Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 23, 2017

Brokoli bawang putih

 uishhhh... lama rasanya tak buat sayur brokoli bawang putih ni.. so bila ada terbeli brokoli, moh ler kita buat sayur febret dan mudah nak sediakan ni. sedap lah tu, meratah gitu jer pun sedap... buat kak rose ler tu... semangkuk ni sekejap jer habis meratah. jom check resepi mudahnya...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 

Monday, May 22, 2017

Serunding kelapa berdaging

 Bila beli daging kisar sampai 4 packet, maka macam2 lah yang boleh dibuat kan... dan antara yang sempat kak rose buat serunding ni lah... ada jugak buat inti karipap... boleh buat karipap frozen untuk persediaan bulan puasa nanti... tapi inti saja yang dah siap, karipap nya entah bila nak buatnya...
jom kak rose kongsikan resepi serunding yang kak rose amik dari blog CMG ni..

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan kelapa parut putih , pilih kelapa sedikit muda
200 g daging kisar
2 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
3/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm lengkuas*
1/2 cm halia*
3 batang serai, dihiris*(*dikisar bersama 1 cawan pati santan tadi)

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga terbit minyak dan wangi. Tambah sedikit garam dan gula (gula kena lebih sikit anggaran 2 camca besar). Kacau rata dan masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu.
  2. Kacau rata daging dan masak hingga lembut. Tambah kelapa parut dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga serunding kering tapi masih lembap. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak sebentar lagi.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ketupat atau apa2 saja yang diingini....

Sunday, May 21, 2017

Jom makan buah

Asalamamualaikum dan salam hari minggu
hari ni kita makan buah jer ya...
 
 
 green n red apple+serbuk asam pak chu 916 (eh! macam emas lak kan?)

 
 mangga putik yang lemak rangup, tak masam pun+asam kulit limau

golden pear+asam kulit limau... sedap!

Saturday, May 20, 2017

Kuih ku kaler maler

 ternampak kat blog MTQ Creations kuih ku yang cantik kalerful ni terus lah teringin nak mencubanya... dan yang penting tanga mtq camner nak bentukkan kuih ku tu jadi cantik dan sekata jer bentuknya... rahsianya ialah benda yang diguna untuk membentuk agar jadi macam berjalur tu... dan dengan gigihnya g chekers beli buah yang ada pembalut polisterin warna merah tu... tapi biasalah, keras tangan kak rose ni memang tak berseni... itulah kejadian bentuk kuih ku yang kak rose buat... tq mtq, ajar kak rose nak buat kuih ni....

 dah bancuh tepung pulut tu, buat bulat2 kecik2 -+20gm sebiji...

 inti pulak -+10gm sebiji..

Sediakan inti dahulu..
2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan ni...)
1 caw kelapa parut putih
Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering
Dah sejuk ambil inti seberat 10 gram dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk sementara nak siapkan doh pula
Bahan Doh..
500 gm tepung pulut
1 caw santan
2 sb gula
1sk garam
air secukupnya
Cara..
Ayak tepung pulut kedalam mangkok
Satukan santan..garam dan gula serta kacau hingga gula larut.
Tuangkan santan kedalam tepung..gaul rata sambil masukkan air sediki2 hingga jadi doh yg lembut
Ambil doh seberat 20gm ..bulat2kan,Buat sampai habis

Friday, May 19, 2017

Jom ulangkaji

Asalamualaikum dan salam jumaat..
perkongsian dari FB, kak rose share kat sini pulak buat peringatan terutamanya untuk diri sendiri yg selalu lupa.
Aku mohon keampunanMU, aku mohon rahmatMu, aku mohon keredhaanMu, ya Allah.

 
dan berilah hisabku ditangan kanan, Ya Allah.

Thursday, May 18, 2017

Sambal tumis ikan bilis

sambal tumis ikan bilis yang tak payah goreng macam ni memang kegemaran en. asben... since dia suka nak makan, maka tukang masak pun rajin lah nak membuatnya... tapi tukang masak ni memang allergic sangat to ikan bilis, jadinya buat pun sikit jer, cukuplah untuk dua kali hidang... maklumlah sorang jer yang nak makan... kak rose punya sambal tak de ikan bilis tapi tambah bawang besar banyak2 dan kurang pedas... barulah boleh menikmatinya dengan aman! jom cekitout resepi sambal tumis ni..

Bahan-bahan
 
1 cawan ikan bilis
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 kiub pati ikan bilis
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ikan bilis.
Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Tuesday, May 16, 2017

Kuih sagu kukus

 lama teringin nak makan kuih sagu kukus ni... ari tu buat tapi makan dengan santan macam sagu gula melaka tu... kali ni makan gaul dengan kelapa pulak... orang panggil kuih bronok, tapi pada kak rose ianya adalah kuih sagu... cuma masak nya kali ni ditambah dengan mengukusnya... tambah cantik kejadiannya, tanpa ada biji putih sagu yang kelihatan..

 jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Mamakastam@Myr... mudah dan murah belanja kuih ni. boleh buat untuk bukak puasa nanti..

Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - (kak rose guna 2 3/4 cawan air jer)
  • 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
 Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (kak rose guna acuan kecik2 comel ni)
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
makan sejuk2 dan gaul dengan kelapa parut putih memang nyaman sehhhh

Monday, May 15, 2017

Nasi goreng daging

 Asalamualaikum dan salam buat semua...hari cuti dan hari bekerja sama jer buat kita yang sahm ni kan...  dapo kena sentiasa beroperasi... apa kata masak yang simple2 jer macam kak rose ni. tapi jangan selalu ikut cam kak rose yang sangat tak rajin nak memasak ni ya, sesekali tu boleh lah kan... nasi goreng daging ni kiranya balance jugak sbb dah ade segala lauk dan sayur mayur dalam tu.... makan pulak dengan kopok leko jugak kopok kering dari nganu tu, memang ngam sangat. jom buat nasi goreng daging ni...

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot capsicum hijau n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Sunday, May 14, 2017

The progress of monitor yang sakit...

 the progress of my desktop's monitor yang sakit, macam kena heart attack... terus tak dapat nak diselamatkan! memula tu tak perasan pun, sbb sambil duk kat pc sambil layan tab ditangan... jadi mata tak la perasan yang monitor ni dah jadi berpelangi tu... tapi radio yang kak rose on kan tu masih elok tak stop or hang... cuba nak selamatkan dengan tekan escape berkali2... end up macam ni lah jadinya... bertukar2 kaler dan terus jammed. tapi cpu masih berfungsi elok, cuma display jer tak dek. camner nak operate kan... ada kawan2 yang pernah mengalami keadaan camni tak?

whatapps kat en. asben... dan rasanya itulah pertama kali dia balik awal dari office sbb monitor kak rose yang rosak ni. dia memang tak boleh nak dengar barang2 komputer rosak, agaknya boleh la buat alasan cam ni selalu, tak la asik malam jer baru sampai rumah kan... hihi.  sampai jer rumah terus dia amik monitor spare yang ada dan pasangkan kat pc kak rose ni... walaupun ada sedikit defect, tapi ok la masih boleh guna kan..

 bertukar warna...

 terus tak de jalur pelangi dah!

 lepas dah puas tekan escape button, kuor pulak pelangi biru nih.

 pas tu blur, blurr, blurrr dan terus golappp

tekan escape button lagi... end up kaler dan jalur ni je yang timbul dan terus gone case! Inalilah... lepas 9 tahun berkhidmat untuk kak rose.

monitor penyelamat pc kak rose...acer zaman tok kadok, nasib baik ada spare kat rumah, guna je la for time being kan...

Dusun buah ku...

Asalamualaikum dan selamat pagi kengkawan... semuga sentiasa dalam lindungan Allah jua... sarapan apa agaknya pagi ni ya... kak rose biasalah dengan toast n jem jer. orang tak rajin macam kak rose memang nak sediakan yang mudah dan cepat jer dapat dinikmatinya...

dan hari ni nak buat tayangan amal buah yang kak rose beli masa hari cuti wesak hari tu... lama tak tepek buah dari dusun kan... selalu beli terus ngap jer... masa duduk kat Penang dulu setiap minggu mesti g dusun kak rose kat Rope Walk tu kan.. segala macam buah ada jual kat situ, fresh dan harga pun agak murah jugak lah... bila dah pindah shah alam ni, kebun buah kak rose cuma kat Chekers dan Aeon atau pun Tesco jer... tapi kadang2 susah nak dapat yang fresh macam kat rope walk tu! ishhhh!!! kalau nak fresh sangat, kena lah tanam sendiri... barulah betul buah dari dusun kan?

Saturday, May 13, 2017

Cucur nasi ikan bilis

kalau dah namanya cucur aka cekodok, apa pun isinya memang jadi pojaaan kak rose lah... tak pernah jemu dengan cekodok... silih berganti isi dan bahan jer... tapi nama tetap jugak cekodok kan... dan kali ni nasi belen pulak jadi bahan utamanya... daripada membazir, baik lah kita buatkan dia jadi menu yang vogue untuk minum petang... orang kampung cam kak rose, dapat makan cekodok pun dah rasa vogue, gitu!

resepi asal dari CMG, kak rose kongsikan kat sini pulak ya... mana tahu nanti boleh memberi inspirasi untuk jadi menu juadah bukak puasa pulak kan... jom cekidout resepinya.. kak rose buat separuh je dari adunan ni untuk kami tiga beranak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Friday, May 12, 2017

Majlis Khafi dan khatam Quran

 Asalamualaikum dan salam Nisfu Syaaban... kepada yang berpuasa, muga dipermudahkan urusan berpuasa sehingga waktu berbuka nanti... ni kisah hari jumaat lepas, grup mengaji kak rose mengadakan majlis khatam Quran buat kawan2 ni selepas mengaji Al-Khafi pada awalnya..  tahniah buat kakak, adik dan anak kecik yang khatam pada pagi tu... kak rose baru separuh jalan untuk musim kali ni dan harap boleh khatam sebelum menjelang Ramadhan nanti, Insya Allah...

 sebelum majlis bermula, amik berkat tumpang sekaki amik gambo dengan yang akan khatam bersama dengan puan guru mengaji.

 getting ready sambil tunggu adik yang kecik tu terlambat la pulak nak sampainya...

 masing2 dengan gayanya..

 cucu ustazah pun sama datang meraikan ...

 akhir majlis, buah tangan dari yang khatam Quran... pulut kuning dengan rendang ayam yang sedap dan bunga telo. mekasih ya.

chocolate chips muffin, buah tangan dari tuan tanah untuk majlis tu....

Thursday, May 11, 2017

Ikan siakap tiga rasa

 lauk favorite ever n ever... kalau beli ikan siakap ini lah menu yang terbayang dikepala... actually kak rose suka jugak kalau dikukus tu... tapi tukang makan dalam rumah ni prefer yang macam ni, so tukang masak ikutkan je la... dan tukang masak akan sangat suka hati kalau masakkannya tu habis dinikmati ahli keluarga... serupa dengan ikan ni... untuk anak bujang dan sorang kawannya, sudahnya tinggal tulang, kepala dan ekor jer... Alhamdulillah, happy sangat tukang masak ni.

resepinya...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram


Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi

Wednesday, May 10, 2017

Tuesday, May 9, 2017

My kuali....

bukak my kuali pagi ni tengok total page views tu macam cantik jer 6655666... walaupun hidup segan mati tak mau dengan entry yang merapu meraban ada jugak orang nak singgah rumah maya kak rose ni kan... terima kasih pada semua yang terus berikan sokongan dan terima kasih jugak pada sifu masak2 yang banyak kak rose panjangkan resepinya kat my kuali ni... semuga terus diberikan kesempatan dan kerajinan nak mengupdate rumah maya kesayangan kak rose ni.... Aamiin.

Masal lemak ciliapi udang dengan nenas


Bahan-bahan :

1 biji buah nenas
1 mangkuk udang besar (dalam 10 ekor)
 3 cawan santan – boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan ditumbuk lumat :

5 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah ya
2 cm kunyit hidup


Cara memasak:

Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras,
dipotong kecil, rebus dan toskan airnya.
Bersihkan udang dan ketepikan dulu.
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke
dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Masukkan udang.
Bila udang dan nenas dah masak ditutup api dapur. perasakan garam dan gulanya.
Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

 dan ikan sepat masin+ gulai lomak udang dan nenas ni yang buatkan kak rose makan nasi bertambah2 tanpa rasa bersalah walaupun dah beberapa hari tak berlenggang brisk walk... aduiiiii!!!!

Monday, May 8, 2017

Kuih badak berendam

 Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria... cuaca yang elok pagi ni harapnya akan sampai kepetang...  dan pada yang berpuasa, semuga dipermudahkan hingga ke waktu berbuka, Insya Allah. dan kalau pening apa juadah nak sediakan untuk waktu berbuka nanti, mungkin boleh cuba buat kuih badak berendam ni... buatnya mudah dan cepat jer boleh disediakan.. sedap pulak tu, pada tekak kak rose la.. lain orang lain citarasakan.... kalau suka buat kecik2 pun cantik jugak, tapi dah namanya badak dan kak rose nak cepat jer makan jadilah saiz pun macam badak jugak... hihi... makan 2 3 biji pun dah boleh kenyang!

resepinya kak rose cnp dari blog Azie, mekasih ya..

Badak Berendam Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka
 
Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.
 
Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
 
Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan.
 Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah.  

Sunday, May 7, 2017

Sedap rupanya...

sedap rupanya kuih sagu kukus makan dengan santan instead of kelapa macam kebiasaannya.

so.... next time rasanya tak perlu nak masak gula melaka kalau nak makan kuih sagu cenggini kan! makan sejuk2 memang nyaman sangat... boleh buat lagi bulan puasa nanti...

Saturday, May 6, 2017

Fluffy pancake

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat kawan2 semua.... hidangan sarapan apa pagi ni agaknya ya? fluffy pancake ni kak rose buat minggu lepas masa cuti labour day tu... sementelah anak beranak ada kat rumah, boleh la buat bekpes yang lain sikit kan.... kalau tidak, hari2 asik toast jer... itu yang paling mudah nak sediakan dalam waktu yang singkatkan. apa punya malas tukang masak ni kan!

 so... meh la rajinkan diri buat pancake ni.... resepi nya kak rose kongsikan kat sini ya.. mekasih Nor SecubitGaram, blog yang sudah lama rindukan tuannya tu...

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar (kak rose guna apple vinegar)
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side. 

sedapnya... nikmati fluffy pancake masa hangat2 ni dengan butter n strawberry jam bersama secawan nescafe. Alhamdulillah dengan rezekinya.