Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 20, 2019

Iftar#14 Nasi impit+rendang ayam

Asalamualakum dan salam Ramadhan ke 15

 home made nasi impit dan rendang ayam untuk berbuka petang semalam... rasa macam dah raya pulak.. hihi. ni pertama kali kiranya berbuka dengan makan nasik walaupun cuma nasi impit kan...  sepinggan ni kongsi dengan en suami, memang habis lah. dan ade jugak buat kuih onde onde keledek dan yang pasti buah mesti lah ada...

 rendang ayam yang kak rose buat... resepi dari blog Cik Nom, terima kasih kongsikan ya.  sedap sangat bila digandingkan dengan nasi impit home made yang lembut ni... balik dari terawih tu sambung makan lagi, so no nasik lah malam tadi.

 buat jugak kuih onde2 keledek.. ade berbaki sehingga masa bersahur tadi... tak termakan sbb dok pulun nasik impit dengan rendang sedap tu lah..

 udang goreng celup tepung pedas bistari ni lagi lah... kesian dia tak termakan jugak. sudahnya kak rose kopekkan buang tepung tu, nnti bila nak buat cekodok boleh lah cincang buat rencahnya kan... tak lah membazir. ade ke kawan2 yang buat macam kak rose ni, guna selagi boleh?

dan buah mangga apple yang paling istimewa... terbang untuk sampai ke shah alam. terima kasih mek yang bagi buah tangan masa en asben balik dari kg semalam. dan ade lima biji lagi yang besar2 tunggu nak masak ranum..berhari2 lah kami akan makan buah mangga ni πŸ˜‹πŸ˜‹

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya nasi impit Dan rendang..
Mcm advance Raya Tu kak rose..🀭

Kak Rose said...

Yati... hehe. raya in advance. harap yatie dah sihat sepenuhnya ya..