Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 31, 2019

Iftar#24 sambal bilis tempe

Asalamualaikum dan Alhamdulillah...
Salam Jumaat penghulu segala hari

 Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk beribadah dibulan yang penuh keberkatan ini... walaupun sangat berharap untuk dapat memperbanyakkan amalan dibulan ini tapi sebagai tukang masak kena jugak masuk dapo kan... dan semalam kak rose buat sambal tempe ikan bilis ni.. dan yang paling penting tak pedas lah. just gorengkan ikan bilis dan tempe hingga garing dan masuk dalam sambal tumis.. masih rangup walaupun kak rose makan lepas terawih. heaven sangat bila digandingkan dengan nasi hangat2..πŸ˜‹πŸ˜‹

 untuk berbuka, tukang masak sediakan yang mudah2 dan boleh disediakan awal2.. tengahari kak rose buat bubur som som ni dan sejukkan, sedap dinikmati sejuk2 masa berbuka.. en asben ade beli kuih cucur badak, anika jelly dan bubur candil dicafe SK, tapi katanya mama masak lagi sedap 😁😁... so macam membazir lak kan.. a lesson learnt, not to buy kuih2 diluar sana..

ikan jeket belah belakang goreng isi sambal kelapa. kak rose gorengkan petang tu dan terus bungkus dengan foil ni, masa makan lepas terawih tu masih terasa hangatnya.. sedap n juicy gitu!

 dan buah mangga yang en asben bawak balik dari kampung hari tu dah masak semuanya.. so hari2 makan lah buah ni. potong sebiji pun penuh satu pinggan beso ni..

ha... tu dia, dekat sekilo sebiji buah mangga ni. abaikan lah penimbang antik akk rose tu ya. puas makan! mekasih mok.

Thursday, May 30, 2019

Iftar#23 murtabak segera

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 25...

 Ramadhan semakin menghampiri ke hujungnya, dan semuga amalan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini akan diterima olehNya... Aamiin. dan menyediakan juadah berbuka juga adalah satu kemestian.. sebulan penuh kak rose masak, yang sangat jarang kak rose buat pada hari2 biasa.. seminggu sekali pun kurang rajin nak masuk dapo. bulan puasa ni kenalah rajinkan diri, sbb nak makan kan??? param? kalau boleh memang nak elakkan...

 dan semalam baru nak gagahkan diri buat cookies, so masak pun seadanya jer lah.. inti murtabak tu kak rose dah siapkan awal paginya, so petang tinggal nak add in yang lain dan gorengakan.. makan sekeping kecik tu pun tak leh nak abes... tapi buah mangga yang manis ni memang makan banyak lah. dan yang paling penting, minum air teh o suam kurang manis tu banyak2.. g terawih bawak bekal air kosong, minum in between solat, pun habis gak sebotol tu..

 lauk simple ikan kembung masak asam tumis... buat sikit cam ni pun tak terhabis anak beranak makan...
yang ni pulak kak rose gorengkan selepas balik dari terawih, so makan panas dengan naik hangat2 memang ngam sangat. ni dah kali kedua kak rose buat masa puasa ni. sedaplah pada kami anak beranak.. kak rose pilih cili hijau yang muda, so tak pedas lah... tu yang boleh makan baaaaaanyak! πŸ˜‹πŸ˜‹

Wednesday, May 29, 2019

Biskut nestum rangup

My first cookies untuk raya kali ini.. resepi dari fb. terima kasih yang sudi kongsikan..


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum kisar
1 cawan nestum kasar
2sb susu tepung
Digaul rata dalam mangkuk

Bahan B
1 cawan butter
1/2 cawan susu pekat
1st esen vanilla
1st pewarna kuning
1 biji kuning telur

Hiasan
Nestum untuk salut doh
Ceri untuk hiasan dipotong kecik2

 
Cara2
# Satukan bahan A dan bahan B hingga jd doh yang boleh dbentuk,kalau keras tambah butter cikit2,klu lembut tambah tepung.pandai2 la ejes ya..
# Bulat2kan sebesar duit 50sen dan salut dengan nestum.Golek2 hingga seluruh doh disaluti nestum.Hias dengan ceri diatasnya.
# panaskan oven guna api atas bawah 170'c selama 5minit dan turunkan suhu 160'c apabila dh mula membakar biskut.Saya pasang kipas oven supaya masak rata.Kalau oven xde kipas x pe guna api ats bawah jer.
# Bakar biskut selama 20- 25minit atau hingga keperangan warna biskut.Sejukkan atas redai.
# Masuklah dalm balang kedap udara apabila biskut dah sejuk...
# Adunan ni boleh menghasilkan 45 - 50 biji biskut,ikut bentuk doh ler yea...

# Susu pekat tu boleh ganti 1/2 cawan gula kisar @ castor kalau x suka susu
# serbuk penaik saya x guna sebab kuning telur pn dah cukup tuk kembangkan adunan.

Iftar #22 tang yuan

Asalamualaikum dan selamat berpuasa semua..

 semakin banyak hari berpuasa, semakin tukang masak ni tak de idea nak masak apa dah... nak membeli something di param tu macam tak menepati citarasa tekak ni... so masak jer lah apa yang ada... buat tang yuan ni atas permintaan en asben yang nak makan.. simple dan tak muak lah. tapi yang nak gentel2 tu lah yang amik masa bersauna didapo... dah siap terus masakkan air gula, dammm dalam tu dan sejukkan.. sedap dinikmati sejuk2..

 sayur cendawan berempah cajun yang lama tak buat...

 masak lemak ciliapi daging dengan ubi kentang. dilawankan denagn ikan masin memang ngam lah buat kak rose.. boleh bertambah nasik walaupun makan dah lewat.

lepas balik dari kampung memang tak g membeli lagi... so buah pun dengan mana yang ada stok dalam fridge jer. kebetulan anggur hijau dan hitam ni beli memang banyak... so abeskan yang ni dulu lah baru beli yang lain.. x baik membazir kan..


Tuesday, May 28, 2019

Iftar#20 munjung di kampung

 Alhamdulillah... dapat meneruskan tradisi yang arwah emak dan bapa buat masa hayatnya... munjung juadah berbuka kepada jiran2 dan saudara mara kat kampung. walaupun sekarang tak de sapa dah yang tinggal di rumah kampung peninggalan arwah, tapi kami adik beradik berkumpul dirumah adik dan sediakan semuanya untuk munjng tu... 30 packs nasi ayam berempah bersama dengan dayang2nya.

 seawal pagi kak rose bertolah dari shah alam terus kerumah adik dan sambung masak2 pulak... selesai semua lebih kurang jam tiga petang. terus bahagikan tugas drebar ke destinasi memasing. denagn lima buah kereta kami gerak serentak... kak rose pilih untuk ke kampung dan adik2 dan abang pulak untuk saudara mara yang berada dimerata kampung..

 nasik ayam seperiuk beso.. adik ipar yang tukang masak ni... dan dia memang tukang masak masa kenduri kendara kat kampung rumah mak dulu...

 sebahagian ayam berempah yang masih menunggu giliran untuk masuk kuali..

 yang ni bahagian kak rose, masak cili sos dan siap packing untuk nasi ayam tu..

 lepas tu pack goodies pulak.. tempeyek, air kotak, sepeket memasing gula dan tepung..

 yang ni untuk satu drebar hantar ke berbagai destinasi... asingkan siap2 supaya senang drebar nak singgah yang mana dulu kan...

 kain batik yang kak rose beli untuk goodies bag makcik2 adik arwah mak dan bapa...

 dan tahun ni kak rose berdua jer dengan en asben menghantar punjungan ker rumah2 dikampung... sianak kena jadi derebar pak long nya untuk kerumah sedara mara yang berada dimerata kampung.. ni rumah pertama yang kak rose singgah..Alhamdulillah.. dipermudahkan bila semua yang kak rose kunjungi ada orang dirumah...

 dan balik rumah, dah hampir masa berbuka... air sedap macam2 ade taruh oleh anak buah yang kat kampung.. kak rose cuma beli 5 kotak large pan pizza dan juga satu jug beso air tebu pure punya untuk berbuka.  balik rumah baru masukkan ice. kak rose tak pernak minum air sejuk masa berbuka pun laju jer dengan air ni semua. dan adik2 memasing balik munjung dengan bermacam2 kuih dan air jugak... air kelapa, air khatira tapi kak rose tetap juga dengan teh o nya dan lepas tu baru minum air sejuk..

esok paginya sebelum gerak balik semula ke shah alam... tempat abadi arwah emak bapa ni yang pasti dikunjungi... bersihkan, sental semua dinding, cabut rumput dikelilingnya dan nampak bersihlah rumah abadi mak bapa. doa yang tak pernah putus dari kami semua, semuag tenang disana.... Al-Fatihah.

Monday, May 27, 2019

Iftar#19 bila hati dah dikampung...

Asalamualaikum dan semuga kita terus diberikan rezeki untuk meneruskan ibadah di bulan Ramadhan ini... Insya Allah.

 ya, bila hati dah dikampung, kami berbuka pun seadanya jer... setiap kali bulan puasa kami akan berkumpul semua untuk berbuka bersama.. tapi yang pasti dah dua kali berpuasa tanpa emak dan bapak tersayang. Al-Fatihah, tapi akan teruskan tradisi ini, semuga ikatan adik beradik tak kan terenggang untuk selamananya. Alhamdulillah... walaupun tak semua dapat hadir berkumpul, tapi kami tetap happy dapat berbuka bersama2..

 menu berbuka yang simple je.. kak rose buat ayam ungkep ni..

 dan goreng karipap frozen, store bought. beso2 gedabak nampaknya... tapi isi separuh angin jer dalam tu dan memang tak kan dapat rasa macam yang kita buat sendiri kan! apa pun Alhamdulillah dengan rezekinya.

lauk legend ni memang habis en asben dan anak yang makan... cili hijau racik halus, goreng bersama bawang putih (lebihkan bawang putih), bawang merah, gorengkan hingga layu, tambahkan kicap dan masukkan ikan bilis yang dah digoreng rangup... wallaaaaa sedapnya makan dengan nasi hangat2. yang ni kak rose sediakan awal2 bahannya dan gorengkan masa lepas balik dari terawih. wallaaaaa sedapnya makan dengan nasi hangat2. ayam ungkep pun tolak tepi jer.

Friday, May 24, 2019

Iftar#18 mangga dari kampung

Asalamualaikum dan salam 19 Ramadhan

 Alhamdulillah masih diberikan rezeki untuk meneruskan ibadah di siang hari dan malam2 nya dibulan mulia ini.. Alhamdulillah semalam juga grup ngaji kami dah khatam tadarus. dan petang semalam kami berbuka dengan mangga yang en asben bawak balik dari kampung... besar sungguh sebiji2 nya.. dan sepiring ni baru separuh dari sebiji tu. dan mil bagi sampai 5 biji buah mangga ni... memang mewah dengan buah mangga lah masa bulan pusa ni! terima kasih mek.

dan bila banyak buah lain selain mangga juga, maka beli pisang cavendish ni pun tak termakan lah jawapnya.. sudahnya jadilah cekodok untuk kami berbuka petang semalam.. sweet n gebus cekodok ni.

 buat lagi kerabu ni... sayur simple n nice.. since ada baki kelapa yang dah sangai dan bahan lain pun ada, mudah lah kerja kan..

masak asam pedas seekor ikan kerisi beso gedabak ni.. cukup untuk kami berdua. untuk sianak hari2 pun nak ayam goreng. ikutkan saja lah.. senang keja tukang masak!

Thursday, May 23, 2019

Iftar#17 Mee goreng sedap

Asalamualaikum dan salam 18 Ramadhan

 walaupun public holiday semalam, tapi rutin harian berjalan seperti hari2 sebelumnya jugak... pagi dengan tadarus dan petang nya ade kuliah muslimat di mesjid untuk kali terakhir sebelum bercuti raya pulak. walaupun hujan lebat, tapi sayang jugak kalau tak dapat hadir kan..nasib baik ade derebar yang tolong hantar dan jemput masa baliknya. terima kasih en asben. lepas tu barulah singsing lengan bersilat didapo. mee goreng atas permintaan en asben yang nak makan, so ikutkan je lah...kak rose jarang nak berbuka dengan makan yang heavy cam ni, sudahnya mengantuk masa terawih walaupun makan sikit jer mee tu... yang lebihnya makan buah dan minum air jer..

 yang ni pebret sepanjang masa lah..

 makan seketul jer sumi jelly ni dan sambung seketul lagi pagi ni..

 since dah makan mee masa berbuka tadi, nasi pun dah tak rasa nak makan.. masak masak sayur ni rasa macam nak makan baaaaanyak2 jer..hihi sabarrr jer la kan.

meratah jer udang goreng dengan peria ni.. baik jugak ade tukang makan tolong abeskan. tu lah, bulan puasa ni kak rose masak untuk sekali makan jer, lebih baik kalau tak ade letf over kan.

Wednesday, May 22, 2019

Iftar#16 Kuih kaswi

Asalamualaikum dan salam Nuzul Quran buat semua..

 selamat bercuti kepada yang menyambut hari Nuzul Quran hari ini, pasti ramai yang bawak keluarga pergi shopping raya kan.. entah lah tahun ni tak de terasa macam nak raya jer buat kami... dah tujuhbelas puasa cookies pun tak terpikir nak buat lagi..lagi pun masih bz dengan aktiviti tadarus dan setiap hari selasa dan rabu ade kuliah petang di mesjid. since semalam dan hari ni memang hari yang pack, jadi kuih kaswi ni awal pagi kak rose dah siapkan, petang tu tinggal nak mekapkan dengan kelapa jer. tak lah kelamkabut sangat nnti kan..

 balik dari tadarus tu dapat jugak siapkan cendol tepung beras permintaan en asben ni.. tapi tak nak makan dengan santan dan gula melaka, cumanya kak rose rebuskan air gula dan letak buah kabung dalam tu.. makan semangkuk ni dan sebiji kuih kaswi tu pun dah kenyang sangat.

 buah buah yang sentiasa meriah... ade tembikai merah dan kuning dan juga pisang cavendish.

 first time tapau jer lauk untuk dinner kami... kari ayam dari cafe di SK

 rendang daging ni pun tapau jer... en asben sorang jer yang makan nasik lepas terawih tu

no nasik untuk kak rose. order tuna panini untuk gantikan nasik, tapi malangnya kenapa lah hitam legam panininya. order dua pack, dua2 pun legam gak... wahai encik tukang masak, ko mengantuk ke masa bakar panini tu atau salah set timer hingga hitam kelam dibuatnya πŸ˜•πŸ˜ž

Tuesday, May 21, 2019

Iftar#15 Sagu gula melaka

 Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 16. sekejap jer dah seperuh bulan kita berpuasa.. malam tadi terawih pun dah stat baca doa qunut masa witir dan seperti biasa jemaah makin berkurangan terutamanya bahagian wanita... apa lagi hujan sepanjang petang hingga ke malamnya... mungkin ramai yang memilih untuk buat terawih dirumah saja kan.. dan tukang masak ni dah pening nak sediakan menu berbuka. kalau ada permintaan dari tukang makan jadi mudahlah nak sediakannya. sagu gula melaka yang pasti tiap kali puasa mesti ada jadi juadah berbuka kami petang semalam..

 kali kedua dalam bulan puasa ni buat masak lemak telor itik ni.. lebihan telo yang kak rose beli dari kawan tu, tak leh nak simpan lama2 kan... dan kali ni campurkan dengan peria yang kak rose rendamkan dalam air garam dulu, so tak lah pahit gulai tolo itik tu. lawankan dengan ikan masin gelama yang belah tu... wallllahhhh... pukul sepuluh malam pun laju jer nyuapnya dek ikan masin tu!

 lama dah nak makan kerabu selom dengan togeh ni.. kebetulan semalam singgah kedai runcit ternampak daun selom yang segar2 ni. tapi togeh pulak tak berapa nak cantik, bila siang buang ekor tu, lebih banyak yang terbuang dari yang eloknya. Alhamdulillah, dapat jugak merasa nak makan kerabu ni.

stok buah yang bermacam2. kalau en asben yang beli buah memang macam nak bukak kedai dibuatnya...punyalah banyak mangga yang bawak balik dari kampung tu tak termakan lagi, dia beli pulak golden lily mangga ni. tapi tukang masak ni suka jer kalau ada baaaaanyak stok buah 😁😁

Monday, May 20, 2019

Rendang ayam sedap

rendang ayam sedap yang kak rose gandingkan dengan nasi impit untuk berbuka semalam.. meh kak rose kongsikan resepinya kat sini. terima kasih Che' Nom, mintak izin nak tepek resepinya kat dapo kak rose pulak ya...untuk nanti2 kalau nak buat lagi..

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tips:

  • Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
  • Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap