Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 5, 2018

Sup ayam berkerim

 Creamu chicken soup kelam kabut kak rose bagi nama... masa kak rose tengah masak ni, tetiba kawan called nak ajak g ziarah kawan yang admitted kat sdmc, sekarang jugak nak pergi katanya! apa lagi kelamkabut lah dibuatnya... kak rose mintak dia bagi 15 minits nak siapkan dinner kami ni... dah melegak terus masuk dalam blender sekejap jer... konon nak bagi halus lah soup tu, tapi ini lah jadinya.. tak smooth dan masih berketul2... lantok lah labuuu... yang makan pun bukan tak dak gg kan... kunyah lah ayam yang tah hancur halus tu... hihi

malam balik dari sepital tu barulah dapat makan, tapi tak lah rajin nak mengalterkan lagi sekali. makan jer lah soup seadanya ni... resepi creamy soup tu kak rose kongsikan kat sini ya.. dulu pernah tepek kat sini, cantik kejadiannya! naik lift tekan sendiri, nampaknya....๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
 Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

No comments: