Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

Saturday, March 26, 2022

Majlis Tahlil di kampung

Alhamdulillah... sampai jugak hajat nak buat majlis tahlil dan yassinan di kampung sebelum menjelang bulan puasa ni dan juga doa selamat untuk nanti nak duduk rumah baru dikampung. walaupun tak dapat buat dirumah macam dulu2, ketua muslimat cadangkan agar dibuat  majlis tu disurau je untuk kaum wanita dan untuk yang lelaki di mesjid pulak pada sebelah malamnya. syukur, semuanya berjalan lancar. laksa johor ni kak rose buat untuk majlis perempuan pada petang tu, untuk yang lelaki adik pulak sediakan nasi jagung, ayam masak merah dan pajeri nenas... tapi sayang sibuk punya pasal, satu gambo pun tak dapat amik... adudu!!!
kuah laksa dengan 7kg ikan selayang ni kak rose buat di kl dan frozenkan, bawak balik tinggal nak panaskan dan tambah santan jer. nasib baik lah dapat beli ikan yang beso2.. sekilo 4 ekor jer, kerja jadi mudah dan cepat kalau dapat ikan yang beso2 gini kan.
40 packs untuk majlis petang tu siap dengan bantuan adik2 dan anak buah yang datang tolong potong segala mak nenek condiments yang renyah tu. sambal belacan pun dia tolong buatkan dan pack sekali... maklumlah kak rose ni tak makan belacan apa lagi nak buat nya la hai...
dah ready untuk dipack bersama kurma ajwa, kuih2 dan air mineral dan bawak ke surau..
tuala mandi pun kak rose sediakan untuk 40 tetamu majlis yassinan tu, tapi sayang tak de gambar masa majlis. kira macam orang baru disitu, malu lah nak amik gambo kan. nasib baik ada adik yang tolong kenalkan dengan derang semua.  20pcs pulak untuk adik2 dan yang datang tolong siapkan semuanya... Alhamdulillah ramai yang bantu dan kerja pun jadi cepat jer siap.
adik sponsor kurma ajwa untuk dipack bersama laksa tadi. air mineral kok lupa nak amik gambonya..
anak buah yang rajin, sponsor kuih2 ni... seri muka pandan, koleh kacang yang sedap dan karipap. anak bujangnya yang tolong goreng... kalau tak itam nanti tak rangup katanya...
tuan tanah sempat bergambo dengan ketua muslimat dan anak buah. sebenarnya kak rose mohon maaf sesangat sebab hampir semua tak berapa kenal dengan yang hadir, maklumlah dah lama sangat tak bercampur dengan diorang semua... apa lagi dengan keadaan sekarang, muka bertutup dengan mask, memang susah lah nak kenal kan. Insya Allah nanti kalau dah dudk kampung muga akan terjalin semula persahabatn dengan jiran2 sekampung. 
 

Saturday, November 28, 2020

Laksa penang sedappp

 Tq Along Rafidah @airtanganrafidah

Allahhuakbar.... laksa ini sangat mengingatkan kak rose pada kawan yang memang dah anggap macam adik, duduk berhadapan rumah masa di subang jaya  dan kami sama2 suka buka pintu rumah untuk bergader2 makan sama2... dan dia punya specialty laksa penang ni lah. untuk jamuan terbuka hari raya kami sama2 buka pintu buat serentak. laksa penang darinya dan dan laksa johor dari kak rose. sungguh itu semua tinggal kenangan... Al-Fatihah buat arwah Emma  dan kini sianak pulak meneruskan legasi arwah dengan laksa sedapnya... memang sangat sedap. rasa sekali pasti nak lagi dengan kuah yang pekat sesedap rasa... so sesapa yang nak merasa laksa sedap ni boleh lah klik link kat atas tu..

semuga murah rezeki Along dengan laksa warisan arwah ni... boleh contact link diatas, delivery guna  apps food panda cod pun ada rasanya.. cubalah sesambil membantu perniagaan anak yang telah kehilangan ayah dan emak tersayang within 6 monts apart... Al-Fatihah buat kedua2 arwah..

 

jangan malu2 untuk nak rasa laksa sedpppp ni... sekali rasa pasti nak ulang2 lagi...

 

Monday, September 3, 2018

Laksam

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... semuga semua ceria disamping keluarga tersayang.  cuti hari jumaat kak rose amik kesempatan buat laksam ni sementelah anak dan en asben pun bercuti... boleh lah makan sama2 kan... memula bila terpandang kat ig kak noor yang sungguh menggoda jiwa dan tekak, memang terasa sangat nak makan laksam ni... lama sungguh tak buat kot? ade beli kat pasar malam kat sini tapi tidak memenuhi rasa tekak jawa ni... nak jugak yang buat sendiri walaupun hanya untuk kami anak beranak... merajinkan diri jugak lah...dan yang bestnya....>>> dapat makan berulang2 😀😀.  jom tengok resepinya..

 Bahan-bahan untuk laksam
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
 
 untuk kuahnya...

bahan kuah:

  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
Bahan ulam

  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum, bawang, bunga kantan (dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau
 
Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Monday, July 2, 2018

Untuk kesekian kalinya...

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin yang sejuk... hujan rahmat mencurah sejak pukul 4 pagi tadi... sejuk nyaman cuaca pagi ni. hati yang berkobar2 nak mulakan berbriskwalk pagi ni terus jer terbantut dek rahmat hujan pagi... ini juga sebenarnya alasan untuk nak bermalasan lagi!... masih dalam mood raya lagi kan?... weekend yang sibuk dengan tetamu beraya dan jugak kenduri yang back to back kena attend, juga jamuan raya jemputan dari kawan2. tu pun yang dekat2 jer dapat penuhi undangan, yang jauh tu mohon maaf lah ya sebab tak dapat hadirkan diri... jalan pun jammed semacam, semua orang nak raya kan... tu lah sebabnya dapo maya kak rose terbiar tak terjenguk!

dan untuk kesekian kalinya buat laksa johor untuk tetamu yang datang mengejut ni... nasib baik ada kuah yang memang kak rose buat awal2 dan frozenkan... so bila ade yang bagi tau ngejut2 cam ni, adalah jugak menu nak hidang kan.. packs of spaghetti dan segala mak nenek dayang2 tu pun kena ready jugak lah... tapi kali ni minus the taugeh dan daun kesum pun tak dek... cuma apa yang ada dalam stok jer, maklumlah tukang beli semua tak de kat rumah...

 kuah laksa yang jadi penyelamat... kalau nak sediakan from scratch memang amik masa buat amatur macam kak rose ni!

 dua packs of spaghetti tengah berposing dalam piok pun nak enter frame!

dan nasib baik jugak stok marina tempura pun ada lagi... just gorengkan dua packs n cicah cili sos pun boleh jadi menu raya kan... laju jer cucu-cucu tu makan. mak pak jer yang makan laksa..

tetamunya....my elder sister dan husband with her extended family, menantu dan cucus... thanks for coming dan bawakkan nangka dan cempedak dari kampung peninggalan arwah mak dan bapak...


Monday, June 25, 2018

Raya: bila kawan nak datang...

 Asalamualaikum san salam pagi isnin... dah 10 hari berhari raya, dan hari sabtu dan ahad adalah hari makan makan raya di rumah sendiri setelah berhari raya dikampung halaman... dan perjalnan dari satu tempat ke destinasi yang lain adalah sangat hazabnya... jem merata tempat. memang banyak masa terbuang diperjalanan untuk memenuhi undangan open house dan juga jemputan kenduri, walaupun lewat, mampu jugak sampai kedestinasinya... dan bila ada kawan nak datang berkunjung, sebolehnya sediakan jugak menu yang sangat dinantikan ni... siap pesan nak laksa johor, katanya... so kak rose siapkan mana yang termampu jer, dan derang pun memang terlewat sampainya.... jenuh menunggu. lepas makan kami sama2 gerak kerumah kawan yang lain pulak..

 laksa johor seadanya... Alhamdulillah dapat jamu kawan yang sangat nak makan laksa johor dari air tangan kak rose...sedap ke idok tu lain kira lah ya... hihi.  siap tapau dan bawak berhari raya kat rumah kawan yang sama buat open housenya pada hari yang sama...

 bersama-sama dayang pengiring... timun, togeh, limau kasturi, kacang panjang, bawang, sambail cili dan daun kesum yang tak dapat enter frame.
 only tiga jenis cookies yang kak rose buat, tart nenas kerang, famous amos cookies dan mocha crunchy... walaupun sikit jer, tapi memang tak termakan masa raya cam ni... kacang kuda rebus tu pulak yang sangat laku... siap mintak tapau pulak tu!

bekas sudu garfu yang antik 😜😜 memang tak kuasa nak mencari barang yang masih banyak dalam kotak sejak berpindah tahun lepas tu... ada jugak gunanya mug free dari nescafe tu kan...lol!

Sunday, April 15, 2018

Laksa johor

 bila lamaaaaa tak buat laksa johor pebret ni, haruslah merajinkan diri menyinsing lengan kat dapo nak melayan tekak yang mengada nak makan laksa johor... boleh jer beli, merata ada jual tapi kan tak sama macam yang kita buat sendiri kan... nak layan tekak, mestilah yang menepati citarasa kita sendiri kan.. dan gamba spaghetti yang kak rose guna, tak se san remo, spaghetti cap ayam pun boleh jugak lah... asal namanya spaghetti kan...

 sepinggan beso ni pun masih nak berulang menambah... tu lah untungnya masak sendiri... bolah makan berulang2 sampai jermu!

 the dayangs.... tang part ini lah yang paling malas nak sediakan... nampak renyah sangat kan... tapi kalau tak cukup dayang2 ni tak cukup lah untuk nak menepati anak tekak ni..kacang panjang. sambal cili,asam limau, taugeh. timun, bawang dan saun kesum yang diracik halusss...

complete dah dengan kuah yang super duper sedap bagi kami sekeluarga, spaghetti dah siap rebus, moh ler kita duduk meghadap dan makan lah sampai puassss

Saturday, December 23, 2017

Laksa johor untuk Emma

 Buat laksa johor untuk majlis tahlil dirumah kawan pada minggu lepas... dua hari berturut2 kak rose  memasak untuk kawan in this trying time... memasak dirumah kak rose dan petang nya bawa ke subang untuk sama2 bertahlil dirumahnya.. semuga Emma sabar dan tabah dengan pemergian suami tercinta. Inalilahiwainailaihirojiun dan Al-Fatihah.... untuk tahlil hari kedua, kak rose masak nasi dengan lauk2 untuk seratus orang dan dibantu oleh dua orang kawan yang sama2 volunteer dari segi kewangan, tenaga dan masa... terima kasih Ezam dan ibu Pah yang sanggup datang dari jauh.

 laksa johor untuk hari ke tiga tahlil, walaupun renyah menyediakannya tapi tukang masak akan sangat berpuas hati bila masakannya habis dan disukai ramai... malahan hingga tak cukup pulak!


spaghetti yang almost done... masih berposing dalam periuk.

kuah untuk laksa johor yang pekat lemak kaw kaw!

dan juga seperiuk besar bubur kacang...

Sunday, September 24, 2017

Bila mak mak nak bergader2

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu... untuk kawan2 yang berkerja, hari minggu pastinya diperuntukkan untuk melayan keluarga dan juga kawan2... kak rose pun ade permintaan dari kawan2 yang nak buat gader2 dan makan makan lah yang pastinya... dan ni kisah hujung minggu lepas... bila mak mak nak bergader2... dan laksa johor yang sangat dinantikan kawan2 semua... kak rose ni bukan lah rajin sangat nak buatnya, tapi nak memenuhi permintaan kawan2, dengan happynya dapat sediakan laksa johor ni.. dan tukang masak akan sangat happy bila kawan kawan yang datang makan dengan seleranya... Alhamdulillah...ada baki boleh tapau boleh bekal bawak balik...

 kak rose cuma sediakan laksa johor dan juga agar2 bodo2 yang terlupa langsung nak amik gambo. dan kawan2 yang datang bawak macam kuih pun kak rose tak sempat nak snap... ade donut, sagu gula melaka jugak kuih badak berendam dan kuih talam berlauk yang sedapppp... mekasih semua.

 laksa johor kak rose yang tak de daun kesum sebagai dayang pengiringnya... tapi kak rose lebih suka kalau daun kesum tu terus masuk sekali dalam kuah tu... lagi umphhh lah pada tekak kak rose ni... tapi lain orang lain citarasa kan... so terpulanglah pada tekak memasing..

dayang pengiring yang paling kurang rajin nak sediakan... buang ekor taugeh dan juga nak potong timun yang bulat2 tu... sangat memakan masa buat orang amatur macam kak rose yang tak pandai2 ni. hishhhhh!

Friday, August 11, 2017

Hari Jumaat dan laksa johor

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari...tapi kak rose nak tepek kisah hari jumaat minggu lepas... kak rose jadi tuan rumah untuk weekly gathering muslimat kat sini untuk bacaan surah Al-Kahfi dipagi hari tu... majlis stat pukul 9 pagi, jadi kak rose kenalah siapkan awal2 semua ni... malam sebelum tu kak rose dah siapkan kuah untuk laksa johor ni.. maklumlah renyah buatnya dan kak rose memang tak de assistant, so kena lah buat pelan2... yang penting siap sebelum tetamu datangkan..

 dan malam tu jugak kak rose siapkan potong segala mak nenek ulam2 ni... timun tu yang amik masa nak buatnya, maklumlah amatur, jadilah asal cantik dimata kak rose... togeh pun nak kena buang ekor dia, nampak cantik bila togeh tu dah tak de ekor kan.. kacang panjang, limau dan bawang pun nak kena potong jugak... daun kesum lupa nak potong daaaa, berbahagialah dia tersimpan dalam fridge... hihi....sambal dan rebus spaghetti jer yang kak rose buat pagi hari tu.. juga siapkan minuman sejuk dan panas...

 emapt kilo ikan selayang yang gemuk2 dan sekilo kelapa parut untuk kuah ni... kak rose lebih suka beli kelapa dan perah sendiri instead of beli santan... rasa macam santan fresh kalau dapat perah sendiri tu, walaupun kelapa pun frozen sbb dah beli awal2... hihi. Alhamdulillah tetamu kak rose suka dengan laksa johor yang kak rose masak ni... habis sepiuk beso kuah ni... ada sedikit berbaki untuk tuan tanah anak beranak makan untuk dinner... tukang masak pun sangat happy bila hidangan abes, senang nak berkemas pun ya jugak..

 sebahagian muslimat yang hadir kat rumah kak rose... terima kasih semua, kehadiran yang sangat ramai untuk majils seperti ini...

 kak rose cuma siapkan laksa johor ni jer dan muslimat yang datang semuanya dengan buah tangan, bermacam2 kuih ada sampai tak muat meja... tapi sayang kak rose tak sempat nak amik gambo... tun tanah bz siapkan hidangan! hihi

dah akhirnya....masa untuk berkemas... nasib baik ada yang rajin tolong kak rose basuh pinggan yang penuh meja ni... mekasih kawan2...

Tuesday, December 29, 2015

Laksa johor

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua.... ramai yang masih bercuti2 mesia atau sedang sibuk dengan urusan seharian... yang anak2 akan bersekolah pastinya lagi sibuk dengan urusan persekolahan anak2 kan.... semuga semuanya berjalan lancar.... walaupun keadaan tersangat lah mencabar buat masa ini, kehidupan mesti diteruskan dengan harapan ada jalan penyelesaian yang memudahkan segalanya, Insya Allah.

 ari ni ak rose nak kongsikan menu yang kak rose masak2 sebelum bercuti tempoh hari.... kalau dah kemaruk nak makan, biar pun bahan ulam2 tak berapa nak cukup, asalkan kuahnya cukup ramuan itu sudah memadai untuk menghilangkan kemaruk tu.... buruk benar selera nak makan ni kan? hishhh!!!  kak rose kongsikan sekali lagi resepi kuahnya kat sini ya... mekasih Azie.

Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
 
Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
 
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
 
Ulam ulam:
Timun (kak rose x de stok)
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
 
 

Monday, October 26, 2015

Laksam

 Asalamaualikum dan salam pagi isnin.... semuga kita semua dalam lindungan Allah yang maha pengasih dan masih diberi peluang untuk menyediakan juadah untuk hidangan keluarga.... laksam ni kak rose buat hari sabtu lepas...memang terasa sangat nak makan selepas beli masa bulan puasa tu tapi tak dapat makan sebab dah basi sewaktu nak jamah masa berbuka... lepas tu memang rasa jeran nak beli... apa pun yang terbaik adalah sediakan sendiri je... so ini lah dia....

Bahan-bahan untuk laksam

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
 kuah laksam in the making.... berposing atas dapoq

bahan kuah:

  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

 ulam2... asam limau terlupa nak enter frame lak....

Bahan ulam

  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau
Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

baru puas ... berulang-ulang makan!