Asalamualaikum dan salam akhir Syaaban..
salam akhir Syaaban dan selamat datang Ramadhan. semuga kita semua diberikan kesihatan fizikal dan mental untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan kali ini. juga agar kita semua dapat menjalani ibadah siang hari dan malam2 nya dengan sempurna, Insya Allah. semuga diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk bertadarus bersama kawan2 mengaji disini juga... dan apa persiapan kawan2 untuk sambut bulan puasa ni? kak rose cuma sediakan sambal tumis ni banyak2 dan frozenkan.. senang nanti kalau nak buat ikan or ayam atau lauk2 yang bersambal, tinggal nak panaskan jer.
dan kak rose tanya cik google camner nak sediakan sambal yang sedap dan yang penting tahan lama. ada bermacam2 cara dan petuanya... jom lah kak rose copy salah satunya dan kongsikan kat sini untuk rujukan nanti2 kalau ade kesempatan nak buat lagi..
Bahan:
- Cili kering - pemilihan cili kering memainkan peranan yang paling penting kerana ia akan mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas berbanding cili kering yang berkedut dan kerinting. Oleh itu, pilihlah cili kering mengikut citarasa anda samada yang kurang pedas atau lebih pedas. Rasa sambal juga lebih sedap jika gunakan cili kering berbanding cili boh.
Belacan - belacan digunakan sebagai bahan penyedap tambahan di dalam sambal tumis, lebih-lebih lagi jika sambal tumis untuk nasi lemak. (kak rose tak makan belacan, jadinya yang ni kak rose gantikan dengan udang kering yang dibeld halus dan juga kiub pati ikan bilis)
Air asam jawa - boleh dikatakan sambal tumis tak akan sedap jika kita tidak masukkan elemen masam di dalam sambalnya, kalau tak ada asam jawa boleh ganti dengan asam keping.
Kaedah:
- Buang biji dan rebus - gunting cili kering dan buang bijinya dan kemudian rebus cili di dalam air sehingga mendidih kemudian tapiskan air. Ini adalah supaya dapat mengurangkan rasa ketajaman pedas cili, cepat masak dan sambal yang tahan lama.
- Tumis dalam minyak yang cukup - sambal harus ditumis di dalam minyak yang banyak supaya cili masak dengan elok. Anggaran minyak hingga tenggelam bahan tumis. Jika tak suka minyak banyak, anda boleh buang minyak di dalam sambal setelah sambal masak nanti.
- Masak hingga pecah minyak - ini adalah langkah yang paling penting iaitu masak sehingga pecah minyak. Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak masak sehingga pecah minyak? Pecah minyak ialah apabila sambal dan minyak sudah terapunng dan terpisah di bahagian tepinya, serta warna sambal juga sudah bertukar menjadi sedikit gelap, itu menandakan sambal sudah masak dengan sempurna. Boleh ditambah sedikit air jika kuah kering untuk mengelakan kuah sambal hangit bila dimasak.
2 comments:
Selamat berpuasa, Kak Rose!
Tq Phong Hong.
Post a Comment