Asalamualaikum dan Alhamdulillah...
Salam Jumaat penghulu segala hari
Salam Jumaat penghulu segala hari
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk beribadah dibulan yang penuh keberkatan ini... walaupun sangat berharap untuk dapat memperbanyakkan amalan dibulan ini tapi sebagai tukang masak kena jugak masuk dapo kan... dan semalam kak rose buat sambal tempe ikan bilis ni.. dan yang paling penting tak pedas lah. just gorengkan ikan bilis dan tempe hingga garing dan masuk dalam sambal tumis.. masih rangup walaupun kak rose makan lepas terawih. heaven sangat bila digandingkan dengan nasi hangat2..😋😋
untuk berbuka, tukang masak sediakan yang mudah2 dan boleh disediakan awal2.. tengahari kak rose buat bubur som som ni dan sejukkan, sedap dinikmati sejuk2 masa berbuka.. en asben ade beli kuih cucur badak, anika jelly dan bubur candil dicafe SK, tapi katanya mama masak lagi sedap 😁😁... so macam membazir lak kan.. a lesson learnt, not to buy kuih2 diluar sana..
ikan jeket belah belakang goreng isi sambal kelapa. kak rose gorengkan petang tu dan terus bungkus dengan foil ni, masa makan lepas terawih tu masih terasa hangatnya.. sedap n juicy gitu!
dan buah mangga yang en asben bawak balik dari kampung hari tu dah masak semuanya.. so hari2 makan lah buah ni. potong sebiji pun penuh satu pinggan beso ni..
ha... tu dia, dekat sekilo sebiji buah mangga ni.
No comments:
Post a Comment