Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 25, 2022

Iftar #22 ikan bawal tiga rasa

nak rasa lah jugak ikan bawal harga kayangan ni...  semalam dapat lah masak tiga rasa ikan bawal dan digandingkan dengan nasik hangat2 memang ngam sangat lah. tak perlu lauk lain selain sayur petola tu jer. baru lah dapat menikmati sepenuhnya lauk ni. Alhamdulillah. resepi ada kat sini, cuma tukar ikan tu saja.
ikan bawal kayangan nan seekor sebelum dimekapkan... cukup lah untuk kami berdua.
sayur petola goreng dengan ikna bilis pebret kami..
buah semalam...buah betik dan mangga thailand yang sangat manissss leting!
dan menu berbuka kami semalam... tempura 4 ketul, semangkuk homemeade cendol dan buah2.. air nescafe dan nescafe o untuk tuan tanah. lepas maghrib barulah makan nasi. dengan berbuka yang sempoi cenggini, baru lah boleh makan nasi sepuasnya... tu yang buatkan jarum penimbang tak nak gerak turun tu. adusssss!!! 😜😜
 

Friday, April 22, 2022

Iftar#19 kuih lopes pulut


ade sedikit kerajinan semalam untuk mengukus pulut dan buat kuih ni... sebenarnya dah buntu nak sediakan menu untuk berbuka, tapi camner pun kena lah buat jugak kan... untuk nak membeli di param tu rasanya tak kot. risau bila dengar kes2 yang tak sepatutnya berlaku dalam berjualan masa bulan puasa ni kan.. kesian pembeli, dan kak rose belum sanggup untuk terkena lagi... cukup lah dulu sebagai pengajaran kan. so kita buat lah apa yang mampu...
kuih lopes pulut ni mudah je nak buatnya, pernah kongsikan resepinya kat sini dulu... so sapa yang ingin nak cuba tu boleh lah jenguk kat situ ya...
lauk lejen permintaan en asben... timun jepun cicah sambal ikan bilis tumbuk. sapa suka lauk simple macam ni samalah dengan en asben kita. dan untuk kuahnya ada gulai kari ikan leftover pun jadi, katanya. mudah kerja tukang dapo semalam.

untuk tukang masak, gulai ikan leftover dengan telor dadar ala thai pun dah cukup dah. entah bila la agaknya jarum penimbang tu nak cecah angka lima kan?

buah2 yang sentiasa ada untuk berbuka puasa... tak kiralah buah apa pun, semua kak rose suka jer.

Thursday, April 21, 2022

Iftar #18 kuih getas getas

lama dah teringin nak buat dan makan kuih getas2 ni.. nak menyira dia tu yang jadi masaalah sungguh lah buat kak rose ni... sellau je fail bab menyira.. tapi semalam rajin kan diri jugak nak buat untuk menu berbuka... dan ini lah kejadiannya... boleh lah untuk puaskan hati sendiri, tapi kira masih fail jugak lah sbb gula tu tak betul2 berkerak kat kuih tu kan... kalau nak yang betul2 menjadi ikut lah step nya kat sini... mekasih yang kongsikan resepi ya.
buah untuk berbuka semalam... tembikai merah dan mangga yang sangat manissss!
lauk simple kak rose, udang goreng sambal yang tak pedas campur dengan kacan peas dan cauliflower. lauk tambahan gulai daging leftover untuk kuahnya. kalau kak rose cukup dengan lauk dan sayur je, tapi en asben memang nak lauk yang berkuah.. so gulai leftover boleh jadi penyelamat lah.
sayur baby pak choy goreng bodo2.. bahannya cuma sayur, bawang holland, bawang putih dan kiub pati ikan bilis. buh sedikit cili merah untuk kaler... sedap lah pada kami.
baby pak choy dah ready nak kena masuk kuali. nampak sangat fresh kan.
 

Wednesday, April 20, 2022

Iftar #17 Frittata daging

mencuba resepi baru yang tak baru pun sebenarnya... frittata ni guna inti macam karipap, so bila jumpa resepi ni nak lah cuba kan... kebetulan ada belen inti karipap daging dalam freezer tu, so kak rose guna lah untuk inti frittata ni.. sedap lah macam rasa murtabak tapi versi bakar gitu, dan makan dengan sos cili atau pun makan cenggitu jer pun dah sedap lah..
sedang berposing dalam oven.. almost done la tu. memang mengenyangkan. masa berbuka tu makan sebiji pun dah kenyang sangat. banyak makan buah dan minum air pun ya jugak lah. sudahnya ada 2 ketul lag tu entah bila nak makannya... harap tak membazir lah kan.
ready nak masuk dalam oben... kalau tak de paper cup cam ni masuk dalam loyang pun boleh gak
kak rose tambahkan bawang holland potong dadu dan jugak daun sup dalam tu.. kacau bagi sebati dan masukkan dalam paper cup.
inti karipap daging dalam telor yang telah dipukul sedikit dan tambahkan garam sket... terpulang lah kaklau inti tu dah masin so skip lah garam tu ya.. ikut lah tekak memasing.
 

Monday, April 18, 2022

Iftar #15 popia goreng

memula mesti lah makan buah dulu kan... eh, lepas minum air lah... air nescafe o kosong jer buat kak rose... minum suam2, ya Allah nikmatnya selepas seharian berpuasa kan..
dan lepas tu baru lah yang ni pulak.. inti sayur dan udang..
cicah dengan sos cili maggi thai... tapi rasanya kalau buat sos sendiri lagi lah sedap pada kak rose lah.
 
lauk semalam, ikan temenung masak sambal, leftover ikan jenahak masak asam dan sayur petola tumis pebret kak rose .. Alhamdulillah dengan perjalanan puasa kali ini, semua dipermudahkan...

Sunday, April 17, 2022

Iftar #14 tanpa nasi..

buah yang nak mesti kena ada...
kuih cara manis request by en asben... mampu makan 3 biji jer.
yang ni pun request by en asben... mee hoon goreng taruk udang banyak2 katanya...
 

Saturday, April 16, 2022

Iftar #13 baby pak choy pulak...

Alhamdulillah... rasanya macam baru saja kita mula berpuasa, sedar tak sedar dah separuh perjalanan ramadhan kita... dan Alhamdulillah juga masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah siang dan malam2 ramadhan ini. juga masih sedia berkhidmat sebagai tukang dapo untuk sediakan juadah berbuka walaupun cuma seadanya jer.. untk berbuka ada sedikit kuih dan buah2 sudah memadai dan lepas maghrib pulak hidangan makan nasi yang ringkas juga...
udang kecik2 salut dengan tepung bistari dan goreng garing2 krup krap... kalau ada daun kari lagi lah wangi udang ni kan... tapi kak rose tak de tu semua, tak jadi masaalah. kita yang buat dia kan. dan untuk kuahnya ada gulai nenas dan udang leftover, just panaskan je. cukuplah lauk untuk dinner kami.
buah2 yang mesti kena ada semasa berbuka... tak kira lah buah apa pun semua kak rose suka jer.. seedless jambu batu lohan ni walaupun dah manis tapi tetap jugak nak taburkan dengan serbuk asam ni. menambahkan kesedapannya..
homemade karipap inti daging untuk menu berbuka semalam... bermacam2 saiz lah bentuknya dan kak rose memang suka buat karipap yang gemuk2 penuh isi macam ni... sudahnya makan dua biji pun dah kenyang dan bakinya... again masuk dalam fridge jer la. nak makan masa sahur memang tidak lah. sahur cuma makan toast dan nescafe o untuk kak rose dan nescafe untuk en asben.. selamat berpusa untuk hari yang ke 14 buat semua...
 

Friday, April 15, 2022

Iftar #12 nasi goreng je..

ni kali kedua dah kak rose buat nasi goreng dalam bulan puasa ni... bila ada saja nasi berlebih dan tak mo lah nak membazir, buat saja nasi goreng. memudahkan kerja dan sedap pulak tu. tak perlu nak fikir lauk dan sayur apa nak disediakan, semua nya terus masuk sekali dalam nasi tu.. siapppp dah. nasi goreng ni kak rose bubuh kobis, carrot, capsicum hijau, merah dan kuning, banyak2 udang dan telor jugak ikan bilis... satay leftover dan timun jepun dan tomato jadi dayang untuk nasi goreng ni. satay tu just panaskan dalam microwafe without the kuah kacang. suka makan cam tu jer. tapi sudahnya,  tak terhabis jugak nasi goreng ni..
roti jala yang sangat lembut walaupun dah sejuk... berbuka puasa dengan roti jala ni memang sangat mengenyangkan, kak rose cuma mampu makan 4 ketul jer dan bila dah minum air dan buah2 tu memang lah dah rasa kenyang sangat..
kari ayam pekat untuk digandingkan dengan roti jala yang lembut tu.
last stok buah belimbing... dah menghamoiri hujung minggu, stok buah pun dah berkurang.
 

Thursday, April 14, 2022

Iftar #11 apam perlis

apam perlis inti kacang merah untuk menu berbuka petang semalam... mulanya plan nak buat kuih yang savoury tapi kan... last minit rasa nak tukar selera yang manis manis la pulak.. nasib baik lah en asben tak cerewet dengan apa yang tukang masak ni sediakan... so jadilah kuih manis ni untuk berbuka.. kuih ni sangat lah mengenyangkan, so kak rose cuma mampu makan dua biji ni pun dah surrender. banyak minum air dan makan buahtu lah sebabnya.  resepi ada kat sini kalau ada yang nak mencubanya..
buah jambu lohan taburkan dengan asam pak chu ni memang suka sanglah nak makan... gandingkan dengan seedless anggur yang manis ni, tambah pulak dengan asam tu, bertambah lah manis nya...
ikan bakar dengan pes tomyam yang kak rose buat sebelum puasa hari tu.. masa ni tak bako lagi, dah lepas maghrib baru bakokan dia, so memang tak dan lah nak amik gambo dah laa... rasa sangat ngam digadingkan dengan nasik panas2 tu... tapi kena beringat, jangan sampai mengantuk masa solat terawih nanti...😀😀
sayur sawi jepun goreng bodo2 ni pun nak tepek jugak kat sini.. dan ayam goreng bercili leftover jadi penambah lauk semalam. Alhamdulillah dengan rezeki berbuka Ramadhan ke 11... semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus mengerjakan ibadah dibulan mulia ini.. Aamiin
 

Wednesday, April 13, 2022

Iftar #10 pulut serunding gulung

semalam merajinkan diri buat pulut gulung serunding ni. actually cuma masak pulut tu jer sebabnya serunding ikan tu dah buat awal2 dan simpan frozen.. bila nak guna just microwavekan dah ready boleh guna.. so kukus pulut macam biasa dan tabur serunding, gulungkan lah... dah siaaapppp...
ni cara kak rose buat nya... gunakan loyang yang dialas dengan plastik supaya dapat mampatkan pulut tu sama rata. tekan2 bagi padat dan taburkan serunding atas dia.. mampatkan jugak lah..
dan gulungkan... yang ni kak rose guna bamboo mat yang untuk gulung sushi tu, guna yang saiz beso untuk memudahkan kita nak gulungkan dia. sambil gulung tu sambil tekan2 bagi padat, nanti cantik jer bila potong tu. 
dah siap gulung boleh lah potong... tapi kena tunggu bukak posa lah baru boleh makan kan...
semalam kak rose tak masak lauk, cuma panaskan gulai udang nenas leftover yang masih banyak dan buat kerabu apple hijau dengan bite size ayam popcorn ni..bubuh sebiji jer cili api pun dah pedas yak amat buat kak rose... tapi habis jugak lah kami berdua makan... nak resepi, boleh tengok kat sini untuk rujukkan, cumanya kita yang buat dia kan so pepandai nak tambah2 dan adjust lah..kak rose tambah apple hujau dan parutan carrot.
mangga tahi yang sangat manissss dan seedless grapes. Alhamdulillah untuk rezeki berbuka semalam.
 

Tuesday, April 12, 2022

Iftar #9 sayur baby kailan

sekejap jer dah 9 hari kita berpuasa kan.. dan hari ni dah 10 hari yang pertama bulan Ramadhan, semuga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah dibulan mulia ini. Insya Allah... dan menyediakan hidangan berbuka untuk keluarga juga amalan yang baik kan.. so ini lah tugas tukang masak ni.. sediakan menu seadanya untuk kami berbuka. semalam kak rose masak sayur baby kailan dengan sos tiram. mudah dan cepat jer siapnya dan yang penting sedap lah untuk kami.. kalau nak cuba boleh tengok resepinya kat sini..cuma tukarkan sayurnya je lah..
ikan jenahak masak asam... cukup lah lauk simple kami macam ni... sayur dan ikan je.
cucur ikan bilis air panas melegak... rangup diluar dan lembut je dalam dia..
buah yang ada dalam stok... navel orange dan seedless grapes.
 

Monday, April 11, 2022

Iftar #8 kuih buah melaka

haaa... dah keluar kuih wajib dibulan puasa buat kak rose dan keluarga. semalam berbuka dengan anak2, so buat lah dalam 2 cawan tepung pulut... banyak lah pulak kejadiannya, so jawapnya memang tak terhabis lah...tapi tak lah banyak yang berbaki tu, simpan frozen, harap nanti bila panaskan balik masih punya rasa yang sama lah kan.. anak2 pulak g bazar ramadhan beli murtabak katanya, tapi bila dah potong isinya cuma telor dan kulit yang sangat tebal berlipat2... sayang nya orang berjual macam ni kan. kalau nak berjual lama tu buat lah elok2 kan... dah lah berbaris panjang, tapi bila sampai masa nak makan macam 😞😞. tu la sebabnya sula buat sendiri jer walaupun tak semenggah, tapi puas hati kan...
bila berbuka berempat, maka buah pun sepinggan beso lah jawapnya, tapi yang ni pun sampai sahur baru lah habis
sayur semua taruk ni memang boleh habis lah sekali makan tu. pebret semua orang kan..
sepuluh ketul drummet goreng salut tepung bistari ni pun masih berbaki..

kari kepala ikan tenggiri campur terung posing dalam kuali jer... yang ni ikan jer habis, terung memasing tolak tei jer, so sapa yang kena tolong habis kan ni? huhu...