degree in Culinary Management. For my thesis, I am currently conducting a study on the motivation of Malaysian and Singaporean mom bloggers in starting and maintaining a food blog to share local recipes online.

The criteria in choosing my respondents for the interview are that the respondents should be
(a) a mother,
(b) resident of Malaysia or Singapore, residing in Malaysia and Singapore respectively,
(c) still actively engaging with her food blog blogging mainly on local recipes,
(d) and is maintaining her blog with other social media or social networking site(s) on recipes such as Facebook, Twitter, Instagram, Google+ and so on.

I would love to have an interview with you if you have met the criteria.

For any inquiries, you can contact me through this e-mail, 14032437@imail.sunway.edu.my or you may contact my supervisor, Dr. Tan Ai Ling at ailingt@sunway.edu.my.

Thank you for your time and hoping for a favourable response from you.

Best regards,
Tan Suk Leng.

Unknown said...

Salam, nak tanya. Kalau dah buat inti nya. Boleh ke simpan dalam peti ais yg bukan sejuk beku, esok pagi celup dalam batter, goreng? Tak basi ke? Sebab ada ada parut kelapa kan? Haritu Cuba simpan dalam peti ais bukan sejuk beku, tapi dah goreng separuh masuk (dah celup batter), esok paginya nak goreng, jadi liat tepung nya?