Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 29, 2017

Majlis Tahlil di kampung

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, juga jumaat terakhir ditahun 2017.. cuti sekolah yang akan berakhir dan ramai juga yang bercuti dihujung tahun ni, kami adik beradik amik peluang untuk berkumpul dan mengadakan kenduri tahlil dan yasinan buat arwah mak yang meninggalkan kami dah hampir tiga bulan. Al-Fatihah... semuga roh mak ditempatkan bersama2 orang yang beriman... kami buat pada petang selepas solat jumaat untuk kaum ibu dengan jamuan rengan dan sedikit kuih muih... kak rose sediakan laksa johor dan kakak dan adik2 yang lain sediakan lontong dan bermacam kuih dan minuman... untuk kaum bapa dibuat sebelah malamnya dengan jamuan 8 hidang nasi ambeng... tapi bila dah sibuk, satu gambo pun tak tersnap! lauk yang kami sediakan untuk nasi ambeng tu ayam masak merah, sambal goreng jawa, mee goreng, sayur campur dan jugak ikan masin bulu ayam goreng... typical ambeng jawa, gitu!

 laksa johor dengan segala mak nenek ulam2nya... daun kesum jauh dalam bekas bertutup pulak!

 kuah laksa johor.... lima kilo ikan selayang yang gemuks2... baru puas makan dengan kuah yang banyak, pekat dan lemak kaw kaw!

set lontong - nasik impit, ayam goreng dan jugak sambal tumis udang...

 kuah lodeh... amik gambo ni masa baru nak stat masak...

 kuih muih... karipap kkl (300 biji order dari mak cik, dia tulis kkl, ingatkan apa?... rupanya inti keledek 😀😀😀) keladi goreng cicah sambal kicap yang sangat laris, lepat pisang, onde2 buah melaka, kek buah kukus pemberian dari cousin. terima kasih ya. kuih koci labu tak ter enter frame lak!

80 packs kicap dan sos jalen antara isi dalam goodies bag untuk para tetamu.... terima kasih buat semua yang sudi datang untuk sama2 bertahlil dan sedekahkan bacaan yassin untuk arwah mak. juga buat kawan2 mak dikampung yang datang menolong dan rewang untuk sediakan nasi ambeng untuk malam tu... terima kasih sangat2 buat semua.

No comments: