Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 17, 2019

Iftar#11 sayur bening je..

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 12

hari ni hari ke duabelas kita menjalani ibadah puasa dan terawih ke tiga belas dah, Insya Allah. semuga terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mejalan bulan yang penuh dengan kerahmatan ini. dan dapo maya kak rose ni pun beroperasi sepanjang bulan lah.. walaupun tukang masak ni dah pening nak sediakan menu berbuka, tapi Alhamdulillah ada rezeki untuk keluarga kecil kami walaupun cuma sayur bening je.. kali ni lagi lewat kak rose makan nasi, lepas terawih dan en asben pulak kena giliran bertugas meronda kawasan semasa jemaah lain bersolat. walaupun lewat, sayur bening tetap habis..😜

 lauk untuk en asben... lagi bertambah dia makan nasik bila ada cik b ni..yg ni kak rose makan ikan jer lah..

 kuih cara manis, kak rose cuma boleh makan dua biji jer masa bukak puasa. bila dah makan buah dan minum air banyak2, kuih pun tak boleh nak masuk dah! sambung masa sahur tadi makan dua biji lagi.. pun masih tak habis kuih ni walaupun kak rose buat denagn secawan tepung je!

ha... yang ni memang habis lah. buah jambu batu gaul dengan asam pakchu dan buah tembikai yang manis. leftover berbuka, kak rose makan masa sahur pulak..

2 comments:

ANDAIANNYA said...

Bila nampak post ni...petang ni nak cari tembikai sampai dapat......

Kak Rose said...

Andaiannya, sorry lah kalau tergoda, tapi dapat idea nak makan apa petang nnti kan?..#kakrosetakbersalah