Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 12, 2019

Iftar#6 Kuih buah melaka

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 7
dan selamat hari ibu buat ibu2 hebat diluar sana...

 Insya Allah, hari ni genap seminggu dah kita berpuasa... dan kerajinan kak rose untuk sediakan sendiri menu berbuka puasa pun dah nak pening dah.... sebenarnya kak rose siapkan awal2 menu dan bincang dengan keluarga kecil kami apa yang nak dimasak... mudah lah sikit tukang masak ni nak sediakan.. petang semalam en asben nak makan kuih buah melaka aka onde onde ni, macam kuih mesti dibulan puasa.. dan best partnya dia tolong buat sama2.. fair lah kan cam tu..

 buah untuk petang semalam.. sunkist orange dan buah anggur yang manis dan crunchy.. premium grapes katanya  dan harganya mak aiiii...39.90/kg gitu. kalau yang hijau pulak lagi lah tak mampu nak belinya @49.90/kg. tak beli pun yang tu, mampu pandang jer!

 lauk sempoi petang semalam... ikan kembung masak asam pedas campur dengan kacang buncis yang beso gedabak dan kontot2 ni....walaupun beso tapi masih muda dan tak keras berurat..😋😋

 udang goreng kunyit campur dengan kacang peas

 sayur kailan goreng dengan ikan masin...  sedapnya!!!

goreng peha ayam ni dua ketui jer untuk sibujang yang tak nak makan ikan asam pedas tu... semua kak rose masak untuk sekali makan jer sebab masa sahur memang kami tak amik nasik.. cukuplah dengan taost dan nescafe tu...

No comments: