Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 23, 2018

Iftar#6 kuih lopis pulut

Asalamualaikum san salam ramadhan ke 7
seminggu dah kita berpuasa, semuga ibadah kita diterima oleh Nya. Aamiin.

 
 seminggu berpuasa, dah pening tukang masak nak fikir menu apa nak disediakan untuk berbuka... selalunya kalau tanya tukang makan memang jawapnya apa2 saja lah. so apa2 sajalah juga yang tukang masak dapat sediakan... Alhamdulillah, dapat menepati selera tukang makan jugak... dan  menu petang semalam... kuih lopis pulut untuk berbuka.

 buah yang sempat disediakan... tinggal nak ngap jer waktu berbuka. fragrance pear, sour plum dan sedikit seedless anggur hitam... banyak ni pun sampai sahur baru boleh habis!

 ikan bilis goreng dengan ciliapi dan bawang banyak2... tapi cili beso tak de, so gantikan dengan capsicum merah dan ijo... kita yang buat diakan, sesuka lah nak letak apa pun...πŸ˜„πŸ˜„

 ayam goreng bodo bodo pun ade gak..

 sup telor n kentang... yang ni tukang masak sorang jer yang makan. meratah lepas terawih!

siew pak choy dengan sos tiram yang over cooked tapi habis jugak.

No comments: