Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 8, 2018

Agar2 susu sumi jelly

 semasa beli barang2 dapo kat tesco, terbeli lah sumi jelly ni dua packet... tapi bila dah ade kat rumah tu, tak de sapa pulak yang nak makan. terbiar kat situ... masuk dalam fridge, keluar masuk balik... aih!!! tak boleh jadi ni...tanya cik google, terus tunjuk resepi sumi jelly ni... so moh ler kita buat dia...

 keluarkan isi sumi dan masuk dalam bekas kecik2 cam ni... comel kan..

meh kak rose kongsikan resepi jelly sumi ni. mudah jer buatnya. kak rose cnp resepinya dari blog Buat Wanita, mekasih ya

Bahan-Bahan;

- 1/2 Pack Agar-Agar Bertali
- 1/2 Tin Susu Cair
- 1000 ml Air
- 5 Sudu Gula (Membukit)
 Sumi Jelly

 tak cukup bekas kecik2, terus tuang dalam mangkuk pun boleh!

 Cara-Cara;

1. Masak 500ml air bersama agar-agar sehingga mendidih dan hancur semua
2. Masukkan susu dan gula, kacau sebati dan masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
3. Masukkan baki air 500ml, kacau sebati dan biarkan dahulu dalam periuk.
4. Masukkan sumi jelly kedalam loyang atau bekas mini yang disukai.
5. Tuang agar-agar susu kedalam loyang atau bekas mini tadi.
6. Bila dah sejuk simpan dalam fridge sebelum dimakan.


sedap dinikmati masa sejuk2... yummy!

4 comments:

Kuazue Mohd said...

kita buat tak jadi.. habih hancur lebur sumi nya walau dah di biar suam dulu agar2 yg di masak mula tadi.. nak kena cuba lagi sekali dengan sumi dari jenama lain pula lah lepas ni

aizamia 3 said...

Dah lama tak buat ni, sebelum ni buat ice cream sumi jelly.. agar-agar jelly menarik perhatianlah.. ;)

Kak Rose said...

Kuazue, kak rose ni first time buat, Alhamdulillah x lebur sumi tu.

Kak Rose said...

aizamia, cantik dan sedap pulak tu.. lagi pulak dapat makan bile baru kuor dari fridge. memang nyaman sekali!